Setiap wanita diuji dengan cara yang berbeza. Ada yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan zuriat sendiri walaupun pelbagai usaha telah dilakukan dan usia perkahwinan menginjak bertahun-tahun lamanya. Peritnya yang perlu dilalui, kesedihan dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu.
Namun atas kuasa yang Maha Esa serta tidak pernah putus asa, tidak mustahil impian untuk memiliki cahaya mata daripada darah daging sendiri akhirnya menjadi kenyataan.
6 Kali Keguguran, 16 Kali Rawatan
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,60 tidak dapat menahan sebak ketika mengimbau keperitan dilalui dalam usaha mendapatkan zuriat. Tunku Azizah bertitah walaupun enam kali keguguran dalam tempoh hampir sedekad, semua itu tidak menghalang baginda daripada berputus asa atau berhenti untuk berusaha memiliki waris sendiri.
“Bukan senang untuk seorang wanita menjalani rawatan kesuburan kerana mereka perlu kuat selain memerlukan banyak usaha dan pengorbanan wang ringgit.
“Saya memahami apa yang dilalui dan dirasai seorang ibu yang berusaha keras serta sanggup berkorban apa sahaja demi mendapatkan zuriat.
Ads
“Selama sembilan tahun setengah saya mencuba mendapatkan anak, menjalani 16 kali rawatan di Singapura, England dan Amerika Syarikat, Tuanku (Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) sentiasa berada bersama saya memberi sokongan dan semangat.
“Tanyalah Tuanku berapa kali saya menangis dan macam-macam yang perlu dilalui untuk mendapatkan anak tetapi Tuanku tetap bersabar,” titah baginda pada sambutan Hari Keluarga 2019 Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF), semalam.
Dengan nada sebak, Tunku Azizah berkata, rawatan mendapatkan anak bukanlah murah dan Baginda bersyukur kerana Sultan Abdullah sentiasa ada bersamanya selain menanggung segala perbelanjaan rawatan termasuk persenyawaan tabung uji (IVF).
Kredit Foto: Istana Negara
Idea Penubuhan TAFF
Ads
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan menghadiri sambutan sempena ulang tahun ke-15 yayasan berkenaan.Turut mengiringi baginda berdua ialah puteri bongsu, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah.
Kredit Foto: Istana Negara
Tunku Azizah yang juga Pengasas dan Presiden seumur hidup TAFF bertitah bukan mudah bagi wanita yang diduga untuk mendapatkan zuriat terutama ketika menjalani rawatan persenyawaan tabung uji (IVF).
Titah baginda, pengalaman sukar yang dilalui itu memberi idea kepada baginda untuk menubuhkan TAFF terutama bagi membantu mereka yang memerlukan sokongan kewangan.
Taja 60 Pasangan Buat Rawatan IVF
Dalam majlis itu, Yang di-Pertuan Agong turut mengurniakan surat tawaran penajaan kepada 60 pasangan bagi membolehkan mereka mendapatkan rawatan IVF di sembilan pusat perubatan di seluruh negara. Pengurniaan itu juga adalah sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-60 baru-baru ini.
Ads
Kredit Foto: Istana Negara
Pada majlis yang sama Tunku Azizah turut mengurniakan loket kepada empat anak yang juga dua pasangan kembar dilahirkan hasil bantuan TAFF.Pengurniaan loket berkenaan adalah sebagai identiti kepada anak yang dilahirkan menerusi bantuan TAFF.
Sejak ditubuhkan pada Ogos 2004, TAFF membantu pembiayaan IVF kepada 94 pasangan yang melahirkan 116 anak melalui rawatan itu.
MW: Memang bukan mudah apabila wanita diuji kesukaran untuk mendapat anak. Dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu. Paling penting pesanan buat wanita yang diuji sebegini, jangan pernah berputus asa, berhenti berharap serta teruskan berdoa. Tuhan Maha Mendengan setiap permintaan hambanya.
Didik anak bukan satu tugas mudah. Kejadian demi kejadian yang berlaku dalam masa terdekat ini memberi tamparan hebat kepada institusi pendidikan dan kekeluargaan.
Dalam tidak sedar, generasi yang kita lahirkan semakin tenat. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab terhadap soal pendidikan anak-anak terutamanya soal agama dan akhlak, sudah tiba masanya untuk kita merenung sejenak adakah kita sudah berjaya melaksanakan tanggungjawab ini dengan baik? Jika tidak, ini masanya untuk melakukan anjakan paradigma.
Didik Amanah Yang Akan Diaudit Di Akhirat
Tanggungjawab dan amanah ini hakikatnya amat berat dan harus dipandang serius dalam kehidupan. Ini kerana, amanah ini akan diaudit di akhirat kelak. Ini kerana, kehidupan yang kita lalui tidak berhenti di sini sahaja malah kita akan lalui yang kekal abadi di sana nanti. Oleh yang demikian, sebagai muslim, tasawur kehidupan kita harus benar-benar jelas agar kita tidak tersasar dalam meletakkan prioriti.
Dalam soal mendidik anak, yang paling penting adalah memastikan wujud rasa percaya dalam perhubungan kekeluargaan yang sedang kita bina. Unsur ini amat penting bagi memastikan kelestarian perhubungan yang positif sesama ahli keluarga. Usah silap dalam meletakkan percaturan.
Kita mungkin percaya bahawa apabila sudah menjadi keluarga jadi rasa percaya akan wujud secara semula jadi. Perkara ini mungkin betul dari satu segi namun masih banyak harus dilihat kembali.
Rasa Percaya Tak Boleh Hadir Sendiri
Rasa percaya tidak hadir dengan sendiri tanpa dibenihkan dengan kasih sayang yang dapat dirasakan. Bukti kepercayaan menebal dalam perhubungan adalah rasa kebersamaan yang kuat sesama ahli keluarga. Sewaktu anak-anak kita masih kecil, mereka amat bergantung kepada kita selaku orang dewasa kerana pada waktu itu mereka masih belum boleh berdikari.
Namun setelah semakin dewasa mereka semakin boleh berdikari secara fizikal dan pada waktu ini ikatan kasih sayang dan kepercayaan yang mengikat mereka untuk kembali dan sentiasa wujud bersama ibu bapa dan keluarga.
Didik Anak Kukuhkan Dengan Kasih Sayang
Rasa kepercayaan boleh diwujudkan atau diperkukuhkan dengan kasih sayang yang boleh dirasai oleh anak-anak. Mereka harus dapat merasakan bahawa ibu dan ayah amat menyayangi mereka sama ada dengan ucapan atau pun perbuatan. Tanda sayang bukan sahaja terhad dengan material namun lebih lagi dengan sokongan emosi dan dukungan spiritual yang kita berikan kepada anak-anak.
Mereka harus dapat melihat prioriti yang jelas dalam kehidupan sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya. Kefahaman ini membantu mereka untuk menghayati kehidupan dan tanggungjawab dalam keluarga. Selain daripada itu, masa yang diperuntukkan untuk bersama dengan anak-anak juga merupakan kunci kepercayaan. Apabila ibu dan ayah ada masa untuk mendengar keluhan dan kegembiraan anak-anak maka mereka akan mengiktiraf kita sebagai sahabat mereka yang akrab.
Mak Ayah Orang Kepercayaan Anak-Anak
Kita juga akan menjadi orang kepercayaan mereka dalam menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan mereka kelak. Amatlah beruntung ibu ayah yang mendapat kepercayaan ini daripada anak-anak mereka.
Mengapa? Ini kerana apabila kepercayaan ini sudah diperoleh, mudah bagi kita untuk memberikan panduan yang baik kepada anak-anak. Saya pasti tiada ibu ayah yang menginginkan yang tidak baik untuk anak mereka.
Usah Biar Anak Lebih Rapat Dengan Kawan
Ini berbeza jika, anak-anak lebih percaya kepada rakan-rakan atau orang luar sebagai penasihat peribadi. Sudah tentu cakap kita, nasihat kita menjadi secondary untuk diri mereka. Malah kita mungkin kita dapat mendengar keluhan dan masalah mereka langsung kerana rasa ingin bercerita itu tertutup untuk kita. Nauzubillah. Inilah kegagalan kita dalam mendidik.
Oleh yang demikian, biarkan anak bercakap sewaktu kecilnya dan layanlah mereka dengan baik kerana waktu itu, mereka sedang membina persepsi dan kepercayaan tentang perhubungannya dengan kita. Insya-Allah sewaktu kita perlu mendengar daripada mereka kelak, mereka akan datang tanpa menunggu arahan kita kerana kita pada waktu itu telah pun menjadi orang kepercayaan mereka. Wallahualam.
Bayi berusia di bawah dua tahun ke bawah tak perlu pakai pelitup muka dan cara terbaik untuk lindungi bayi mak, ayah adalah dengan duduk di rumah.
Jadi bila ternampak ada mak,ayah yang tidak pakaikan pelitup muka, janganlah kecam kerana bayi yang masih kecil tidak sesuai pakai pelitup muka. Oleh itu, buat masa sekarang, tindakan paling terbaik adalah tinggal sahaja di rumah.
Bagi mak, ayah yang bekerja pula jangan bimbang jika perlu menghantar anak ke nurseri kerana pihak nurseri perlu mengikut SOP yang telah disarankan.
Bayi Tak Perlu Pakai Pelitup Muka
Ibu ayah semua. Penting bila hantar anak pagi ini ke pusat penjagaan. Elakkan memakaikan pelitup muka pada kanak-kanak berumur dua tahun dan ke bawah. Ianya tidak digalakkan! Malah boleh membahayakan kesihatan dan nyawa bayi.
1.Jika terlalu ketat bayi boleh lemas.
Salur pernafasan bayi adalah kecil. Jika anda kurangkan kemasukan oksigen dengan memakaikan pelitup muka, bayi akan lemas dan ini sangatlah bahaya!
2. Jika terlalu longgar, bayi tidak mendapat apa perlindungan pun.
Jika lihat pelitup muka jenis N95 pun, tiada pelitup muka yang direka dan diiktiraf selamat untuk kegunaan bayi dua tahun.
3. Anak gelisah dan meraba-raba, rosak, membazir. Ini menggalakkan lagi jangkitan dan penyebaran virus.
Jadi bagaimana nak lindungi anak kesayangan kita?
Tak Perlu Pakai, Cara Terbaik Duduk Di rumah
Yang terbaik adalah dengan melindungi bayi anda dengan tidak membawa mereka ke tempat awam yang sibuk dan sentiasa amalkan penjarakan sosial.
Di taska atau pusat jagaan, anda tak perlu risau. Telah ada SOP khusus bagi melindungi kanak-kanak.
MW: Mak, ayah take note iya demi keselamatan anak-anak yang masih kecil. Bimbang jika pakaikan bayi yang berumur di bawah dua tahun akan memudaratkan kesihatan mereka.
Jaga anak kecil bukannya boleh buat mak-mak rileks. Mungkin ada satu tahap boleh hilang sabar di buatnya. Lepas tu, mulalah menyesal bila ingat kembali apa yang dah dilakukan.
Tanpa kita sedar, waktu jaga anak kecil ini tak selamanya mereka kecil. Masa akan berlalu dan pasti kita akan rindui waktu anak-anak kecil nanti. Mungkin juga ada mak-mak fikir alangkah baiknya kalau mereka kecil selamanya.
Maklum sajalah, layan anak kecil tak sama dengan layan anak yang dah besar. Karenahnya berbeza dan tahap kesabaran mak ayah pun berbeza juga. Betul tak?
Sebab itu, mak-mak jangan mengeluh bila jaga anak kecil, mereka ini tak selamanya kecil. Layan saja dan nimmatilah momen indah mereka ini. Nanti bila dah besar, tentu akan rindu kenangan ini.
Dalam perkongsian Azura Nasir ini seolah mengimbau kembali momen indah bersama anak-anak. Masa mereka dilihat cukup bijak berkata-kata dan ada masanya datang sifat mengada-ngada sampai pening mak ayah di buatnya.
“Malam-malam begini tiba-tiba aku jadi rindu bila teringatkan anak-anak sewaktu mereka kecil dahulu.
Waktu itu, masing-masing berebut nak tidur di pangkuan. Masing-masing berebut nak duduk di sebelah waktu menonton tv. Masing-masing petah bercerita tentang hal-hal seharian di sekolah ketika makan malam. Masing-masing belum tahu erti malu-malu minta dipeluk dan dicium. Lalu bergumpallah kami tiga beranak berpelukan.
Pulang dari sekolah, dari jauh lagi mereka sudah tersenyum riang bila nampak aku berdiri menunggu di hadapan gate sekolah. Berlari-lari lalu menangkap tangan dan berpimpinan kami menuju ke kereta sambil menghayun tangan.
“Ibu, boleh tak singgah kedai. Nak beli air ngan jajan”
Rindu. Rindu sangat.
Sekarang ni, bila aku membaca tentang bagaimana kawan-kawan bercerita tentang lelahnya mereka menguruskan anak-anak yang masih kecil, aku hanya mampu berkata di dalam hati…
“Nikmatilah momen-momen ini. Kelak kamu akan rindukan hiruk pikuk riuh rendahnya suasana ini. Penat yang sedang kamu rasakan ini tidak akan lama wahai teman.
Tiba masa nanti anak-anak kamu akan pandai menguruskan diri mereka sendiri. Dan waktu itu kamu akan rindukan keletah mereka mencari-cari dan memanggil-manggil kamu meminta perhatian”
Waktu tidak akan bisa diputar semula. Nikmatilah setiap detik waktu yang sedang kita jalani ini dengan sebaik-baiknya. Kelak apabila kita rindukan kenangan-kenangan, pastikan ianya tidak diiringi dengan penyesalan.
Mingguan Wanita : Sungguh..bila tengok kembali gambar masa kecil, geramnya lahai…tapi apakan daya masa yang berlalu tidak akan diulang kembali.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...