Jangan pandang sebelah mata ya, nak buat sambal pun kena tahu rahsianya! Barulah rasa ‘ummpphh’ dan tak cepat basi. Dan lagi menarik, Puan Rahila Laila dedah tip macam mana nak pilih bawang tertentu buat sambal cili.
Nah, jemput godek resepi sambal daripada wanita yang pernah berniaga ini…
Sambal Cili Power
Muncul lagi sambal versi arwah mak saya, tak pernah tukar pada yang lain. Dulu buat berniaga, alhmdulillah tak pernah mengecewakan. Kalau nak cuba, silakan renyah tapi in sya Allah berbaloi. Nak hasil sedap memang kena susah dulu, halal dunia akhirat.
Bawang besar (lagi banyak lagi sedap)
Belacan
Kisar kasar dengan air mineral, tapis dan ketepikan air bawangnya. Boleh tengok hasil digambar.
Banyaknya air, sebab tu kita tapis. Air bawang ni guna sikit atau banyak terpulang pada citarasa yang nak bau bawang banyak mana. Akak guna bawang besar yang merah bukan bawang yang Oren tu ya sebab yang tu cepat basi. Memang manis tapi kalau nak masak kuantiti sikit boleh je guna bawang Oren tu.
Ads
Cili kering (gunting, rendam air panas, tos)
Ikan bilis
Kisar cili Kering sampai lumat dengan air mineral baru masukkan ikan bilis dan kisar kasar.
Kiub ikan bilis
Garam
Gula perang
Gula batu tumbuk (sambal berkilat)
Buah keras tumbuk jangan halus sangat
Daun pandan
Kismis
Ads
Panaskan minyak, mula-mula masukkan daun pandan dulu bagi harum dan baru masukkan bawang yang dah ditapis tadi. Tumis bawang sampai garing sikit baru masukkan cili, terpulang pada pedas yang kita nak. Macam akak 10 biji bawang besar, akak guna cili 3 senduk. Kalau tak nak pedas, akak blend cili dengan lada basah merah ini semua ikut selera masing-masing. No problem.
Masukkn kiub ikan bilis dan buah keras, tuang air bawang sikit. Kacau smpai cili masak baru masukkan kismis (akak letak 1/4 cawan) guna api kecik sepanjang masa yea. Memang lambat, jadi kena sabar.
Biar sambal sampai kering, tambah garam dan gula perang dan gula batu, sebatikan. Biar lagi sampai sambal kering macam yang kita suka, sesuaikan rasa.
Ads
Boleh padam api, biar sebentar sampai terpisah minyak dan sambal asingkan minyaknya dan siap!
Lagi sedap makan esok hari, lagi lama lagi yummy! Akak masak sambal ni dengan api kecik selalunya dalam sejam ke atas tengok pada kuantiti sambal. Api memang kecil, nak cepat?
Boleh je, nanti rasa smokey tak sedap bagi tekak akak yang tua ni.
Renyah kan? Ini versi ku, try dulu baru komen ya.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Kami masing-masing faham isi hati” 15 tahun jadi ibu tunggal akhirnya Mas Idayu bertemu jodoh. Tahniah diucapkan buat penyanyi senior popular Mas Idayu yang bakal mengakhiri zaman sebagai ibu tunggal dengan penerbit eksekutif sebuah stesen televisyen, Sufian Isa, pada September depan.
Dirinya juga bagaikan tidak sangka bakal berkahwin sekali lagi, namun takdir ALLAH mengubah segalanya.
“Kami Masing-Masing Faham Isi Hati”
Pemilik nama sebenar Mas Idayu Mesnun, 50, seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro menerangkan hubungan mereka mula rapat sejak beberapa bulan lalu walaupun sudah saling mengenali ketika bekerjasama menerusi program Mentor 3 pada 2008.
“Sejujurnya saya sendiri tidak menjangka akan melalui fasa ini (pernikahan) sekali lagi. Apatah lagi selepas 15 tahun hidup sendiri.
“Cuma dua tahun kebelakangan ini saya memang berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik dan boleh menerima saya serta anak seadanya.
“Dalam diam siapa sangka jodoh saya dalam kalangan orang yang selalu bekerjasama. Daripada sekadar hanya usikan rakan-rakan pada program Lagu Cinta Kita tahun lepas, terus membawa kepada hubungan yang serius,” kongsi Mas Idayu.
Gembira Dipertemukan Dengan Lelaki Yang Boleh Menjaga Dirinya & Anak
Terdahulu, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai sembilan tahun selepas itu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.
Mas Idayu juga menyatakan dia berasa gembira bukan kerana hendak berkahwin namun dipertemukan dengan lelaki yang boleh menjaga dirinya dan anak.
“Tidak ada istilah dia melamar saya pun. Kami masing-masing faham isi hati. Dia terus cakap nak jumpa keluarga saya yang kebetulan datang dari kampung.
“Tentu saja saya gembira. Bukan kerana nak kahwin, tetapi lebih kepada saya dipertemukan dengan lelaki yang boleh menjaga saya dan anak nanti.
“Kalau bercakap soal persiapan, sekarang ini baru 30 peratus siap. Tempat pula kami sudah ada beberapa lokasi, tinggal nak pilih saja,” sambungnya.
