Setiap orang diuji hidupnya sama ada dengan kemewahan, kesusahan.. yang mana semua cubaan hidup ini adalah untuk menguji keimanan seseorang. Semakin redha hati, semakin lapang dadalah terima ujian hidup mereka.
Pelakon Lufya Omar suatu ketika dulu juga pernah diuji dengan masalah rumah tangga sehingga kisahnya viral. Dalam mendaki kembali bahagia dalam diri, ini yang Lufya pegang kemas selama ini.
Dan inilah, cara Lufya mencari bahagia bersama anak perempuannya, Laana Haura.
Ada Masa DI Atas.. Ada Masa Di Bawah – Lufya
Dalam kehidupan ni ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Hidup ni macam saham pun ada jugak.
Ads
Ada orang hidup dia dari graf paling rendah naik sedikit demi sedikit dan berkat kesabaran akhirnya sampai ke kemuncak kejayaan.
Ada orang graf hidup die naik turun naik turun.
Ada jugak dari kemuncak jatuh menjunam. Apa pun ‘graf kehidupan’ kita selalu lah bersangka baik dengan Allah.
Kadang kita tak sedar yang Allah Maha Tinggi yang boleh menggantikan takdir hidup yang tidak baik kepada yang baik dan yang kita sangka baik rupanya tak baik untuk kita.
Jangan pernah anggap Allah benci atau tidak sayang pada kita, sebenarnya Allah nak kasi yang terbaik untuk kita di dunia tidak pun di akhirat nanti.
Ads
Redha Itu Mudah, Tapi Nak Ikhlas Sangatlah Susah
Perkataan redho satu perkataan yang senang disebut tapi nak ikhlas itu sangatlah susah dan ambil masa untuk kita faham dan pelajari dariNya.
Ads
Selepas kita redho Allah turunkan rezeki dan nikmat yang tidak berbelah bagi dengan amalan baik kita Allah gantikan dengan ketenangan, rezeki, kebahagiaan dan kemudahan dalam hidup.
Semoga kita semua redho dengan setiap ujian yang Allah berikan untuk perbaiki amalan dan kebaikkan sementara di dunia ini. Insyallah hati anda yang tidak keruan itu akan ‘dipulihkan’ dengan membasahkan lidah anda dengan zikir dan menyebut nama Allah.
Usia 48, Aishwarya Rai Makin Langsing Mengalahkan Anak Dara. Tak sangka umur Aishwarya Rai sudah 48 tahun ya, tetapi melihat penampilannya anggun, cantik dan langsing ternyata langsung tak makan dek umur.
Usia 48, Aishwarya Rai Makin Langsing Mengalahkan Anak Dara
Seperti yang diketahui peminat, sebelum ini pelakon jelita Bolyywod ini pernah dikritik kerana tubuh badannya yang agak berisi.
Namun kini Aishwarya tampil lebih langsing. Seperti mana perkongsian portal Times of India, Aishwarya memberitahu, dirinya mengamalkan diet ringan dan melakukan aktiviti kecergasan. Selain itu dia juga mengamalkan jus lemon suam bercampur madu yang diambil setiap pagi.
Bekas ratu cantik dunia dan juga isteri kepada Abhishek Bachchan itu juga kelihatan semakin menawan.
Jus Lemon Suam Bercampur Madu Setiap Pagi
Mendedahkan antara rahsia kecantikan diri Aishwarya mengamalkan diet ringan dan melakukan aktiviti kecergasan.
Dia juga mengurangkan pengambilan makanan bergoreng dan nasi. Walau tidak mampu meninggalkan menu kegemarannya iaitu masakan kari ikan dan ayam ala Mangalore dirinya terpaksa buat begitu untuk kekalkan kelangsingan badan.
Pada masa sama, Aishwarya juga rajin mengamalkan jus lemon suam bercampur madu yang diambil setiap pagi.
Amalan tersebut dikatakan banyak membantu beliau menurunkan berat badan selain aktif mengamalkan yoga.
Terima Kritikan Secara Terbuka
Kini hidup bahagia disamping keluarga tercinta suami dan anaknya Aaradhya Aishwarya akui sukar menurunkan berat badan selepas melahirkan anak.
Malah dirinya juga sebelum ini sering menerima kritikan namun dia tidak mudah melatah.
“Mungkin mereka yang berbuat demikian berasa bahagia dan punya banyak masa untuk menjatuhkan orang lain.
“Justeru, tidak perlu peduli tentang itu. Biarkan mereka bantu diri mereka sendiri,” ujarnya.
Tiga beradik meninggal dalam perigi. ‘Lebih rela mati daripada diseksa suami, mertua’. Akibat terus-terusan didera emosi, wanita-wanita ini memilih untuk menamatkan nyawa daripada meneruskan hidup.
Benarlah bila keadaan mendesak membuatkan wanita lebih rela mati. Mereka adalah mangsa pertikaian wang hantaran daripada pihak keluarga lelaki di India.
Tiga Beradik Meninggal Dalam Perigi
Kasihan sungguh dengan nasib mereka apabila terpaksa menjadi korban kepada budaya dan adat di sana. Berat mata memandang, lagi berat bahu memikul.
Tiga beradik perempuan dan anak mereka di India, ditemukan mati di dalam sebuah perigi.
Mereka sempat meninggalkan pesanan menyalahkan keluarga yang mengahwinkan mereka dengan lelaki ‘tidak berguna’.
Tiga beradik ditemui meninggal bersama anak mereka. (Kredit foto: cbsnews.com).
NDTV melaporkan, Kalu, Kamlesh dan Mamta Meena menjadi mangsa pertikaian mengenai hantaran kahwin, wang yang perlu dibayar ibu bapa di India untuk mengahwinkan anak perempuan mereka.
Mangsa dilaporkan berkahwin dengan saudara lelaki daripada keluarga sama.
Mereka juga tinggal di kediaman sama tetapi mengalami keganasan berterusan daripada suami dan mentua mereka, menurut saudara mara ketiga-tiga mangsa.
Daripada DiSeksa Suami & Mertua
Tiga beradik berkenaan termasuk bapa mereka didera secara berterusan kerana gagal memenuhi tuntutan suami wanita terbabit untuk mendapatkan lebih banyak wang.
Ketiga-tiga mereka ditemukan meninggal dunia bulan lalu berhampiran rumah di sebuah kampung di pinggir Jaipur, bersama anak lelaki Kalu berusia empat tahun dan bayinya.
Kamlesh dan Mamta pula dilaporkan mengandung.
“Kami tidak mahu mati tetapi kematian lebih baik daripada sering didera mereka. Ipar duai kami punca kematian kami,” katanya.
Mingguan Wanita : Sedih sungguh dengan pengakhiran hidup mereka. Perkahwinan sepatutnya mengubah hidup wanita menjadi lebih bahagia bukannya menambah derita.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, menyebabkan Sekatan Jalan Raya (SJR) jalan-jalan utama, bagi memastikan SOP dipatuhi. Jangkaan kelewatan dan sedikit kesesakan di jalan raya harus dilalui oleh pengguna.Namun tugas polis bukan sahaja menjaga Sekatan Jalan Raya (SJR) malah kena bersedia berdepan detik cemas apabila menjadi bidan terjun.
Lahirkan Anak Perempuan
Pengalaman detik cemas dilalui oleh wanita ini apabila selamat melahirkan bayi perempuan di dalam kereta dengan bantuan dua polis wanita Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan yang sedang bertugas menjaga sekatan jalan raya (SJR) di Expressway Kuching – Samarahan, malam tadi.
Dalam kejadian 11.50 malam itu, wanita berusia 26 tahun berasal dari Kampung Semera Ulu, Asajaya bersama suaminya berusia 28 tahun melalui SJR ketika dalam perjalanan ke Hospital Umum Sarawak (HUS).
Lans Koperal Noor Fatihah Azelam, 27, berkata, dia yang bertugas menjaga SJR bermula jam 4 petang hingga 12 tengah malam bergegas membantu selepas dimaklumkan seorang lelaki yang isterinya mahu bersalin.
“Selepas menghampiri kereta berkenaan, saya melihat wanita itu sudah melahirkan anak.
“Saya membantu merungkaikan tali pusat yang berbelit di leher bayi itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, selepas itu dia dibantu rakannya, Koperal Perakson Jennie, 40, untuk menyelimutkan bayi berkenaan yang kesejukan menggunakan tuala.
Bantu Kelahiran Bayi
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata, suami wanita itu yang berada dalam keadaan panik terus memandu ke arah SJR untuk mendapatkan bantuan.
“Anggota kita mendapati wanita berkenaan sudah melahirkan anak dan membantu menyambut kelahiran bayi itu.
“Kebetulan seorang lagi anggota yang hendak melapor bertugas turut membantu menyelimutkan bayi menggunakan kain tuala yang dibawa,” katanya.
Katanya, bayi bersama ibunya kemudian dibawa ke HUS untuk mendapat rawatan lanjut.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah wanita ini selamat bersalin dalam kereta, walaupun berhadapan detik cemas tak sempat sampai ke hospital. Tahniah juga buat polis wanita yang menjadi ‘bidan terjun’, walaupun di luar bidang dan sedang menjalankan tugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) tetap berikan komitmen yang terbaik.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...