Sebelum nie, nak makan rojak buah mesti tercari-cari kedai yang kena dengan tekak. Silap gaya, tak kena dengan selera kita pulak. Lepas tu,susah pulak nak dapatkan. Kalau ada pun kuah rojak yang memang dah siap di pek dalam botol.
Kali nie, tak payah pening-pening, buat je sendiri kuahnya. Baru puas hati. Nak letak kacang atau nak pedas ikut selera kita pun boleh. Buah-buah pun ikut apa yang nak dicicah dengannya. Beli siap-siap yer.
Buat Sendiri Kuah Rojak
Kali ini, Ameera berkongsi resipi buat sendiri kuah rojak. Puas hati betul. Katanya,
“Siapa suka makan rojak buah boleh la ikut resipi ni, Insya Allah mesti semua suka. Pekena sekali nak berkali kali.“Ada jambu, nenas, timun, belimbing, pelam,sengkuang. Nak letak pelbagai buah pun boleh, Ikut suka hati.
Cara-cara membuat pada gambarnya.
Masukkan 1 botol kicap ke dalam periuk, kicapnya bukan botol..
Gula kabong. Sedap buat kuah rojak pakai gula kabong..
Cili padi 10 biji, cili kering 7 tangkai, cili merah 1 biji. Ikot la jika nak pedas letak la lebih. Sukatan ibu ni ngam ngam anak boleh makan..
Terlupa 1 bahan tadi, belacan tau. Masukkan kesemua dalam blender. Letak air sikit sahaja..
Ads
Blendkan..
Masukkan terus dalam periuk. Api perlahan sahaja. Jangan kuat.
Sos cili 2 sudu makan ikot sukatan, ibu dah biasa tu yang main tonggeng je tu. Well.
Gula putih 3 senduk, ikot la kalau taknak manis sangat boleh kurangkan. Lebihkan manis dalam senyuman.
Asam jawa 1 sudu makan, ibu pakai asam jawa adabi. Sedap!.
Ads
Otak udang 1 sudu makan. Gaul tau, jangan letak biar, nanti melekat di bawah jadi hangit. Gaul je!.
Tepung jagung 3 sudu makan, tujuan untuk melikatkan dan memekatkan kuah rojak kita..
Letak air sikit di tepung jagung tu dan masukkan dalam periuk..
Gaul je tau dengan api perlahan, dia akan pekatkan kuah rojak kita. Perghhhh.
Gorengkan bijan sampai kekuningan.
Ads
Dah pekat likat kuah rojak kita tu tutup api, masukkan bijan ke dalam kuah rojak.
Dah masak.
Kacang digoreng, ditampi dan diblend. Mudah je!.
Haasilnya.
Anak pun suka makan.
Selamat mencuba.
MW: Lepas nie, bolehlah cuba buat sendiri. Ikut selera tekak kita dan keluarga. Buat banyak-banyak, simpan dalam peti ais. Kalau nak jual untuk tambah duit poket pun boleh.
Artikel in telah disunting dan mendapat keizinan daripada penulis
Sumber: Ameera
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Biasa kita dengar biskut florentine yang memang viral setiap tahun. Bukan apa, cara nak buat sangat senang. Campur-campur bahan utama dan bakar. Cuma, kena pastikan supaya dia tidak hangit ajelah.
Kali nie kita ubah sikit kelainan bikut florentine dengan gabungan tart. Ini antara perkongsian daripada Mas Intan Masman
“Orang selalu buat cheese tart tapi saya nak buat tart nie nampak unik dan digemari. Jadi, saya gabungkan kekacang dengan tart. Alhamdulillah sedap, ranggup dan pecah di mulut. Anak-anak makan pun tak cukup.
“Untuk nampak lebih menarik, saya lorengkan coklat kat atas.
“Sejujurnya, idea nak buat nie secara tak langsung. Kebetulan pula, arwah mak saya pembuat kek raya. Saya sambung legasi arwah mak.
“Memang nampak macam unik sikit sebab tart biasa untuk cheese tart. Tapi ini kita letak kekacang lak.
Cara Membuat:
1.Ambil separuh tepung florentine dan masukkan sekali kekacang yang sudah di panggang dalam bekas tertutup.
*kekacang tu boleh ikut suka nak banyak mana.
