Sakit hati kan, walau dah 5 tahun jadi suami tapi sikap tu tak pernah nak matang. Anak kecil-kecil minta perhatian, semua isteri buat. Urus anak, rumah.. suami lepas tangan. Tak ada sekelumit simpati pun nak ringan tulang bantu isteri dalam rumah.
Sakitnya hati isteri. Memendam perasaan sampai akhirnya jadi tawar hati dengan suami sendiri. Masuk anak tiga empat, lagilah langsung dah susah nak rasa sayang.
Gambaran yang dikongsikan BroOhsem, Akhtar Syamir ini sememangnya benar-benar terjadi dalam sesetengah rumah tangga. Bila mana lelaki ambil mudah bab tanggungjawabnya, maka terbebanlah segalanya di atas bahu isteri. Alahai!
Bila Game Susah Sangat Nak Lepas Dari Tangan..
Baru mula nak lena, anak menjerit-jerit tidak selesa. Rupanya lampin dah 5kg beratnya. Dalam kegelapan malam, anda memanggil si suami untuk bantuan.
“Sayang, anak nak tukar pampers ni.”
Diam membisu tanpa jawapan.
“Sayang, tolong la. I baru nak tidur ni, dari tadi dia merengek sambil menyusu.”
“I penat la, I pun baru je nak lena. Kacau betul. U buat je la.”
Pada waktu ini, tiada perasaan lain melainkan benci kepada suami. Jika anda pernah lalui situasi seperti ini, saya pasti anda takkan nafikan perasaan itu.
Ads
Esoknya.
“Sayang, tolong basuhkan berak anak tu. Dah nak keluar dari pampers dah tu, I tengah masak ni.”
“Alaa. Budak ni menyusahkan betul. Orang nak main game pun tak senang la!” sambil mengeluh kuat.
“Tak payah la. Biar sayang buat!”
“I dah stop dah. Biar I je yang basuh.”
“Tak payah. I dah tutup api dapur. Biar ikan tu terendam dalam minyak.”
Isteri Urus Anak, Kerja Rumah, Isteri Juga Dituduhnya Mengada-ngada
Sambil ambil anak dan terus masuk ke tandas.
“Tadi suruh sangat orang cuci, sekarang tak payah pulak. Mengada-ngada.”
“Siapa yang mengada-ngada? U tu asyik main game je. I dah la tak cukup tidur jaga anak semalaman, tukar pampers dia la, bagi susu la. Dia bukan senang nak tidur, malam tadi dengan kembung perut, hidung tersumbat. U tido je tak tolong I langsung.”
“I penat tau tak? Penat. I ni keja, cari rezeki untuk u dengan anak-anak makan. Bukan macam U duduk rumah je.”
“Sampai hati U cakap macam tu? U ingat I ni tunggul ke kat rumah ni? Siapa yang siapkan anak, bagi makan, mandikan, siapkan pakaian dia semua? Ya.. siapa yang masak bagi u makan kenyang-kenyang? Siapa yang kemas rumah bagi tak terbalik macam kapal karam? Dan siapa yang basuh semua pinggan mangkuk tu? Siapa yang kemas dapur, basuh bilik air semua?
“Mengungkit memang pandai. Membebel je U ni. Tu kan memang keje U? Isteri memang kejenya buat semua benda tu.”
Ads
“Mana U belajar isteri kena jadi hamba macam ni? I bukan mintak banyak pun, sekali sekala tu tolong la. I ade 2 tangan je tau tak? Mana sempat nak buat semua. U balik kerja melepak je. Tak peduli langsung kat anak-anak. Bila anak nak duduk dekat pun U marah sebab kacau U. Hujung minggu pulak U keluar dengan kawan, lepak sana sini macam orang bujang.”
Perangai Suami Tak Pernah Nak Matang
“Semua benda yang I buat, semua salah. Ini yang buat I bosan duduk rumah tau tak? Kawan-kawan I takde pun membebel kat I macam U ni.”
“Kawan-kawan U tu memang tak sedar diri. Yang dah kahwin pun menggatal macam tak kahwin, share gambar lucah, gambar perempuan seksi-seksi kat group Whatsapp, U ingat I tak tau?”
“U cakap baik-baik sikit, jangan nak perlekehkan kawan-kawan I. Diorang tu bergurau je. Ohh… Pandai godek telefon I ye? Telefon tu hak I. Itu privasi I. U takde hak nak sentuh telefon I. Hormat sikit. Tak payah nak queen control sangat.”
