Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, menyebabkan Sekatan Jalan Raya (SJR) jalan-jalan utama, bagi memastikan SOP dipatuhi. Jangkaan kelewatan dan sedikit kesesakan di jalan raya harus dilalui oleh pengguna.Namun tugas polis bukan sahaja menjaga Sekatan Jalan Raya (SJR) malah kena bersedia berdepan detik cemas apabila menjadi bidan terjun.
Lahirkan Anak Perempuan
Pengalaman detik cemas dilalui oleh wanita ini apabila selamat melahirkan bayi perempuan di dalam kereta dengan bantuan dua polis wanita Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan yang sedang bertugas menjaga sekatan jalan raya (SJR) di Expressway Kuching – Samarahan, malam tadi.
Dalam kejadian 11.50 malam itu, wanita berusia 26 tahun berasal dari Kampung Semera Ulu, Asajaya bersama suaminya berusia 28 tahun melalui SJR ketika dalam perjalanan ke Hospital Umum Sarawak (HUS).
Lans Koperal Noor Fatihah Azelam, 27, berkata, dia yang bertugas menjaga SJR bermula jam 4 petang hingga 12 tengah malam bergegas membantu selepas dimaklumkan seorang lelaki yang isterinya mahu bersalin.
“Selepas menghampiri kereta berkenaan, saya melihat wanita itu sudah melahirkan anak.
“Saya membantu merungkaikan tali pusat yang berbelit di leher bayi itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, selepas itu dia dibantu rakannya, Koperal Perakson Jennie, 40, untuk menyelimutkan bayi berkenaan yang kesejukan menggunakan tuala.
Bantu Kelahiran Bayi
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata, suami wanita itu yang berada dalam keadaan panik terus memandu ke arah SJR untuk mendapatkan bantuan.
Ads
“Anggota kita mendapati wanita berkenaan sudah melahirkan anak dan membantu menyambut kelahiran bayi itu.
“Kebetulan seorang lagi anggota yang hendak melapor bertugas turut membantu menyelimutkan bayi menggunakan kain tuala yang dibawa,” katanya.
Katanya, bayi bersama ibunya kemudian dibawa ke HUS untuk mendapat rawatan lanjut.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah wanita ini selamat bersalin dalam kereta, walaupun berhadapan detik cemas tak sempat sampai ke hospital. Tahniah juga buat polis wanita yang menjadi ‘bidan terjun’, walaupun di luar bidang dan sedang menjalankan tugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) tetap berikan komitmen yang terbaik.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Kehidupan penyanyi Shila Amzah dan suaminya, Ubai sememangnya mendapat perhatian sejak pasangan ini mendirikan rumahtangga pada Ogos lalu. Dengan sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala dengan disaksikan jurunikah, Ustaz Hai Mohamad Khairi Hussein.Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 daripada Ubai, manakala hantaran dirahsiakan.
Genap lima bulan bergelar suami isteri, hari ini Ubai dan Shila Amzah berkongsi berita gembira mengenai kehamilan Shila Amzah. Berita gembira tersebut dikongsikan melalui posting video di Instagram masing-masing.
“Di tahun 2024 kami ingin membukanya dengan satu perkhabaran,” ujar Ubai dalam video Instagram yang dikongsikannya sebentar tadi.
Tambah Shila Amzah pula, ada sebab mengapa dia merahsiakan kehamilannya kali ini.
“Nak make sure kandungan ini baik di awal kehamilan. Doakan semoga kandungan Sha selamat sepanjang proses kehamilan ini,” ujar Shila Amzah mengakhiri video pendek bersama suami tersayang.
Pasangan ini melalui episod suka dan duka pada tahun 2023. Difahamkan, adiknya Muhammad Azrullah Mohd Zulkefli meninggal dunia akibat kemalangan pada 4 Mei tahun lalu manakala ibunya Rohani Jamal menghembuskan nafas terakhir disebabkan kanser ovari beberapa hari sebelum pasangan ini dinikahkan.
Sebelum ini Shila tidak mengiyakan atau menafikan dakwaan netizen dia sedang berbadan dua,sebaliknya meminta agar segelintir warganet berhenti bercakap tentang saiz tubuh seorang wanita. Kini, segala teka teki sudah terjawab dan Mingguan Wanita mengambil kesempatan mengucapkan tahniah di atas kehamilannya ini!
Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun ikatan perkahwinan tidak berpanjangan apabila bercerai pada Februari 2022. Hasil perkahwinan, Shila dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.
Kakak tak sengaka tikam adik dibebaskan dengan jaminan, tertuduh masih kanak-kanak. Sekitar minggu lalu, kematian secara tidak sengaja seorang remaja berusia 16 tahun di tangan kakaknya, pelajar tingkatan enam rendah menarik perhatian orang ramai.
Ini kerana dalam kejadian di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, Iskandar Puteri remaja ini diberitakan bergaduh akibat berebut kerusi di dalam kereta sebelum ejek mengejek berlaku dan kakak membaling pisau yang membawa kepada kematian adiknya.
Dalam pada itu, ibu kepada dua beradik ini menerusi temu bual bersama wartawan 999, memaklumkan identiti berkata, punca pergaduhan mereka bukanlah disebabkan berebut tempat duduk seperti yang didakwa ramai pihak.
Pada hari kejadian, ibu ambil kakak dahulu di sekolahnya barulah ambil arwah dan seorang lagi anak di sekolah lain. Mereka bergaduh mulut saja sebelum kejadian ini terjadi.
Kakak Tak Sengaja Tikam Adik Dibebaskan Dengan Jaminan
Memetik Harian Metro, remaja ini hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kanak-kanak di sini, hari ini atas tuduhan tanpa niat menyebabkan kematian adiknya, minggu lalu.
Tertuduh yang berusia 17 tahun 11 bulan itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Zuhainie Zull Kafli.
Berdasarkan kertas pertuduhan, remaja berkenaan didakwa menyebabkan kematian adik lelakinya yang berusia 16 tahun yang mana dia tahu perbuatannya mungkin menyebabkan kematian di rumah mereka di Jalan Mini Stadium, Kampung Ulu Pulai di sini, jam 1.50 petang, 19 Oktober lalu.
Anak sulung daripada lima beradik itu didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan yang dijalankan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos mencadangkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, barisan pembelaan yang mewakili tertuduh iaitu peguam Abd Rahim Ali, Jihad Syahida Nadia Zakaria dan Nur Zafirah Norizan memohon jumlah jaminan itu dikurangkan atas alasan tertuduh adalah kanak-kanak.
“Tertuduh adalah seorang kanak-kanak dan tiada sebab dia melarikan diri. Selain itu, kita mengambil kira juga pendapatan keluarga dan latar belakang persekolahan yang mana pada tahun hadapan, tertuduh akan mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malayaia (STPM),” katanya.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di Balai Polis Gelang Patah setiap sebulan sekali.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi laporan bedah siasat pada 5 Disember ini.
Pada 19 Oktober lalu, media melaporkan, seorang kakak membaling pisau ke arah adiknya sehingga menyebabkan remaja lelaki itu meninggal dunia.
Dua beradik itu dilaporkan bergaduh akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah, sebelum kakak bertindak membaling pisau ke arah adiknya selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah.
Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan tusukan hujung pisau pemotong sayur yang terkena pada saluran darah utama (arteri) di bahagian kanan lehernya sekali gus menyebabkan pendarahan yang banyak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kematian itu pasti, cuma dimana tempatnya dan bagaimana caranya semuanya rahsia Allah. Perbanyakkanlah berdoa semoga cara kematian kita dalam keadaan ‘Khusnul Khotimah’ dan yang terbaik.
Bagi orang Islam, kesempatan mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir adalah peluang yang sangat indah dan sangat diharapkan. Apatah lagi nyawa diambil saat menyeru orang lain mendirikan solat iaitu melaungkan kalimah azan.
Innalillahi wainnailaihirajiun.Sungguh kematian yang dicemburui apabila lelaki ini yang merupakan AJK Surau dijemput sang pencipta dalam keadaan yang paling mulia, iaitu ketika sedang melaungkan azan Subuh.
Menerusi perkongsian daripada Ahli Jawatankuasa Surau Ar-Rayan, seluruh penghuni apartment Sri Ixora Seksyen 27 Shah Alam berasa pelik kerana azan subuh dari Surau Ar-Rayyan pagi ni cuma kedengaran dua rangkap dari kalimah yang mulia (Allahu Akbar dan Ashadu alla illaha illa Allah) dan kemudian terhenti. Kemudian bersambung di corong pembesar suara keadaan cemas.
Selang kemudian terdengar AJK lain membuat pengumuman menyeru ahli keluarga En Man dari blok 45 turun ke surau dengan kadar segera dan kelihatan ambulan tiba di kawasan surau.
Meninggal Ketika Laungkan Azan
Setibanya di ruang solat surau, kelihatan sekujur tubuh kaku terbaring di ruang azan.
Abang Rosliman atau lebih mesra dengan panggilan Abang Man, telah kembali bertemu PenciptaNya dalam keadaan semua orang beriman impikan. Arwah meninggal dunia ketika melaungkan azan pada kalimah Allahu Akbar dan Shahadah.
Hari Ketiga Azan Subuh
Sebak dan bergenang air mata ini para jemaah sahabat rapat.
“Malam tadi baru dia yang beriya-iya mahu menjayakan majlis kenduri kesyukuran Ustaz Sahari yang baru keluar hospital yang akan diadakan di surau. Dia yang nampak sangat gembira dengan menu yang dicadangkan. Dia yang menawarkan diri untuk menyediakan kopi o kaw. Rupanya dia Allah panggil dalam keadaaan sangat-sangat kami cemburu.” ujar salah seorang jemaah.
Paling kami terkejut hari ini adalah hari ketiga arwah memberanikan diri dan juga sangat teruja untuk azan subuh walaupun beliau bukan bilal surau. Beliau merupakan AJK Pemeriksa Kira-kira surau.
Allah sayang Abang Man lebih dari kami semua bang. Abang Man pernah berseloroh :
“Kita jaga amanah surau ni bukan untuk kita sekarang, tapi gunanya bila kita kat sana nanti”.
Moga Allah pilih Abang Man menjadi penghuni Al-Firdaus. Allah Maha Mengetahui.
MW: Salam takziah buat seluruh keluarga arwah. Bertuahnya ‘dijemput’ ilahi dalam keadaan paling mulia.Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Eyka Farhana selamat bergelar isteri Akhyar Rashid, 5 tahun menyulam kasih sebelum bersatu. Lima tahun menyulam kasih, akhirnya pelakon jelita Eyka Farhana sah bergelar...