*bekas tetutup sbb tepung florenta tidak boleh terdedah dengan udara akan menyebabkan jadi beku dan berketul-ketul.
2.Gaul rata bahan dan tepung.
3.Sudukan ke dalam tart mengikut kesesuaian tart tersebut.
4.Bakar suhu 120’c -150’c, guna api atas bawah.
Tip:
Kena rajin tengok sebab takut hangus.
Masa bakar dalam masa 15-20 minit.
Bakar sehingga nampak keperangan.
Angkat dan lorekan dengan coklat.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tak pelik dan memang ada pun sesetengah yang mak-mak sanggup beli beras mahal sebab nak makan nasi yang sedap. Tambah pula kalau guna beras siam, fulamak… dia punya rasa memang puas. Cantik pun cantik!
Tetapi lepas ini anda boleh jimat guna beras biasa sebab Puan Mastura Khalid sudah turunkan ilmu masak nasi yang lembut, jom tiru…
Tak ada resepi havoc nak share dengan korang, cuma sedikit ilmu cara masak nasi putih, supaya nasi jadi cantik berderai dan sedap.
Tak perlu guna beras mahal untuk dapatkan nasi yang sedap dan lembut, kalau ikut resepi dan tips ni insyaallah beras murah pun boleh rasa sedap macam beras mahal.
Resepi ni saya dapat dari restoran mamak masa duduk kat penang dulu. Semoga bermanfaat untuk semua.
Bahan bahan yang diperlukan:
1)Beras (cap apa pun tak pe)
2)Minyak masak (1:1, satu sudu besar minyak satu pot beras)
3)Garam (1:1 , satu sudu kecil garam satu pot beras)
4)Daun pandan
Cara:
Basuh beras macam biasa, pastu masuk kan semua bahan tu dan kacau sikit bagi sebati.
Tips sukat air:
Tekan jari sampai ke dasar periuk, pastu tandakan dengan ibu jari permukaan beras tu kat mana. Pastu angkat jari letak kat atas permukaan beras pula dan isi air sampai dekat jari yang ditanda dengan ibu jari tadi.
Ok tu je resepi simple saya #SHARE la kalau rasa bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Masuk raya kedua hari ni, jika rendang dan kuah kacang dah habis, namun masih ada lebihan ketupat atau nasi Impit, mak-mak jangan pula buang.Sayang, membazir pula nanti.Sebaliknya, ketupat dan nasi impit tersebut boleh diolah menjadi hidangan masakan yang sedap, dengan cara menggorengnya.Caranya macam kita nak buat ‘mee goreng’ tapi sebaliknya gantikan dengan Ketupat dan nasi impit ini.Bolehlah hidangkan waktu tetamu datang beraya nanti.
1 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
10 biji cili kering(rendam sekejap dengan air panas)
3 biji cili padi
1 sudu besar udang kering(rendam sekejap dengan air panas)
Sedikit minyak untuk menumis dan gula dan sedikit garam.
Udang segar(buang kulit tapi biarkan ekornya)
Rencah:
Isi ayam/daging(potong kecil)
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1/2 kiub pati ayam
2 biji telur
Sawi
Kobis
Lobak Merah (potong memanjang)
Taugeh
Daun Kucai
Cara Membuat:
1.Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.
2.Masukkan sos tiram kicap dan kicap manis.
3.Masukkan udang dan isi ayam. Kacau seketika.
4.Masukkan telur dan kacau hancur.
5.Masukkan kiub pati ayam dan tambah sedikit gula dan garam jika kurang rasa(pastikan lebih sikit rasa masinnya sebab kita menggoreng nasi impit.
6.Masukkan nasi impit dan sayur-sayur. Kacau biar sekata rasa semuanya.
Selamat Mencuba!
Info Ekstra:
Jangan potong Nasi impit/ketupat terlalu kecil, nanti takut hancur sewaktu menggoreng.
Jika menggunakan rencah daging, masukkan sedikit air rebusan daging tersebut untuk lebih menyedapkan.
Amat menyelerakan dimakan panas-panas dan ditabur dengan sedikit bawang goreng.
Sedap! Mesti kena cuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Uqasha Senrose meragui status perkahwinan dakwa tarikh nikah berbeza seperti dicatat dalam sijil nikah. Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Uqasha Senrose mendakwa berlaku kesilapan...