Berpisah bukan alasan Fazley Yaakob dan Azrene Soraya tak boleh makan bersama anak-anak. Perceraian adalah isu yang sensitif dan melibatkan pelbagai aspek emosi, sosial, serta undang-undang. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada pasangan suami isteri tetapi juga anak-anak.
Berpisah Bukan Alasan Fazley Yaakob & Azrene Soraya Tak Boleh Makan Bersama Anak-anak
Dalam sesebuah perkahwinan, perceraian dianggap sebagai jalan terakhir apabila segala usaha untuk memperbaiki hubungan gagal. Bagaimanapun perceraian bukan alasan untuk hubungan kekeluargaan terjejas hingga anak-anak menderita.
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, berkata biarpun dia dan Azrene Soraya Abdul Aziz tidak lagi bergelar suami isteri, hubungan mereka harmoni seperti keluarga.
“SAYA PERCAYA PERCERAIAN ITU TIDAK BERMAKNA BERAKHIR SEBUAH KASIH SAYANG. IA JUGA BUKAN BERERTI BERAKHIR HUBUNGAN KEKELUARGAAN. PERCERAIAN JUGA BUKAN BERMAKNA ANAK-ANAK PERLU MENDERITA DISEBABKAN PERPISAHAN.
“Ungkapan yang kami pegang adalah tidak semuanya pahit itu racun dan tidak semua yang manis itu madu.
“Kehidupan perlu diteruskan dan anak-anak faham serta hormat keputusan kami,” katanya menerusi rakaman suara yang dikongsi kepada media.
Fazley atau nama sebenar, Ahmad Fazley Yaakob, 46, menambah sejak bercerai, tiada yang berubah.
“SAYA, AZRENE DAN ANAK-ANAK KELUAR PERGI MAKAN BERSAMA. SAYA ZIARAH AZRENE DAN KAMI TENGOK WAYANG BERSAMA.
“Walaupun kami berpisah dalam akad dan tiada lagi perkataan yang melambangkan kami adalah suami isteri, tetapi hubungan kekeluargaan itu masih utuh seperti 18 tahun lalu ketika kami bersama.
Ads
“Anak-anak juga tidak berasa apa-apa kekangan mengenai hubungan antara saya dengan Azrene. Semuanya masih sama, kumpulan Whatsapp kami masih sama. Hendak jumpa pun masih bersama dan tempat makan pun serupa.
“APA YANG MEMBEZAKAN KAMI ADALAH PERHUBUNGAN YANG BUKAN LAGI BERLANDASKAN SUAMI ISTERI,” KATANYA.
Sementara itu, penyanyi Cerita Asmara itu mengucapkan terima kasih kepada media kerana memahami perasaan mereka sekeluarga dengan tidak menulis laporan yang boleh mencetuskan spekulasi.
“Terima kasih kerana melaporkan seadil-adilnya kisah dan kebenaran mengenai perpisahan kami ini,” katanya.
Perkahwinan yang dibina hanya mampu bertahan selama 18 tahun.
Perkahwinan yang dibina hanya mampu bertahan selama 18 tahun.
Fazley membuat kejutan apabila mengumumkan sudah pun bercerai dengan Azrene beberapa bulan lalu dengan tempoh edah sudah pun berakhir menerusi kenyataan media.
Bagaimanapun, butiran terperinci termasuk tarikh dan punca perceraian tidak didedahkan.
Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak, Ahmad Fariedz Shah, 15; Ahmad Fieradz Shah, 14; Ahmad Fierudz Shah, 13, dan Alayna Selma, 7.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
Ads
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
‘Walaupun perlukan alat sokongan, daddy bangga dengan abang! Ahmad Idham syukur anak istimewanya boleh berjalan. Alhamdulillah.
Ternyata tiada perkataan yang dapat diluahkan apabila melihat anak yang selama ini tak boleh berjalan kita mampu berdiri dan melangkah biarpun bergantung kepada alat sokongan.
Pengarah dan juga pelakon Dr Ahmad Idham berkongsi rasa syukurnya di akaun Instagramnya. Ikuti luahannya:
Ibu kongsi anak hampir lumpur ditendang rakan sekelas di kepala, gara tegur rakan sekelas sebar video lucah. Hari ini isu melibatkan pelajar sekolah boleh membuatkan ibu bapa dan orang ramai geleng kepala.
Tidak boleh “disentuh” dengan rotan kerana ia satu kesalahan walau pelajar melakukan perbuatan menjengkelkan, isu melibatkan sesetengah pelajar dilihat agak membimbangkan. Bergaduh, buli dan pelbagai perlakuan negetif dilihat acap kali disiarkan di media massa.
Ibu Kongsi Anak Hampir Lumpuh Ditendang Di Kepala
Terkini, seorang ibu meluahkan di atas facebook anaknya berusia 13 tahun, Malik ElFikry hampir lumpuh selepas ditendang secara curi di belakang kepala gara-gara menegur rakan menyebarkan video lucah dalam grup Whatsapp sekolah.
