Kuih Lompat Tikam cukup terkenal di negeri sebelah Pantai Timur tanah air kita. Selalunya ada dijual di pasar pagi. Boleh dibuat untuk sarapan dan minum petang. Kuih Lompat Tikam Kelantan asli selalunya mempunyai 4 bahagian utama iaitu tepung hijau, kepala santan putih, pulut merah dan air gula melaka.
Nak buat sendiri kuih Lompat Tikam tak lah susah mana. Namun hasilnya memang berbaloi sedap, puas hati makan malah lebih jimat. Boleh cuba resipi Kuih Lompat Tikam yang dikongsikan oleh Puan Izamani Ismail ini. Sedapnya makan sejuk-sejuk, lemak manis secukup rasa!
Kuih Lompat Tikam
Bahan-Bahan(Tepung Hijau):
1 cawan tepung beras
3 cawan air (2 cawaan air + 1 cawaan air daun pandan)
Sedikit pewarna hijau pandan
Sedikit air kapur
*Masukkan bahan-bahan dalam kuali, kacau sebati baru buka api sederhana. Kacau adunan sehingga meletup-letup dan berkilat. Dah siap masukkan dalam loyang atau bekas.
*Kacau sebati dan buka api sederhana, kacau sehingga mendidih kemudian tutup api dan terus kacau sehingga suam supaya tak bergentel.
Bahan-Bahan (Pulut Merah):
1 cawan beras pulut
sedikit pewarna merah
santan cair
*Basuh beras pulut bersih-bersih, kemudian rendam dengan sedikit pewarna merah dalam 15 minit.
*Kemudian toskan beras pulut dan masukkan dalam acuan.
* Masukkan pula santan cair paras tenggelam beras pulut je dan sedikit garam, kukus sehingga masak.
Ads
Bahan-Bahan (Air nise):
2 keping nise/ gula Melaka
1 cawan air
sehelai daun pandan
*Masak semua bahan sehingga mendidih dan sedikit pekat.
Mingguan Wanita: Nak cuba kuih tradisional popular di Pantai Timur, boleh buat dan rasa sendiri Kuih Lompat Tikam yang manis berlemak ni. Memang sedap dijadikan sebagai pencuci mulut apatah lagi dinikmati ketika sejuk-sejuk.Kena cuba!
Jika selalu bila teringin nak minum kopi ‘latte’ kita hanya beli je, sebenarnya kita boleh buat sendiri je di rumah. Memang sedap, jimat dan lebih puas hati bila buat sendiri kopi Latte Ala Kampung ni. Malah lagi lama simpan dalam peti sejuk lagi sedap. Jika nak minum panas-panas, boleh panaskan sekejap. Mudah je!
Bagi peminat kopi, boleh cuba resipi Kopi Latte Ala Kampung yang dikongsikan oleh Puan Madihah Hamid ini sebagai panduan.
Mengopi jom. Kopi Latte Ala Kampung ketagih. Air kopi ni jadi ketagihan seisi keluarga saya.
Bahan-Bahan :
2 sudu besar serbuk kopi (apa-apa jenama kopi kampung)
600ml Susu kotak @ susu segar apa-apa jenama. Paling sedap Meadow, Farm Fresh, Ducthlady
3 sudu Gula melaka/ gula kabung /gula apung /gula merah
400ml Air secukupnya
Cara Membuat:
1. Masukkan air dan kopi ke dalam periuk. Masak kopi sehingga berbuih (gelegak).
2. Biarkan dalam seminit dalam keadaan menggelegak dan tutup api.
3. Kemudian tuang dalam jug sambil tapis serbuk kopi dan masukkan gula.
4. Panaskan susu sehingga sedikit berbuih di tepi periuk dan tutup api.
5. Tuangkan air kopi dan susu dalam jug, pastikan tapis dahulu. Kemudian tuangkan secawan untuk di minum, selebihnya boleh di simpan dalam peti. Saya guna jug ni, anggaran dalam 1 liter.
6. Lagi lama dalam peti lagi sedap. Saya panggil peram kopi. Bila nak minum, hanya panaskan sebentar.
Mingguan Wanita: Bagi peminat kopi dan latte boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Memang lebih jimat buat sendiri, sedap, nak minum tinggal panaskan je.
Buat mak-mak yang suka buat aiskrim Malaysia tak kiralah untuk makan sendiri atau dibuat jual boleh cuba perisa baru menggunakan gula-gula Bluemint Dynamit ini. Warnanya cantik kebiruan, lemak dan menyegarkan pasti ramai yang sukakan rasanya.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Che Marlyah Ina Saad ini sebagai panduan;
“Aiskrim Malaysia.Aiskrim Bluemint Dynamite.First time buat dan nak merasanya.Orang lain dah berzaman buat. Suami cakap aiskrim alien ke.Bila dia dah rasa, dia cakap sedap.”
“Selit jelah resepi.. kot ada yang baru nak belajar buatkan”
Bahan-Bahan:
1 tin susu cair*
1 tin susu pekat manis*
4 tin air*
1/2 sudu kecil kecil garam*
5 sudu besar tepung ubi rata ya, jangan membukit sangat.
(Dibancuh dengan air dahulu)
Pewarna makanan (biru)
Gula-gula dynamite secukupnya.
Cara Membuat:
1.Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam periuk.. kacau bagi sebati.
2.Kemudian didihkan atas api sederhana hingga mendidih.
3.Sentiasa kacau supaya tidak berkerak.
4.Dah mendidih, masukkan air tepung ubi dan pewarna biru ke dalam susu tadi.
5.Kacau-kacau bagi sebati dan mendidih jap.
6.Tutup api.. sejukkan dan tapis ke dalam jug.
7.Masukkan 2 biji gula dynamite yang telah di ketuk hancur, ke dalam plastik aiskrim.
8.Tuang susu biru ke dalam plastik, simpul bagi kemas siap.
Dah siap menyimpul sedia untuk dibekukan.Aiskrim dah beku, sedia untuk dinikmati.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat! Buat mak-mak yang nak buat sendiri untuk anak-anak, mahupun golongan suri rumah yang nak cari pendapatan sampingan, boleh lah cuba kelainan perisa Bluemint Dynamite sedap yang dikongsikan ini.
Selalunya bila masuk bulan Muharam, atau hari Asyura pada 10 Muharam, ramai yang meraikannya dengan buat Bubur Asyura serta mengagihkan kepada jiran tetangga.
Bubur Asyura pula mempunyai pelbagai versi, bergantung pada ramuan yang digunakan mengikut negeri masing-masing. Bagi negeri-negeri bahagian pantai timur mahupun utara, Bubur Asyuranya jenis manis berlemak dan kaya dengan pelbagai jenis kekacang. Namun paling penting, ia perlu dimasak lama dengan api yang perlahan sehingga berkilat.
Nak belajar buat Bubur Asyura Utara boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nur Aishah Md Saad ini.
BUBUR ASYURA UTARA.Hanya 2 cawan tepung dan guna santan kotak. Teringin nak makan, semalam terus buat. Resipi mudah dan cepat.
Bahan A
2 cawan Tepung beras
2 sudu Tepung jagung
1 kotak Santan (200ml)
4 cawan air (ikut cawan sukatan tepung)
1 sudu kecil garam
3 helai Daun pandan
1 cawan Gula putih, Gula merah agak-agak nak manis atau warna macam mana. Masak atau bancuh dengan 1 cawan air panas
(Campur semua bahan A siap-siap dalam kuali. Jangan buka api lagi) Setelah kacau semua baru buka api perlahan.
Bahan B
1 tin Jagung
1/2 biji Ubi keledek (potong dadu dan rebus)
1/2 cawan Kacang hijau (rebus dulu)
1/2 cawan Kacang merah (rebus dulu)
1/2 cawan Kacang kuda (rebus dulu)
(Campur semua bahan B setelah bahan A hampir nak masak).
Cara Membuat :
Masak bagi lama dengan api yang perlahan sehingga berkilat.
Tuang dalam bekas dan tunggu sejuk boleh makan.
Mingguan Wanita : Menarik juga resipi Bubur Asyura versi negeri bahagian utara ni. Kaya dengan kekacang, keledek dan manis. Paling penting kena masak lama dengan api perlahan, sampai berkilat baru lah sedap. Sesuai untuk minum petang.
Dr Afifah berharap Nubhan dapat bekerjasama memaklumkan kisah perceraian kepada anak-anak. Baca luahan penuh, perkembangan mahkamah dan isu emosi anak dalam kes Nubhan cerai.