Kuih Lompat Tikam cukup terkenal di negeri sebelah Pantai Timur tanah air kita. Selalunya ada dijual di pasar pagi. Boleh dibuat untuk sarapan dan minum petang. Kuih Lompat Tikam Kelantan asli selalunya mempunyai 4 bahagian utama iaitu tepung hijau, kepala santan putih, pulut merah dan air gula melaka.
Nak buat sendiri kuih Lompat Tikam tak lah susah mana. Namun hasilnya memang berbaloi sedap, puas hati makan malah lebih jimat. Boleh cuba resipi Kuih Lompat Tikam yang dikongsikan oleh Puan Izamani Ismail ini. Sedapnya makan sejuk-sejuk, lemak manis secukup rasa!
Kuih Lompat Tikam
Bahan-Bahan(Tepung Hijau):
1 cawan tepung beras
3 cawan air (2 cawaan air + 1 cawaan air daun pandan)
Sedikit pewarna hijau pandan
Sedikit air kapur
*Masukkan bahan-bahan dalam kuali, kacau sebati baru buka api sederhana. Kacau adunan sehingga meletup-letup dan berkilat. Dah siap masukkan dalam loyang atau bekas.
*Kacau sebati dan buka api sederhana, kacau sehingga mendidih kemudian tutup api dan terus kacau sehingga suam supaya tak bergentel.
Bahan-Bahan (Pulut Merah):
1 cawan beras pulut
sedikit pewarna merah
santan cair
*Basuh beras pulut bersih-bersih, kemudian rendam dengan sedikit pewarna merah dalam 15 minit.
*Kemudian toskan beras pulut dan masukkan dalam acuan.
* Masukkan pula santan cair paras tenggelam beras pulut je dan sedikit garam, kukus sehingga masak.
Ads
Bahan-Bahan (Air nise):
2 keping nise/ gula Melaka
1 cawan air
sehelai daun pandan
*Masak semua bahan sehingga mendidih dan sedikit pekat.
Mingguan Wanita: Nak cuba kuih tradisional popular di Pantai Timur, boleh buat dan rasa sendiri Kuih Lompat Tikam yang manis berlemak ni. Memang sedap dijadikan sebagai pencuci mulut apatah lagi dinikmati ketika sejuk-sejuk.Kena cuba!
Resipi Roti Canai Homemade, Lembut Dan Tak Liat, Boleh Simpan Sampai Petang
Roti canai telah mendapat penganugerahan sebagai roti terbaik di dunia oleh Tasteatlas. Ini bukan pertama kali roti canai menerima pengiktirafan daripada Tasteatlas. Sebelum ini pada Julai lalu, ia pernah dinobatkan sebagai ‘roti rata’ terbaik di dunia dan sekali lagi berjaya mengalahkan roti naan dari India.
Tahun lalu juga, roti canai turut dianugerahkan sebagai ‘makanan jalanan’ terbaik di dunia oleh laman antarabangsa itu. Roti canai bukan sahaja berjaya mengalahkan India yang popular dengan roti naan tetapi juga Eropah yang dikenali sebagai negara penghasilan pastri terbaik dunia.
Selalu kita makan roti canai di kedai, apa kata kita belajar untuk buat sendiri roti canai homemade di rumah. Nak makan pun senang, tak kiralah pagi, petang atau malam.
Seperti resipi yang dikongsikan oleh Iza Haliza Mohd Zaid ini, anda pasti puas hati bila dapat makan lebih roti canai bersama keluarga. Roti canai sedap dimakan dengan kuah dhal, kari dan sambal bilis.
ROTI CANAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1 – 1 ½ cawan air
1 sudu besar marjerin
Garam secukup rasa
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak
CARA-CARA:
1. Campurkan air + garam + susu di dalam satu bekas. Kacau-kacau hingga sebati. Jadikan sebagai bahan A.
2. Bahan A dicampur sedikit demi sedikit dengan tepung (uli cara manual) tapi campur semua kalau pakai mesin.
3. Masukkan minyak masak. Gaul lagi.
4. Kemudian, masukkan marjerin. Gaul lagi hingga semua sebati.
5. Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas doh telah siap dibuat, tutup dengan kain yang lembab dan rehatkan selama 30 minit.
6. Buatkan bulat kecil-kecil 75gm-90gm setiap satu (satu adunan ni boleh dapat dalam 10 keping roti canai).
7. Salutkan dengan marjerin untuk mengelakkan doh dari melekat (saya salut dengan minyak).
8. Biarkan selama 2 jam. Kemudian, apabila cukup 2 jam, doh siap untuk ditebar dan dibentuk sama ada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing.
9. Lepas dah masak, jangan lupa masa masih panas-panas tu, tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam di kedai. Nanti baru timbul segala layer yang kat dalam tu.
PETUA UNTUK BUAT ROTI CANAI:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = letak minyak.
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = letak gula atau tambah susu pekat manis.
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dengan air sejuk/ais.
Kebanyakan tom yam yang ada di kedai, selalunya dimasak oleh tukang masak seberang, dari Thailand, dan rasanya berbeza dengan cara yang kita selalu masak.Bila cuba buat dekat rumah, rasa lain, tak sama macam dekat kedai .Ada cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan rasa tom yam yang pedas, masam dan pekat, seperti perkongsian dari Dina Amalia Nordin ini, yang mana pes yang digunakan memang dari Thailand.
Berikut antara perkongsian beliau;
Resepi Tom Yam
Post ni panjang sikit sbb ramai yg tanya cemana saya masak tomyam sedap (org yg ckp tau bkn saya kehkehkeh), ni kat sini saya reveal resepi rahsia and tunjuk bahan dan cara-cara masak. Ni cara saya lah ye. Lain org lain cara ye.Untuk tomyam, saya akan make sure dia pedas, masam dan pekat. Tekak saya memang suka yang masam. Okeh biasanya saya masak tomyam ayam sebab senang & takyah tunggu lama nak empuk macam daging.
Nak bagi tau awal, pes tomyam ni Thailand punya dan ia halal ye..kat belah selatan sini takde jual..kalau ada pun dorang pegi amek stok kat siam sana. Pes tomyam brand Madam Pum ni sedap and kat belah-belah utara sana and negeri yang dekat-dekat dengan sempadan sana memang senang dapat.
Bahan-Bahan Wajib:
Bawang besar belah 4
Cili api (ketuk)
Daun ketumbar @ corriander leaves
Daun limau purut
Serai – diketuk
Air asam jawa @ pes asam jawa
Cili boh @ cili kisar
Pes tomyam “madam pum” sbb brand ni ternyata sedap!
Ayam/daging/udang/sotong
Carrot
Cauliflower
Baby corn
Celery
Buah tomato belah 4
Cendawan
Cara Membuat:
• masukkan air, bawang besar belah 4, cili api – didihkan.
• masukkan cili boh @ cili kisar – tunggu didih.
• masukkan pes tomyam (pes ni kalo kedekut pun nnt tak rasa, mula la komplen knape eh tomyam kite tak sedap? Pukkk kanggg!).
• masukkan ayam – tunggu didih nak bg ayam empuk sikit.
• masukkan serai yg diketuk.
• masukkan daun limau purut.
• masukkan carrot.
• masukkan pes asam jawa adabi.
** time ni boleh rasa dulu masam dan masin dia semua **
Tips!
~ Saya masak tomyam tak pernah tumis. Sebab kat pes dah berminyak, kat ayam pon sama. So lebur jek semua
~ Saya masukkan cili boh @ cili kisar untuk dapatkan warna merah cantik, pedas.
~ Instead of perahan limau, saya guna asam jawa sebab lebih sedap, lebih masam dan lebih pekat. Saya hantu tomyam, so saya dah try and error banyak kali dah. So far ini yang terbaik!
~ Kalau ada daging, bole masukkan awal. Kalau udang/sotong, masukkan kemudian bersama sayur sebab udang/sotong cpt masak.
~ Sayuran keras seperti carrot perlu masukkan lebih awal berbanding sayuran lain.
~ Buah tomato masukkan yang last dan tak perlu lama sbb dia cepat lembik.
Ok kalau ada yg tak faham boleh tanya ye, resepi boleh share no problem!
Sedapnya minum air cincau. Dicampur dalam sirap bandung atau air soya pun sedap. Cincau banyak kelebihannya untuk kesihatan seperti mampu menyejukkan badan, dapat mencegah gangguan pencernaan, memiliki zat kalsium dan fosfur yang tinggi, mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan membantu menurunkan tekanan darah.
Rupanya hanya guna 3 bahan je nak buat cincau sendiri di rumah, caranya pun cukup mudah!
Boleh cuba cara buat cincau yang dikongsikan oleh Puan Parizah Mohd Lani ini.
150gm daun cincau kering (boleh beli di kedai sengse/herba)
4 sudu makan tepung ubi
1.5 liter air biasa
Cara Membuat:
1. Rendam daun selama lebih kurang 2 jam.
2. Kemudian tapis airnya.
3. Bancuh tepung ubi dengan 200ml air. Campurkan dalam air yang dah ditapis.Masak dalam 15-20 minit sampai mendidih dan nampak berkilat.4. Sejukkan sebentar, kemudian bubuh dalam bekas.Bila sejuk masukkan dalam peti sejuk selama 10 jam. Baru boleh dipotong-potong.
Siap! Selamat mencuba.
Tip Ekstra!
Jika nak lebih kenyal tambah sedikit agar-agar.
Kalau nak elok lagi warnanya, reneh/rebus daun cincau dengan api pelahan selama 2 jam. Hasilnya lagi cantik.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang suka minum air cincau, boleh buat sendiri je di rumah ikut cara ni. Lebih sedap, jimat, berbaloi, halal dan terjamin kebersihannya.
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...