Khabar gembira tentang kehamilan pempengaruh, Bella Park baru-baru ini disulami kisah yang cukup menyentuh hati apabila dia mendedahkan sedang berdepan Vanishing Twin Syndrome keadaan di mana salah satu janin kembar tidak membesar dan akhirnya ‘hilang’ di awal kehamilan.

Bella Park Reda Hadapi Vanishing Twin Syndrome, Syukur Masih Diberi Rezeki Zuriat

Pemilik nama sebenar Nurul Nabila Zolkepli itu sebelum ini meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dikurniakan rezeki zuriat selepas 10 tahun menimang cahaya mata pertama. Dalam perkongsian di laman Thread, Bella menjelaskan dengan tenang bahawa hanya satu janin yang masih meneruskan kehidupan dalam rahimnya.

Bella Park Reda Hadapi Vanishing Twin Syndrome, Syukur Masih Diberi Rezeki Zuriat

“Pernah dengar tentang Vanishing Twin Syndrome? Itu yang Bella sedang hadapi. Bella mengandung baby kembar tapi sayangnya satu dah tak ada. Bella reda,” ujarnya lembut.

Meskipun diuji dengan kehilangan, Bella tetap memilih untuk melihat dari sisi syukur.

“Alhamdulillah, satu lagi baby tu dalam keadaan baik-baik sahaja. Apa saja yang jadi pasti ada hikmah. ALLAH lebih mengetahui. Kita bukan kehilangan tapi memulangkan hak yang SATU. Moga ALLAH pelihara hingga ke kelahiran. Amin.”

Bella Park Reda Hadapi Vanishing Twin Syndrome, Syukur Masih Diberi Rezeki Zuriat

Ads

Isteri kepada Haikal Anuar ini turut menegaskan bahawa dia dan suami menerima segala ketentuan dengan hati terbuka.

“Yang kita doa minta kat ALLAH nak anak, ALLAH bagi rasa dua seketika dalam rahim tapi tak ada rezeki dua-dua, ALLAH jaga satu lagi.
Syukur alhamdulillah, saya memang ok. Dua-dua kami laki bini memang happy sebab baby yang satu lagi tu sihat.”

Sokongan & Doa Dari Warganet

Kisah keikhlasan Bella mendapat sambutan hangat daripada pengikutnya di media sosial. Ramai yang berkongsi pengalaman serupa dan menitipkan doa serta kata semangat.

“Same like me last year. Bertahan sampai 13 minggu je pastu hilang. Tinggal satu je. Tapi akhirnya ALLAH ambil juga yang satu lagi. Doa yang baik-baik. Take care.”

Ada juga yang mengingatkan Bella tentang hikmah di sebalik setiap takdir:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu… ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
Selalu saya pegang ayat ni supaya lebih tenang dan reda. ALLAH Maha Mengetahui… be strong Bella.”

“Ralat rasa. Tapi betul kata Bella, memulangkan hak yang SATU. Semoga Bella dan baby sihat, ALLAH sebaik-baik Perancang. Moga segalanya dipermudahkan hingga bersalin nanti.”

Reda, Tabah & Penuh Syukur

Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga buat kali pertama sebelum berpisah dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Danial Nazran atau Nenel, yang kini berusia 10 tahun.

Ads

Bella Park Reda Hadapi Vanishing Twin Syndrome, Syukur Masih Diberi Rezeki Zuriat

Kini, melalui perkahwinan keduanya bersama Haikal, Bella dilihat lebih matang dan tenang. Dalam setiap ujian yang datang, dia memilih untuk bersyukur dan menyerahkan segalanya kepada takdir Ilahi.

INFO: Apa Itu Vanishing Twin Syndrome (Sindrom Kembar Hilang)?

Ads

Vanishing Twin Syndrome (VTS) ialah satu keadaan yang berlaku apabila salah satu janin dalam kandungan kembar ‘hilang’ atau tidak dapat dikesan lagi dalam rahim, biasanya pada trimester pertama kehamilan.

Fenomena ini berlaku apabila salah satu embrio berhenti berkembang dan kemudiannya diserap semula oleh tubuh ibu atau oleh janin kembar yang masih hidup. Ia boleh berlaku tanpa disedari, terutama jika ibu belum menjalani imbasan awal.

🩺 Punca & Faktor Risiko

Punca sebenar VTS sukar dikenal pasti, namun beberapa faktor berikut sering dikaitkan:

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
  • Kecacatan kromosom pada salah satu janin yang menyebabkan ia tidak mampu bertahan.

  • Masalah pada uri (plasenta) yang mengganggu bekalan nutrien dan oksigen.

  • Usia ibu yang meningkat, terutama selepas 30 tahun.

  • Rawatan kesuburan (IVF) yang meningkatkan peluang kehamilan kembar, sekali gus risiko VTS.

⚠️ Tanda-tanda & Simptom

Kebanyakan ibu tidak menyedari kehilangan janin ini kerana simptomnya ringan atau menyerupai tanda kehamilan biasa.
Namun, antara tanda yang mungkin berlaku ialah:

  • Pendarahan ringan atau ‘spotting’ pada awal kehamilan.

  • Sakit perut ringan atau kekejangan.

  • Dalam kes tertentu, imbasan awal menunjukkan dua kantung janin tetapi imbasan berikutnya hanya menunjukkan satu.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI