Beratap daun berdebukan tanah ke bangunan indah, pereka terkenal bina masjid indah di Uganda. Di Indonesia, namanya disegani. Selain pereka fesyen, dirinya juga tampil sebagai pengacara.
Keluhuran budinya membina sebuah masjid di daerah Butanjwa Hoima Uganda Barat untuk masyarakat Islam di Uganda cukup menyentuh hati. Dari beralaskan debu tanah dan beratapkan daun kering, masyarakat Islam di Uganda mampu tersenyum apabila sebuah masjid dibina untuk mereka.
Beratap Daun Berdebukan Tanah Ke Bangunan Indah
Dikongsi dari titipan Ustaz Abdul Somad, pendakwah ini berkongsikan satu video yang cukup menyayat hati di mana mayarakat islam di Uganda bersolat dalam keadaan yang cukup uzur. Namun sujud kepada Allah, tiada sekali dilupakan walau serba serbi kekurangan.
Memetik laporan Kompas.com tempat ibadah ini diberi nama Masjid Indonesia by Ivan Gunawan telah dirasmikan dan dibuka kepada para jemaah.
Ivan Gunawan merupakan seorang pengacara, pereka fesyen dan pengedar barangan komestik terkenal di Indonesia.
Pereka Terkenal Bina Masjid Indah Di Uganda
Ia dikongsikan melalui Instagram @hamza.tamimy yang menulis, “Alhamdulillah setelah kurang dari satu tahun, MASJID INDONESIA BY IVAN GUNAWAN sudah berdiri gagah megah, semoga menjadi kebaikan untuk semua pihak atas berdirinya Masjid ini,” tutur Hamzah Attamimi di Instagramnya.
Ketika perasmian ini, Ivan Gunawan turut menyembelih dua ekor lembu dan dimasak untuk dikongsikan bersama masyarakat yang hadir. Dapat dilihat anak-anak menikmati makanan dengan begitu berselera kerana mereka jarang menikmati makanan makanan enak.
Bagi memastikan kelancaran masjid ini, Ivan turut menggajikan iman masjid bagi memastikan segalanya sempurna dan masjid ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat di sana.
Ads
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Dalam pada itu, dilaporkan Ivan berniat membina masjid memandangkan peningkatan populasi masyarakat Muslim di sana namun masalah kemiskinan dan kesukaran mendapatkan air bersih mendorong dirinya berbuat sesuatu.
Ads
Tidak hanya membina sebuah masjid, Ivan turut menyediakan pelbagai kelengkapan beribadah seperti telekung, kain pelikat untuk digunakan jemaah. Ia mampu menampung 400 jemaah dalam satu-satu masa.
Ivan tidak keseorangan dalam misi tersebut sebaliknya turut mendapat kerjasama pereka hiasan dalaman terkenal Indonesia iaitu Susan Emir dan sebuah yayasan di negara itu.
Bawa anak sambil kerja dan inilah pilihan terbaik untuk menjaga dan menguruskan anak-anak. Jika diletakkan di rumah tentu tidak tahu keselamatan mereka, sementelah umur mereka masih kecil.
Mungkin ada yan tertanya-tanya kenapa perlu bawa anak sambil kerja, di manakah isteri yang sepatutnya menjaga anak-anak-anak ini?
Inilah kisah yang viral di media sosial tentang seorang ayah yang sanggup ‘mengangkut’ anak yang masih kecil ke tempat kerjanya sebagai tukang kasut.
Daripada kisah yang dikongsikan di Berita Harian, pemuda ini yang dikenali sebagai Mohammad Khairul Nizam Mohd Tamyis, 24 tahun.atau mesra dengan gelaran Mad berkata, dia tidak mempedulikan tanggapan buruk sesetengah individu berkaitan kerjayanya sebagai tukang kasut jalanan kerana ia adalah rezeki halal demi empat cahaya mata.
“Saya tidak mengabaikan anak dan terpaksa bawa mereka ketika menjahit kasut kerana tiada pilihan,” katanya.
Menurutnya, dia juga sentiasa memastikan keselamatan anak mahupun keperluan mereka ketika bekerja di hadapan sebuah bank di Taman Johor Jaya.
Bagaimanapun dia berdepan cabaran menjaga anak-anak selepas berpisah dengan isteri sejak setahun lalu.
“Kami tidak serasi dan mengambil keputusan untuk bercerai dan buat masa ini saya menjaga dua orang anak berusia 3 dan 6 tahun manakala bekas isteri menjaga anak sulung dan bongsu berusia 8 tahun dan bayi berusia setahun.
“Keluarga saya bukan orang senang, ibu saya menjual pisang goreng di Taman Puteri Wangsa manakala bapa masih menjadi tukang kasut jalanan di hadapan sebuah pasar raya di Taman Johor Jaya,” katanya yang tinggal bersama keluarga ibunya di Taman Puteri Wangsa.
Menurutnya, pekerjaan ini dia mampu memberi nafkah RM50 pada setiap hari dan membelikan anak susu serta lampin pakai buang mengikut keperluan.
“Pendapatan saya kira-kira RM80 hingga RM100 sehari namun ia tidak tetap kerana sekiranya hari hujan, ia berkurangan,” katanya.
Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, dia tidak sangka ada pelanggannya yang prihatin dengan keadaannya itu menularkan kisahnya di Facebook (fb) dan TikTok tanpa pengetahuannya.
Aktivis kongsi suami isteri diperdaya “Pak Aji” ubati kencing manis, upah tangkap jin sekoq RM999. Dalam hidup, ramai yang suka mengambil “kesempatan” atas kelemahan orang lain. Biasanya orang dalam keadaan terdesak, cakaplah apa untuk mereka akan mempercayainya.
Pengalaman suami isteri ditipu seorang bomoh wanita (bila berubat suara bertukar automatik jadi garau seperti lelaki) boleh dijadikan sandaran pada kita agar tidak mudah mempercayai orang lain.
Ini kerana untuk mengubati kencing manisnya, namun bomoh ini mendakwa ada jin dalam tubuhnya. Dan upah menangkap seekor jin RM999. Kos upah dibayar pada bomoh malam itu lebih dari RM3000.
Ikut kisah ini, jadikan pengajaran agar tidak terpedaya juga seperti dikongsikan seorang aktivis, Natipah Abu.
Hari ni ..
Kak Pah setuju untuk mendengar perkongsian seorang sahabat di sini, Kak Cik yang mana antara lain, dia minta Kak Pah berkongsi kisahnya sebagai pengajaran untuk semua di luar sana.
Kisah sepasang suami isteri berusia 60-an ini yang betul-betul menjadi mangsa tipu muslihat seorang bomoh.
Sepanjang satu jam bersembang dengan Kak Cik. Memang Kak Pah banyak gelak. Banyak yang Kak Cik share tu macam tidak logik akal tapi itulah yang terjadi dan Kak Cik kerugian beribu ringgit.
Dynas mengandung di usia 40-an
Kisah bermula bila suami Kak Cik, Abang Leman sakit kencing manis dan baru saja keluar wad.
Keduanya bukanlah orang kaya pun tapi alhamdulillah, ada anak yang bertanggung jawab. Masing-masing hulur kat mak ayah bila dapat gaji. Dapatlah mak ayah merasa hidup senang sikit.
Abang Leman sakit pun, anak-anak hantar duduk wad hospital swasta. Tapi sejak keluar wad, Abang Leman selalu muntah dan sakit dalam perut.
Kebetulan, ada seorang kawan bercerita kepada Abg Leman tentang kehebatan seorang bomoh perempuan.
Kak Cik memang tak suka sangat ke bomoh tapi Abang Leman yang sebelum ni tak pernah sakit sampai masuk wad memang berharap sangat agar sakitnya sembuh segera.
Atas sebab kesian kat Abang Leman, Kakcik pun tak membantah bila Abang Leman ajak ke bomoh.
Bomoh perempuan tu akan membahasakan dirinya sbg Pak Aji ketika sessi berubat. Suara masih perempuan cuma nama saja lelaki.
Mungkin lama atau pendamping dia lelaki maka dia yang bertudung litup dan cantik jelita tu menjadi Pak Aji serta merta.
Selepas membuka bungkusan garam dan tudung botol air mineral, Pak Aji pun mula menjampi.
Selesai jampi, team Pak Aji bawa Abang Leman ke belakang untuk dimandikan.
Tinggallah Kak Cik dengan Pak Aji di ruang tamu.
“Suami kak ni orang buat, kena santau. Santau ni sebenarnya jin. Yang orang selalu kata santau ni miang buluh, limau purut tanam tepi rumah. Semua tu penipu. Santau ni jin. Orang yang hantar santau kat suami kak ni bukan orang lain, jiran sebelah jaa. Dengki la tu…“
Pak Aji terus berkata sambil matanya merenung tajam Kak Cik.
“Ishhhh, saya ni tak dak masalah apa dengan jiran-jiran saya. Kami semua bercakap elok. Melawak macam adik beradik sbb kami duduk lama di situ! “
“Jangan tertipu dengan orang. Memang nampak baik tapi hati orang kita mana tau … !”
Tak berkedip mata Kak Cik memandang pak Aji jelmaan. Mengkelan juga hati Kak Cik bila Pak Aji tuduh jiran-jiran Kak Cik begitu.
“Aku ni bukan ada ambik laki orang ka. Laki aku tak mengorat anak orang pun. Kami bukan kaya pun. Takkanlah jiran kami nak buang duit pi upah orang buat kami … “
Kak cik bercakap sendiri dalam hati. Walaupun meluat sungguh dengan tuduhan tu tapi Kak Cik memilih untuk mengunci mulut.
Setelah selesai mandi, Abang Leman pun keluar dan disuruh Pak Aji mengikat seurat benang kuning di keliling pinggang sebagai pengadang.
“Okay saya dah tarik keluar dua ekoq jin. Balik ni, makan garam ni pagi sekali dan malam sekali. Ayaq ni minum dan percik kat dada sikit.”
“Berapa semua Pak Aji?”
“Untuk perubatan, Pak Aji ambik RM2896 naaa “
MasyaAllah, terkejut beruk Kak Cik. Rasa darah pun kering dah.
Nak marah atau nak teriak sama banyak dah.
“Untuk tangkap jin, sekoq RM999. Tadi kita tangkap dua ekoq na. Kita tarik keluar dua ekoq. Jampi saya RM899. Mandi mandi RM187. Daun kayu dengan bunga RM 587. Semua jadi RM3670!
Tu diaaaaa … total RM3670. Kak Cik kah yang pekak atau dia yang gila!
Mendengar angka yang Pak Aji sebut, Kak Cik rasa kelam donia . Nak pitam, nak teriak , nak menjerit semua ada.
“Pak Aji oiiii awat mahai sangat. Berapa ribu langsung ni … saya mana ada duit! “
“Nak berubat pun nak berkira duit ka Kak !”
“Bukan berkira Pak Aji .. saya tak dak duit banyak macam tu … “
Gila sungguh. Sakitnya hati Kakcik hanya Allah saja yang tahu.
“Saya tak dak duit sampai banyak macam ni. Bukan saya berkira. Abih tu nak buat macam mana ni. Saya memang tak dak duit .. “
“Kalau tak dak duit , tinggallah dulu apa barang yang ada. Nanti ada duit mai ambik balik. Dah berubat kena bayaq laaa … “
Ya Allah … terbeliak biji mata Kak Cik. Rasa sesak nafas Kak Cik. Otak Kak cik mencongak duit dalam beg tangan. Tak cukup! Kalau bawah RM1K memang Kak Cik tak kisah lagi tapi ni beribu. Rasa nak teriak Kak Cik.
Kak Cik mesej anak mintak bantuan untuk online duit. Takut nak cakap jumlah sebenar. Takut anak terkejut. Kesian pun ada, anak susah payah kerja simpan duit. Sekelip mata saja habiskan begitu saja.
Malam tu, Kak Cik Abang Leman blk dgn penuh penyesalan. Apa daya. Nasi sudah menjadi bubur. Sepanjang jalan Kak Cik bersyarah panjang dengan Abang Leman. Abg Leman diam seribu bahasa.
Sudahnya, Abang Leman tetap kena makan ubat hospital juga. Abg Leman tak pernah sakit sebelum ni. Bila kena kencing manis. Abang Leman macam kena kejutan budaya.
“Hahhhh, apa jadi lepas ni, jgn ajak dah saya pi bomoh. Nasib baik ada duit. Kalau tak dak duit, saya tinggai Abang kat rumah bomoh tu. Jadi tukang basuh pinggan sana …”.
Selepas seminggu, Abg Leman ajak pergi semula ke rumah bomoh tu. Kena buang benang di pinggang dan bagi garam putus ubat.
Kak Cik call Pak Aji …
“Saya tak dak duit dah ni. Nak kena bayaq apa-apa lagi dak? “
“Tak payah dah…
Mai saja laa …”
Dengan berat hati, Kak Cik sekali lagi mengalah dengan hajat Abg Leman.
Malam tu sekali lagi mereka ke rumah bomoh yang kononnya terkenal dengan pesakit VIP.
Sambil menjampi garam dan meramas-ramas dengan tangannya lebih kurang seminit. Pak Aji pun berkata …
“Malam ni putus ubat kena bayaq RM 777 na ! “
“Allah tadi kata tak kena bayaq dah. Sebab tu saya mai ! “
Kak Cik tak tahan sabar dah kali ni. Lancang saja mulut Kak Cik menuntut janji Pak Aji tadi.
“Kak ni mcm tak puas hati dgn saya jaa. Awat berkira sgt nak berubat. Ni kita nak kena pagar rumah kak ni tau dak. Kalau tak pagar, nanti suami kak boleh rebah tengah jalan tau!!”
Kak Cik tak tahan dah kali ni. Terasa tertipunya dgn Pak Aji. Bulat-bulat dia kata datang saja. Ttak ada bayaran tapi bila sampai minta lagi RM777.
Kak Cik bayar juga duit RM 777 dan Kak Cik pun heret tangan Abang Leman keluar dari rumah bomoh tu.
“Tak payah lah nak pagaq rumah saya. Ada dah pagaq dinding semua. Lagi pun kalau buat pagaq dinding semua, tak tau berapa ribu pulak kena nanti !”
Kak Cik harap semua yang baca kisah ni jangan jadi macam Kak Cik. Kisah ditipu bohmau ni benar-benar terjadi pada Kak Cik dan suami.
Kalau kena ugut simbah cat dengan AhLong, ini cara selesaikan hutang dengan mereka.
Nasihat isteri Lan Solo, mak ayah ada anak sumbing “Alhamdulillah Xandra Membesar Dengan Sihat”. Pejam celik, pejam celik pantas masa berlalu. Seperti yang diketahui umum, puteri bongsu penyanyi terkenal, Lan Solo, Nur Amna Quxandra yang lebih dikenali dengan nama Xandra yang lahir pada 24 Februari 2018 menghadapi masalah sumbing.
Ketika berusia tiga bulan Xandra telah menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Pembedahan tersebut adalah untuk merawat sumbing yang dialaminya.
Menerusi perkongsian di Instagram isteri Lan, Nur Sheila berkongsi tentang perkembangan Xandra yang telah menginjak usia 5 tahun.
Malah Sheila juga berkongsi nasihat buat ibu bapa di luar sana yang mempunyai masalah anak mereka dilahirkan sumbing agar jangan risau dan yakinilah walau apa yang berlaku anak-anak syurga itu sangat luar biasa.
“Wahai ibu bapa yang ada anak sumbing.. see.. Xandra membesar dengan sihat.. yakin walaupun dia tahu apa yang berlaku dia tak sama dengan baby lain.. enjoy the moment okay.. anak kita luar biasa! InsyaAllah” luah Sheila.
Sambung Sheila lagi dia bersyukur kerana anak bongsunya itu membesar dengan sihat dan menjadi peneman setia dirinya.
“Ada org 5 thn la arini.. aaa.. peneman paling setia mommy spjg daddy kat GV4!
“Alhamdulillah.. semoga adik membesar dgn sihat ya.. mommy daddy x penah putus doakan anak2 mommy daddy memberi manfaat pd ramai org.. InsyaAllah sebaik2 manusia adlh yg memberi manfaat pd ramai org..
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!