Semua orang anak mak, tak kiralah suami atau isteri. Namun setelah mendirikan rumah apa kata cuba hidup dengan cara sendiri, berdikari dan jangan terlalu harapkan mak.
Sebaiknya bila sudah kahwin, cuba dapatkan pula pandangan isteri, cukuplah bergantung dengan mak selama ini. Bertindak matang kerana setelah bernikah, mak ayah sudah punyai keluarga sendiri.
Kita kan sudah ada isteri… Wanita kedua yang hadir dalam hidup kita selepas mak kita…
Takkan apa saja keputusan atau pilihan yang kita nak buat itu tak boleh tanya pada isteri kita?
Isteri tak tahu apa yang terbaikuntuk kita?
Isteri tak faham kita?
Ads
Pandangan Isteri, Cukuplah Bergantung Dengan Mak
Sekali-sekala, buatlah keputusan sendiri… Sendiri lebih tahu apa yang sendiri hendak… Sudah besar, sudah dewasa dan sudah matang…
Tunjukkan dekat mak yang kita pun tahu apa yang terbaik
Untuk kehidupan kita, rumah tangga kita… Kita boleh jaga kehidupan dan rumah tangga kita sendiri…
Bukan sikit-sikit mak, sikit-sikit mak…
MW: Jadilah suami yang matang, percayalah hubungan mak dan anak tidak akan terputus biar pun kita banyak membuat keputusan sendiri dalam rumah tangga yang telah dibina. Sebagai suami jadilah lelaki yang bijak untuk mengawal emosi sendiri, isteri dan juga mak.
Inilah kelebihan surah At-Taubah Ayat 128 hingga 129 yang tuhan anugerahkan untuk hambaNya yang diuji kesusahan, kesukaran. Wanita ini, Saira Yusuff terus amalkan sebaik mendengar tazkirah dari Ustaz Ebit Lew.
Ketika hidupnya dilanda kebuntuan, dia dan suami tak berhenti amal. Sehinggakan dalam sujud terakhir solatnya dia membacanya. Satu persatu, Allah selesaikan masalah hidupnya. Rezeki masuk mencurah-curah tak putus.
Assalammualaikum semua Saira nak share Testimoni Peribadi tentang,
Surah At Taubah 128-129 yang Saira dan suami amalkan sejak kejatuhan bisnes beberapa tahun lepas.
Bila kata tentang kejatuhan bisnes pastinya ramai di sini yang pernah kejatuhan bisnes, buat marketing business keluar modal puluh-puluh ribu malah ada yang ratusan ribu, pernah ditipu dan sebagainya.
Pada masa kebuntuan pastinya kita pon rasa letih mencari-cari, bertanya-tanya pelbagai jenis bantuan. Dengan family, kawan-kawan semua kita tanyakan untuk meminjam dan mengadu kesah hal kita ni.
Ada suatu hari dalam kebuntuan, terdengar tazkirah dari Ustaz Ebit Lew tentang ilmu yang disampaikan iaitu bacalah Surah At-Taubah ayat 128-129 sekurang-kurangnya 7x sehari.. Allahuakbar
Kata Ustaz :-
1. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat
2. Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi mulia
3. Jika dia seorang kalah, akan segera mendapat pertolongan
4. Jika dia seorang yang berkesempitan , maka akan segera mendapat kelapangan
5. Jika Dia Seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar
6. Jika Dia dalam kesusahan, maka akan diberikan kesenangan
Subhanallah.., Subhanallah.. Subhanallah, waktu itu memang Saira teruskan amalan ini tanpa henti. Sehinggakan dalam sujud terakhir selalu amalkan ayat ini.
Setelah amalan ini berterusan hinggalah perasan yang satu persatu urusan dipermudahkan, pelbagai jalan keluar untuk setiap persoalan (masalah) serta segala amanah-amanh mula dapat diselesaikan.
Syukur Kehadrat Ilahi atas semua anugerah, pertolongan & kenikmatan yg diberi olehNYA.
Ini antara sebab kenapa Saira masukkan amalan ini ke dalam Buku Checklist Amalan by Puan Saira.
Dengan berbesar hati , dan penuh dengan rasa syukur kehadratNYA, Allah SWT hantar stokis-stokis dan agen yang baik-baik dan seronok nak sebarkan kebaikan buku ini .. Moga Kalian dikurniakan rezeki berpanjangan, sentiasa ingin Berdakwah di atas jalanNYA dan kurniaan rahmatNyA ke atas kalian tanpa putus insyaallah.
Boleh dapatkan info lengkap di link asal ini : Saira Yusuff
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bekas arkitek kerajaan, Khairunnisa Hamzah berkongsi luahan hati ibu yang dah tak larat tengok rumah bersepah hari-hari. Rasa penat sebab jadi miskin dan tak miliki rumah cantik macam orang lain.
Dan ini pesanan Khairunnisa, pada mana-mana ibu yang pernah lalui perasaan seumpama ini; rasa tak larat kemas rumah, rumah tetap juga tak jadi cantik. Rasa penat sangat..
“Puan, saya dah tak larat rumah saya bersepah setiap hari. Saya penat jadi miskin. Saya nak juga rumah cantik macam orang lain”
Allahu….
Bukan sekali 2 saya dapat message begini. Ramai dah message saya untuk ‘mengadu nasib’.
Terus saya snap bagi gambar semasa yang sedang berlaku di rumah saya yang sekangkang kera sekarang ini.
Ini betul-betul.
Bukan cobaan.
Lalu saya kongsikan sedikit kata, mungkin dapat membuka mata dan memujuk hati : “Jangan menangis. Kita hanya perlu bergembira dengan apa yang ada. Kemas rumah setiap hari tu tandanya sihat. Tak dapat kemas, 2-3 hari sekali pun, tak apa. Tapi sendirilah tahan dengan rupa rumah yang bersepah tu”
Saya pun kalau busy, habis rumah terabur dek anak 5 orang masih kecil. Nak buat macam mana. Tapi bila siren saya berbunyi, barulah semua bergerak berkerjasama.
Rumah kecil 400sqft macam kami, sekejap saja siap kemasnya. Tapi kalau nak detail kemas dan hias, saya akan minta suami bawa anak masuk kereta sekejap. Atau kadang-kala sejam juga lamanya.
Yelah, sebaik tongkang dah pecah, ingat senang nak kutip balik segala serpihan
Walaupun saya Mommy Dekor, tapi saya manusia. Bukan robot. Anak-anak saya, tetap budak-budak.
Aktif, bersepah dan comot.
Ada masanya bebas, ada masanya terkawal.
Ada masanya sukahati, ada masanya jaga hati.
Jadi mak ayah kena pandai main tarik tali.
Tak boleh terus ikat anak ketat-ketat, nanti tak bernafas. Habis oksigen tak sampai ke kepala.
Saya juga mengamuk, menangis bila penat. Apatah lagi bila datang bulan. Kita bukannya ada bibik atau pembantu di kediaman.
Tapi kenapa saya terus sebarkan semangat untuk elokkan rumah?
Sebab menjaga rumah itu satu perjuangan.
Pahala jika kita terus menjaganya.
Mana ada kemas hari ini, elok selamanya sampai kiamat!
Kecuali memang tak ada anak kecil atau kita keluar dari rumah tersebut. Maka, eloklah rupanya dengan lama.
Tapi kenapa kita usaha juga elokkan rumah setiap hari? Kemas, susun, hias, sampai letak aroma terapi
Sebab kita mahu usaha untuk terus hidup dengan baik, dan kita ada Allah.
Kalau kita ada Allah, kita malu kalau rumah kita bersepah. Sepah saja kita rajin nak kemas sebab nak Allah pandang kita. Bukan peduli apa orang kata. Bukan peduli apa jiran atau mak ayah kata. Tidak! Kita peduli apa Allah kata.
Kalau tak larat, kalau tak mampu, minta doa dari Allah. Minta bantuan dariNya.
Sebab Allah suka benda yang bersih, yang indah.
Indah tu tak semestinya mahal.
Tapi elok rupa dan menenangkan jiwa. Ada banyak caranya. Salah satunya, bersih. Selepas itu kemas tersusun. Dan level seterusnya barulah usaha hias dan ditambah dengan bau-bauan.
Usahakan takat mampu.
Seperti saya kata, andai kena duduk tinggal di bawah jambatan sekalipun, bergembiralah.
Miskin atau kaya bukan alasan untuk kita menangis atau ketawa.
Miskin atau kaya bukan alasan untuk kita malas atau rajin.
Pucuk pangkalnya Allah lihat kita. Kita mahu menjadi bagaimana di mata Allah.
Ya Allah, aku penat. Kau tolong elokkan rumah aku ya Allah.
Nanti sama ada Allah bagikan kita kudrat, rajin atau bagikan kerajinan pada pasangan atau anak, kita tak tahu.
Apa pun bukan usaha kita tapi izin Allah semata.
Selagi kita mengeluh, menangis, rezeki dan kelapangan tidak akan hadir.
Lalu saya tambahkan lagi rasa perbandingan si pengadu dengan keadaan saya : “Allahu… Ini saya pun tengah kemas. Rumah dah berapa hari sepah. Rumah saya tiada satu pun bilik. Boleh bayangkan, tak? Hanya 400sqft. Bayangkan saya duduk 7 beranak. Saya percaya rumah puan lagi besar dari saya. Rumah saya, buka pintu terus dapur di sebelah pintu. Dalam satu rumah ini besarnya semuat hanya 2 biji katil queen. Dan dapur di sebelah katil”
Kan janji Allah, jika kau bersyukur dengan nikmat aku (apa yang kita ada sekarang, kita jaga, kita urus sebaiknya), maka aku gandakan lagi nikmatku.
Tapi jika kita tidak bersyukur, mengeluh hatta mendodoi menangis kesah mengenang nasib malang (dikatakan sendiri) , lalu Allah gandakan lagi kesusahan kita.
Nauzubillahiminzalik….
Sungguh saya sangat berpegang dengan janji Allah ini kerana sehingga kini, Alhamdulillah rumah yang kecil ini kami sihat walafiat tinggal 7 beranak. Malah, macam-macam pula aktiviti dan idea. Saya percaya rezeki Allah bagi di situ.
Didatangkan ilham mencurah. Keakraban dan kerjasama setiap ahli keluarga yang baik. Pemandangan yang luas sampai ke garisan banjaran tulang Malaysia. Ya, rumah kecil tapi pandangan luar sampai ke pergunungan sana.
Sungguh dunia ini bukan milik kita.
Di dunia kita hanya singgah sementara.
Tapi, dengan setiap nikmat (apa yang ada), peliharalah sebaiknya. Jaga, belai, hias dan diberikan bau yang baik.
Seperti Rasulullah yang rumahnya yang tidur kepala dan kaki habis mencecah dinding lebarnya. Dan ketika berdiri juga kepala mencecah bumbung pula. Tapi, Rasuluallah jaga segala rupa, bersih dan elok baunya.
Bersedikit di dunia itu nikmat.
Kerana ramai yang takut untuk berlebihan.
Andai kita terpilih untuk bersedikit, bergembiralah.
Sentiasa berbaik sangka pada Allah.
Dalam setiap tandatangan saya dalam buku Dekor Dekor Cinta, suka saya tulis doa buat pembaca, “Semoga rumahmu terbina indah di syurga”
Doakan saya juga berumah sama dan berjiran kita di syurga, ya
Sahabat, sepah itu tidak mengapa.
Tapi tidak kemas kemudiannya itulah yang menyebabkan seribu masalah tercipta
Mommy Dekor
Khairunnisa Hamzah
Senibina kehidupan di rumah
Penulis buku Dekor Dekor Cinta
Jumaat
12.32 pm
13/11/2020
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cerita yang dikongsikan Imam Muda Hassan Adli ini benar-benar terjadi dalam kehidupan suami isteri. Bila suami terlalu rajin buat kerja rumah, sampai isteri rasa tak seronok nak meneruskan hidup dengan suaminya itu.
Kata Imam Muda Hassan lagi, banyak pengajaran yang boleh didapati dari kisah suami isteri ini. Bahawa cinta itu janganlah terlalu dicari, tapi jemputlah cinta yang diberkati dalam alam rumah tangga.
Betullah manusia ini sangat kompleks untuk difahami. Allah ciptakan akal dengan 1001 rahsia yang sukar untuk difahami. Hebat ciptaan Allah!
Berlaku di India, seorang isteri menuntut perceraian di peringkat pengadilan Syariah dengan alasan suaminya terlalu mencintainya dan terlalu rajin membantunya mengemas rumah, memasak untuknya, dan suaminya langsung tidak pernah meninggikan suara padanya.
Pegawai Syariah menung panjang juga bila mendengar alasan si isteri ini.
Si isteri inginkan seorang suami yang boleh dibawa bertengkar, pemalas, dan tidak terlalu mencintainya. Akhirnya pegawai Syariah terpaksa menolak permohonan luarbiasa daripada isteri ini.
Nak bagitahu di sini, cinta itu terlalu subjektif dan adakalanya sukar untuk difahami, dan adakalanya di luar jangkauan pemikiran manusia.
Ada benarnya kata bijak pandai, “cinta bukan untuk dimiliki, tapi untuk diperjuangkan.” Bila suami sibuk mencari cinta isteri, mungkin suatu hari nanti dia akan penat. Begitu juga bila isteri terlalu mencari cinta suami, akhirnya dia akan lelah juga.
Cinta bukan dicari tetapi dijemput dan diundang. Undanglah ia dengan keberkatan. Cinta yang diberkati, di dalamnya ada kalimah La Ilaha Illallah.
Bila mana Allah yang diangkat dalam cinta kita, in shaa Allah berkat cinta yang akan diperolehi oleh suami isteri.
Jemputlah cinta, jangan terlalu mencari!
#jiwatenang
MW : Memburu cinta diberkatiNya agar rumah tangga aman harmoni.
Cukup menyayat hati kemalangan tragis antara dua buah kereta yang berlaku semalam, dua maut manakala empat lagi cedera yang melibatkan Proton Saga dan Nissan Sentra.