Tidak disangka sama sekali, ingatkan tanda lahir yang ada pada badan bayi itu akan hilang dan tidak membesar. Rupanya itu adalah ketumbuhan dan penyakit yang belum ada penawarnya.
Inilah derita yang dialami oleh Siti Aisyah bila mengingatkan benjolan pada bibirnya itu tanda lahir dan bila makin membesar akan hilang dengan sendirinya adalah ketumbuhan.
Dalam perkongsian Harian Metro, remaja perempuan yang tinggal di Machang, Kelantan telahmenanggung derita selama 14 tahun selepas disahkan menghidap ketumbuhan Hemangioma ketika berusia dua tahun pada bahagian bibirnya dan kini ia tersembur daripada isi mukanya.
Bapanya Mat Hassan Mohammed, 47 tahun, berkata, anaknya Siti Aishah Sofea Mat Hassan, 16 tahun, tidak boleh makan seperti biasa dan hanya menerima zat nutrisi daripada susu khas yang diberikan melalui saluran tiub yang dipasang di hidungnya.
Katanya, lebih menyedihkan pipi, lidah dan bibir anaknya itu juga membengkak serta membesar sehingga mengganggu saluran pernafasannya dan lehernya terpaksa ditebuk.
“Selain itu, ada ketikanya darah daripada mulutnya akan keluar secara tiba-tiba dan sukar untuk berhenti sehingga terpaksa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Pada masa sama, anak saya juga perlu mendapatkan suntikan ubat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) bagi mengecutkan bengkak, namun ia bergantung kepada keadaan kesihatannya.
Ads
“Saya sedih melihat dia berkeadaan begitu, namun Siti Aishah Sofea tidak pernah sesekali mengeluh dengan ujian yang menimpa dirinya sebaliknya tetap tersenyum dan tabah menghadapinya,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Ketumbuhan Makin Membesar & Tiada Penawar
Menceritakan kembali keadaan anak sulung daripada dua beradik itu, Mat Hassan berkata, Siti Aishah Sofea mula dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak lahir apabila wujud benjolan tanda lahir pada bibirnya.
“Pada ketika itu doktor memberitahu ia bukan sesuatu yang membahayakan dan akan pulih dengan sendiri, namun selepas beberapa bulan, ia semakin besar dan lidahnya mula membengkak hingga keluar daripada mulut.
“Apabila anak semakin meningkat dewasa, ketumbuhan itu semakin membesar dan tidak ada penawar yang dapat menyembuhkannya,” katanya.
Katanya, walaupun keadaan anaknya tidak seperti orang lain, namun dia tetap hadir ke sekolah seperti kebiasaannya dan kami menghantarnya ke sekolah pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang.
Ads
Mat Hassan berkata, setiap bulan dia perlu membelanjakan RM1,500 hanya untuk membeli susu khas kepada anaknya yang berharga RM74 setin yang mampu bertahan untuk dua hari sahaja dan ia tidak termasuk keperluan lain.
“Ia sesuatu yang di luar kemampuan saya dan isteri, Syahida Mustaffa, 46 tahun, memandangkan saya hanya bekerja sebagai anggota bomba sukarela di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang.
“Anak saya perlu diberi minum susu enam kali sehari melalui saluran tiub yang dipasang di bahagian hidung, namun jika cuaca panas ia perlu diberikan lebih kerap,” katanya.
Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Rakyat bernombor 22-024-201519-5 akaun bersama atas nama Siti Aishah Sofea Mat Hassan dan ibunya Syahida Mustaffa.
Ads
Mingguan Wanita : Dugaan buat Siti Aisyah. Moga dipermudahkan urusan Siti Aisyah dan keluarga, terus tabah.
Malang tidak berbau, itulah nasib yang menimpa pasangan bakal pengantin dari Zimbabwe ini.Dalam menanti saat bahagia disatukan sebagai suami isteri, kejadian tragis diserang buaya mengubah segalanya.
Pasangan ini diserang buaya hingga mengakibatkan pengantin perempuan kudung pada tangan kanannya dan mengalami kecederaan pada tangan kirinya. Namun pasangan ini tetap meneruskan perkahwinan mereka di sebuah hospital di Zimbabwe walaupun baru 5 hari kejadian tersebut berlaku.Memang hebat dan berhati kental.
“Dalam tempoh seminggu, ‘mimpi ngeri’ itu bertukar menjadi pengalaman luar biasa dan menakjubkan,” kata warga Britain, Jamie Fox, 27.
Diserang Ketika Berkanu
Pada 30 April lalu, Fox bersama tunangnya, bekas pemain tenis, Zenele Ndlovu sedang berkanu di Sungai Zambezi yang juga merupakan antara sungai terpanjang di Afrika dan mereka diserang buaya secara tiba-tiba.
“Saya hanya mampu menjerit dan cuba untuk menyelamatkannya. Dia langsung tidak mengadu sakit selepas berjaya ditarik keluar dari sungai itu dalam keadaan berlumuran darah, mungkin kerana dia masih terkejut.
“Bagaimanapun, kami bersyukur kerana masih hidup dan dapat meneruskan hari bersejarah kami walaupun lokasi bersejarah terpaksa ditukar kerana Ndlovu masih dirawat di hospital,” katanya.
Jelasnya lagi, dia melamar wanita bertuah itu pada Februari lalu selepas menjalin hubungan cinta selama kira-kira 18 bulan.
“Kami berharap dapat menetap di Britain dan saya telah menguruskan visanya. Selepas segala urusan itu selesai, kami akan fikirkan pula tentang lokasi bulan madu,” ujarnya.
Apa-apa pun tahniah dan selamat pengantin baru buat pasangan ini. Tahniah juga buat pengantin lelaki yang tetap setia dan meneruskan perkahwinan ini walaupun, tunangnya telah kudung dan menjadi orang kurang upaya.
Sejak seminggu ini hangat diperkatakan tentang lakonan hebat Dian Sastrowardoyo dalam drama bersiri Gadis Kretek yang disiarkan melalui saluran Netflix. Mana tidaknya, demi menghidupkan watak Dasiyah, wanita berjiwa patriotik pada era industri tembakau di Indonesia pada 1960-an Dian Sastrowardoyo mengelak menonton televisyen (TV) dan melayari internet.
Pengorbanan Dian Sastrowardoyo untuk watak Dasiyah
Komitmen yang ditunjukkan oleh pelakon hebat ini bukan calang-calang. Dian sanggup mengetepikan kehidupan sosial termasuk berhenti melakukan aktiviti yang digemari sepanjang enam bulan demi menghayati watak Dasiyah dalam siri tersebut.
“Saya berhenti berjumpa teman dan tidak bersosial. Saya tidak lakukan aktiviti olahraga, berlari atau bermain tenis yang sangat digemari.
“Semuanya kerana saya mahu latih badan bergerak mengikut kehidupan wanita pada zaman itu.
Watak Dasiyah atau Jeng Yah yang dibawakan oleh Dian dalam drama Gadis Kretek menjadi sebutan ramai kerana meninggalkan kesan sangat mendalam buat penonton.
Watak Dasiyah dalam Gadis Kretek berbaloi!
Dian juga dikatakan berhenti mendengar muzik moden dan hanya mendengar irama gamelan dan klasik selama beberapa bulan untuk memberi tumpuan terhadap watak Dasiyah.
“Saya banyak berlatih sendirian di rumah dan berdisiplin. Saya tidak buka TV dan tidak pegang telefon bimbit ketika berlatih,” katanya pada sidang media virtual mempromosikan drama bersiri Gadis Kretek baru-baru ini.
Dian mengaku bukan mudah memasukkan karakter Dasiyah dalam diri, di mana banyak kesabaran dan persiapan perlu dilakukannya.
“Saya dapat banyak arahan daripada sutradara yang merancang karakter Dasiyah dengan teliti. Karakternya sangat jauh daripada diri saya hingga merasa sangat tercabar.
“Namun, saya cuba tengok bagaimana boleh teroka karakter ini, biarpun bicara, gerak tubuh dan ekspresi Dasiyah sangat berbeza.
“Saya pernah bawa watak patriotik tetapi kali ini karakter dilakonkan sangat berbeza dengan diri saya,” katanya yang mendapat bimbingan daripada pengarah merangkap jurulatih lakonan, Kamila Andini.
Disebabkan watak Dasiyah yang tidak banyak berinteraksi dengan ramai orang, Dian mengaku tertekan menjiwainya.
“Pada mulanya, saya sangat tertekan. Saya belajar bahawa seorang pelakon perlu pasrah, berserah dan ikhlas kerana tugasnya adalah menyerahkan diri kepada karakter. Kalau watak perlukan dia lakukan semua itu, kita harus jalani dengan baik,” katanya.
Drama bersiri Gadis Kretek arahan Kamila dan Ifa Isfansyah diadaptasikan daripada novel tulisan Ratih Kumala terbitan 2012 oleh Gramedia Pustaka Utama. Drama bersiri itu juga mengambil masa empat tahun untuk disiapkan dan mengumpul fakta mengenai industri kretek di Indonesia. Selain itu, secara keseluruhannya, terdapat lebih 100 set di 20 lokasi digunakan untuk penggambaran drama bersiri itu!
Gadis Kretek berkisar percintaan epik berlatarkan industri tembakau pada era 1960-an di Indonesia. Siri TV itu turut menampilkan pelakon Ario Bayu, Arya Saloka, Putri Marino, Tissa Biani, Ine Febriyanti, Winky Wiryawan, Sheila Dara, Ibnu Jamil, Rukman Rosadi, Nungki Kusumastuti, Dimas Aditya, Pritt Timothy dan Tutie Kirana.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Asyik sediakan sarapan pagi dengan lempeng, nasi lemak, nasi goreng, apa kata sesekali mak-mak cuba buat menu western pulak.Senang je nak buatnya, bahan asas guna kulit popia sebagai ‘base’ kemudian campak-campak je bahan, siap! sedap pulak tu. Resipi yang dinamakan Quiche ni, merupakan perkongsian oleh Puan Ruhaiza Bunyamin. Jom kita cuba.
Bahan-Bahannya:
Kulit popia 8″x8″ dipotong 4
Bawang besar (dipotong dadu)
Bawang putih (dipotong dadu)
Daging Kisar
Sosej
Capsicum (dipotong dadu)
Oregano flakes
Kiub ayam
Cendawan butang (dipotong dadu)
Daun bawang (dihiris halus)
cheddar cheese( diparut)
*Telur 4 biji
*Susu fresh 500ml
*Serbuk lada hitam
Campurkan bahan tanda *
Cara Membuat:
1. Tumiskan bawang besar,bawang putih,oregano dan daging kisar.
2. Susun 2 keping kulit popia dalam loyang yang dah digris dengan marjerin.
3. Kemudian,masukkan daging yang telah ditumis tadi.
4. Masukkan pula sosej & cendawan.
5. Masukkan capsicum.
6. Tuang adunan telur dalam 3/4penuh.
7. Tabur daun bawang & parutan cheddar cheese.
8. Bakar 200C hingga kekuningan kira-kira setengah jam.
9. Nak lawa lagi, sapukan kuning telur keliling kulit popia.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!