“Benda tu salah, bukan soal queen control”. I dah penat tau dengan U ni. Dari awal kahwin, sampai dah anak 3, sama je perangai. Tak matang-matang.”
“Bosan cakap dengan U ni, semua I je yang salah. U je yang betul. I nak keluar lepak mamak lagi tenang dari mengadap U ni.”
Senario ini berlaku sudah bertahun lamanya. Bayangkan betapa semua itu memakan hati si isteri. Semakin hari, semakin si isteri membenci suaminya.
Berubahlah sebelum terlewat. Matanglah sebelum terlambat. Fahami tanggungjawab anda sebagai seorang suami dan ayah. Anak itu hasil dari gabungan suami dan isteri. Jadi, tidak adil jika ianya diuruskan oleh isteri sahaja.
Pertengkaran ini jika tidak dikawal boleh membinasakan. Si suami boleh menjadi agresif, si isteri boleh memberontak. Yang rugi dan paling terkesan nanti ialah anak-anak.
Berhenti menghancurkan keluarga anda dengan sikap tidak bertanggungjawab, malas dan kebudak-budakan.
Jadilah ayah dan suami yang matang.
Jika anda tidak faham isteri anda, bukan sebab isteri itu sukar difahami, tetapi anda sebagai suami yang tidak mahu faham.
Kongsikan senario ini buat semua.
MW :Jangan bebankan isteri urus anak mahupun rumah tangganya sendirian. Suami kenalah sama-sama ambil tanggungjawab.
“Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi : http://t.me/broohsemfans
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jangan ingat, isteri yang tidak bekerja dan jadi surirumah hanya ‘goyang kaki’ dan boleh bersenang lenang. Sebenarnya dialah lengkapkan segala yang suami dan anak-anak perlukan.
Rutinnya mestilah tidak sama dengan isteri yang bekerja. Sampaikan ada yang mengatakan beruntung jadi surirumah sepenuh masa. Tak perlu fikirkan masalah luar, hanya lengkapkan segalanya untuk keluarga.
Mungkin bagi isteri yang tak bekerja, segalanya bergantung harap pada suami. Tak mampu nak bermewah dan fikirkan tentang kewangan suami terutamanya yang hidup sederhana.
Walau bagaimanapun, bila isteri lengkapkan segalanya dan suami pula menunaikan tangungjawab yang tidak berbelah bagi. Nafkah, keperluan barang dapur dan makan, pakai sehinggakan isteri rasa bahagia dan berdoa yang baik-baik untuk suami.
Isteri tak kerja tapi dialah lengkapkan segalanya untuk keluarga. Sebab itulah rezei suami dan kejayaan berganda. Hayati perkongsian ini yang boleh dijadikan panduan untuk suami isteri.
Perbualan antara seorang suami & kawan pejabatnya.
KAWAN : Tahniah bro, naik pangkat!
SUAMI : Alhamdulillah, mesti seronok isteri aku dengar.
KAWAN : Yelah, mesti la dia suka, boleh minta macam-macam. Gaji kau kan dah besar.
SUAMI : Kau salah. Isteri aku tak pernah m’minta walaupun dia tak kerja. Duduk rumah uruskan semua.
KAWAN : Kalau macam tu, kenapa kau cakap dia suka?
SUAMI : Dia pernah cakap, kalau gaji aku bertambah, jangan ubah gaya hidup lebih mewah, tapi “hulur” lebih pada mak ayah. Dia kata dia tak kisah. Cukup makan minum, ada tempat b’teduh, cukup pakai, anak-anak tak terabai, itu dah cukup bagi dia. Jadi bila ada lebih sikit rezeki Allah bagi ni, dapatlah aku ‘hulur’ lebih jugak pada dia.
KAWAN : Alaaa, isteri kau bukan kerja pun. Nak buat apa duit banyak. Bukan boleh beli baju ke, kasut ke pakai pergi kerja. Duduk rumah je kan..
SUAMI : Aku b’jaya hari ini kerana dia “lengkapkan” semua.
KAWAN : Maksud kau?
SUAMI : Yelah, dia duduk rumah. Tak kerja. Tapi dialah bangun paling awal siapkan semua untuk aku & anak2 kenyang & selesa sebelum kami keluar rumah. Kat rumah pulak, dia jaga anak kecik aku. Masak untuk tengahari anak aku balik sekolah lapar. Basuh pakaian aku dan anak2 yg kotor, kemas rumah aku dan anak-anak duduk baring selesa. Kadang-kadang bila aku video call sesekali, berpeluh-peluh dia tahan diri nak mandi, nak buang air sebab anak kecik aku menangis, tak boleh tinggal. Kesian aku tengok. Bila aku balik kerja, lauk nasi siap semua. Malam pulak sibuk siapkan baju sekolah anak, baju kerja aku, basuh pinggan mangkuk tak pernah habis. Tidurkan anak. Kadang-kadang dia terlelap sekali-sekala. Kesian. Memang dia tak keluar bekerja tapi kerja dia tak pernah habis.
