‘Berkenalan ketika belajar di luar negara.’ Wanita ini dilamar dengan mas kahwin RM450K. Wow bertuahnya badan!
Kalau sudah jodoh tak akan ke mana. Hubungan yang bermula sekadar senior dan junior di pusat pengajian. Kemudiannya beralih kepada adik dan abang angkat. Kini siapa sangka bakal bergelar suami dan isteri.
Malah lamaran lelaki Arab ini menjadi viral dan mencuri tumpuan netizen apabila dia dengan besar hatinya memberi mas kahwin sebanyak RM450K kepada gadis yang berasal Konawe Selatan, Sulawesi Tenggara ini.
Nilai mas kahwin luar biasa ini menunjukkan bahawa betapa ikhlasnya lelaki ini untuk menyunting wanita yang dicintainya.
Pasangan ini sudah berkenalan selama 4 tahun ketika menyambung pengajian dan menerusi laporan dari Tribun News, pasangan ini bakal mendirikan rumah tangga pada Disember akan datang selepas keluarga lelaki datang ke Indonesia untuk melamar gadis tersebut.
Dengan Mas Kahwin RM450K
Dalam pada itu, bapa kepada wanita yang dikenali sebagai Dr. Dilla Faradhilla, anaknya telah berkenalan dengan jejaka berasal dari Jeddah ini ketika menuntut di Fakulti Perubatan Universiti Perubatan Medical di Beijing, China.
Ads
“Dr. Ahmad Tariq Said Ahmed Ali adalah senior kepada anak saya di sebuah kampus ternama di China.
“Mereka berkenalan selama lebih empat tahun dan anak saya asalnya ragu-ragu terhadap masa depan hubungan mereka kerana dia belajar di luar negara.
“Anak saya mula yakin dengan hubungan cinta mereka selepas melihat kesungguhan Dr. Ahmed untuk mengahwininya,” katanya.
Kesungguhan Untuk Berkahwin
Difahamkan, majlis pernikahan mereka akan diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Desa Montaha, Kecamatan Angata.
Ads
Dr. Ahmed juga akan menguruskan proses pendaftaran pernikahan di Kedutaan Besar di Jakarta dan keluarganya turut perlu menguruskan visa semasa majlis pernikahan nanti.
Mingguan Wanita : Semoga hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
Sebelum melahirkan bayi ketiganya, isteri Tomok, Rahayu Abas ada berkongsi kelulusan akademik yang diperoleh. Iaitu sebelum mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 36.
Hebatnya, Rahayu atau lebih mesra dengan panggilan Dibu. Kerana, biarpun bergelar suri rumah Dibu mempunyai sijil pendidikan yang baik. Iaitu pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Major : Rangkaian Komputer) dari UTM Skudai.
Dan merupakan bekas pelajar MRSM Pengkalan Chepa.
Malah Dibu tak sedikit pun menyesali pengakhiran kerjayanya sebagai seorang suri rumah, mengurus perihal suami dan anak-anak. Ada sebab kenapa Dibu merasakan begitu.
Jawapan Isteri Tomok ‘Ada Ijazah, Tapi Jadi Suri Rumah’
Jangan tanya dibu why i became housewife with those cert i had…
Pengalaman bekerja memang banyak from professional job sampai la orang bawahan…. but i’m happy through all the experience…. and now being housewife serving husband & kids & now take care of my parents.
Walaupun hanya being suri rumahtangga sepenuh masa remember EDUCATION tu penting it is sort of our INSURANCE of life… no matter kat mana kita berada ilmu tu berguna… kita tak tahu masa depan tapi kita mampu merancang… i’m not throw all of what i’ve been learning before but i’m make use of it to teach my kids , to help my husband , to arrange and advise financially for my family… without ILMU i don’t think so i can manage my life smoothly… this is what i’ve learn and experience.
Latih Otak Agar Cepat Berfikir Dan Bertindak
Perkara yang lebih penting adalah apabila kita belajar menambah ilmu di dada actually kita menggerakkan otak kita supaya berfikir kerana kita perlu melatih otak supaya cepat berfikir dan bertindak dan tidak lemah dan hanya berfikir perkara-perkara remeh dan negatif… ini untuk mengelakkan daripada kita kemurungan, cepat nyanyuk atau menjadi seorang pelupa.
Nasihat dibu untuk semua kat luar sana… belajarlah dan timbalah ILMU setinggi mana yang kamu mampu tanpa memikirkan apakah yang akan kamu jadi pada masa depan… tidak kira apa jantina atau status kamu… tapi juga tidak bermakna kamu tidak mempunyai matlamat dan impian dalam kehidupan.
“Whatever you’ll be will be..the future not our to see…what will be..will be…”
Tomok dan Rahayu mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Arrianshah Akid, 9, Andrashah Iman, 6 dan anak perempuan, Siti Khadijah, setahun lebih. Anak-anak Tomok sememangnya terkenal dengan kecerdikannya dan cerdas.
Juruterbang wanita rugi lebih RM190K, jadi mangsa sindiket penipuan pakej haji palsu. Seorang juruterbang wanita dilaporkan mengalami kerugian melebihi RM190,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan membabitkan tawaran palsu pakej haji oleh individu tidak dikenali.
Juruterbang Wanita Rugi Lebih RM190K, Jadi Mangsa Sindiket Penipuan Pakej Haji Palsu
Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an telah berhubung dengan seorang individu daripada sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej haji sekitar 14 Januari lalu.
“Mangsa berminat dengan tawaran itu dan telah melakukan beberapa kali transaksi pindahan wang berjumlah RM194,970 ke akaun bank syarikat tersebut sebagai bayaran penuh untuk pakej berkenaan,” katanya ketika dihubungi media.
Bagaimanapun, ujar beliau, pada 15 Mac, wanita berkenaan mula menyedari dirinya ditipu selepas mendapati syarikat pelancongan terbabit telah menghentikan operasi.
“Mangsa turut gagal menunaikan ibadah haji seperti yang dijanjikan dalam pakej tersebut. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu,” jelas Abdul Malik.
Tambah beliau, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengesan serta menangkap suspek.
“Polis menasihatkan orang awam agar berhati-hati dengan sebarang tawaran pakej menunaikan haji atau umrah yang tidak berlesen.
“Lakukan semakan terlebih dahulu dengan pihak Tabung Haji dan pihak berkuasa berkaitan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan,” ujarnya.
Kematian yang sangat dicemburui, seorang warga emas meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat Isyak berjemaah. Allahyarham dikatakan merupakan jemaah yang tegar menunaikan solat Jemaah pada setiap waktu di masjid.
Orang yang baik, sudah tentu dia pergi dengan cara yang baik. Semoga keluarga allahyarham tabah menghadapi ujian ini dan Allah akan mengampunkan dosa-dosanya. Amin.
Tak Pernah Culas, Jatuh Dalam Rakaat Kedua Isyak
Di Kajang, seorang warga emas meninggal dunia ketika solat Isyak berjemaah di Masjid Bandar Seri Putra di sini, malam tadi (kelmarin).
Pengerusi masjid, Dr Mohd Farid Ravi Abdullah berkata, ketika kejadian, Abdul Latif Salleh, 75, tiba-tiba jatuh ketika solat.
“Arwah seorang jemaah tegar Masjid Bandar Seri Putra dan setiap waktu akan datang berjemaah ke masjid ini dengan menunggang motosikal.
“Dia tiba-tiba jatuh ketika dalam rakaat kedua sebelum masuk rakaat ketiga waktu solat Isyak malam tadi,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, cara kematian arwah memang dicemburui kerana meninggal dunia ketika sedang solat dan arwah tidak menunjukan sebarang perubahan ketika hadir ke masjid ini untuk solat berjemaah.
“Ketika itu arwah solat di saf kedua dalam keadaan ikut prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan sosial. Cara kematian ini amat baik, ketika solat berjemaah di masjid.
“Arwah ketika itu sedang berdiri sebelum jatuh… terus tidak sedarkan diri dan cuba diberi bantuan pernafasan.
“Pihak masjid kemudiannya menghubungi ambulans yang membawa arwah ke hospital Serdang sebelum disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
“Ini kejadian pertama jemaah meninggal dunia ketika sedang solat di masjid ini,” katanya.
Mohd Farid berkata, jenazah selamat dikembumikan 10.45 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Bandar Seri Putra, Kajang.
MW: Semoga Allah menempatkan arwah dia kalangan orang beriman. Semoga kita semoga kita beroleh pengkahiran sepertinya. Insyallah. Amin.
Sindiket persundalan tumpas, ibu ayam didakwa, dua pelajar tingkatan 2 terbabit. Polis berjaya mematahkan kegiatan sindiket pemerdagangan manusia yang memperdaya pelajar sekolah menengah untuk dijadikan mangsa seks, menerusi beberapa operasi khas yang dijalankan dari 24 hingga 29 Julai lalu.