Isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah sempena hari jadi suaminya yang ke-30 mendoakan agar suaminya menjadi seorang insan yang baik.
Sebelum ini, Aliff Aziz dan Bella pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi sehingga bercerai pada 16 Mei dan kemudian mereka rujuk semula dalam tempoh edah.
Kini pasangan ini kelihatan begitu bahagia dalam melayari bahtera rumah tangga mereka.
Bella Astillah Mendoakan Aliff Menjadi Anak, Suami & Ayah Yang Baik
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Bella mengirimkan beberapa foto sambutan hari lahir suaminya dan mendoakan yang terbaik buat suaminya.
Ads
“Selamat hari jadi b, semoga Allah SWT sentiasa merahmati awak dan menjadi seorang anak yang baik kepada umi, ayah, abang yang baik, suami yang baik, menantu yang baik, ayah yang baik untuk anak-anak dan insan yang baik, insyaAllah,” tulisnya.
Malah sambutan hari jadi yang sangat ringkas ini juga begitu bermakna buat mereka sekeluarga.
“Love You Sayang”
Menerusi ruangan komen pula, Aliff Aziz juga turut membalas ucapan isterinya;
Ads
“Thank you so much for everything you did today, yesterday, and all the days before this since i met you for the first time sayang. May Allah bless you and keep you in his Rahmah love. Thank you for the DIY deco you did for me today too. Love you sayang,” komen Aliff.
Pengarah dan pelakon, Farid Kamil menerima keputusan dengan penuh rasa hormat dari pihak Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada dirinya.
Semalam Istana Pahang memaklumkan gelaran Datuk, Farid Kmail Zahari, 39, dan juga seorang lagi pelakon Nuroliman A Rahman atau Boy Iman, 41 telah ditarik balik dan dibatalkan serta merta.
Farid dan Boy Iman antara lima individu yang ditarik balik gelaran Datuk berkuat dari tarikh surat penarikkan darjah kebesaran itu pada 1 Februari lalu.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang merangkap Pendaftar Darjah, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, keputusan itu atas titah Yang di Pertuan Agong selaku Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Penarikan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk itu turut melibatkan tiga penerima lain iaitu Wong Shee Kai @ Ricky; Tran Thi Mai @ Maimunah; dan pemimpin sebuah NGO, Syed Mohammad Faiz Syed Azemman,” katanya melalui satu kenyataan pada Rabu seperti yang dipetik menerusi SinarPlus.
Dr Sallehuddin berkata, individu tersebut tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah – Darjah Kebesaran dan Bintang – Bintang Negeri Pahang.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Farid Kamil mengesahkan hal tersebut dan menghormati keputusan dari pihak Istana Pahang.
“Assalamualaikum w.b.t
“Sejak 16 Disember 2017 saya amat berbangga dan berbesar hati membawa gelaran Dato’ yang dikurniakan oleh Istana Pahang. Saya menjunjung kasih di atas penganugerahan tertinggi dalam hidup saya ini dan menerimanya dengan penuh kerendahan diri pada ketika itu.
“Hari ini juga saya dengan penuh rasa hormat menerima keputusan dari pihak Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ kepada saya.
“Saya kini dalam usaha memasarkan filem Remp-it 2 yang akan menemui penonton dalam tahun ini juga,” tulisnya.
Bahagia ayah ini, bila mana anak-anak tunaikan impian dalam diam. Kisahnya, ayah ini, Kades sudah menjual kereta lamanya yang kerap kali rosak. Dekat dua bulan jugalah ayah tiada kenderaan.
Jadi, sedikit bebanlah untuk ayah nak pergi ke klinik, beli barang keperluan dapur bagai. Kadang tu mintalah juga pinjam kereta anak. Tapi, ayah tetap rasa susah hati.
Sebolehnya, ayah tak nak susahkan anak-anak. Jadi, hari-hari ayah belek page kedai kereta terpakai. Ada rezeki, ayah ini mahulah cari kereta pengganti. Rupanya dalam diam, anak-anaknya sudah tunaikan impian ayah.
Indah kisahnya,
“Syukur alhamdulillah, maha suci allah, Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Setelah berbulan abah jual kereta lamanya sebab banyak kerosakannya, baru hari ni berpeluang bagi mak abah kereta baru untuk memudahkan pergerakan mak abah.
Walau bukan kereta jenama luar negara mahupun kereta keluaran model baharu, syukur ya Allah dapat juga memudahkan urusan mak abah kelak.
Tak putus-putus ucapan syukur mak abah atas pemberian yang tidak seberapa ni walhal pemberian ni sikit pun tak dapat membalas segala jasa dan pengorbanan mak abah pada kami
Terima kasih banyak pada adik tersayang @eynazilia @hafiqazlin bersusah payah bertungkus lumus dari awal hingga akhir rencana demi menjaya dan merealisasikan impian kita untuk hadiah yang bermakna untuk mak abah kali ni, hanya Allah saja dapat membalas segala jasa baik kalian.
P/S: kita record video konon nak tengok abah ngan mak nangis terharu, alih-alih kita plak yang menangis teruk sebab tak tahan tengok reaksi mak abah. Klik sini untuk lihat videonya.”
