Seronoknya bila boleh buat roti putih sendiri di rumah. Makan panas-panas, rasanya lembut wangi dan berlemak! Jadi tak payah beli lagi di kedai, memang lebih jimat.
Boleh cuba buat sendiri roti putih di rumah ikut resipi yang dikongsikan oeh Puan Farhah Azman ini sebagai panduan;
Start bulan lepas cakap kat suami, awak takpayah beli roti putih luar da. Saya buat sendiri. Roti ni lembut, wangi, rasa pun berlemak. Jadilah anak anak boleh sapu jem makan petang nanti. Panas-panas makan gitu pun anak suka.
Resepi ni pakai mesin boleh, Tak pakai mesin uli tangan pun boleh. Tak boleh buat empat segi buku gini sebab takde bekas? Takpeee, bentukkan bulat-bulat, bakar. Ikut cara Kita. Saya tulis resepi di bawah ya.
Bahan-Bahan:
Sebiji Telur
2 sudu Gula pasir
secubit Garam
2 sudu Marjerin
Air secawan sedang
2 sudu Susu tepung
3/4 pek kecik Mauripan
2-3 cawan Tepung gandum ejas ikut kelembikan tepung ya.
Cara Membuat:
1. Masuk cecair dulu, telur, air, marjerin, lepastu gula, garam, susu tepung, lepastu tepung gandum, last yis.
2. Gaul semua sampai jadi doh.
3. Lepas jadi doh, perap sejam ye.
Ads
4. Kemudian letaklah dalam tin pembakar, atau bentukkan je bulat-bulat, letak atas loyang, bakar.
Info Ekstra!
Satu kilo tepung rm 3.10. boleh buat 3 loaf jimat banyak. Bahan pun tak perlu rigid sebenarnya. Misal kata takde telur. Tak payah letak. Paling penting yis dan cara uli sahaja.
Ads
Moga semua dapat manfaat dari resepi ni.
Selamat Mencuba!
Boleh potong roti guna pisau dari Cuoco Premium Stainless Steel Knife Set ini. Khas buat pembaca Mingguan Wanita boleh dapatkan diskaun RM5 apabila masukkan kod berikut. MWGSP5
Mingguan Wanita: Mudah juga buat roti putih ikut resipi ni. Tak ada mesin roti, uli guna tangan pun boleh. Sedapnya makan roti panas-panas, lembut wangi berlemak.
Khas buat peminat colek, ini ada resipi serbuk colek kering. Hanya guna 4 bahan sahaja. Untuk mereka yang suka rasa pedas, ini serbuk colek pilihan kalian.
Setiap kali hendak makan buah-buahan seperti jambu, mempelam atau apa sahaja buah pilihan, gaul sahaja dengan serbuk colek ini.
Boleh cuba resipi serbuk colek kering oleh Mim Yusof via grup Masak Apa Hari Ini (MAHN).
“Awak suka makan colek dak?.
Mai kak mim ajar wat serbuk colek kering,
Bila rasa nak makan jambu, pelam ke, buh serbuk ni, gaul jer.
Senang jer buat dia, tengok cara kat gambar deh!”
BAHAN-BAHAN
Udang kering (1 cawan)
Belacan (2 inci)
Cili kering (10 biji, kalau nak pedas, lebihkan)
Gula (1½ cawan – tak de dalam gambar)
1-Potong cili kering, cuci bersih, toskan sampai kering airnya. Kemudian goreng semua bahan kecuali gula. Goreng tanpa minyak (sangai) sampai cili, belacan dan udang garing.
2-Ini yang sudah siap digoreng, sejukkan dulu sampai betul-betul sejuk. Selepas itu kisar kering. Kisar sekali dengan gula ye.
3-Jeng jeng, begini kejadiannya. Kalau hendak lagi masin tambah garam sikit, sebab udang dan belacan sudah masin. Simpan dalam balang.
4-Bila hendak makan, ceduk jer dan bubuh dalam pelam.
Haa.. first time kan dengar resepi Cracker Telur Dadar Sedap ni. Samalah dengan hakak. Cara nak membuatnya pun senang saja. Bahan-bahan yang diperlukan pun mudah didapati dan ringkas ya amat, asalkan wajib ada 3 bahan asas; biskut cracker, telur dan bawang. Yang penting, resepi ni memang ‘rare’.
Lain-lain tu optional. Bila agak-agak poket kering, terutama tengah ke hujung bulan.. nilah makanan paling syok nak dibedal. Resepi ini daripada perkongsian Cik Puan Fai Zah Sabi atau senang membahasakan dirinya dengan panggilan Kak Faie.
Resepi cracker telur dadar sedap ini asalnya dikongsikan temannya dalam grup MAHN. Memandangkan cara membuatnya yang tak terlalu renyah, amat sesuailah untuk mak-mak yang dikejar waktu tapi dalam masa yang sama nak kena sediakan makanan yang mengenyangkan untuk anak-anak.
“Hidangan ini untuk sarapan pagi dan minum petang. Resepi ini daripada Mak Kak Faie. Lama dah resepi ni mak kak Faie buat untuk kami adik beradik makan. Kali ni kak Faie buat untuk famili kak faie pula. Selamat mencuba.”
Bahan-bahan Resepi Cracker Telur Dadar Sedap
15 – 20 keping biskut 4 segi (cracker)
2 biji telur
1 ulas bawang merah
2 biji cili padi (optional)
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Telur yang dah digaul bawang ini nanti akan disatukan dengan biskut cracker yang dibasuh dan digoreng. Isk! memang rare..
Cara Membuat
1. Patahkan biskut dan basahkan dengan air biasa.
2. Kacau telur dengan bawang, garam dan serbuk kunyit macam nak buat telur dadar.
3. Goreng biskut sehingga kering/garing.
4. Masukkan telur yang telah dikacau ke dalam biskut dan goreng hingga masak/ garing.
5. Siap. Hidangkan bersama sos cili dan mayonis. Yummy..
Selamat mencuba!
Tonton Video, Akan Ditunjukkan Satu Persatu Step By Step CrackerTelur Dadar Sedap
Sumber/Foto/Video : Facebook Fai Zah Sabi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pernah tak anda buat cucur daripada nasi tak habis? Haaa… biasanya mungkin esok hari anda buat nasi goreng tapi bosan juga asik ulang tayang menu sama. Apa kata, kita olah nasi sejuk jadi cucur.
Menu ini boleh dijadikan sarapan pagi atau sajian petang. Lepak-lepak dengan anak-anak atau kawan-kawan, cuba goreng cucur nasi. Sedap, tak percaya sila cuba petang ini…
Bahan-bahan:
2 cawan nasi
Air secukupnya
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cawan tepung gandum
½ cawan ikan bilis
Garam secukup rasa
1 biji cili besar} dihiris
Cara membuat:
1. Kisar nasi bersama air, masukkan bawang putih, bawang besar dan ikan bilis.
2. Kemudian gaulkan bahan kisar dengan tepung gandum.
3. Masukkan cili yang dihiris nipis dan garam.
4. Panaskan minyak, goreng cucur.
NOTA:
Kalau nak tambah udang, pun boleh. Ikut suka, asal sedap! Hidangkan bersama sos.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.