Ads

Bayi 5 Bulan Lecur Teruk Insiden Periuk Nasi Terbalik, Ibu Menangis Tengok Keadaan Anak

Bayi 5 bulan lecur teruk insiden periuk nasi terbalik, ibu menangis tengok keadaan anak.

Seorang ibu tidak menyangka bunyi benda terjatuh di ruang tamu membawa kepada tragedi.

Sebaik menyedari bunyi benda terjatuh, Dayang Norlizawati Awang Umar, 35 yang ketika itu berada di dapur terus menerpa ke ruang tamu. Menyedihkan,  tubuh anak bongsunya, Mohammad Firas Aisy berusia lima bulan  dipenuhi nasi dan air panas dan anaknya menangis kesakitan.

Bayi 5 bulan lecur teruk insiden periuk nasi terbalik

Dalam insiden 8 Mei lalu, tubuh Mohammad Firas melecur hampir keseluruhan badan apabila tertarik wayar periuk nasi yang kemudian menimpa tubuhnya.

Bayi 5 Bulan Lecur Teruk Insiden Periuk Nasi Terbalik, Ibu Menangis Tengok Keadaan Anak
Bayi 5 Bulan Lecur Teruk Insiden Periuk Nasi Terbalik, Ibu Menangis Tengok Keadaan Anak

Menurut bapa bayi ini, Mohammad Friziny Jainal, 39 dirinya mengakui sedih dengan kejadian yang menimpa anak bongsunya itu yang  melecur hampir keseluruhan badan.

Memetik laporan Harian Metro, Mohammad Friziny berkata, ketika kejadian kira-kira jam 7 pagi, dia berada di belakang rumahnya di Sungai Plan, Bintulu, Sarawak bagi menyediakan barangan untuk jualan.

Ads

“Semasa kejadian, isteri ada di dapur. Sebelum kejadian, isteri ada masak nasi. Semasa melakukan kerja di dapur, isteri tidak perasan bayi kami berada di dapur dan menarik wayar periuk nasi yang terjuntai.

“Isteri yang mendengar bunyi benda jatuh, terkejut apabila melihat anak dipenuhi nasi dan air panas. Saya yang berlari masuk ke dapur melihat badan serta muka anak merah dan dia menangis dengan kuat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohammad Friziny berkata, dia dan isterinya kemudian bergegas ke Hospital Nyabau sebelum Aisy dimasukkan ke zon merah sebaik tiba di jabatan kecemasan hospital berkenaan.

Ads

“Kami dimaklumkan anak mengalami luka melecur hampir di seluruh badan terutama di bahagian depan membabitkan dada, tangan, kedua-dua paha dan kaki kiri selain muka.

“Aisy menjalani pembedahan bagi menampal kulit yang melecur, semalam. Pembedahan yang bermula jam 11.30 pagi hingga 5 petang itu mengambil masa lebih lima jam.

“Bayi kami dibalut hampir keseluruhan badan dan kini ditempatkan di wad kebakaran selepas beberapa jam dimasukkan di unit rawatan rapi (ICU) kanak-kanak sejurus pembedahan selesai, semalam,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Menurutnya, dia sama sekali tidak menyangka kejadian itu menimpa bayi mereka yang juga anak bongsu daripada lima beradik.

“Saya dan isteri lama tunggu kelahiran Aisy memandangkan kami mahu menambah cahaya mata lelaki. Daripada lima anak berusia antara 20 tahun hingga lima bulan, anak sulung dan bongsu adalah lelaki.

“Dari anak lahir lagi, kami menjaganya dengan rapi. Malah, saya dan isteri akan bergilir-gilir menjaganya. Namun disebabkan lalai sekejap, kejadian ini berlaku.

“Sejujurnya, saya pasti amat sedih dengan apa yang berlaku. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Justeru, saya minta doa daripada orang ramai supaya Aisy cepat sembuh,” katanya.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme

Ibu Ayah Boleh Mohon Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme, Ini Syarat Kelayakannya

Berita baik untuk rakyat! Subsidi yuran pembelajaran autisme adalah satu langkah daripada pihak kerajaan yang ini membantu meringankan beban ibu bayah dalam menyediakan terapi dan pendidikan awal untuk anak-anak autisme.