Bila dah berkahwin dan jadi suami orang, buat cara macam sudah beristeri. Bukannya macam bujang dulu, seronok sana-sini. Batas pergaulan dengan wanita lain harus dijaga. Tiada istilah suka-suka, bukan betul-betul kerana ada hati yang perlu dijaga iaitu isteri.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik ya wahai suami sekalian:
“Ala, suka-suka jer…bukan betul-betul pun”
Lawak juga dengan kaum sendiri ini… Bila isteri tanya kenapa banyak komen dekat sosial media perempuan lain, siap emoji-emoji bagai.
Jawapannya “Ala, suka-suka je…”
Memang Suka-Suka, Tak Jaga Pergaulan
Nowadays, memang kita orang lelaki ini suka-suka saja komen dekat media sosial perempuan lain?
Kalau isteri sendiri tag ilmu, tak adanya nak baca… Kalau isteri sendiri tag information apa-apa, tak adanya nak tengok… Bila kandungan posting itu panjang, terus komen,
“Lukis boleh tak?”
Tapi kalau bukan isteri yang post, benda tak lawak pun jadi lawak… Kalau bukan isteri yang post, benda tak minat pun jadi minat… Tengok orang korek telaga pun jadi seronok, boleh tengok sampai habis data… Interested gila… Sebab orang lain post, perempuan pulak tu…
Nak-nak yang single mingle, lawa… Comfirm “See First”…
Pantang awek tu update apa-apa, cepat saja komennya, cepat je like-nya… Awek itu ada masalah, cepat saja bagi nasihat, pendapat dan pandangan… Tapi masalah dekat rumah, dia tak nak ambil tahu… Dia tak peduli…
“Suka-suka pun tak boleh? Nak abang buat betul-betul?”
Itu sajalah ugutan orang lelaki… Tak kena dekat batang hidung kau bang, bolehlah main ugut-ugut ini… Isteri kau tiru buat macam itu, harap-harap kau bolehlah terima alasan “suka-suka” macam yang kau bagi itu…
Bila dah jadi suami, buat cara macam sudah beristeri… Pergaulan kena jaga walaupun di alam maya… Apa yang kita buat itu, kalau isteri tak nampak pun, orang lain nampak… Lambat-laun, sampai juga dekat pengetahuan isteri…
Nak isteri terima dengan berlapang dada dan terbuka serta bersangka baik akan perangai sebegini?
Suka-suka Tak Halalkan Perbuatan Tak Jaga Pergaulan
Mustahil kot, impossible…suka-suka bukanlah boleh digunakan sebagai alasan utk “membenarkan” atau “menghalalkan” perbuatan tersebut… Isteri mesti terasa bila mana orang yang dia sayang, “bermesra” dengan orang lain… Terang-terangan dalam sosial media pulak tu…
Fikir logik pun sudah tahu jawapan baik atau buruk, salah atau tak salah perbuatan tu… Tak perlu diterangkan dengan lebih lanjut lagi…
MW: Tak bermakna suami tak boleh bersosial langsung di media sosial, banyak kan kawan-kawan lelaki. Jadi komen kawan-kawan lelaki, hati isteri pun tak sakit. Bayangkan kalau isteri suka-suka bermesra dengan orang lain di media sosial. Pasti tak suka kan? Renung-renungkan ya wahai suami.
Kalau dinamakan wanita atau isteri ini pasti suka shopping.Shopping itu umpama terapi bagi wanita. Tetapi mungkin setelah berkahwin, segalanya berbeza. Seorang isteri cuba menahan diri atau mengurangkan sedikit aktiviti shopping semata-mata untuk keluarga dan anak-anak.
Minat mereka masih membeli tetapi utamakan keperluan suami dan anak-anak berbanding dirinya. Hingga satu saat, baju sendiri tak terbeli bila keperluan sendiri diabaikan. Ikuti perkongsian Razzaaq Ajaq ini dan hadam baik-baik.
Berkorban Untuk Anak, Keluarga
Saya kongsikan semula pengorbanan seorang ISTERI dan yang bergelar seorang IBU.
Semasa saya cari baju dalam bakul baru basuh. Ternampak baju ada kilat-kilat ni.
Tiba-tiba hati ni jadi sebak pula tengok baju ni. Baju isteri saya waktu bercinta sebelum kahwin dulu.
Sudah nak masuk 5 tahun kahwin tapi isteri masih lagi simpan dan pakai baju sebelum kahwin dulu.
Sebak pula hati bila tengok isteri sanggup berkorban tak shopping barang dan baju baru.
Bukan saya tak belikan tapi dia lebih utamakan belanja keperluan untuk suami dan anak.
Isteri Mana Tak Suka Shopping, Korbankan Perasaan Untuk Keluarga
Isteri mana yang tak ingin shopping, tak nak pakai kereta mewah, tak bercuti tapi berkorban semata-mata nak beri keselesaan pada anak dan keluarga.
Wahai suami, hargailah isteri anda. Hargai pengorbanan tenaga, keinginan dan masa diorang.
Usaha lah untuk ubah diri jadi lebih baik. Kalau dapat tambah rezeki, reward mereka dengan hadiah dan kasih sayang.
Jangan sibuk cerita tentang tambah cawangan kalau yang ada pun tak hargai.
MW: Wahai suami, hargailah isteri yang banyak berkorban dan utamakan keluarga melebihi dirinya. Jika ada rezeki lebih, rewardlah isteri dengan hadiah yang ikhlas dari hati. Isteri bahagia, anda sekeluarga turut bahagia.
Pilih pasangan sekufu, dengan harapan dapat hidup bahagia dalam rumah tangga kerana tiada perbezaan ketara dari segi gaya hidup. Namun, ternyata apa yang diharapkan tak terjadi.
Pilih wanita yang dianggap dapat susah senang hidup bersamanya, namun lelaki itu kecewa akhirnya bila dia dicurangi oleh isteri tersayang. Ikuti pengakuannya kepada Mingguan Wanita.
Bukan senang nak hidup senang. Perlu ada kemahuan dan usaha. Aman, 30, bukan berkelulusan tinggi. Selepas SPM, dia melanjutkan pelajaran di pusat kemahiran di dalam bidang automotif. Selepas tamat belajar, dia bekerja di sebuah bengkel milik bangsa Cina. Uncle itu sangat tegas dan cerewet tapi Aman banyak belajar daripadanya ilmu tentang penyelenggaraan kereta. Sehingga akhirnya Aman menjadi orang kanannya.
Aman sedar, pada zaman serba mencabar ini, dia perlukan duit jika hendak pinang anak dara orang. Sebab itu dia kerja keras dan hidup berjimat. Dia nak selepas kahwin nanti isteri dan anak-anaknya akan hidup selesa.
Aman pernah bercinta ketika mula bekerja tapi putus di tengah jalan apabila keluarganya tidak merestui perhubungan mereka. Alasan mereka kerana Aman seorang mekanik. Sejak itu Aman pasang hasrat untuk berjaya dalam hidup. Punya bengkel sendiri.
Aman berkenalan dengan seorang gadis manis yang sering berkunjung ke bengkel tempatnya bekerja untuk servis kereta. Dari hari pertama, memang dia perasan gadis itu seolah-olah menyukainya. Sehinggalah tauke bengkel sendiri yang mengusik. “Aman, saya tengok itu Amoi manyak suka sama kamu woo..”. Aman hanya tersenyum kerana dia sedar siapa dirinya. Tak berani hendak cuba ‘masuk daun’. Nama gadis itu Ayu, anak seorang ahli perniagaan. Bekerja di syarikat ayahnya sendiri. Mereka umpama burung enggang dan pipit. Mana layak terbayang bersama.
Dalam masa yang sama, Aman kenal dengan seorang gadis lain, Syida yang membantu makciknya di sebuah kedai makan. Orangnya pun manis dan nampak lemah lembut. Dia pun seperti ada menaruh minat pada Aman. Anak yatim, kematian ibu. Sekarang tinggal bersama makciknya dan membantu makciknya berniaga. Aman rasakan Syida pilihan tepat untuknya kerana mereka setaraf.
Kata orang, sekufu. Dalam tempoh enam bulan, mereka bertunang dan berkahwin. Majlis perkahwinan mereka tetap meriah walau dalam keadaan sederhana sahaja. Aman tetap cuba berikan yang terbaik untuk isterinya.
Beberapa bulan pertama, Aman dan Syida hidup bahagia. Mereka tinggal di sebuah flat dua bilik yang dibeli sendiri oleh Aman. Atas permintaan Syida, Aman benarkan Syida terus bekerja di kedai makciknya. Selagi belum ada anak, boleh juga isi masa lapang Syida. Fikir Aman. Dia bukan fikirkan soal duit kerana dia mampu menanggung isterinya itu.
Aman semakin sibuk apabila tauke lamanya menjual bengkel tempatnya bekerja kepada Aman kerana tiada siapa yang hendak ambil alih dan dia berhijrah ke luar negara. Diserahkan bengkel itu kepada Aman yang dianggap seperti anaknya sendiri. Kehidupan Aman semakin sibuk. Dia tekad untuk membesarkan lagi bengkelnya itu. Malah, Aman telah membuka kedai mencuci kereta bersebelahan bengkelnya. Memang dia teramat sibuk sehingga jarang dapat keluar bersama Syida. Aman bersyukur kerana Syida masih bekerja, jadi tidaklah dia sunyi di rumah. Aman harap Syida faham dia berusaha untuk masa depan mereka juga.
Tanpa disedari, hubungan Aman dan Syida makin renggang kerana kesibukan Aman. Kadangkala pulang awal pagi lebih-lebih lagi musim perayaan.
Namun tak sangka, Syida curang di belakang Aman. Dia bermain cinta dengan seorang lelaki yang sering makan di kedai makciknya. Mulanya sekadar teman mencurah rasa, akhirnya sama-sama jatuh cinta. Lelaki itu seorang kakitangan kerajaan dan sudah punya isteri dan tiga anak.
Aman tidak sedar apa yang berlaku sehingga dibocorkan sendiri oleh makcik Syida kerana kasihankan Aman. Bertungkus-lumus bekerja tapi isteri bermain cinta dengan lelaki lain. Mulanya Aman seakan tidak percaya, namun selepas diintip dan melihat sendiri isterinya bermesra dengan lelaki lain, dia percaya.
Syida pula berterus terang bahawa dia sudah tidak sayangkan Aman dan minta dilepaskan dengan baik. Demi maruah seorang suami dan tidak sanggup lagi menyimpan isteri yang terang-terangan mengaku curang, Aman jatuhkan talak satu.
Setahun berlalu dan Aman tidak berpaling ke belakang. Syida sudah berkahwin dengan kekasihnya sebaik tamat edah dahulu dan Aman tetap sendiri. Fokusnya pada perniagaannya yang sudah semakin maju sehingga mampu membuka dua buah bengkel lain.
Aman agak fobia mengenangkan keruntuhan rumah tangganya yang putus di tengah jalan. Disangka mengahwini wanita yang setaraf, dapat memahami dirinya. Rupanya sebaliknya yang terjadi.
Tak sangka, selepas setahun, Ayu muncul di bengkel Aman. Rupanya selepas Aman berkahwin, dia membawa diri ke luar negara menyambung pelajaran di sana.
Kini dia kembali dan masih setia menjadi pelanggan bengkel kereta Aman. Ayu telah meluahkan rasa hatinya kepada Aman. Yang masih setia mencintai Aman. Katanya, sikap Aman yang jujur, rajin dan kuat bekerja membuatkan dia jatuh hati sejak dulu. Aman masih terasa perit dengan kegagalan rumah tangganya.
Namun dia cuba untuk membuka hati untuk menerima Ayu. Jika ada jodoh, dia tidak menolak untuk disatukan dengan gadis itu kelak. Namun, bukan untuk masa terdekat. Dia perlu merawat duka di hati terlebih dahulu..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!