Namun dalam update terkini, ibu ini memaklumkan anaknya, Fikry yang aktif dalam kerja sukarelawan di usia remajaya selain cemerlang dalam pendidikan hingga menerima anugerah Tokoh Permata Kokurikulum (SKTSA) dan memperoleh 8 A dalam UPSRA tahun lalu sudah boleh menggerakkan tangan dan kaki. Namun ujian MRI perlu dilakukan untuk mengesan kecederaan dalaman berbanding sebelum ini lumpuh selepas ditendang di kepala.
Menurut ibu ini, ia satu mimpi buruk apabila menerima berita yang paling ditakutkan saat anak berada di sekolah.
Bermula dengan panggilan daripada warden asrama menyatakan anak jadi paralyzed tak dapat menggerakkan badan kerana ada budak telah menendang kepalanya.
Bila mana dia dikejarkan ke hospital oleh ambulans, hanya Allah saja yang tahu isi hati seorang ibu.
Gara Tegur Rakan Sekelas Sebar Video Luc*h
Fikry, my sweet little boy…bagi yang mengenali fikry pasti tahu betapa anak ini tidak suka keganasan, konfrontasi dan kekerasan. Jiwanya penuh empati hasil didikan dari kecil bergaul dengan gelandangan, anak-anak yatim, Orang Asli dan golongan vulnerable.
Tapi itulah takdir Allah yang sangat berat untuk hati seorang ibu menerimanya bila anak orang lain boleh berbuat sesuka hati terhadap anak sendiri.
Hanya bermula apabila fikry sebagai ketua kelas menegur kawan sekelasnya yang menyebarkan video lucah ke dalam group Whatsapp sekolah, lalu dibalas dengan tendangan kuat di kepala (tendang secara curi).
Anak diliwat Ustaz di tahfiz. Kes sudah dua tahun lebih berlalu tapi tertuduh masih bebas beri ceramah sana sini.
“Anak saya datang tahfiz bukan untuk jadi tukang urut Ustaz. Tapi anak saya dirat*h. Kes dah dua tahun lebih, suspek masih bebas ceramah agama sana sini kata Norsuraya, ibu pelajar yang menjadi mangsa perbuatan jijik di tahfiz.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dek kerana berasa tidak sedap badan, penyanyi Syafiq Farhain telah melakukan ujian calitan Covid-19. Anak kepada penyanyi lagenda, Saleem itu juga mendapati dia telah dijangkiti virus Covid-19 selepas menjalani ujian calitan dua hari lalu.
Berita tersebut dikongsi bersama pengikutnya di Instagram Story.
Sememangnya kebimbangan terhadap peningkatan kes positif COVID-19 terus dirasai, lebih-lebih lagi kebelakangan ini angka kes baharu beberapa kali mencecah rekod tertinggi. Malah Tidak kira di akhbar mahupun media sosial, ia penuh dengan berita dan coretan kebimbangan terhadap peningkatan kes ini.
Syafiq Farhain Didapati Positif Covid-19
Seperti yang dinyatakan Syafiq juga turut memohom maaf jika dia menyusahkan mana-mana pihak.
“Semalam pergi ujian calitan sebab rasa tak sedap badan dan keputusannya. Saya didapati positif Covid-19.
“Kalau ada sesiapa rasa ada kontak rapat dengan saya, lebih baik buat ujian calitan juga,” ujarnya menerusi Insta Story miliknya pada petang Khamis.
Mohon Maaf
Antara perkongsian yang dibuat Syafiq menerusi akaun Instagram miliknya.
Bintang Big Stage musim pertama itu turut memohon maaf seandainya menyusahkan mana-mana pihak yang perlu membuat ujian calitan kerananya.
“Maafkan saya kerana menyusahkan,” tulisnya.
Menerusi perkongsian tersebut Syafiq tidak memaklumkan punca dia dijangkiti virus tersebut.
Masyarakat perlu jaga diri mereka, keluarga mereka dan juga komuniti sekeliling mereka bagi memastikan ianya bebas COVID-19.
Ikuti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya terus patuh kepada segala nasihat dan saranan yang sering ditekankan Kerajaan. Jadikanlah amalan-amalan berikut sebagai norma dan kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian, antaranya:
Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
Elak bersalaman / bersentuhan;
Amalkan etika batuk dan bersin;
Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
Duduk di rumah dan elakkan amalan kunjung-mengunjung;
Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Bayi kembar tiga Mejar Mohd. Fikry dimasukkan semula ke NICU selepas didakwa berlaku kecuaian Hospital Melaka. Mejar Mohd. Fikry luah rasa kecewa namun tetap reda dan berharap kejadian sama tidak berulang.