Ramai wanita mempunyai pendapat sendiri mengenai keperluan berpantang selepas melahirkan cahaya mata. Dari segi benda yang boleh dan tak boleh dimakan, perkara yang boleh atau tidak boleh dilakukan dan sebagainya pada satu tempoh tertentu. Ada yang menganggap berpantang selepas bersalin adalah perkara WAJIB untuk kesihatan dalaman buat jangka panjang.Namun ada juga yang merasakan berpantang bukan sesuatu yang wajib dan ia adalah satu pilihan.
Pelbagai fakta dan mitos mengenai berpantang dikupas secara mendalam oleh Prof Dr Imelda dalam rancangan ‘Tanya Dr Imelda’ bersiaran pada 4 Julai lepas .Menerusi Episod pertama: Berpantang Selepas Bersalin,Tya Ariffin dan Datin Fouziah Gous turut diundang ke studio bersama-sama berkongsi pengalaman dan membincangkan perkara ini.
Antara perkara menarik yang dijelaskan dalam episod ini;
1.Prof Dr Imelda menjelaskan bahawa selepas bersalin BERPANTANG yang wajib adalah pantang dalam Islam. Selagi mana ada darah nifas tidak boleh berpuasa, tak boleh solat, pegang AlQuran dan melakukan hubungan kelamin.Tapi bila darah nifas dah habis diwajibkan untuk mandi.
2.Perkara lain tidak boleh dikatakan wajib kerana manusia ada pilihan sendiri dan tak boleh dipaksa. Dari segi kesihatan, kebersihan adalah sangat penting.
3.Selepas bersalin perkara yang penting adalah penjagaan kesihatan, makanan yang sihat, penyusuan bayi (bonding) dengan bayi dan jaga diri agar tidak stress.
4.Punca badan sejuk-sejuk, letih, sakit sendi,kulit kering, rambut gugur, berat badan naik dan masalah kemurungan selepas bersalin berpunca kekurangan hormon tyriod. Sebab itu zaman dahulu, ibu bersalin digalakkan makan ikan kering dan ikan bilis kerana makanan laut mempunyai banyak iodin bagi mengatasinya.
5.Selalunya ibu selepas bersalin, jika tidak mengalami pendarahan yang banyak akan mengalami ‘Water retention’ atau bengkak sedikit pada kaki. Namun tak perlu bimbang ia akan surut secara semulajadi. Begitu juga darah merah akan lebih pekat yang boleh membuatkan darah beku, jika kurang bergerak dan kurang minum air.
6. Selepas bersalin paling penting mengurangkan jangkitan penyakit adalah kebersihan tangan. Sebab kuman dari tangan yang kotor memegang luka boleh menyebabkan jangkitan kuman dan nanah.
7. Dari segi pemakanan, penting mengambil protien, makanan seimbang tak perlu bimbang ambil ayam telur dan sebagainya.
8. Selepas bersalin boleh menyebabkan kelonggaran faraj dan peranakan jatuh, oleh itu tidak digalakkan mengangkat benda-benda berat. Sebaiknya amalkan senaman kegel bagi menguatkan otot pelvis.
Kesimpulannya, Dr Imelda menjelaskan berpantang adalah tidak wajib ia adalah pilihan masing-masing, apa yang baik dari segi kesihatan, jangan lupa minum air cukupnya, selalu berjalan dan mengambil pemakanan sihat. Paling penting jangan stress selepas bersalin, kerana ia boleh mempengaruhi pengeluaran susu badan.
Banyak lagi penjelasan menarik yang dikongsikan, boleh saksikan episod penuh topik ini di sini;
Baca disini; Niat Prof Dr Imelda Sampaikan Pengetahuan Dengan Cara Lebih Baik
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI