Memang ada benarnya setiap kali berlakunya perselisihan faham mahupun konflik dalam rumah tangga, perkara yang paling payah suami isteri nak buat adalah berbincang. Masing-masing ada ego sendiri dan sering mengelak perbincangan yang dianggap lebih merumitkan keadaan nanti.

Baca perkongsian daripada Penceramah Motivasi dan Kaunselor berdaftar, Encik Fadzli Aziz ini sebagai rujukan;

Perkara yang paling payah nak buat bila dalam konflik rumahtangga adalah berbincang…

Kenapa?
Mungkin sebab…
Takut jadi makin marah
Jadi makin sakit hati
Hanya nak cari salah je, bukan cari solusi
Bukan ada perubahan pun
Buang masa
Asyik ulang hal yang sama

Apabila perkara ni berlaku dalam rumahtangga, maka ramai pasangan akan elakkan perbincangan.

“Aaah.. biarlah. Malas nak fikir, nanti eloklah sendiri”

Mesti Baca: Suami Buat Salah Isteri Minta Maaf, EGO Menang Tapi Rumahtangga Hilang Seri

Soalan saya betul ke?

Episod ‘Silent Treament’

Mungkin pada mulanya salah seorang berusaha nak baiki keadaan maka macam-macam cara dibuat untuk pujuk pasangan termasuklah ajak berbincang.

Tapi kalau dah semua usaha tak jalan, asyik di’reject’ je, maka bermulalah episod ‘silent treament’ dalam rumahtangga.

Lagi Menarik: Isteri Diam, Merajuk, Marah BUKAN Bermakna Suami Perlu Jauhkan Diri

IKLAN
BERBINCANG, Perkara Paling Payah Nak Buat Bila Dalam Konflik Rumah Tangga!
Gambar hiasan

Sebab tu wujud suasana
Lebih baik diam dari bercakap
Lebih baik main handphone dari mengadap
Bila berdua tak tahu nak cakap apa
Rasa lebih best kat luar berbanding balik rumah
Langsung tak bersentuhan dah
Rumah hanya tempat tidur

Keadaan ni tak best. Tapi siapa nak mula dulu untuk perbaiki?

Masa ni PERBINCANGAN adalah sangat penting. Tapi tiada siapa yang akan mulakan.Maka drama makan hati sepanjang rumahtangga akan bermula.

Kes macam ni bukan melibatkan pasangan muda sahaja tetapi berlaku pada pasangan lama.Sebab tu ada yang dah 25 tahun kahwin akhirnya cerai kerana nak mencari bahagia dihujung usia.

Maka belajarlah seni berbincang. Perbaikilah kaedah berbincang. Jadikan perbincangan solusi pantas konflik kecil.

InsyaAllah bahagia.

IKLAN

Wallahu aalam
Fadzli Aziz

Baca Lagi Di Sini: Pasangan Tak Perlu Tunjuk Diri Hebat, Rendahkan Ego Barulah Rumahtangga Bahagia

Artikel Menarik: Bergaduh Dengan Pasangan Limitnya Cukuplah Sehari Semalam, Kalau Lebih Itu EGO!

Mingguan Wanita:Memang ada benarnya, bila berlaku konflik atau perselisihan dalam rumah tangga, memang payah suami isteri nak mulakan berbincang. Masing-masing lebih suka berdiam diri, harap hubungan elok sendiri. Hakikatnya dalam rumah tangga, komunikasi diantara pasangan adalah yang paling penting.

IKLAN

Sumber: Fadzli Aziz

Betul ke sikap pasangan berubah selepas berkahwin?

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Betul ke isteri yang keluar bekerja sebab bimbang bebankan suami?

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI