Udang kering sering dijadikan rencah dalam sesuatu menu masakan. Kebanyakan mak-mak hanya membeli udang kering ke kedai, padahal membuat sendiri udang kering bukanlah sesusah mana. Mudah sahaja. Paling penting kebersihannya terjamin, murah dan senang cara penyediaannya.
Ikuti perkongsian, Siti Salehah bagaimana caranya menghasilkan udang kering sendiri di rumah:
Nak beli udang kering kadang mahal sangat… Beli udang sayur ini RM 15 saja sekilo.. Buat udang kering, berbulan tak habis makan.. Di sini, saya share cara-cara buat udang kering sendiri.
Ads
Bahan-bahan:
Udang sayur
Garam kasar (ikut tahap masin- saya guna 3 hingga 4 genggam
Cara-cara:
1. Basuh udang dan toskan.
2. Masukkan udang dalam kuali dan garam kasar.
3. Masak sampai kering air udang itu.
4. Selepas itu, boleh letak dalam penapis jemur sampai kering..
Ads
p/s : Kalau tak mahu kulit udang tak menjadi masalah, nanti setelah kering… Masukkan dalam bekas kedap udara. Goncang-gonjang saja, nanti kulit udang tertanggal sendiri. Buangkan kulit dan ambil isinya sahaja untuk simpan. Paling penting, terjamin kebersihan buat sendiri.
Jika mak-mak suka buat agar-agar kena tahu sukatan cawan air dan formula yang betul. Barulah ia menjadi ikut citarasa yang diinginkan sama ada keras, sedang elok atau lembik. Lagi-lagi jika guna agar-agar jenis tali dan nak buat adunan yang sedikit, kena tahu caranya.
“Pernah tak buat agar-agar terkeras, kejong sungguh? Bila masak semula tambah air, terlembik sangat pulak? Pening nak ejas. Agar-agar dalam gambar ni contoh je. Tak mesti kena guna jenama ni. Boleh guna jenama lain jugak. Yang penting berat dan sukatannya”
Ni saya nak share tips sukatan agar-agar.Ni cara saya la. Untuk orang yang baru berjinak-jinak. Yang dah power-power tu mungkin ada formula sendiri.
Agar-agar tali 20 gram = 7 cawan cecair = keras sikit Agar-agar tali 20 gram = 8 cawan cecair = sedang elok Agar-agar tali 20 gram = 9 cawan cecair = lembik sikit
Saiz cawan ni saiz cawan standard. Cawan kopi tu, yang bertangkai tu. Jangan guna mug, tin susu, cawan materik, gelas, kole atau cawan sukat beras. Cawan standard sahaja ye.
Cecair tu pulak adalah sama ada terdiri dari air/santan/susu cair/susu segar.Gula tak masuk dalam kuantiti cecair ye.
Kejadian agar-agar tu ikut suka nak keras ke lembik ke sedang.Yang penting tak lari dari formula ni. 7 cawan (keras sikit), 8 cawan (sedang elok), 9 cawan (lembik sikit).
Pastu kalau rakyat tak ramai macam saya ni, 2 dewasa + 3 kanak-kanak je, yang tak gemar makan berulang, cukup masak agar-agar untuk sukatan 1 acuan puding tu je, yang bunga-bunga tu.. size yang kecil. Ngam untuk sekali makan.
Sukatan agar-agar Untuk 1 acuan puding size kecil tu cuma guna 1/4 dari agar-agar tali tu. Camne nak dapat 1/4 bahagian tu?
Caranya :- Bayangkan 1 pack agar-agar tali 20 gram tu, dibahagi kepada 4 bahagian. Amik 1 bahagian je untuk sekali masak. Pastu campur dengan 2 cawan air/cecair/santan/susu cair.
Tapi Jika suka nak keras sikit kurangkan secawan.Dan kalau suka lembik sikit, lebihkan secawan.
Dah alang-alang sebut pasal agar-agar ni, saya nak share sekali sukatan agar-agar untuk buat taufu fah. Nak buat taufu fa guna agar-agar tali lain pulak sukatannya ye.
