Tahukah anda bahawa setiap hari, lebih kurang 10 rakyat Malaysia meninggal dunia kerana kanser paru-paru ? Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kanser paru-paru adalah penyebab angka kematian meningat pada tahun 2018, secara spesifik sebanyak 1.8 juta kematian atau setara dengan 18.4 peratus daripada jumlah keseluruhannya .

Malangnya, ekoran stigma yang dikaitkan dengan penyakit ini, ramai pesakit melewatkan pemeriksaan diagnosis dan rawatan . Ini juga disebabkan oleh kekurangan sokongan dan empati masyarakat mengenai kanser paru-paru berbanding penyakit lain.

Sebagai usaha untuk menghentikan sebarang stigma, ia adalah kritikal untuk memperbetulkan salah tanggapan mengenai penyakit ini dan mendidik masyarakat mengenai kebenaran di dalam potensi untuk menyelamatkan nyawa.

Mitos #1 : Hanya Perokok Berisiko Mendapat Kanser Paru-Paru

Majoriti yang mengidap kanser paru-paru adalah perokok (atau pada suatu masa nanti), sebanyak 20 peratus yang meninggal dunia kerana kanser paru-paru adalah bukan perokok atau tidak pernah menggunakan produk berasaskan tembakau.

IKLAN

Walau bagaimanapun, harus diambil perhatian bahawa perokok berisiko 30 kali ganda untuk mengidap kanser paru-paru atau meninggal dunia kerana penyakit ini berbanding mereka yang tidak merokok .

Mereka yang sudah berhenti merokok mempunyai risiko rendah untuk mendapat kanser paru-paru berbanding yang masih merokok, namun risiko mereka lebih tinggi berbanding yang bukan perokok . Berhenti merokok pada mana-mana usia juga menurunkan risiko untuk mengidap kanser paru-paru.

Mitos #2 : Bukan Perokok Tidak Akan Mengidap Kanser Paru-Paru

Asap daripada perokok lain telah terbukti boleh menyebabkan kanser paru-paru. Apabila seseorang bernafas di dalam asap rokok, kesannya sama seperti perokok . Tembakau, biarpun adalah penyebab kanser, namun ia bukanlah satu-satunya penyumbang kepada kanser ini. Seseorang berisiko mendapat kanser paru-paru apabila terdedah dengan gas radioaktif, radiasi dan bahan kimia industri .

IKLAN

Mitos #3 : Mereka Yang Tanpa Gejala, Selamat Daripada Kanser Paru-Paru

Gejala kanser paru-paru berbeza untuk setiap orang. Namun, tanda dan gejala kanser paru-paru mengambil masa bertahun untuk dikesan dan ianya tidak kelihatan sehinggalah kanser itu berada di tahap yang tinggi .

Kadang-kala gejala akan kelihatan sama dengan diagnosis radang paru-paru, alahan atau mungkin selesema. Ini akan menyebabkan mereka akan disabitkan dengan penyakit lain selain kanser paru-paru dan sudah terlewat untuk mendapat diagnosis yang tepat . Jadi, sekiranya anda mendapati gejala yang meragukan ini, jangan tangguh untuk berjumpa doktor.

IKLAN
Gejala kanser paru-paru termasuk:

-Sakit dada
-Kehilangan berat badan tanpa sebab
-Nafas yang berdehit
-Batuk yang semakin teruk atau tidak sembuh
-Nafas pendek
-Batuk berdarah
-Mudah letih

Mitos #4 : Pesakit Kanser Paru-Paru Tiada Harapan Hidup

Kebiasaannya, kebanyakan kes kanser paru-paru dikenal pasti ketika di peringkat yang serius namun terdapat opsyen di dalam rawatan yang memudahkan pengendalian setiap gejala tersebut . Selain kimoterapi, terdapat rawatan baharu untuk kanser paru-paru iaitu Terapi sasaran dan imunoterapi, sama ada dilakukan secara berasingan atau gabungan dengan rawatan lainnya, ia telah menunjukkan peningkatan di dalam kadar kemandirian .

Sumber : MSD

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI