Biskut Sarang Semut antara biskut lama orang dulu-dulu. Rasanya berlemak, lembut berderai memang menjadi pilihan ramai sewaktu hari raya. Namun ada cara mudah untuk pastikan tangan kita tak sakit sewaktu menekan doh. Boleh guna penapis teh sahaja.
Tip ini yang dikongsikan oleh Puan Nur Aifa Nuryang merupakan pembuat Biskut Sarang Semut sendiri, dalam menghasilkan biskut yang dibuat niaga.
Benda boleh buat sendiri, kenapa nak kena beli?
Biskut Sarang Semut Tanpa Telur
Bahan A:
60g mentega
40g gula aising
1tsp esktrak vanila
Bahan B (satukan dan ayak)
60g tepung gandum
40g tepung kastard
1 tsp baking powder
1.Satukan Bahan A dan kacau dengan senduk kayu cuma bagi sebati je.
2.Tambah Bahan B dan gaul sampai jadi doh.
3.Tak perlu keraskan dalam peti sejuk untuk parut, terus tekan pada penapis teh, tak sakit tangan.
Ads
Penapis macam dalam gambo ni saya DIY sendiri. Guna kain net dan ring penegang kain (tool nak jahit sulam).
4.Lepas habis tekan semua baru ceduk masuk dalam papercup.
Ads
5.Masukkan penuh-penuh sebab lepas bakar dia akan turun.Tapi jangan risau bila masak masih nampak tekstur berderai-derainya.
6.Tabur coklat rice atau edible manik warna warni.
7.Bakar ikut oven masing-masing.
Info Ekstra!
Kain net dan ring ni boleh beli kedai bunga/kedai jahit. Kain net ni biasa orang buat balut telur rebus bunga telur. Semeter RM2,3 je. Ring ni ikut saiz, saiz kecik RM3,4 yang besar dalam RM7. Boleh je besar ke kecik, ikut selesa.
Nak sedap pakai mentega pure (Anchor, scs, golden churn, etc) dan pakai vanilla ekstrak bukan esen vanilla. Nak lagi menarik tambah pewarna kuning telur sikit masa kacau bahan A.
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak buat Biskut Sarang Semut tanpa telur yang mudah. Tak perlu parut doh, hanya perlu tekan pada penapis teh sahaja, tak sakit tangan.
Resipi MAC & CHEESE Sukatan Untuk 30 Bekas, Jamuan Akhir Tahun Sekolah Anak! Macam-macam idea untuk mak-mak buat untuk jamuan akhir tahun anak. Senang Lebih mudah sebenarnya bawa bekas pek individu macam ni, mudahkan kerja cikgu, malah jika tak habis anak-anak pun boleh bawa balik.
Boleh cedok idea yang dikongsikan oleh Puan Jaja Mohd Zaid ini untuk jamuan akhir tahun sekolah anaknya sebagai panduan;
Pagi-pagi tangan mak hang dah jadi sotong Echa oii..hihi.. Semoga kawan-kawan awak suka la Mac&Cheese kebabom mama ni. Sedap tau.. kihkih.
Letak siap-siap dalam bekas macam ni, senang nak makan tak yah susahkan cikgu-cikgu dah. Tak sempat makan, hangpa bawak balik la noh.
RESEPI MAC & CHEESE MAMA ECHA :
(Sukatan untuk 30 bekas)
Bahan-Bahan:
2 tin PREGO Mac&Cheese
1 peket Sosej (hiris nipis)
1 tin Cendawan butang (hiris) ½ kotak besar Susu full cream
½ kotak besar Udang 30pcs (letak setiap bekas). Buang kulit. Rebus asing. Rebus kejappp je.
2 peket Macaroni Kimball (tak sampai pon 2 peket). Rebus asing sampai empuk.
1-2 sudu besar Oregano
6 ulas Bawang putih (tumbuk)
3 sudu besar Butter
Gula/garam/perasa
Bekas untuk isi
Cara Membuat :
Rebus Makaroni sampai lembut.