KAWAN : Tu benda biasa lah bro. Tak kerja kan, duduk rumah, standard lah. Nama pun surirumah. Semua oranglah macam tu. Kau nak emosi-emosi ni kenapa? Isteri aku pun macam tu jugak. Biarlah…
SUAMI : Itu beza kau dengan aku sekarang walaupun tahun kita bekerja sama.
Suami berlalu pergi sambil menepuk bahu kawannya & tangan satu lagi sedang menelefon isterinya.
SUAMI : Assalammualaikum..buat apa tu? Tak payah masak banyaklah hari ni, malam ni kita bawak anak-anak makan kat kedai.
Isteri bahagia, rezeki suami berganda.
Walau tak mewah, segalanya mudah.
Mingguan Wanita : Suami jangan memperkecilkan tugas isteri. Dialah melengkapkan segala-galanya.
C&P:MediaLoka
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Pernah tak terfikir, satu hari nanti, duit kat tangan kita tinggal hanya beberapa ringgit sahaja. Itulah duit untuk kita nak bagi keluarga makan. Mesti tak cukup untuk keluarga. Hati mula gelisah dan tak tenteram. Macam mana nak cari rezeki lagi. Kadang-kadang, bab-bab duit inilah, pasangan suami isteri boleh bergaduh dan bercerai berai.
Sebenarnya, rezeki yang Allah beri bukan hanya duit semata-mata tapi Dia bagi rezeki dengan pelbagai cara. Kita sahaja yang tidak tahu dan tidak pernah mensyukurinya. Risau duit tak ada.
Ini perkongsian daripada Raja Hazamir Raja Jusoh tentang bagaimana kita nak menjemput rezeki. Rezeki bukan dari wang ringgit semata-mata tetapi ada pelbagai cara.
+ Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.
+ Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.
+ Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.
+ Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.
+ Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!
+ Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.
+ Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.
+ Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.
+ Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.
+ Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.
+ Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.
+ Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.
+ Ada yang mengundang rezeki tiap ¼ malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.
+ Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pkok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.
REZEKIMU BUKAN DATANG DARI BOSSMU ATAU PELANGGANMU, TAPI REZEKIMU DATANG DARI ALLAH S.W T.
Tapi dari ALLAH SWT.
Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhai.
MW: Kita tidak tahu, kadang-kadang kita bagi kucing makan pun boleh menjadi asbab rezeki ada kawan pejabat datang bagikan kita sarapan.
Sofea Jane teruja nak jadi nenek, anak sulung dijangka bersalin akhir bulan ini. Pelakon terkenal, Datin Sofia Jane, 53, meluahkan keterujaannya bakal menimang cucu apabila anak sulungnya, Arissa yang kini berusia 29 tahun, dijangka melahirkan cahaya mata sulung pada penghujung bulan ini.
Sofea Jane Teruja Nak Jadi Nenek, Anak Sulung Dijangka Bersalin Akhir Bulan Ini
Menurut Sofia, fasa kehidupan ini sangat bermakna – dari zaman bujang, kemudian jadi ibu, dan sekarang bakal bergelar nenek. Katanya, “Insya-Allah, doakan semuanya berjalan lancar dan selamat untuk Arissa dan bayi nanti.”
Menariknya, Sofia sekeluarga akan sambut Hari Raya tahun ini di Eropah. Bukan saja untuk beraya, tapi juga menanti kelahiran cucu sulung mereka di sana.
“Kami beraya di sana sebab Arissa dan suaminya, Maximilian Lotz, tinggal dan bekerja di Jerman,” kongsi Sofia.
Apa yang lebih istimewa, Sofia sendiri akan uruskan tempoh berpantang anaknya. Katanya, walaupun zaman sekarang serba moden, dia tetap suka gabungkan elemen tradisional dengan moden untuk penjagaan selepas bersalin.
“Sekarang ni lebih mudah sebab banyak produk tempatan yang bantu ibu baru. Saya akan jadi macam ‘mak bidan’ – tolong jagakan cucu, pakaikan bengkung dan macam-macam lagi,” katanya sambil tersenyum.
Sofia mendirikan rumah tangga dengan Datuk Meor Zain Azman Mohamad Taib pada 9 September 1995, dan mereka dikurniakan empat orang anak: Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...