Sungguh, bukan mak ayah saja yang merasai getir persekolahan menjelang 2019 ini. Guru-guru pun merasai emosi yang berganda-ganda.
Sebab mereka juga faham bagaimana dan apa yang diharapkan oleh mak ayah dalam pendidikan anak-anak. Dan inilah perkongsian yang dillalui Guru Bahasa Inggeris, Normujaidah Osman.
Bila mana, getir perjalanan tahun 2019 dilihat sebagai medan untuknya mengumpul pahala. Sungguh ia menyuntik inspirasi.
Tak Nak Merungut, Ucap Alhamdulillah Saja
“Abang, esok mesyuarat. Tak tahu nak expect apa.” kata saya pada suami semalam.
“Tak payah expect apa.”
“Ok. Mahu janji pada diri sendiri. Tak nak marah. Tak nak merungut. Nak cakap alhamdulillah je. Bukankah, jika bersyukur Allah tambah nikmat?” ujar saya cuba berlagak positif walau pun sebenarnya cuak juga memikirkan esok hari.
Suami senyum. Angguk.
Jawatan apalah yang saya akan dapat?
Banyak ke tugasan yang perlu saya lunaskan?
Hari ni , buku prospektus saya belek satu persatu.
Pengurusan.
Kurikulum.
HEM.
Kokurikulum.
Ads
Kebanyakannya jawatan baharu. Aduh. Cabaran besar juga ni. Portfolio yang tak pernah dipegang sebelumnya. Pengalaman dalam bidang ni? Almost zero!
Tapi, seperti yang saya janji pada suami, saya senyum, sebut alhamdulillah.
Waktu Mengajar Berganda Untuk Guru Bahasa Inggeris
Dapat pula jadual waktu tahun 2019.
“Kami mohon maaf. Guru Bahasa Inggeris terpaksa kami bagi waktu mengajar yang banyak, ” kata Pengetua.
Itu saya sudah agak. Seorang guru opsyen BI berpindah sekolah. Bererti ada lima kelas beliau yang perlu diagih kepada kami, guru opsyen dan bukan opsyen yamg masih tinggal.
“Alhamdulillah.” kata saya lagi.
‘Ya Allah, terima kasih beri aku peluang. Bimbing aku, Ya Allah untuk buat apa yang Engkau suka dan tolonglah kurniakan aku rasa reda dengannya serta Engkau reda dengan amalanku,’ bisik saya dalam hati.
Ya Allah. Perjalanan tahun 2019 kelihatan agak getir juga. Tapi entah kenapa. Kali ini, hati tenang saja.
Ads
Tiada rasa bentak-bentak dalam jiwa.
Barangkali nikmat atas rasa syukur tadi.
Sungguh benar. Syukurlah. Akan Allah tambah nikmat.
Itu janjiNya dan saya sangat yakin.
Tidak lama untuk Allah tunaikan janji itu.
Nikmat Rakan-rakan Yang Meringankan Beban
“Kak, kita dalam Jawatan Kuasa Perhimpunan. Risau juga ni. Hari pertama sekolah tu , perhimpunan rasmi macam mana? Kita kena rancang ni.”
Allah. Baru saja saya mahu cuba fikir- fikir apa perlu dibuat, adinda saya yang baik hati ini sudah mula memunculkan idea.
“Kak, kita buat macam ni. Bla…bla..bla…Bagus juga Ustaz ada dalam tim kita. Saya cadangkan..bla..bla..bla…”
Allah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Maha suci Allah yang memberi saya nikmat rakan- rakan yang sangat meringankan beban.
Kata Tuan Pengetua pula, “Kita mahu bubarkan AJK Kelab Guru dan Kakitangan 2018. Lantik AJK baharu. Kita bagi peluang guru- guru lain pula jadi pemimpin.”
Ads
Allah. Kami , para AJK tidak mencadangkan pembubaran ini kerana kebiasaannya, amanah ini dipegang dua tahun. Tapi , barangkali Pengetua faham kelelahan kami sepanjang tahun ini.
Lebih 15 majlis yang kami telah anjurkan sedangkan jumlah kewangan hampir sama banyak sahaja dengan tahun sebelumnya.
Lebih 30 orang guru telah meninggalkan kami. Ada yang bersara dan berpindah sekolah. Malah ada yang sudah pergi mengadap Ilahi. Ia tahun dukacita.
Sekali lagi, saya ucap alhamdulillah. Allah tahu kemampuan kami.
Ini Medan Mencari Pahala
Sungguh. Ini medan saya mencari pahala.
Moga ada pahala atas usaha :
1. Memandaikan anak bangsa.
2. Membantu meringankan bebanan suami dalam memperlengkapkan keperluan jasmani, emosi , rohani dan intelek anak- anak.
3. Membantu meringankan bebanan teman- teman seperjuangan.
Moga usaha ini dipermudah.
Moga juga tidak mudah saya tergoda dengan hasutan syaitan yang mahu saya berkeluh kesah.
Alhamdulillah atas nikmat yang maha banyak, duhai Allah yang maha baik.
Sumber/Foto : Normujaidah Osman, Insan kerdil yang mahu terus bersyukur.
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengguna akaun twitter Lesungpipit ini dedahkan uniform seragam PLKN yang masih baru malah ada yang masih dibungkus rapi dalam plastik di buang begitu saja dalam longgokan sampah di Tasik Biru Seri Kundang.
Sayang sungguh, walaupun Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dimansuhkan sekurang-kurangnya tentu ada cara yang lebih baik untuk menguruskan uniform yang tidak akan dipakai lagi ini.
Tulisnya di laman twitternya, “Guys, kalau korang nak baju atau seluar PLKN boleh datang kat sini (Tasik Biru) dorang buang banyak gila weh. Aku dengan budak-budak aku baru lepas kutip wei.”
Beliau yang sebelum ini pernah menjadi pelatih PLKN dimaklumkan oleh gurunya yang kebetulan ternampak longgokan baju yang dibuang itu. Segera memaklumkan kepadanya.
Tanpa berlengah dia dan rakan-rakan ke lokasi buangan untuk mengambil helaian-helaian yang masih cantik untuk dibawa balik.
Maklumnya lagi, ramai juga orang awam yang sudah ke lokasi berkenaan untuk mengambil uniform terbuang dan dijadikan simpanan peribadi.
“Aku rasa kalau baju-baju ni diorang bagi cara elok, aku boleh terima lagi lah. Tapi tulah macam ni caranya. Kami bekas pelatih PLKN sedih tengok.”
“Kalau korang nak tahu, baju celoreng dan set lengkap dia tu kami tak dibenarkan bawak balik tau. Tapi ni dia buang macam tu je.”
Dalam pada itu, ada juga yang bertanyakan tentang uniform yang masih berbaki di sana. “Yang tanya aku ada lagi ke tak, aku tak tahu weh. Maybe ada sisa baki dia jelah or maybe ada yang dah dibuka plastik and maybe dah kena hujan.”
“Ini yang ada dengan aku sekarang. Aku amek banyak tapi aku dah bagi orang.” Terangnya dan berkongsi gambar uniform PLKN yang diambil dan masih dalam keadaan cantik dalam plastik.
MW : Sepatutnya dalam keadaan rakyat diminta berjimat cermat, tidak sepatutnya pembaziran sebegini berlaku. Lagi-lagi dalam bulan Ramadan ini. Tentu lah mereka ada alasan tersendiri. Namun, apa pun alasannya, pasti ada cara lebih baik untuk menguruskannya.
Ramai yang nak sihat, tapi bila sebut bab senaman, mak-mak akan sebut tak ada masa. Sebab bekerja dari jam 9 sampai 5. Balik dah terkejar-kejar uruskan rumah tangga. Itu pun senaman juga. Tapi kalau nak dapatkan proper senaman memang payah.
Sebab itu, cuba praktikkan 5 cara nak dapatkan kesihatan yang baik tanpa perlu pergi bersenam pun.
Cara Berkesan Sihat Tanpa Senaman
1. Urus Emosi Dengan Baik
Perkara pertama kena setkan dalam minda perkara-perkara yang positif. Misalnya sentiasa berbaik sangka dengan apa juga yang berlaku dalam kehidupan harian. Walaupun macam-macam dugaan nak ditempuh, fikirlah yang ujian itu mematangkan. Sebab bila terlalu banyak berfikir atau stress kita akan mudah letih dan lesu.
2. Minum Air Kosong.. Minum Air Kosong
Serius! Bercinta kalau nak bagi complete 8 gelas air kosong sehari. Tak mudah. Tapi besar manfaatnya kalau dapat habiskan ikut sukatan tu. Tubuh kita perlukan air untuk proses sistem perkumuhan dalam tubuh kita. Cara nak bagi cukupkan sukatan; 2 gelas pagi sebelum sarapan. seterusnya 2 gelas sebelum makan tengahari. Akhir sekali, 2 gelas antara jam 6 ke jam 8. Dan 2 gelas sebelum masuk tidur.
3. Tidur Berkualiti
Setiap hari kita tidur, tapi sejauh mana kualiti tidur kita. Nak dapatkan tidur berkualiti kena bermula dari jam 10 ke 1 pagi. Kemudian, bangunlah untuk bertahajud di sepertiga malam. Ia akan membantu anda mendapatkan kembali cas-cas tenaga untuk membolehkan cergas bekerja di siang hari.
4. Buang Sifat Malas
Banyak cara sebenarnya nak buang rasa malas. Salah satunya kena sentiasa ingatkan diri ‘hidup aku ini untuk apa?’ Sebab bila anda rajin, banyak perkara boleh bantu capai kesihatan tubuh dengan baik. Rajin baca buku motivasi, rajin minum air kosong demi sihat, rajinkan diri memasak makanan sihat. Semua ini saling berkaitan dengan sifat ‘RAJIN’.
Bila dah cuba semua cara di atas, anda perlukan satu suplemen untuk menambah lagi tenaga dalam tubuh. nda boleh mengamalkan suplemen yang menawarkan Beta Glukan sebagai bahan utama. yLifeXtra merupakan satu pilihan yang baik untuk anda. Ianya sudah berada di pasaran semenjak tahun 2005 yang mana ribuan testimoni telah direkodkan.
Selain sijil KKM dan JAKIM, yLifeXtra juga menerima 9 anugerah di dalam dan luar negara. Terbaru, ESQR Quality Achievement Award 2017 yang telah berlangsung di London pada Jun 2017 lalu.
yLifeXtra ini suplemen terbaik, nak mudahkan anda dapatkan suplemen ini hubungi: Facebook: Sayen Global HQ (Pegawai Jualan 018 2434 204)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tanggal tudung, Mawar Rashid mohon maaf gagal untuk terus istiqamah. Benarlah, bukanlah satu perkara mudah untuk terus istiqamah dan tidak ramai yang mampu lakukannya.
Terbaru digemparkan pula pelakon dan juga usahawan wanita berjaya, Mawar Rashid yang mengumumkan dirinya tidak lagi berhijab.
Pelakon tersebut memohon maafkerana gagal untuk terus istiqamah selepas mengambil keputusan berhijab pada tiga tahun lalu.
Tanggal Tudung, Mawar Rashid Mohon Maaf
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Mawar yang menerangkan telah mencuba sebaik mungkin untuk terus menutup aurat.
“Saya Sudah Cuba Tapi Saya Gagal..Minta Maaf,” luah ibu kepada tiga cahaya mata ini.
Mohon Diberikan Ruang
Menerusi perkongsian di Instagram Story pula, Mawar memohon diberikan ruang dan bakal kembali aktif setelah bersedia.
“Selama tinggal dunia. Saya akan kembali apabila keadaan mental saya mengizinkan.