Biar beribu orang mengata, asal suami pertahan dan terus sokong setiap tindakan isteri, isteri akan kuat hadap segalanya. Paling penting bagi seorang isteri adalah suaminya.
Kata-kata orang lain seorang isteri mampu pekakkan telinga kerana dirasakan mereka tidak mengetahui dan memahami hal sebenar.
Namun jika suami mulai tidak menyokong dan menerima pandangan orang laun berbanding isteri sendiri sudah tentu amat menyakitkan hati seorang isteri.
Begitulah yang dilalui pasangan instafamous iaitu Maryam dan Ryzal. Namun tindakan Ryzal membela isteri harus dipuji, apatah lagi di saat Maryam baru sahaja melahirkan anak mereka dan tinggal jauh daripada keluarga dan negara asalnya, Korea.
Asal Suami Pertahan & Sokong
Kongsi Siti Suryani Yaakop, tadi terbaca tentang Ryzal minta netizen jangan banyak komen tentang kaedah berpantang isterinya Maryam.
Cara orang Korea berpantang dengan cara orang Melayu berpantang lain.
Betul.
Apa yang Maryam buat itu betul. Dia ikut kaedah dia. Kaedah apa nak berpantang pun tidak ada masalah apa. Asal sihat dan dapat kekalkan tenaga.
Dan apa yang Ryzal buat tu betul. Dia pertahankan isteri dia selagi benda tak salah dan tak mendatangkan mudarat.
Biar Beribu Orang Mengata
Mempertahankan keluarga terutamanya isteri dari campur tangan pihak lain adalah satu benda yang sangat bijak, baik hati dan empati tinggi.
Itu baru soal isteri berpantang. Belum orang campur tangan bab jaga anak. Bagi anak makan. Cara tegur anak. Pakai stokin tak pakai stokin. Bab bagi anak makan pun ada.
Saya ingat kisah betapa tertekannya seorang kawan yang bekerja kena kondem (diperlekehkan) selalu dengan mak mertua setiap kali datang rumah. Sebab tak masak.
Selalu beli lauk. Sedangkan kawan ini kerja travel jauh. Balik lewat. Nak jemput anak rumah pengasuh lagi. Sampai sudah maghrib.
Biasa suaminya okay saja. Tapi bila hari-hari maknya komen pasal tak masak, tiba-tiba suami turut komplen sama. Asyik ulang benda yang sama.
Maka luruhlah hati isteri tu. Rasa tidak ada sesiapa hendak sokong dia lagi. Sedangkan sepatutnya yang support dan faham dia adalah suami.
Ads
Isteri Kuat Hadap Segalanya
Bila berkahwin kita bukan saja suami dan isteri. Lebih dari itu, kita adalah sahabat terbaik pasangan kita.
Isteri bila dah berkahwin, dia tinggalkan semua. Dan harapkan suami yang sentiasa akan sokong dia pada apa jua gembira dan duka.
Biar berapa ribu orang kata dia pun asal suami sokong dia, tidak jadi apa-apa. Kuat saja dia hadap walau apa saja.
Mingguan Wanita : Ternyata hidup ini tak mudah jika bersandarkan pada kata-kata orang, hiduplah dengan cara sendiri. Usah dibandingkan cara kita dengan orang lain kerana setiap orang miliki acuan sendiri.
Jangan sapu ubat gamat pada tali pusat bayi. Tali pusat atau pusar dengan panjang kira-kira 50 sentimeter yang menghubungkan bayi dan ibu menjulur dari lubang di perut bayi ke plasenta di dalam rahim.
Bagi ibu yang baru pertama kali melahirkan, sudah pasti kurang arif tentang penjagaan tali pusat setelah bayi dilahirkan. Setelah bayi dilahirkan tali pusat yang bersambung dengan uri akan disepit menggunakan ‘cord clamp.
Kemudian tali pusat digunting supaya terpisah daripada uri. Bayi tidak merasa sakit sewaktu tali pusat ini digunting kerana tiada sistem saraf atau deria rasa pada tali pusat.
Tali pusat yang ada pada bayi akan menjadi kering, berubah warna dan mengecut. Kebiasannya tali pusat yang telah kering itu akan jatuh dengan sendirinya dalam masa 2 minggu.
Maka tinggallah struktur yang kita kenali sebagai ‘pusat’ pada permukaan perut bayi. Pusat ini pula mengambil masa antara 5 hingga 7 hari untuk kering sepenuhnya.
Mak ayah sebenarnya perlu tahu bagi penjagaan tali pusat ini tidak perlu sapukan ubat lain pada tali pusat selain yang dibekalkan oleh pihak hospital.
Seperti yang dikongsi Dr Redza Zainol juga berkongsi agar mak ayah janganlah sapukan minyak gamat pada tali pusat bayi.
Sememangnya apa yang dikongsi begitu bermanfaat. Ikuti 10 tip berguna dari Dr Redza Zainol;
“TALI PUSAT BAYI
1) Selepas lahir, tali pusat akan dipotong dan diclamp.
2) Tali pusat ni akan tertanggal dengan sendiri bila bayi dah berusia 5-10 hari. Kalau lebih sikit sampai hari ke 14 pun tak apa. Yang penting, bayi dalam keadaan sihat.
3) Kawasan kulit perut di sekeliling tali pusat senang dijangkiti kuman.
4) Sebab tu di hospital dan di rumah, tali pusat bayi wajib dibersihkan guna antiseptik yang dah dibekalkan.
5) Bawa bayi segera ke hospital kalau dah ada tanda-tanda ni:
perut mengembung
kulit sekeliling tali pusat jadi merah
tali pusat berbau busuk
bayi demam
tali pusat berair dan mungkin sampai bernanah
bayi dah tak nak menyusu dan lemah
6) Wajib untuk ibu ayah cuci tangan sebelum pegang tali pusat anak.
7) Tak perlu sapu ubat lain pada tali pusat selain yang dibekalkan oleh pihak hospital. Ubat gamat pun tak perlu disapu.
8 ) Letak tali pusat di luar pampers supaya tak tersentuh air kencing atau najis. Bahan kotor ni boleh buat kuman masuk ke dalam tali pusat.
9) Untuk orang Islam, tali pusat ni sunat ditanam.
10) Kadang-kadang, pusat bayi ada sedikit darah selepas tali pusat tertanggal.
Ada sesetengah anak kecil suka tidur malam dengan pasang lampu dan tanpa ambil tahu risikonya, mak ayah ikutkan kehendak anak dan akhirnya jadi tabiat!
Rutin ini sebenarnya tak bagus, boleh mengundang bahaya sekaligus mampu menjejaskan tahap kesihatan anak-anak untuk jangka panjang. Malah ia juga boleh mengakibatkan risiko penyakit kanser.
Menurut beberapa kajian yang dijalankan, tidur dalam keadaan cerah atau ketika lampu terpasang akan mengurangkan penghasilan hormon melatonin. Hormon Melatonin merupakan salah satu hormon yang berfungsi untuk mempertahankan tubuh daripada penyakit berbahaya seperti kanser. Hormon melatonin ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh jika anda tidur dalam keadaan yang cerah.
Bukan itu sahaja, tidur dengan lampu menyala juga mengakibatkan jam biologi tubuh terganggu dan otak tidak dapat berehat sepenuhnya. Kesannya, anak-anak akan mengalami gangguan tidur yang akhirnya boleh menyebabkan ganguan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, stres dan menjejaskan metabolisme tubuh.
Oleh itu, sebelum tidur pastikan lampu ditutup terlebih dahulu. Bukan saja dapat menjimatkan bil elektrik tapi baik untuk kesihatan.
Kebaikan tidur dalam gelap :
Baiki sel-sel yang rosak
Tubuh kita memerlukan suasana yang gelap dan tenang untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau mati.
Tidur Lebih Lena
Tidur dengan lampu dipadamkan adalah tidur yang lebih selesa dan lebih tenang berbanding tidur dengan lampu terpasang.
Cegah penyakit seperti kanser
Tubuh kita hanya akan aktif mengeluarkan hormon melatonin apabila berada dalam suasana gelap. Hormon Melatonin ini diperlukan oleh badan kita untuk mencegah penyakit seperti leukemia dan kanser.
Jimatkan tenaga elektrik
Menutup lampu sebelum tidur pastinya mampu mengurangkan bil elektik di rumah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
PKP dah dua minggu dan bersambung lagi. Dalam masa inilah, 24 jam kita dok kat rumah. Kalau dengan suami dan anak-anak tiada masalah kot. Tapi, bila ada keluarga yang tinggal dengan ipar duai.
Kalau sebelum ini, malam baru jumpa tapi sepanjang PKP, pagi petang siang malam dok depan mata. Tudung pun memang tak lepas daripada kepala. Kadang-kadang hilang privasi untuk bersama suami dan anak-anak.
Jangan begitu, tidak salah untuk memberi ipar tinggal bersama dan tidak juga hilang privasi mahupun kasih sayang anda dengan pasangan. Ada cara lain yang boleh anda cipta privasi walaupun ada ipar-duai yang tinggal bersama. Prof Madya Ts Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) ada tipnya.
Tip:
Mungkin masa anda bersama pasangan berada di luar akan lebih berharga dan waktu bersama di dalam bilik akan lebih dihargai dan dinikmati keindahannya.
Cubalah untuk anda memberi layanan secara mesra agar hubungan baik itu dapat memudahkan anda menasihati ipar dan memberi semangat untuk dia berdikari.
Tetapi, apabila melalui waktu bersama adik beradik atau ipar, anggaplah seperti anda berkumpul bersama. Lebihkan kreativiti dengan mencipta waktu privasi dan aturkan jadual harian dengan betul untuk mengelakkan daripada rasa stres, terbeban atau terganggu.
Hubungan ini boleh menjadi, jika kita mampu menjadikan adik beradik atau ipar sebagai sebahagian ahli keluarga kita. Namun, ia tetap mempunyai batasan hubungan dan hukum yang perlu diperhalusi dan dipelihara.
Elakkan memberi komen tentang ipar, sebaliknya berbincang dan minta pasangan anda untuk memberi teguran dan nasihat kepada adik beradik sendiri. Ini lebih efektif dan positif.
NASIHAT UNTUK IPAR..
Walau bagaimana baik sekalipun kita dilayan oleh ipar, kita perlu faham betapa pentingnya privasi dan waktu bersama untuk dihayati oleh pasangan suami isteri mahupun sebuah keluarga bersama. Jika tiada pilihan selain tinggal bersama mereka, minimakan masa kita yang mengganggu waktu mereka di rumah dan maksimakan waktu privasi untuk mereka.
Elakkan daripada kita menumpang terlalu lama di rumah adik beradik yang telah berkeluarga. Jika perlu, tetapkan sasaran tempoh masa dan berusaha untuk berdikari.
Sekiranya tidak mempunyai waris keluarga lain selain abang atau kakak yang telah berkeluarga, jadilah orang yang banyak menyumbang membantu meringankan kerja-kerja di rumah. Ini dapat merawat ras terbeban dan terganggu dengan kewujudan kita dalam hidup mereka.
Perlu bijak membawa diri dengan menghormati mereka dan elakkan daripada timbul fitnah dengan ipar duai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kematian Nurul Asyura mengejutkan keluarga dan mengundang kesedihan mendalam. Ikuti kisah penuh detik cemas, luahan pilu si ibu dan perkembangan terkini mengenai punca kejadian.