“Alhamdulillah Akhirnya Bersatu”
Menerusi ruangan komen ramai rakan artis memberi reaksi positif dan mengucapkan tahniah buat Mas Idayu.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menetapkan hanya ketua keluarga atau seorang wakil sahaja yang boleh membeli barangan keperluan harian.
Walaupun memangku jawatan sebagai seorang Ketua Kerajaan, sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki hari ke-11 ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga selaku ketua keluarga berkesempatan meluangkan masa melakukan tanggungjawab membeli sendiri barangan dapur untuk keperluan keluarga.
Dalam perkongsian di Facebook rasmi beliau, Perdana Menteri kesayangan ramai ini berkongsi beberapa keping gambar beliau singgah di pasaraya untuk membeli barangan keperluan. Beliau juga sempat memerhatikan amalan selamat dan pencegahan yang sepatutnya dilakukan oleh orang ramai didalam pasaraya sewaktu membeli barangan. Disamping itu, beliau juga menasihatkan agar tidak perlu panik kekurangan barangan kerana ia mencukupi.
Berikut perkongsian tersebut;
“Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasaraya. Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan penjarakan sosial. Barang-barang di pasaraya pun penuh. Jadi kita tidak perlu panik.”ujarnya.
Rakyat Doakan Kesihatan
Sementara itu, di ruangan komen ramai yang mendoakan agar Perdana Menteri diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan untuk terus menerajui negara.
MW: Sempoi je, Perdana Menteri beli sendiri barang dapur untuk keluarga. Semoga diberi kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat dan menerajui kepimpinan kerajaan, sekaligus berjaya menangani COVID-19 ini.
Bagi yang gemar dengan masakan Jawa, pastinya ramai yang kecur air liur bila MW share dua resipi ini. Buat yang jarang-jarang maska dan tak tahu masak, boleh jadikan PKP masa terbaik untuk bereskperimen dengan dua resipi lazat ini. Mana tahu lepas PKP nanti, boleh buat untuk jual pada jiran-jiran ataupun kawan sepejabat ye tak. Tambah juga ilmu baru dan pendapatan baru. *RESIPI SUMBANGAN ROHAYU RAMLI
PECAL SAYUR JAWA DENGAN KUAH KACANG
BAHAN KUAH KACANG
BAHAN-BAHAN
2 kg kacang tanah (disangai)
5 cawan minyak jagung
25 labu bawang besar (dimayang)
2 cawan cili kering (dikisar)
15 cawan air masak
5 cawan gula melaka
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Sangai kacang tanah sehingga cukup masak. Buang kulit, sejukkan dan direndam sekejap.
2. Masukkan kacang tanah ke dalam pengisar bersama sedikit air. Kisar sampai hancur. Ketepikan.
3. Dalam periuk, panaskan minyak jagung. Tumis bawang besar. Kemudian masukkan cili kering dan tumis lagi sampai naik minyak.
4. Masukkan kacang tanah dan air.
5. Apabila sudah menggelegak, masukkan gula melaka dan garam.
6. Kacau seketika dan matikan api.
BAHAN SAYUR
Kacang panjang
Pucuk ubi
Taugeh
Kangkung
Tempe
Tauhu
Minyak masak untuk menggoreng.
CARA MEMBUAT
1. Kacang panjang, pucuk ubi, taugeh dan kangkung dibasuh bersih. Kemudian dicelur dan ditoskan.
2. Tempe dan tauhu digoreng garing. Angkat dan toskan.
SAMBAL GORENG JAWA
BAHAN-BAHAN
5 labu bawang sederhana besar (hiris)
10 ulas bawang putih (hiris)
40 batang kacang panjang (hiris)
15 tangkai cili hijau dan merah (hiris)
15 keping tempe (hiris nipis dan digoreng)
20 keping tauhu (hiris dan goreng)
25 biji kentang (hiris nipis dan goreng)
10 peket suun (rendam)
50 tangkai cili kering (gunting nipis)
5 genggam ikan bilis (goreng)
BAHAN KISAR
20 ulas bawang merah
15 ulas bawang putih
5 genggam ikan bilis
5 inci lengkuas
5 batang serai
25 tangkai cili kering (rendam)
BAHAN LAIN
5 sudu besar perahan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Kicap lemak manis secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih. Goreng sehingga naik bau.
2. Masukkan Bahan Kisar. Kacau dan biarkan masak.
3. Masukkan perahan air asam jawa dan perasakan dengan gula dan garam. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan hirisan kacang panjang, cili merah dan cili hijau.
5. Tutup kuali seketika untuk lembutkan kacang panjang.
6. Tuang kicap. Kacau sehingga rata dan sebati semua bahan.
7. Akhir sekali masukkan tempe, tauhu, kentang, suun dan cili kering. Kacau lagi. Biarkan sehingga sambal goreng nampak sedikit kering dan berkilat.
8. Angkat dan masukkan dalam bekas yang sesuai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri mengandung rentung bersama empat anak, terperangkap di pintu berkunci. Tragedi kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai semalam cukup menyedihkan bagi Muhammad Khairudin bin...