Buat Sendiri Burger Prosperity, ‘Rasa Macam Lagi Sedap Dari Yang Ori’

Share

Bukan selalu boleh rasa burger prosperity McDonald’s tu. Bulan-bulan tertentu je boleh rasa. Bila sesekali ‘food craving’ tu, apa kata buat je sendiri burger prosperity di rumah.

Sah-sah bila-bila je teringin, dah boleh makan.

Kata pemilik resepi, Mohd Faiz Fitri Iberahim; “‘homemade prosperity’ aku rasa macam lagi sedap je dari yang ori

.”

Baca sini : Burger homemade ala Big Mac yang penting kena tahu cara buat sosnya.

Bahan-bahan Buat Burger Prosperity

Roti gardenia
Daging Ramly
Bawang besar – 1/2 potong dadu.
Bawang holland – hiris nipis
Tepung gandum – 2 sudu
Air – 1 gelas
Lada hitam serbuk + tumbuk
Butter – 2 sudu besar
Sos tiram – 2 sudu besar
Kicap manis – 1 sudu besar
Garam – secukup rasa

Cara Memasak

Mula-mula letak butter pada roti dan goreng dulu kejap.

Uli daging ramly.

Bentuk kan cam bentuk roti. Goreng daging dulu (cucuk-cucuk dengan garfu)

Baca sini : Peniaga burger kongsi ilmu 12 tip masak burger rasa luar biasa sedapnya.

Untuk Sos

Panaskan butter 2 sudu besar dan masukkan tepung gandum. Kacau sampai jadi gold. Pastu masukkan air 1 gelas dan kacau.. masukkan bawang besar potong dadu tadi, lada hitam 1 sudu besar, sos tiram, kicap dan garam.. masak sampai pekat mana korang nak

.

Celupkan daging yang dah goreng tadi.

Letak atas roti dan letak bawang yang korang hiris tadi.

Siappppp.

MW : Bolehlah mak-mak cuba, sure anak-anak suka.

Sumber/Foto : Mohd Faiz Fitri Iberahim

IKLAN