Anda suka minum teh? Pilihan terbaik yang perlu dicuba adalah teh peppermint kerana selain menyegarkan, teh ini juga dikatakan baik untuk kesihatan.

Peppermint atau nama saintifiknya Mentha piperita adalah hybrid herba spearmint dan watermin. Herba menyegarkan ini mengandungi lebih daripada 40 sebatian kimia berbeza termasuklah menthol, menthone, dan menthyl acetate.

Ia menjadikan herba ini antiseptik, antibakteria, antispasmodik atau antikejang, antivirus, antikeradangan, antioksidan, ekpektoran (perembes), analgesia dan vasodilator (mengembang dan mengendur) yang baik.

Kebaikan teh peppermint yang perlu anda tahu

Bebas Stress

Teh peppermint dikatakan pelega stress dan kegelisahan yang paling terbaik. Kehadiran mentol di dalam herba peppermint dikatakan mampu mampu bertindak mengendurkan  otot. Sifat antikejang yang terdapat dalam peppermint dikatakan mampu membantu anda bertenang walaupun sedang mengalami stress. Meminum teh peppermint juga dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah dan suhu badan yang sekaligus mampu membantu anda bertenang dan berehat.

Senang Tidur
Jika anda mengalami insomnia, apa kata cuba minum teh peppermint. Teh peppermint bebas kafein sekaligus mampu bertindak sebagai pengendur otot dan membantu anda tidur dengan nyenyak. Anda boleh minum secawan teh peppermint sebelum tidur pada waktu malam.
Membantu Mengurangkan Berat Badan

Jika anda mahu mengurangkan berat badan, cubalah minum teh peppermint. Dikatakan dengan meminum secawan teh peppermint, anda akan rasa kenyang dalam tempoh yang panjang. Apabila anda tidak rasa lapar, ia akan membantu mengelakkan diri makan serta menambah kalori. Minumlah dua hingga tiga cawan teh peppermint bagi membantu anda mengurangkan berat badan.

IKLAN
Pelega Sakit Perut

Dikatakan teh peppermint amat bagus untuk perut. Masalah kesihatan yang berlaku pada perut seperti sembelit, sakit kepala akibat bergerak dalam kenderaan, dan sindrom usus rengsa sering berlaku pada masa kini. Anda boleh meminum teh peppermint bagi menghilangkan masalah tersebut. Cara ini berkesan kerana kehadiran menthol dalam peppermint dikatakan mampu membantu melegakan perut dan membantu proses pencernaan.

Memperbaik Pencernaan

Menthol yang terdapat di dalam peppermint dikatakan bertanggungjawab sebagai antiseptik dan antibakteria yang menjadikan herba ini pilihan terbaik bagi memperbaik pencernaan. Sifat adaptogenic yang terdapat dalam peppermint juga dikatakan mampu meseimbangkan tubuh dalam apa sahaja keadaan yang diperlukan.

Merangsang Sistem Kekebalan Tubuh

Peppermint dikatakan mengandungi sifat antibakteria yang mampu membantu menentang penyakit dan memperbaik sistem kekebalan tubuh. Kehadiran potassium, vitamin B dan pelbagai antioksidan dikatakan mampu membantu tubuh berfungsi dengan sihat.

IKLAN
Menentang Nafas Berbau

Kebanyakan penyegar mulut mengandungi peppermint. Minyak aktif iaitu menthol yang terdapat di dalam peppermint dikatakan mampu merangsang nafas segar. Sifat antibakteria di dalam peppermint dikatakan mampu mencuci sebarang plak yang membawa kepada kepada nafas berbau.

Mengurangkan Sakit Dan Kejang Ketika Haid

Bagi kebanyakan wanita kitaran haid akan menyebabkan sakit dan kejang pada perut. Pengambilan ubat tidak digalakkan ketika sakit akibat haid ini. Cara terbaik adalah menggunakan herba. Dan cara terbaik adalah meminum teh peppermint suam yang dikatakan mampu melegakan kesakitan ketika haid ini.

Mempermuda Kulit Kusam Dan Berminyak

Antioksidan di dalam teh peppermint dikatakan mampu membantu membersihkan pori kulit. Malah dikatakan pengambilan teh peppermint setiap hari mampu membantu mempermudakan kulit. Ini kerana menthol di dalam daun peppermint dikatakan mampu merendahkan perembesan minyak daripada kelenjar sebum.

IKLAN
Melegakan Penyusuan Bayi

Ada antara ibu yang mengalami masalah menyusukan bayi mereka apabila puting payudara rasa sakit, rengsa atau berdarah. Dikatakan dengan meminum teh peppermint mampu melegakan masalah ini kerana sifat antikeradangan dan antijangkitan yang terdapat di dalam herba ini. Namun begitu ibu hamil dan menyusukan bayi perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengamalkan cara ini.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI