Bila bisnes naik jangan cepat lupa diri & bongkak, kaki kipas puji kita hanyut. Dalam perniagaan, pelbagai cabaran dilalui. Bukan semuanya mudah. Boleh dikatakan seperti naik rollercoaster, perniagaan anda turun naiknya.
Pesanan dari Ketua Pengarah Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal begitu bermanfaat buat para peniaga di luar sana. Sememangnya sering kedengaran bila perniagaan berada di puncak ramai yang lupa diri.
Sememangnya nasihat dari usahawan terkenal ini boleh diamalkan dalam mengekalkan bisnes dan boleh cari rezeki buat keluarga.
“Bila trend tengah menaik tu jangan pula cepat lupa diri… konon kita pandai sangat meniaga… apatah lagi kaki kipas atau kawan2 atau sedara mara dtg memuji2 kita… kita pun hanyuuuutttt… jadi bongkak serta alpa.
“Saya nak nasihat sikit pada usahawan2 bimbingan saya… nasihat free… dari pengalaman yg telah saya lalui supaya anda semua kekal dalam bisnes dan blh cari rezki buat keluarga.
“Bisnes ni ada trend… ada trend menurun dan trend menaik… ni perkara biasa dalam bisnes, semua bisnes mengalami senario ni… x kira lah bisnes kecik ka bisnes besar ka atau bisnes mega ka.
“Bagi bisnes-bisnes kecil atau mikro atau sme… bila bisnes naik dalam setahun dua tu jangan lah tambah komitmen peribadi… tukar keta baru, tukar alphard, beli rumah, buat rumah banglo atau invest buat bisnes baru atau sengaja tambah gaji kita… masa awal2 ni simpan dan kumpul la duit untung tu untuk tambah modal atau perkukuhkan bisnes sedia ada atau jadi kan reserve fund di kala trend bisnes menurun sampai. Kalau kita bersedia dgn ini semua… insyaallah bila trend menurun sampai kita mudah mengharungi nya.
“Bila trend tengah menaik tu jangan pula cepat lupa diri… konon kita pandai sangat meniaga… apatah lagi kaki kipas atau kawan2 atau sedara mara dtg memuji2 kita… kita pun hanyuuuutttt… jadi bongkak serta alpa.
Ads
“Bila trend menurun sampai, kerja kena lebih kuat dari biasa bukan nya bersungut lebih atau salah kan mana2 org atau salah kan musim, salah kan laki atau salah kan bini… pendik kata semua salah.
“Bila trend menurun sampai lupakan lah cuti2 tu… tahan nafsu sementara… jumpa la kawan2 yg positif, duduk borak2 ngan dia, insyaallah aura +ve dia blh melekat kat kita… kalau nak aura +ve yg banyak blh pegi masjid… berjuta2 aura +ve ada kat dalam tu.
“Saya doa kan semooooaanya baik,” kongsi Azmi menerusi akaun Facebook miliknya.
Ads
“InsyaAllah, Akan Hadamkan Dan Telannya” Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang berterima kasih kepada usahawan ini kerana memberi tip yang bermanfaat.
Kalau anda ada anak kecil, pastinya termos merupakan satu keperluan kalau keluar berjalan. Tambah pula kalau anak jenis minum susu formula, lagilah nak kena ada termos untuk isi air panas. Tetapi macam mana anda jaga dan cuci termos nak bagi bersih? Tak kan lah asyik nak kena beli baru walau masih elok untuk diguna. Ok, MW kongsikan dua tip berguna untuk anda cuba bersihkan sendiri.
Cara Membersihkan Termos Dengan Menggunakan Beras
Caranya:
1. Isi termos dengan air secukupnya saja dan tidak perlu terlalu banyak atau penuh.
2. Ambil segenggam beras dan masukan dalam termos yang berisikan air.
3. Tutup termos tersebut sehingga rapat agar air tidak tumpah. Kemudian kocak termos tersebut sampai bersih.
4. Bila dah siap, buka penutup termos lalu buang airnya.
5. Ulangi langkah-langkah tersebut hingga kerak yang ada di dalam termos hilang dan termos kembali bersih.
Itu cara mudah yang boleh anda gunakan kalau ingin membersihkan termos dari kerak pada bahagian dalam. Ada cara lain lagi untuk membersihkan termos, berikut caranya.
Cara Membersihkan Termos Dengan Menggunakan Limau Nipis
Cara ini juga cukup mudah. Anda cuma perlu sediakan limau nipis, buah ini sangat segar jika dijadikan minuman ternyata juga memiliki manfaat yang bagus untuk menghilangkan dan membersihkan termos yang kotor. Caranya iaitu…
1. Ambil 3 buah limau nipis yang masih segar.
2. Perah dan ambil airnya.
3. Campurkan air perahan limau nipis tadi dengan air panas.
4. Kemudian masukan pada termos dan diamkan selama kurang lebih 2 jam.
5. Jika sudah, buang air perahan limau nipis tadi dan masukan air bersih.
6. Kocak hingga bersih dan percayalah baunya hilang.
Haaa… inilah beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk membersihkan termos yang kotor. Mudah, bukan? Dengan cara ini anda tidak perlu lagi pening untuk memikirkan macam mana nak membersihkan termos yang ada. Anda juga boleh menggunakan termos tersebut dalam keadaan bersih.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kembalikan kesegaran badan yang letih lesu dengan jamu air rebusan rempah daun sirih. Bagusnya air rebusan rempah daun sirih ini, ia juga boleh jadi ikhtiar untuk anak-anak yang batuk. Tapi usia anak mestilah 5 tahun ke atas.
Wanita ini, Amanda Tan yang lebih mesra dengan gelaran Amoi Jamuberkongsi dengan Mingguan Wanita tatacara membuat jamu air rebusan rempah daun sirih ini.
Bahan Dan Cara Membuat Air Rebusan Rempah Daun Sirih
3 lembar daun sirih
1 batang kulit kayu manis
1/2 sudu teh kecil bunga cengkih
1/2 sudu teh kecil buah pelaga
1 inci halia tua
Ketuk buah pelaga dan bunga cengkih supaya boleh keluar bau dan aromanya.
Masukkan bahan-bahan ke dalam periuk bersih.
Sukat 5 cawan air dan masukkan ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sampai mendidih. Lepas mendidih, tutup periuk, tutup api dan diamkan periuk selama 10 minit.Tambahkan madu sebagai pemanis (jika perlu). Gunakan sudu plastik.
Air rebusan rempah daun sirih siap diminum.
Nota : Amalkan sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu. Minum air rebusan selepas makan , bila-bila masa sahaja sebagai air teh .
Syarat Nak Jadikan Ikhtiar Anak Batuk & Kegunaan Mak
√ Ia juga sesuai untuk kanak kanak 5 tahun ke atas jika ada masalah batuk. Boleh beri dua sudu besar atau ikut keperluan badan.
√ Sesuai untuk lelaki dan wanita.
√ Sesuai diambil selepas datang bulan untuk mewangikan kembali badan.
√ Sudu Plastik digunakan untuk mengekalkan khasiat madu.
√ Air rebusan digalakkan minum suam-suam panas supaya melancarkan peredaran darah.
√ Tidak digalakkan menambah ais sebab ais akan menyukarkan proses penghadaman kita.
√ Bila amalkan air rebusan herba, tidak digalakkan minum air kelapa dalam waktu terdekat sebab air kelapa akan menawarkan/meneutralkan khasiat herba.
√ Berjamulah untuk mengekalkan kesihatan badan kita menerusi cara tradisi.
Manfaat Air Rebusan Rempah Daun Sirih
– Merawat batuk
– Rawat sakit tekak dan mulut
– Menghilangkan bau badan
– Mewangikan badan
– Membuang angin badan
– Melegakan urat saraf
– Menyegarkan kembali badan
– Merawat masalah keputihan untuk para wanita
Sumber/Foto: Amanda Tan @ Amoi Jamu
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Semuanya fitnah semata-mata. Lagi kakak (Zahirah) tengah mengandung sekarang”. Hati ibu mana yang tidak sedih bila anak yang dikandung dihina oleh orang lain.
Begitulah luahan ibu kepada Zahirah MacWilson, Maslinda Yusoff yang kesal dengan kenyataan pelakon Fathia Latiff yang memberikan persamaan wajah anaknya Zahirah dengan bibik atau pembantu rumah.
“Semuanya Fitnah Semata-Mata”
Ternyata luluh hati ibu Zahirah, wajah anaknya yang sedang sarat mengandung disamakan dengan pembantu rumah.
“Semua ini ujian dari Allah. Bersabarlah Zahirah dan Aiman.
“Sedih betul mama dengar bila orang menghina, mengeji, buruk-burukkan anak dan menantu mama.
“Semuanya fitnah semata-mata. Lagi kakak (Zahirah) tengah mengandung sekarang. Jangan sedih okay. Mama dan ayah sentiasa ada di sisi kamu… Kami sangat sayang kakak,” katanya.
Zahirah Seorang Anak, Ibu dan Isteri Penyayang”
Ibu Zahirah berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram Stories miliknya hari ini.
“Awak (Zahirah) mempunyai kecantikan dari luar dan dalam. Seorang anak, ibu dan isteri yang penyayang. Saya sayang awak,” katanya yang memberitahu anaknya mempunyai kecantikan semula jadi dan tiada tandingan.
Untuk pengetahuan sebelum ini Fathia tampil dalam sebuah video menyamakan wajah Zahirah seperti bibik atau pembantu rumah.
Fathia dipercayai berkongsi perkara itu ketika membalas komen netizen yang memberitahu Zahirah lebih cantik berbanding dirinya menerusi sesi siaran langsung di TikTok.
Malah Fathia juga turut mendakwa bibir aktres berkenaan dipercayai hasil daripada pembedahan plastik dan bukannya asli. Dia juga memberitahu bersyukur kerana tidak bersama pelakon Aiman Hakim sebaliknya bekas teman lelakinya itu berkahwin dengan Zahirah.
Sebelum ini, Aiman dan Fathia pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun namun mereka berpisah pada 2015.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...