Tak dapat menggambarkan perasaan seorang lelaki bernama suami di kala ini mengenangkan nasib yang sedang dialami oleh si isteri yang menyertai misi Global Sumud Flotilla ke Gaza.
Nadzmi Adhwa sememangnya tidak dapat menahan sebak kerana tidak dapat menemani isteri tercinta, Ardell Aryana yang menyertai perjalanan berisiko itu. Namun, dia mengambil pendekatan reda dengan perjuangan Ardell yang membawa misi kemanusiaan sejagat itu.
“Doa suami untuk isteri tiada hijab kan? Ya Allah, dengarkanlah doa ini. Berikan mereka kekuatan, lindungi mereka, berkatilah mereka dan permudahkan urusan mereka untuk sampai ke bumi Gaza.
“Ya Allah, hanya pada-Mu kami berserah,”ujarnya.
Nadzmi berkongsi luahan tersebut menerusi hantaran di platform Threads pada pagi Selasa.
Ads
Nadzmi yang juga merupakan bapa kepada dua cahayamata ini turut memaklumkan aplikasi WhatsApp milik isterinya sudah tidak boleh digunakan lagi sepanjang misi tersebut dan hanya dapat dihubungi melalui signal sahaja.
Maklumat tersebut diperolehi melalui mesej daripada salah seorang aktivis yang turut serta dalam konvoi berkenaan.
Difahamkan, misi GSF dijangka memasuki zon merah pada hari ini (1 Oktober 2025) iaitu perairan berdekatan Gaza. Sementara itu, Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) menjangkakan misi GSF akan memasuki zon merah pada jam 7 malam waktu Malaysia.
Ads
Ardell merupakan antara individu yang mengikuti misi kemanusiaan ke Gaza sebagai sebahagian daripada GSF dengan tujuan memecah kepungan serta menghantar bantuan makanan dan perubatan kepada penduduk Palestin.
Ardell Aryana minta suami bersabar. Ardell yang juga salah seorang aktivis kemanusiaan dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan mengalami kecederaan serius akibat layanan kasar yang diterimanya semasa ditahan. Difahamkan, tisu di bahu kirinya koyak dan wajahnya turut menjadi sasaran tumbukan tentera Zionis.
Menerusi platform Threads pula, tular beberapa keping foto yang menunjukkan kesan lebam jelas pada wajah Ardell, dipercayai berpunca daripada insiden ketika dia berada dalam tahanan penjara Israel.
Sebagai seorang suami, Nadzmi Adhwa cukup risau namun luahannya cukup menyentuh hati apabila isterinya pula yang minta suami bersabar.
Menerusi perkongsian di Threads Nadzmi tahu akan kekuatan semangat isterinya itu.
“Isteri saya suruh sabar sabar sabar.
“Allahuakbar. Isteri saya kuat dan nak korang pun kuat. Teruskan bercakap tentang G” luah Nadzmi.
Sekadar makluman, Ardell bukan sahaja berdepan dengan tisu bahu yang koyak dan kesan lebam di muka, malah turut dilaporkan mengalami muntah berulang kali serta kehilangan tenaga selepas tudungnya direntap dengan kasar oleh tentera Israel. Ramai yang terus mendoakan agar beliau segera pulih dan kekal kuat menghadapi ujian getir ini.
“Ibu akan sentiasa menyayangi dan merindui kamu, selalu…”
Itulah bait kata yang menggoncang jiwa seorang ibu yang kehilangan anak gadisnya dalam tragedi penuh tragis di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, semalam.
Dalam satu hantaran di Facebook, wanita itu meluahkan rasa rindu yang tidak bertepi terhadap pemergian anak perempuannya yang baru berusia 16 tahun anak yang selama ini menjadi sumber ketenangan dan kebanggaan keluarga.
“Dia seorang anak yang sangat penyayang, baik hati dan berdisiplin. Sejak kecil, dia tidak pernah membuat kami risau.
Dia sentiasa mengambil berat terhadap ibu bapa dan orang lain, serta tidak pernah meminta apa-apa daripada kami,” tulis si ibu, yang kini hanya mampu berbicara dengan bayangan memori.
Baginya, anak yang pergi itu bukan sekadar darah daging, tetapi cerminan kasih yang paling tulus.
“Anak seindah itu, namun ditimpa nasib yang begitu kejam. Saya benar-benar kehilangan kata-kata, hati saya amat sakit. Semoga dia berada dalam keadaan baik di dunia lain, semoga rohnya tenang dan bahagia.”
Luahan itu diakhiri dengan ungkapan yang meruntun hati.
“Ibu akan sentiasa menyayangimu dan merindui kamu, selalu.”
Dalam nada tenang yang menyembunyikan derita, wanita itu turut berterima kasih kepada semua yang mengirim doa dan kata semangat buat keluarganya yang kini berdepan kehilangan paling pedih dalam hidup.
Dalam kejadian sekitar jam 9.10 pagi kelmarin, pelajar perempuan berusia 16 tahun itu ditemui berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman pada badan. Polis kemudian menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dan merampas dua senjata tajam di lokasi kejadian.
Dalam kesibukan dunia moden, wanita hari ini sering berlari tanpa henti antara tanggungjawab kerjaya, keluarga, dan tuntutan sosial yang tidak pernah berakhir. Dalam setiap senyumannya tersimpan keletihan, namun juga kekuatan luar biasa.
Justeru, kempen “Still Me With More” lahir sebagai satu gerakan kesedaran baharu menyeru setiap wanita untuk berhenti sejenak, menarik nafas, dan kembali mengenal dirinya.
Lebih daripada sekadar kempen kecantikan, “Still Me With More” adalah satu falsafah hidup. Ia meraikan wanita yang memilih untuk mengimbangi, bukan mengorbankan mengingatkan bahawa keyakinan sebenar tidak bermula di cermin, tetapi di hati yang tenang.
Bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, pelancaran kempen ini yang diserikan dengan sesi perbualan eksklusif bersama tiga figura inspirasi iaitu Prof. Dr. Azmawaty, Pensyarah Kanan Psikologi Pendidikan dan kaunselor bertauliah, Ezzanie Jasny, pelakon dan Duta BMF dan Dato’ Fazley Yaakob, cef selebriti, usahawan dan Duta Svenson.
Mereka menyelami topik penuh makna tentang mengurus tekanan hidup, membina kesejahteraan emosi, dan bagaimana falsafah Reset, Recharge, Recover menjadi kunci keseimbangan sebenar dalam kehidupan seharian.
Majlis dimulakan dengan mesej yang cukup menyentuh hati mengenai“Kecantikan dan kesihatan mental tidak boleh dipisahkan.”
Kajian semasa menunjukkan 4.6% rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas kini berdepan kemurungan. Hampir dua kali ganda berbanding tahun 2019. Angka ini bukan sekadar statistik, tetapi kisah hidup yang senyap-senyap menjerat ramai wanita di tengah kesibukan mereka menjaga semua orang, kecuali diri sendiri.
Menurut Amy Quek, Ketua Pegawai Eksekutif BMF The Aesthetics People, menyentuh realiti itu dengan kata-kata cukup bermakna.
“Kesihatan mental amat penting kerana tanpa keyakinan dari dalam, sukar untuk kita melihat nilai diri sendiri. Tiada rawatan wajah yang dapat menggantikan keyakinan yang datang dari hati.”
Sementara itu, Prof. Dr. Azmawaty menekankan bahawa walaupun kesedaran tentang kesihatan mental semakin meningkat, stigma masih menjadi tembok besar. Beliau mengajak masyarakat untuk lebih empati belajar mendengar tanpa menghakimi, dan mencintai diri tanpa syarat.
Antara langkah mudah yang disarankan untuk mengatasi masalah ini termasuklah meditasi ringkas, menetapkan sempadan peribadi, dan memberi ruang kepada diri untuk berehat tanpa rasa bersalah.
Ezzanie Jasny, dalam kelembutan senyumannya, mengakui tekanan media sosial sering mengusik keyakinan diri wanita. Namun, baginya keaslian adalah bentuk kecantikan paling tulus.
“Kini, kecantikan bukan lagi tentang kesempurnaan. Ia tentang keselesaan dan keyakinan dalam diri sendiri.”ujarnya.
Sebagai pelakon dengan jadual yang padat, Ezzanie mengekalkan keseimbangan diri dengan CFU Face Treatment BMF, yang membantunya tampil segar tanpa mengorbankan waktu rehat.
Sementara itu, Dato’ Fazley Yaakob pula memberi dimensi berbeza sebagai seorang bapa, cef dan usahawan. Mengurus pelbagai peranan bukan mudah, namun beliau menemui ketenangan melalui Muay Thai, muzik, dan 8-in-1 Stress Relief Therapy Svenson.
“Kesihatan mental bukan tanda kelemahan.Ia perjalanan berterusan ke arah keseimbangan dan penambahbaikan diri.”tegasnya.
Melalui “Still Me With More”, BMF x Svenson ingin mengingatkan setiap wanita bahawa tidak mengapa untuk memperlahankan langkah kerana ketenangan bukan tanda kelemahan, tetapi kekuatan yang sebenar.
Apabila kesejahteraan dalaman berpadu dengan kecantikan luaran, maka lahirlah versi terbaik diri kita. Masih diri yang sama, tetapi dengan lebih ketenangan, lebih keyakinan, dan lebih cinta!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Tengok anak sendiri cantik bergaya, siapa tak cair? Kurung lembut & selesa ni buat si kecil nampak manis macam bidadari kecil,sesuai untuk majlis, raya atau kenduri.
Tengok anak sendiri cantik bergaya, siapa tak cair? Kurung lembut & selesa ni buat si kecil nampak manis macam bidadari kecil,sesuai untuk majlis, raya atau kenduri.
Masih ramai yang kurang tahu pasal kelebihan pakai niacinamide untuk kulit wajah. Rugi sangat kalau anda tak pernah sapu pada wajah, nak-nak kalau umur dah masuk 30an.