Hari ini topik hangat membicarakan berkenaan isu yakinnya kamu,yang menyentuh perihal cantik ketika berfesyen dan jangan jadi mangsa fesyen hanya kerana mahu cantik seperti selebriti.Tidaklah salah untuk mengikuti trend fesyen semasa,asalkan ia bersesuaian dengan bentuk fizikal anda.
Menurut perkongsian dari penata gaya profesional; Datin Sharifah Shawati Syed Mohd, ilmu itu penting dalam berfesyen. Asas dalam berfesyen adalah bergaya mengikut kesesuaian bentuk tubuh badan,tona kulit dan seharusnya kita menutup kelemahan dan menonjolkan kelebihan diri.
Manakala pereka fesyen Azura Mazaruddin pula menegaskan,saiz badan bukan penanda aras anda gagal dalam berfesyen. Sebaiknya kita selesa dan yakin dengan apa yang dipakai. Pemilihan warna dan material juga memberi kesan kepada penampilan anda.
Program hari ini dikendalikan oleh Siti Elizad dan berganding bersama Erra Fazira. Datin Sharifah Shawati juga meninggalkan tips penting untuk mereka yang berhijab, agar mereka tidak melanggar batas gaya yang ditetapkan syariat.
Hadir sama berkongsi cerita berkenaan kecantikan adalah jurusolek profesional,Saidatulnisa dan MUA Bella. Selain itu sesi tatarias gaya berhijab buat mereka berwajah bulat juga digayakan dengan sempurna oleh stylist hijab terkenal,Didiyana Ehsan. Jangan lupa saksikan ulangan Mingguan Wanita Talk Show, “yakinnya kamu” pada jam 5 petang ini Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121.Jom tampil cantik dengan cerdik.Jangan sesekali jadi mangsa nak cantik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI