Koh Lipe

Cuti selama 5 hari pada bulan Ramadan lalu telah digunakan sebaik mungkin oleh blogger Uzu Idrus dan rakan kembaranya bercuti ke Koh Lipe, Thailand. Percutian ala backpackers ini telah dirancang sebaik mungkin. Ikuti kisah perjalanan dan percutian mereka ke Koh Lipe.

Best Sangat Ke Koh Lipe? Kenapa Ramai  Pergi Cuti Sini?
Pantai Cantik

Demi mahu menjimatkan wang, saya dan rakan mengambil keputusan menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Hatyai. Saya telah menempah tiket terlebih dahulu melalui EasyBooking. Sampai sahaja ke TBS, ambil tiket di kaunter yang dinyatakan. Tiket bas berharga RM190 seorang.

Perjalanan dari TBS ke Hatyai lebih kurang 10 jam. Ini termasuklah waktu berhenti untuk makan, ke tandas dan berhenti sejam di Hentian Rawat dan Rehat sebelum masuk Imigresen. Memandangkan waktu bulan puasa, kami berjalan di kawasan R&R. Saya beli simkad berharga RM20 di sana.

Best Sangat Ke Koh Lipe? Kenapa Ramai  Pergi Cuti Sini?
Floating Market

Sebaik sahaja sampai ke Hatyai, kami perlu turun ke pejabat syarikat bas kerana kami perlu menguruskan tiket bas untuk pulang semula ke Kuala Lumpur. Sempat lagi saya menukar wang di Hatyai. Selesai menukar wang kami buka peta dan mula memeriksa jarak perjalanan ke Dee Hostel. Nasib baik tidak jauh. Dalam masa 15 hingga 20 minit kami sudah sampai ke sana.

Hati-hati Pilih Makanan

Hostel ini dimiliki oleh pemilik beragama Islam. Selain muslim friendly, hostel ini juga tidak mencampurkan lelaki dan wanita. Lelaki pada tingkat atas dan wanita di tingkat bawah. Hostel sini amat selesa. Ada juga kedai makan milik Dee Hostel. Harga satu malam di sini 250B seorang.

Sebaik masuk bilik, kami menggunakan applikasi Grab untuk kenderaan yang boleh dinaiki ke Floating Market. Kami mahu cari juadah berbuka puasa di sana. Saya lihat Floating Market sudah tidak semeriah dahulu.

Rupa-rupanya ada kedai di buka di hadapannya. Kedai-kedai itu seperti pasar malam dan ada pelbagai jenis makanan Thailand. Tetapi kita perlu berhati-hati kerana tidak semua makanan itu Halal.

IKLAN
Best Sangat Ke Koh Lipe? Kenapa Ramai  Pergi Cuti Sini?
Makanan Thailand Memang Sedap

Kami pilih makanan di Floating Market kerana semua makanannya halal. Saya makan telur puyu, ikan tenggiri, mee campur dan teh ais. Entah mengapa saya rasa sudah tidak sedap makanan di sini. Mungkin sebab bulan puasa? Husnuzon sahaja.

Feri Ikut Sistem Giliran

Hari kedua kami check out dari hostel. Kami menaiki van untuk ke jeti Pak Bara. Disebabkan lokasi pick up kami itu di luar kawasan percuma, kami perlu membayar wang tambahan sebanyak 70B. Saya menempah van dan tiket feri dari applikasi Klook.

Perjalanan mengambil masa 2 jam. Sebaik sampai kami menuju ke pejabat agen pelancongan. Kami gunakan masa itu untuk membeli pakej snorkelling untuk esok hari di Koh Lipe. Harga pakej 500B untuk 4 pulau. Selesai beli pakej snorkelling, kami berjalan kami ke Jeti Pak Bara.

Kami perlu bayar 20B seorang untuk masuk ke pulau Koh Lipe. Untuk feri pula kami bayar RM159 seorang. Harga tiket feri ialah pergi balik. Sistem feri di sini ialah siapa datang awal, dia masuk awal sebab feri ini ikut sistem no giliran.

IKLAN

Sebaik sampai Koh Lipe, kami ada teksi mini yang menunggu kami di Jeti. Boleh sahaja jalan kaki di dalam Koh Lipe. Tetapi kami tidak rajin sebab itu naik teksi mini berharga 50B seorang ke Castaway Resort yang menaja penginapan kami selama 2 malam di Koh Lipe.

Best Sangat Ke Koh Lipe? Kenapa Ramai  Pergi Cuti Sini?

Ada pelbagai aktiviti menarik ditawarkan di resort ini. Saya suka resort ini sebab ia berhadapan dengan pantai. Selepas check ini kami berehat seketika sebelum bergerak ke pantai. Ada 3 pantai di Koh Lipe iaitu Sunrise Beach, Sunset Beach dan Pattaya Beach.

IKLAN

Sambil menunggu waktu berbuka kami berjalan-jalan di pantai. Sambil itu mata mencari juga kedai makan halal di Koh Lipe. Ternyata kedai halal tutup dan yang ada hanya kedai makanan laut. Sebab tidak ada pilihan kami makan di kedai itu selama dua hari di sana.

Sempat Melawat 4 Pulau Sahaja

Hari ketiga kami bergerak menaiki bot untuk snorkelling untuk melihat pulau-pulau di Koh Lipe. Waktu berpuasa ini kami pergi juga pulau bukan untuk mandi tetapi hendak melihat kecantikan pulau-pulau.

Best Sangat Ke Koh Lipe? Kenapa Ramai  Pergi Cuti Sini?
Menikmati Pemandangan Pulau

Ternyata memang cantik pemandangan di pulau-pulau. Seronok melihat air laut yang jernih. Walaupun cuaca ketika ini tidak menentu sekejap hujan sekejap panas, kami seronok bergambar. Waktu high season biasanya pelancong akan pergi ke 9 pulau. Tetapi pergi waktu low season dan hanya boleh pergi ke 4 pulau sahaja.

Selepas habis snorkelling kami kembali semula ke resort untuk berehat seketika menunggu waktu berbuka puasa. Hari ini saya pesan macam-macam makanan di kedai makanan laut. Nasib baik sedap. Habis makan kami berjalan di Walking Street sebelum balik semula ke resort.

Sampai di resort kami lepak di pantai. Puas tengok sekeliling kami balik ke bilik untuk berehat kerana keesokan harinya kami akan balik ke Malaysia.

Foto: Uzu Idrus / www.kisahemasputih.com

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI