Bersabar! Mungkin itu yang boleh kita katakan pada orang yang mengalaminya. Namun, apabila situasi ini berlaku pada diri sendiri, barulah kita tahu betapa pedih dan sedih setelah kehilangan orang tersayang. Tidak dapat digambarkan melihat sekujur tubuh yang dibaluti dengan selimut putih, kaku dan tidak bernyawa.

Terima kasih Allah kerana meminjam dia untuk hambamu ini walaupun hanya seketika untuk menumpang kasih.

Itu sahaja yang boleh dikatakan. Tidak kiralah kehilangan anak dalam kandungan, anak masih kecil, orang tersayang baik isteri atau suami mahupun ibu bapa sekalipun. Memang sudah tertulis olehNya hanya setakat itu sahaja untuk mereka menumpang kasih di dunia ini.

Berduka, bersedih dan murung kerana terlalu teringatkan orang yang telah pergi. Tapi sampai bila? Kehidupan perlu diteruskan untuk anak-anak yang lain atau ahli keluarga lain. Sedih dan meratapi pemergian orang tersayang sekalipun dia tak akan kembali. Hanya iringan doa dapat mengurangkan kesedihan dan insya Allah, bertemu di alam sana dengan bahagia.

IKLAN

Ikuti kupasan lanjut Membina Kehidupan Selepas Kehilangan dalam Mingguan Wanita Talkshow musim baharu di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 11 pagi hingga 12 tengahari bersama Siti Elizad dan Dato’ Dr Fadzilah kamsah serta tetamu jemputan Khir Rahman yang kehilangan bapatersayang baru-baru ini manakala Iqbar Hakim (anak Faziani Rohban – pengasas DNARS) & Ahmad Shah Rizal Ibrahim (Suami Faziani Rohban) akibat kemalangan jalan raya pada Ramadan lalu.

Untuk sebarang komen dan persoalan untuk ditanyakan kepada tetamu dan juga pakar, hubungi Talian Teman Wanita Anda di 03-89389647 atau komen terus di ruangan komen yang disediakan. Jangan lupa jumpa esok ye semua!

IKLAN

#mingguanwanitatalkshow

#mingguanwanita

IKLAN

#temansetiapwanita

#AstroPrima105

#AstroPrimahd121

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI