Bila anak buat perangai, call suami mengadu. ‘Bukan minta selesaikan, sekadar nak meluah rasa bila terpaksa uruskan anak seorang diri.
Begitulah wanita bila bergelar mak-mak, bila berjauhan dengan suami, akan ada satu habit suka share dan mengadu dengan suami. Pasti mak-mak pernah melaluinya juga kan?
Ikuti perkongsian Puan Izzatul Akmal ini dan hadam baik-baik apa yang cuba disampaikan:
Bila Anak Buat Perangai
Isteri ini bila sudah jadi mama, dia ada satu habit pelik.
Bila anak-anak buat perangai, mengamuk, bergaduh atau sudah tak terkawal dan suami pula keluar, kerja, atau berjauhan.
Dia akan ada habit nak call mengadu tentang anak-anak seolah-olah minta tolong si suami untuk selesaikan.
Call Suami Mengadu
“Haa buat perangai, buat perangai. Sekejap nak call babah..”
“Abi… tengokk anak awak nih. Dia pecahkan pinggan lepas tu terpijak berdarah kaki menangis-nangis”.(dalam video call)
“Abang, anak buaih (duduk tak diam) sangat hari ini. Marah sat dia. Penat sangat dah nih.” (padahal suami berada di London tengah sibuk uruskan konvensyen dunia).
‘Waled… anak demam tapi tak mahu makan ubat. Tiuplah pujuk sat.’ (selalunya suami pjj atau kena pergi kursus mana-mana selalu jadi hal macam ini)
“Awak, balik sekarang. Budak-budak ni seorang pun tak nak lena lagi. Mai tengok sat depa jadi macam mana malam ni”. (selalunya call macam ni akan masuk bila suami terlajak lepak dekat luar, anak-anak buat perangai, combo.
Kalau suami itu balik lewat, sekali dengan suami itu kena rasa perasaan isteri yang huru hara uruskan anak di rumah.
Sebenarnya sang isteri tahu. Apa sangat yang mampu dilakukan oleh seorang suami atau pun ayah hanya melalui panggilan telefon.
Tapi percayalah, ianya bukan sekadar cuma panggilan telefon. Malah, ianya bukan sekadar untuk memujuk si anak atau seolah-olah ingin membiarkan si ayah tadi menghulurkan rotan cuma dari panggilan video.
Tetapi ianya adalah tentang rasa kebersamaan. Rasa ingin ditenangkan dan dipujuk bukan hanya pada si anak, tetapi juga pada ibunya.
Ads
Sungguh. bila seorang diri menguruskan anak dan semua benda lama-lama boleh jadi ‘burn out’. Jadi pada aku langsung tiada istilah sikit-sikat nak call mengadu dan sikit-sikit hendak call telefon.
Sekadar Nak Meluah
Biarlah si isteri tadi merasakan bahawa mereka sedang sama-sama membesarkan anak-anak walaupun dari kejauhan, biarlah si isteri tadi ditenangkan walaupun hanya dengan hanya satu panggilan.
Dan juga biarlah si isteri tadi merasakan bahawa dia masih punya suami untuk dia menceritakan tiap satu kejadian.
Walaupun benda itu kecil, tapi percayalah apabila emosi seorang ibu dalam keadaan baik, rumah akan menjadi sangat tenang dan penuh gelak tawa.
Kurangkan Beban Isteri
Panggilan telefon tadi bukan hanya mampu mendiamkan si anak, bahkan sekaligus menghilangkan segala rasa beban ibu di pundak.
“Takpa, nanti abang balik kita cakap dengan dia baik-baik ya.”
Ads
“Sudah-sudah, awak jangan marah lagi ya. Nanti saya dah tak cantik isteri abang sorang ni.”
“Anak waleed… tak baik buat perangai macam itu. Kasihan mama, tidur cepat nanti waled balik belanja aiskrim.”
Simple kan.
Kadang-kadang ada suami yang rimas bila sikit-sikit panggilan call masuk dari isteri sendiri.
Percayalah jika isteri terdidik dengan baik, sedayanya dia pun akan mencuba untuk tidak menambah beban dan memudahkan hal suami.
Cuma kadang sebab dia isteri, perlukan sang suami untuk melengkapi.
Angkatlah call dari yang tersayang, kalau dalam urusan penting, titipkan pesanan melalui mesej atau pun whatsapp. Mana tahu, itu adalah panggilan kecemasan yang terakhir. Jangan hidup diakhiri dengan rasa sesalan.
Mingguan Wanita : Sebagai suami, bila isteri call jawablah. Kalau busy sekali pun, cuba text dan selalu tanya keadaan di rumah bersama anak-anak.
Dengan keadaan cuaca yang panas terik, semua orang boleh kena demam dan selesema tanpa disangka-sangka. Tambahan pula selesema ini suatu penyakit berjangkit virus salur pernafasan atas yang boleh menjejaskan hidung.
Bukan sekadar telan ubat, mak-mak boleh pulihkan selesema secepat mungkin dengan 7 langkah mudah yang dikongsikan oleh Dr. Ezairy M.Sallih ini…
Cara Hentikan Selesema
Anak anda selalu alami hidung berair? Bersin-bersin?
Jom kita perhati rawatan di rumah berikut untuk mengurangkan gejala selsema dan hidung berair.
1. Minum banyak air
Minum air masak dan pastikan sentiasa cukup. Ia dapat membantu jika anda juga mengalami gejala kesesakan hidung.
Ini memastikan bahawa lendir di dalam sinus anda mengalir konsisten dan mudah untuk anda mengeluarkannya. Jika tidak, ia mungkin lebih pekat, dan susah untuk dihembus keluar.
2. Minuman panas
Minuman panas biasanya lebih berguna daripada yang sejuk. Ini adalah kerana haba dan wap mereka, yang membantu saluran udara terbuka dan decongest.
Buat secawan minuman panas (sebaiknya tidak berkafein) dan nafas stim sebelum minum.
3. Wap muka
Menghirup wap panas telah terbukti untuk membantu merawat hidung berair. Ia dapat mengurangkan masa pemulihan penyakit sekitar satu minggu berbanding dengan tiada penyedutan wap sama sekali.
Panaskan air bersih di dalam periuk bersih di atas dapur anda. Panaskan ia cukup sehingga stim terhasil.
Letakkan wajah anda di atas stim selama 20 minit pada satu masa. Ambillah nafas panjang melalui hidung anda. Ambil rehat jika wajah anda menjadi terlalu panas.
Hembus lendir dan hingus anda selepas itu untuk menghilangkan lendir.
4. Mandi panas
Perlu bantuan cepat? Cuba mandi panas. Sama seperti minuman panas atau wap wajah, air mandi boleh membantu meringankan hidung berair.
5. Elak Makan makanan pedas
Makanan pedas boleh membuat hidung berair lebih teruk. Walau bagaimanapun, jika anda juga mengalami gejala kesesakan hidung, makan makanan pedas ada kalanya boleh membantu. Boleh lakukan ikut keperluan anda.
6. Elak segala punca alahan
Ini juga penting. Penting sebab segala makanan dan persekitaran yang boleh menyebabkan gejala selsema lebih teruk seperti penghawa dingin, makanan laut dan sebagainya perlu dielak. Jika tidak, masalah anda tidak akan selesai.
7. Bantuan doktor
Apabila semua langkah sudah dilakukan masih gagal mengurangkan masalah, jangan teragak-agak untuk mendapatkan nasihat doktor. Lakukan pemeriksaan dan cari punca sebenarnya. Dapatkan ubat yang terbaik.
SHARE kepada orang yang anda sayang. Moga semua beroleh manfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini, bisnes online naik mencanak-canak. Segala macam bisnes nak dilakukan, maklum sahaja masing-masing berkurung, nafsu dan keinginan membuat-buak bila tengok segala macam yang lalu depan mata tatkala melihat laman web dan facebook. Masing-masing laju menaip untuk membuat tempahan online.
Inilah realiti sekarang, makin makin sibuklah abang dan kakak Food Panda dan Grab Food memenuhi keinginan isi rumah yang lama menahan sabar menu pelbagai. Pos Malaysia dan swasta makin tidak terdaya memenuhi hantaran demi hantaran tempahan online. Ini tip dan nasihat yang boleh dikongsikan oleh Mohd Shariman bin Che Deris tentang suri rumah yang melakukan bisnes online.
Jangan Abaikan Tanggungjawab
Bagi suri rumah yang teror memasak dan sudah terbiasa melakukan bisnes online, gunakan peluang yang ada untuk membuat bisnes online. Manfaatkan sebaik mungkin waktu yang ada kekal buat bisnes online tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Jika dahulunya, suami dan anak-anak tiada di rumah jadi tanggungjawab itu lebih mudah dilaksanakan, waktu pagi selesaikan hal rumah di sebelah petangnya boleh tumpukan kepada bisnes online.
Sekarang, ketika waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini, segalanya berbeza, apa tidaknya sepanjang masa perlu menyantuni suami dan anak-anak yang sentiasa ada di rumah. Baru nak tengok telefon semak tempahan, anak sudah mula memanggil, baru saja nak melayan pelanggan, suami sudah memanggil minta tolong. Tak dilayan mana boleh, nanti bisnes ke mana, tunggang langgang pula rumah tangga jadinya.
Kongsi Tip
Jika anda, suri rumah yang bisnes dan bekerja daripada rumah ada tip yang boleh dikongsikan ini untuk anda tetap cemerlang sebagai surirumah dan hebat dalam kerjaya.
Bentuk muafakat dan persetujuan bersama suami dan anak-anak untuk ruang personal timebagi kerja-kerja bisnes atau urusan peribadi.
“Esok ibu ada meeting online dengan client jam 10 pagi untuk selama 2 jam, jadi kalau perlukan apa-apa daripada ibu sebelum jam 10 pagi ye”
Jadualkan waktu pemisahan antara kerja rumah dan kerja peribadi, secara tetap dan maklumkan kepada suami dan anak-anak agar mereka memahami dan merestui. Maksudnya ini adalah waktu prime time untuk anda fokus bekerja daripada rumah.
“Ibu ketika waktu PKP ini, jam 10.00 pagi hingga jam 12 tengahari dan jam 3.00 petang hingga jam 5.00 petang, ibu nak menjahit baju dan buat bisnes online ye. Jadi anak-anak ibu nanti kena tolong untuk mudahkan kerja ibu”
Namun gangguan tetap akan berlaku. Elakkan daripada meradang dan naik angin kerana kerja anda terganggu, santuni suami dan anak-anak dengan sebaik-baiknya ala-ala perempuan melayu terakhir gitu.
“Kakak, tolong ibu kejap. Adik nak makan telur goring tu. Ibu nak siapkan tempahan pelanggan ni untuk 200 topeng muka”
Belanja dan raikan keluarga dengan hasil pendapatan bisnes online dan kerja daripada rumah kita tu, dengan tujuan sharing is caring agar mereka merasakan bahawa mereka juga diraikan dan sebahagian daripada penyumbang kejayaan anda.
“Ibu baru dapat payment daripada pelanggan ni, jadi ibu akan belanja sesiapa yang nak beli online kat Shoppe atau Lazada, maximum RM50.00 sahaja seorang. Nak?”
Menu masakan perlulah diperbagaikan ye, barulah suami dan anak-anak tidak terasa yang mereka kehilangan anda yang sibuk dengan urusan kerja sendiri. Kalau asyik menu yang sama berminggu-minggu mau nanti mereka beralih kepada Food Panda, tentu sekali anda tidak mahu tewas dengan Food Panda. Betul?
Pilih kerja daripada rumah yang bersesuaian agar ianya tidak banyak menuntut masa anda sehingga menjejaskan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu yang baik.
Minta bantuan suami dan anak-anak, tujuannya agar mereka tahu kerja yang anda buat, bebanan serta tuntutan masa agar mereka lebih memahami dan menghargai.
“Abang, boleh tolong ibu pegang kain ni, nak potong untuk ikut macam polar topeng muka ni, supaya tidak salah potong”
Apa yang paling penting adalah persetujuan daripada suami dan anak-anak, malah mereka tidak akan hanya bersetuju, mereka juga akan turut membantu anda, dengan rela dan reda. Suis ini yang perlu anda petik sebagai isteri yang juga seorang Super Housewife
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada benarnya masa mak ayah bersama anak-anak sehingga usia 13 tahun sahaja. Dalam tempoh masa ini, manfaatkanlah peluang untuk membentuk dan mendidik anak sebaik-baiknya. Sebelum mereka meningkat remaja dan dewasa serta mula mencatur kehidupan sendiri.
Setiap kali ceramah keibubapaan, saya akan cakap, masa kita bersama anak ialah sehingga 13 tahun saja. Lepas itu mereka akan,
1. Melepaskan tali pergantungan kepada ibu bapa perlahan-lahan.
2. Mereka akan cuba meneroka kehidupan dengan cara mereka sendiri.
3. Mereka perlahan-lahan akan mula melebihkan kawan.
Bentuk Anak Dalam Masa 13 Tahun
Sebab itu, jika ibu bapa nak membentuk anak, biarlah dalam masa 13 tahun itu. Sebab apa? Sebab dalam fatrah itu, ibu bapa masih boleh,
1. Marah anak.
2. ‘Pukul’ anak.
3. Piat telinga anak.
4. Paksa anak ikut cakap kita.
Marah macam mana pun, mereka akan tetap cari ibu ayah. Tetap peluk ibu ayah. Tetap akan merengek nak ikut mak ayah bila nampak mak pakai tudung atau ayah buka pintu. Kerana apa? Kerana mereka perlukan kita.
Sampai masanya, seiring dengan perubahan usia, mereka akan,
1. Mula memerap dalam bilik.
2. Tak nak ikut mak ayah pergi berjalan.
3. Beli pakaian mengikut citarasa mereka.
4. Pandai merajuk atau membentak kalau dipukul atau dimarah.
5. Akan ikut cakap kawan.
Lama ke tak 13 tahun tu? Sekejap saja ibu ayah sekalian.
Rasanya macam baru saja Iezat Wajdi ni lahir. Macam baru saja saya basuhkan berak dia. Macam baru saja daftar dia di tahun 1.
Sekarang dia dah tingkatan 1. Dah mula mencatur kehidupan dia secara mandiri. Tak nangis dah bila kena tinggal.
Ini permulaan ibu ayah sekalian.
Purata hari persekolahan sekitar 180 hari. Lagi 180 hari dia berada di rumah.
Adakah 180 hari itu digunakan secara optimum?
Jawapannya tidak. Kesibukan kita ditambah dengan urusan mereka sendiri, hanya berapa puluh hari saja kita dapat meraikan masa berkualiti dengan mereka dalam setahun.
Lepas itu, mereka akan masuk universiti, kerja, kahwin dan itulah dia anak yang kita lahirkan dahulu dah mula membina kehidupan sendiri bersama keluarga mereka pula.
Jadi ibu ayah sekalian.
Anak-anak yang ada dekat rumah tu, kita jagalah elok-elok.
1. Layan kalau mereka ajak berbual.
2. Layan kalau mereka ajak main.
3. Layan kalau mereka ajak naik motor.
4. Layan kalau mereka panjat badan kita.
Sampai satu masa, semua tu akan jadi kenangan.
Saya nasihatkan diri saya sendiri kerana percayalah, 13 tahun tu tak lama.
Mingguan Wanita: Setuju sangat masa mak ayah bersama-sama dengan anak sebenarnya hanyalah 13 tahun pertama. Rebutlah peluang dan manfaatkan lah sepenuh tempoh masa ini dalam membentuk dan mendidik mereka.
Live TikTok Fattah, Amira raih lebih 50 juta ‘likes.' Pasangan baharu mendirikan rumah tangga, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila sesi siaran langsung mereka di TikTok mencatatkan lebih 50 juta tanda suka selain ditonton lebih 150,000 kali setakat jam 10.40 malam, Isnin.