Bila belanja isteri jangan harapkan apa-apa balasan sebaliknya hanya hanya doa isteri agar urusan suami dipermudahkan saban hari untuk mencari rezeki untuk keluarga.
Kebiasaannya tidak kiralah isteri yang bekerja atau ergelar surirumah mereka kerap kali mengutamakan keperluan suami dan anak-anak berbanding diri sendiri.
Lebih-lebih lagi yang bergelar surirumah yang hanya bergantung kepada pendapatan suami sudah tentu mereka berat mulut meminta itu dan ini. Oleh itu sebagai suami, sekali-sekali kalau ada duit lebih belanjalah isteri, bahagiakan dia.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami sebaiknya.
Bulan lepas dapat bonus…
Kira punya kira, tolak itu ini, ada duit lebih lagi… Saya tanya wife, nak tak blender baru… Jenis pegang dekat tangan saja itu… Oklah kalau setakat nak buat sambal, tak payah susah-susah telangkup macam blender yang ada sekarang ni… User friendly sikit…
Dia tak nak, dia kata belikan dia blaus…
No problem, blouse lagi murah daripada blender… Saya suruh dia cari, dia kata sudah cari…
Eh, kejap betul, baru saja offer dua saat, preparation sudah buat… Rupanya dia sudah mark blaus yang dia berkenan dalam facebook, cuma tak suarakan saja lagi dekat suami dia…
Tiga blaus, 68 ringgit…

Bila Belanja Isteri

Bajet ada lebih lagi ini… Saya offer microwave pula… Tak pun upgrade oven jadi besar sedikit… Dia tak nak juga… Alamak, sudah kenapa…
Dia kata pakai setahun sekali saja, buat apa nak bazir… Makan ruang dapur saja nak letak…
Ok-ok… Kita beli air fryer, macam mana?
Dia tak mahu juga… Katanya tak pandai guna, makanan rasa lain… Aahh sudah… lepas itu nak apa?
Dia tunjuk stokin dengan handsock… Nak yang ini, itu cara-cara nak bayar ada dekat gambar… Eh, bila cari ini…
“Lama dah, tunggu abang offer nak belanja saja…”
Artikel Berkaitan:
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Bila Belanja Isteri, Jangan Harap Balasan

Saya terus tanya, apa lagi yang dia dah mark, target nak beli…  Dia tanya balik, duit ada lebih lagi ke? Kalau ada lebih lagi, nak beli beg pula…
Insyallah ada lagi duit, boleh saja nak beli beg…
Rupanya, dia ada keinginan untuk beli barang-barang dia, cuma dia tak cakap, tak luahkan, tak nak beritahu sebab dia tengok bulan-bulan duit cukup-cukup saja… Dia berkenan, tapi dia buat diam… Bila kita offer saja nak belanja, macam-macam yang keluar…
Tiap-tiap bulan tanya nak beli apa, jawapannya sama, “Tak ada apa-apa”… Semuanya sebab dia sudah tengok sudah bajet yang ditulis suami dia… Baki duit itu, tak berapa nak banyak untuk dia nak guna, maka dia utamakan keperluan dapur dan anak-anak…

Bila Belanja, Minta Doa Isteri

Bila kita belanja isteri, jangan harapkan apa-apa pulangan melainkan doa dari dia untuk kita dipermudahkan urusan harian, dimurahkan rezeki, diberikan kekuatan dan kesihatan serta dipanjangkan umur untuk terus keluar mencari rezeki untuk keluarga tercinta…
Doa isteri tu penting untuk suami… kegembiraan isteri dan anak-anak penghilang kepenatan dan kesusahan suami…
Nota kaki : Total yang dia nak cumalah RM 68 (blouse) + RM49 (Handsock & Stokin) = RM117…pakcik masih untung…
MW: Lumrah seorang isteri tidak kiralah yang bekerja arau surirumah, pasti keperluan suami dan anak-anak diutamakan. Keperluan dan kehendak dia jatuh yang terakhir, perkara paling membahagiakan isteri apabila suami dan anak-anak nampak terjaga rapi. 
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI