Sebaknya, Allahyarham Nurul Ashikin Kamaruddin, 27 yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan lori di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur semalam. Rupanya sedang hamil kembar dua bulan.
Allahyarham cedera di kepala meninggal di tempat kejadian, manakala suaminya, Allahyarham Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30 cedera di perut meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa merempuh belakang sebuah lori pada jam 7.59 pagi.
Cuma Tahu Nurul Ashikin Hamil Kembar Selepas Bedah Siasat
Lebih menyayat hati, berita kehamilan kembar Allahyarham Nurul Ashikin hanya diketahui ahli keluarganya selepas bedah siasat selesai dijalankan kira-kira jam 1 tengah hari semalam.
Yang mana, kakak Muhammad Syakiran, Nur Azmawati Shamsuddin memaklumkan usia kandungan kembar itu sudah pun masuk dua bulan. Itu merupakan kehamilan kedua mereka. Sebelumnya, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Arfan Ziqri, 1 tahun 10 bulan.
Ads
Barangkali disebabkan kandungan masih terlalu awal, arwah tak memaklumkan berita kehamilannya kepada ahli keluarga.
Kredit : Nogori Post
Ada Buku Merah Jambu Dalam Beg Tangan
Menurut adik-beradik yang berada di Kuala Lumpur, mereka turut menemukan buku merah jambu (Pink/buku pemeriksaan kandungan) dalam beg tangan arwah.
Allahyarham Muhammad Syakiran juga mempunyai saudara kembar sama jantina, Muhammad Syakirin Shamsuddin, 30, tinggal di kampung dan sudah berkeluarga.
Ads
Sebelum nahas tragedi, ahli keluarga mereka baru saja berkumpul di rumah pasangan berkenaan kerana menemani adik bongsu mereka, Muhammad Nazrul Shamsuddin, 19 yang bercuti di Kuala Lumpur.
Malam sebelum kejadian, arwah suami isteri ini menghantar adiknya menaiki bas. Keesokan hari, pasangan ini sempat menghantar anak mereka ke rumah pengasuh.
Adiknya, Nazrul tiba di Kelantan jam 7 pagi dan tak lama kemudian, berita kemalangan abang dan kakak disampaikan kepada mereka.
Ads
Jenazah Allahyarham Lans Koperal Muhammad Syakiran yang bertugas di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam. Dan Allahyarham Nurul Asyikin yang bertugas di Jabatan Kerja Raya (JKR) telah pun selamat dikebumikan jam 2.20 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rekang Hilir, Bachok, Kelantan.
Jaminan Kebajikan Untuk Arfan Ziqri
Susulan berita kemalangan anggota polis ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan kebajikan anak Allahyarham Muhammad Syakiran, iaitu Muhammad Arfan Ziqri terjaga.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin memaklumkan bantuan dan kemudahan selayaknya bagi membolehkan anak itu terjamin kelangsungan hidupnya.
Ini termasuklah semakan keahlian koperasi dan insurans arwah. Bantuan berbentuk kewangan juga akan diberikan dalam masa terdekat.
Sumber/Foto : Berita Harian, Harian Metro, Nogori Post
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Doakan semoga arwah nenda ditempatkan bersama hamba Allah beriman” Aliff Aziz kehilangan insan tersayang. Salam takziah diucapkan buat selebriti popular Aliff Aziz dan keluarga yang telah kehilangan nenek tersayang.
Perkhabaran sedih itu dimaklumkan oleh Aliff menerusi akaun rasmi Instagramnya. Kehilangan neneknya, Hajah Rahmah Ismail, 82, yang disahkan meninggal dunia di Singapura pada 23 Februari cukup meninggalkan kesan buat Juara Gegar Vaganza Musim kelapan itu.
“Doakan Semoga Arwah Nenda Ditempatkan Bersama Hamba Allah Beriman”
Malah Aliff juga menyatakan, Allahyarham neneknya merupakan seorang penyayang dan banyak berkhidmat membawa Jemaah mengerjakan ibadah Umrah dan Haji ketika muda.
“Assalamualaikum kepada semua.
“Nenda saya Hjh Rahmah Binti Ismail telah kembali ke Rahmatullah.
“Saya selaku cucu yang pertama, berhajat kepada semua untuk sedekahkan Al-Fatihah kepadanya dan juga doakan semoga arwah nenda saya ditempatkan bersama hamba-hamba Allah yang beriman.
“Seorang yang sangat penyayang dan juga banyak berkhidmat membawa jemaah untuk ibadah Umrah dan Haji sewaktu beliau muda.
Semoga Baba Tenang Disana
“Alhamdulillah.
“Selamat jalan, Baba. Aliff doakan semoga Allah beri perlindungan di atas segala ketakutan dan dimakbulkan segala pengharapan Baba.
“Semoga Baba tenang disana. Ameen Ya Rabbal’alameen,” luah Aliff.
Ketika ini Aliff dan isteri Bella Astillah masih lagi menjalani kuarantin selepas pulang ke tanah air beberapa hari lalu daripada mengerjakan umrah sejak 9 Februari lalu.
Menerusi ruangan komen pula, para pengikut Aliff di Instagram turut mengucapkan salam takziah.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat Aliff dan keluarga. Semoga arwah nenek ditempatkan di kalangan para syuhadah.
42 jam bertarung nyawa, Balkisyh selamat lahirkan bayi lelaki. Tahniah diucapkan buat pelakon Balkisyh Semundur Khan dan suami Mohd Nazri Zakaria yang telah menyambut kehadiran cahaya mata.
Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun rasmi Instagram, Balkisyh berasa bersyukur selepas bertarung nyawa 42 jam bayi lelakinya selamat menjengah dunia.
42 Jam Bertarung Nyawa
Menerusi entri di akaun Instagramnya, Balkisyh juga telah berkongsi sekeping gambar yang memaparkan dirinya bersama seorang bayi.
“Assalamualaikum semua.
“Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan “Baby Boy” pada tarikh 09/02/2022 jam 12.09 pagi seberat 2.68kg setelah 42 jam bertarung,” tulis Balkisyh.
Walaupun terpaksa menahan sakit selama 42 jam sebelum bayi dilahirkan namun Balkisyh berasa sangat teruja apabila melihat wajah si comel yang dinanti-nantikan. Ternyata pengorbanan seorang ibu dalam tempoh proses bersalin begitu murni.
“Tahniah kak! Ya Allah comel”
Malah menerusi ruangan komen rakan artis dan juga peminat mengucapkan tahniah atas kehadiran orang baru dalam hidup Balkisyh
Tak Nak Campur Urusan Rumah Tangga Nabila. Ibu kepada Usahawan Wanita Berjaya yang juga selebriti popular Noor Neelofa, Noor Kartini Noor Mohammed menerangkan dia enggan mengulas tentang kisah rumah tangga anaknya yang juga kakak kepada Neelofa, Noor Nabila.
Ibu berwajah jelita ini juga turut menerangkan dirinya tidak mahu campur urusan rumah tangga anaknya.
Tak Nak Campur Urusan Rumah Tangga Nabila
Malah tegasnya lagi, Nabila pun sudah berkeluarga, dewasa dan soal itu kenalah ditanya pada empunya diri.
“Urusan rumah tangga tak nak campur dan saya tak nak tahu. Yang saya tahu saya nak bahagia saja dengan anak cucu. Bagi saya mereka semua di mata dan hati saya. Untuk Ameera dia masih lagi bawah perlindungan dan jagaan saya.
“Tak ada apa lagi saya nak rungutkan sebab bukan ramai ibu-ibu luar sana yang bertuah, bernasib baik, beruntung, Allah bagi nikmat macam mana saya dapat kasih sayang dalam keluarga anak-anak saya. Itu cukup,” katanya seperti mana dilaporkan Harian Metro.
Tampil Bersuara Bila Dakwaan Tidak Betul
Menurut Kartini lagi, dia turut akan tampil bersuara jika dakwaan terhadap anak-anaknya tidak betul. Sebagai ibu juga dia sebenarnya tidak ambil tahu jika kisah anaknya tular tapi memutuskan untuk tampil bersuara untuk dakwaan tidak betul.
Sebelum ini adik kepada Neelofa, Ameera Khan difitnah terbabit dengan aktiviti perjudian.
“Alhamdulillah tak ada sesiapa pun tengok anak-anak saya ada di kelab (malam), tempat perjudian, minum arak, hisap rokok, shisha dan vape. Itu saya boleh rasa banggalah dengan anak-anak.
“Pasal perjudian itu memang tak ada dalam keturunan kami. Tak pernah jejak kaki pun ke tempat begitu. Saya tak anggap itu satu ujian pun.
“Tak pernah ambil tahu pasal orang cakap hari-hari tular (pasal anak-anak). Cuma pasal Ameera itu perlu jawab,” luah Kartini.
Sebagai ibu Kartini juga mengharapkan Ameera atau lebih dikenali Little Miss Khan masih banyak perlu belajar untuk memperbaiki diri.
Mingguan Wanita: Semoga semuanya baik-baik buat keluarga Noor Kartini.
“Acara Queens Night bersifat tidak bermoral dan berunsur lucah” itulah antara kenyataan yang diberikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan seperti mana...