4 gram agar-agar tali = 1 liter air soya kotak/perah sendiri + 1 cawan air. (boleh refer kat wall saya cara buat air soya sendiri. Kat dalam group ni pun saya ada share. Boleh try search nama saya + susu soya)
Camne nak dapat 4 gram dari 20 gram?
Sama je kaedah tadi tu, bayangkan 1 pack agar-agar tali 20gram tu ada 4 bahagian. Guna 1 bahagian je. Setiap bahagian ada 5 gram. 5 gram x 4 = 20 gram
Tapi 1 bahagian tu tinggalkan sikit. Jangan habis gunakan semua. Nanti tak dapat taufufa selembut taufufa yang jual kat pasar malam tu.
Dan
Biasanya air susu soya dalam kotak besar tu kandungannya adalah sebanyak 2 liter. Jadi gunakan agar-agar tali tu cuma 2 bahagian je la (8 gram). Bersama 2 cawan air.
➡️ 8 gram agar-agar tali + 2 liter air soya + 2 cawan air = taufu fah
Contoh lain ~ 20 gram agar-agar tali + 5 liter air soya + 5 cawan air = taufu fah
Tu je la tips. Sharekan la jika bermanfaat. Saya halalkan
Faham tak apa saya nak sampaikan ni?Kalau tak faham, leh tanya
MW: Jadi buat mak-mak yang suka buat agar-agar boleh ikut formula dan tip yang dikongsikan ini/ Boleh ubah ikut citarasa sendiri, suka keras, lembik atau sedang elok bergantung pada sukatan cawan yang digunakan.
Perasan tak, ada masa bila kita potong sesuatu ia jadi tak kemas atau hancur. Bukan sebab pisau tak tajam tapi salah jenis dan kegunaanya. Kena tahu pisau ada jenis-jenis dan kegunaannya yang tersendiri. Lagi pula untuk kegunaan harian di dapur. Bukan main sebarang guna je. Barulah memudahkan kerja memasak dan urusan potong memotong.
Untuk tahu lebih lanjut, tambah ilmu mengenai jenis pisau ini daripada perkongsian amatur yang dikongsikan oleh Mohd Faeez Harith di page Tukang Apa Hari Ini sebagai rujukan.
“Saya menjadi tukang sembelih musim korban sejak 2012, dari situ lelaki belajar jenis pisau dari tukang-tukang lama dan tukang-tukang masak.”
-Pisau kecil dengan saiz bilah biasanya 3 inci panjang, digunakan untuk potong bawang atau kupas kulit buah-buahan atau sayur dan sebagainya.
-Pisau berbilah boleh lentur untuk kegunaan menceraikan tulang dari isi serta memotong bahagian-bahagian rawan dan sambungan tulang belulang.
-Digunakan untuk menghiris nipis daging atau memisahkan isi ikan dari tulang.
Pisau pemotong serba guna dan boleh digunakan untuk menetak bahagian tulang atau cengkerang.
-Gunanya untuk menceraikan daging dari kulit.
-Untuk memotong daging,atau sembelihan.Variasi saiz bilah berbeza untuk sembelihan, 6 inci ke atas untuk kambing,lembu bersaiz sederhana
9 inci dan ke atas untuk lembu bersaiz besar atau kerbau.
Ada beberapa variasi bentuk juga.Yang kepunyaan saya ini jenis ‘bullnose’
-Pisau serbaguna di dapur
-Pisau bergerigi untuk memotong roti,kek dan sebagainya.
a) Kalau di dapur anda hanya perlu ada sekurang-kurangnya 3 bilah sahaja pisau iaitu pisau bernombor 1,4, dan 7.Yang lain kalau ada kira bonus!
b)Jenama pisau ada pelbagai dan tak semestinya kualiti pisau bergantung pada jenama semata-mata.Yang lebih mustahak ialah cara penggunaan yang betul selain pengendalian pisau selepas digunakan.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi selepas ini pastikan guna pisau mengikut jenis dan kegunaannya. Tak semestinya kena ada pisau yang berjenama, paling penting kena tahu gun dan kendalikan pisau selepas digunakan.