2.Panas butter.Tumis bawang putih jangan sampai garing sangat. Masuk sosej+cendawan untuk kasi masak.
3. Masuk 2 tin Mac&cheese Prego tu dan susu full cream. Masuk oregano sikit. Biar mendidih sampai pekat sikit. Selepas itu, masukkan macaroni yang dah rebus tu.
Masuk gula+garam+perasan siket.
4. Gaul rata sampai sebati. Bubuh dalam bekas sampai penuh.
5. Atas sekali hias dengan udang yang dah rebus asing tu.
Mingguan Wanita: Menariknya idea Mac&Cheese bawa dalam bekas individu begini. Mudahkan kerja cikgu malah jika tak habis pun anak-anak boleh terus bawa balik.
Setiap kali tibanya bulan ramadan, buah kurma memang menjadi pilihan ramai sebagai makanan sunnah ketika berbuka. Selain dimakan begitu sahaja, kurma juga boleh dibuat kuih yang sangat sedap, dengan hanya menggunakan 5 bahan. Kuih Kurma kukus ni antaranya resipi orang dulu-dulu yang mudah dibuat dan sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut sewaktu berbuka.
Boleh cuba resipi mudah Kuih Kurma Kukus seperti yang dikongsikan oleh Norazlina Mohamad Zaki ini.
Dah ramai yang berkenan kuih kurma kukus ‘febret’ abah ni. mam up la resepi dia ye.
Bahan-Bahan:
Buah kurma(buang biji, potong-potong sikit susun dalam bekas
2 cawan Santan
Secubit garam
2 sudu besar penuh tepung gandum
1 sudu tepung beras
Mingguan Wanita: Mudahnya nak buat kuih kurma kukus ni. Bahan-bahan tak banyak dan ringkas sangat nak buatnya. Kukus 10 minit, sejukkan dah boleh makan. Boleh cuba nanti.
Kalau suka lauk jenis tak berkuah mak-mak boleh cuba resipi Ayam Masak Cili Kering ini.Cukup senang nak buat, ringkas, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Paling penting memang mampu membuka selera makan nasi panas-panas.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Fatin Fauzi ini seperti berikut;
RESEPI AYAM MASAK CILI KERING STAIL CINA MUSLIM
Try la. Sedappp sangat. Rasa masam masam manis pedas.Sebab suami suka, atin masak je la. Kalau gi makan restoran cina muslim, dia suka makan ni. Atin share resepi ok.
Bahan-Bahan:
Bawang merah – dimayang dan potong besar (2 versi)
Bawang putih – dimayang
Lada besar 1 biji – dimayang
Cili padi 3 biji – dimayang
Cili kering 10 tangkai – potong kecik kecik
Daun kari
Sos cili, sos tomato dan sos tiram
Paste asam jawa
Tepung gandum
Telur
Cara-Caranya :
1. Ayam potong kecik. Atin potong besar sebab suka besar.
2. Lepas basuh dengan air garam, celup dalam telur dan tepung. Kemudian goreng.
3. Toskan minyak ayam.
4. Tumis cili kering dan daun kari sampai garing.
5. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada besar.
6. Letak semua sos tadi secukupnya. Ikut kuantiti ayam.
7. Masukkan sedikit air.
8. Biar sedikit pekat. Masukkan paste asam jawa dan gula serta garam secukup rasa.
9. Masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul.
MW: Mudah nak buat lauk ni dan cukup membuka selera terutama bila dimakan dengan nasi panas. Kalau mak-mak nak buat lauk simple yang kering tak berkuah tapi sedap,boleh lah cuba resipi ini.
Mas Idayu bersyukur bekas suami lepaskan secara baik. Tiada pasangan berkahwin yang inginkan perpisahan namun jika ditakdirkan jodoh tidak panjang pastinya kena reda dengan...