Mesin basuh di pasaran ada dua jenis, iaitu ‘front loader’ dan ‘top loader’. Jika nak beli mesin basuh kena tahu jenis, fungsi, kapasiti muatan, kelebihan dan kekurangannya dahulu. Bukan sekadar cantik dipandang dan tangkap muat je.
Jika keliru nak beli Mesin Basuh jenis Front Loader baca perkongsian pengalaman daripada Puan Bella Bahari ini dahulu.
“Saya dulu tinggal di UK hampir 7 tahun, jadi memang biasa sangat guna front loader ni (UK hanya guna front loader untuk jimat space/takde basah-basah). Now kat Malaysia masih guna front loader sejak 2 tahun lepas sebab kawasan yard sempit.”
1. Jimat space, boleh stack dengan dryer. Kalau taknak stack pun, atas machine masih boleh letak barang.
2. Jimat air. Front loader guna kurang separuh daripada air biasa untuk top loader.
3. Boleh adjust temperature. Contoh nak basuh baju cotton, atau yang nak disinfect sampai 60°C, ada yg lebih.
4. Nampak mahal. Kah!
1. Average masa basuh baju lagi lama daripada top loader. (Saya rasa biasa je, tapi ni salesperson cakap)
2. Kena guna specific detergent. Kadang depa panggil HE (high efficiency) detergent. Pastikan tulis LOW SUD (buih sikit). Since front loader guna air sikit, buih kena sikit, kalau tak buih melekat dalam machine so machine cepat rosak, atau baju tak bersih sebab tak bilas betul-betul/tak cukup air bila buih banyak sangat.
3. Capacity selalunya limited. Average front loader 7-9kg. Ada yang sampai 14kg, tapi harga pun mungkin mencanak.
4. Harga average front loader lagi mahal daripada top loader.
5. Jenis detergent limited. So far saya jumpa Top, Persil & Breeze biru sahaja.
6. Harga detergent lagi mahal daripada biasa. Tapiiiii since guna detergent sikit je (1 scoop je, sebab HE detergent cleaning power hebat, and nak elakkan buih banyak), so total usage mungkin lagi jimat.
7. Perasaan saya baju lagi senang kepam, walaupun sidai open air/bawah matahari. Compared to top loader. Tak tau la saya je ke, atau humidity Malaysia ni membuatkan basuh baju air sikit jadi senang kepam. Kat UK ok je. (UK negara sejuk & kering, Malaysia kategori panas & lembap). Tapi ni perasaan saya je kot.
8. Front loader takleh masuk baju dah once dah start running, kalau idok air dia melimpah. Top loader dah jalan separuh masa pun boleh tambah baju lagi.
Saya still prefer top loader, sebab rasa lagi bersih/baju lagi fresh/ kapasiti besar boleh basuh duvet. Taaapiiiii faktor space membuatkan saya ambik front loader.
Gambar detergent dalam komen.
– Nak stack washer/dryer kena guna bracket. Gambar ni tak sama sebab kontraktor tak pandai align. Kami dah alih bagi sama.
– Saya hanya pernah guna brand Electrolux, so tak boleh komen brand lain.
– Isu kepam: Detergent Top kurang sikit tahap kekepaman, cuma anak kami kulit sensitif jadi hanya boleh guna Persil. Dan kami tak guna softener langsung sebab again, anak kulit sensitif. Satu lagi, saya sangat sensitif dengan bau-bau. Suami cakap takde masalah kepam ke apa. Tapi saya memang particular bab-bab laundry fresh ni.
*** Kalau ada yang pernah guna front loader ni share la kat bawah, untuk panduan orang lain juga. ***
Buang bayi lelaki baru lahir belakang rumah bongkar sumbang mahram dua beradik bawah umur di Besut. Ketahui kronologi penuh, siasatan polis dan tindakan lanjut.