Ketika Mingguan Wanita menghubungi anak-anak baik ini, mahu bertanyakan lanjut di sebalik pemberian hadiah kereta untuk kegunaan abah dan ibunya, Rafizah. Dan ini yang anak ini, Zamona Kades kongsikan.
“Subhanallah, semua pun asbab Allah Maha Baik.
Asalnya kereta lama mak abah saya rosak dan tak mampu dah nak baiki lagi sebab terlalu mahal nak repair.. so kita sepakat kata let go je kereta tu, dapat pun sikit je pulangan duitnya.
Dari bulan 12 tahun lepas, mak abah saya susah nak bergerak gi mana-mana sebab tak ada kenderaan sendiri. Nak pergi klinik checkup, nak beli barang keperluan dan macam-macam lah. Meminjam kereta kita dan mak abah rasa menyusahkan sebab saya dan adik pun bekerja kan.
Tapi sebenarnya tak rasa menyusahkan pun, mungkin sebab mak abah saya tak selesa. Biasa lah orang tua, mereka rasa menyusahkan anak-anak.. so dari sejak tak ada kereta tu, abah saya hari-hari akan bukak video di fb kedai menjual kereta terpakai.
Kami tak smpai hati, jadi diam-diam hadiahkan tanpa pengetahuan mak abah.
Tak sangka betapa bersyukurnya mak abah saya kerana kita hadiahkan kereta yang tak seberapa ni kat mak abah.” Kongsi Zamona kepada Mingguan Wanita.
Pemberian hadiah kereta ini disepakat oleh dua beradik daripada 5 orang beradik. “Kami ada 5 beradik. Saya keempat dan adik anak kelima. Atas saya semua abang-abang.
Abang-abang pun dah banyak membantu mak abah dulu, masa saya dan adik saya belajar. In fact, kereta lama tu pun abang-abang saya yang belikan dan repairkan.
Mungkin sekarang kos hidup makin meningkat dan anak-anak pun ramai, jadi tibalah giliran saya dan adik pula.
Dan yang banyak membantu uruskan adik dan adik ipar berkenaan keluarkan kereta baru. Yang mana, kosnya kami kongsi bersama.”
MW : Bertuah mak ayahnya, anak-anak tetap kenang kepayahan mak ayah yang tiada kenderaan. . Semoga kisah ini jadi inspirasi untuk anak-anak yang lain, agar terus menghargai mak ayah dengan cara masing-masing.
Sebaknya melihat dua anak perempuan berusia 12 dan 6 tahun ini. Kehilangan ibu selepas beberapa jam ibu melahirkan adik lelaki mereka. Malah, dalam video call terakhir ibu ini maklumkan bahawa bayi lelaki itulah hadiah terakhir untuk suaminya.
Kisah pengorbanan seorang isteri ini dikongsikan oleh drsuffiahany ketika memberi penghormatan terakhir untuk arwah di Tanah Perkuburan Islam Kg. Changkat, Gombak.
Kongsinya,
Pengorbanan….apakah erti pengorbanan sebenar?
Pagi ini saya dikejutkan dengan kepergian seorang wanita… seorang isteri dan seorang ibu…. melahirkan anak melalui pembedahan di HKL kerana komplikasi uri rendah.
Baru semalam melahirkan tetapi perjuangan seorang ibu hanya sampai ketika pagi ni sahaja. Beliau dijemput kembali ke rahmatullah dengan meninggalkan bayi yang berusia beberapa jam.
Dua anak perempuan berusia 12 dan 6 tahun. Dan yang paling sedih seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan seorang yang baik.
Sampainya saya di surau, jenazah selesai disolatkan. Saya memeluk anak-anak kecil ni. Tak tertahan air mata ini sambil membaca yassin. Yang kakak memahami dan menangis kesedihan melihat jasad ibu yang terkujur kaku.
‘Mak tengah tidur’ Itulah kata-kata yang diucapkan oleh si comel berusia 6 tahun. Ya Allah… sedihnya saya mendengar lontaran kata-kata si comel yang tak memahami apa yang sedang berlaku.
Yang menyedihkan sudah 20 hari mereka tidak dapat memeluk mak mereka kerana ditahan di hospital selama 20 hari. Dan suami juga tidak dapat membisikkan dua kalimah syahadah di saat hembusan nafas terakhir.
Sehari sebelum operation, arwah membuat video call dengan Ina (teman baik) dan arwah menyatakan ini lah hadiah terakhir buat suami. Kerana dapat bayi lelaki dan selepas ini arwah tak mahu lagi beranak. Rupanya inilah hadiah terakhir yang sangat berharga buat suami.
Kepada saudara sa’ie dan anak-anak.. bertabahlah menempuh kehidupan yang mendatang tanpa isteri dan ibu kepada anak-anakmu… Setiap apa yang berlaku ada hikmah yang akan diberikan kepada sa’ie dan keluarga.
Allahyarhamah Jumriyah… tenanglah di sana… semoga ditempatkan bersama mereka yang beriman….Al-Fatihah
سَلَٰمٌ قَوْلًا مِّن رَّبٍّ رَّحِيمٍ
Apa kah maksud pergorbanan? Nak menjalani kehidupan tanpa isteri membesarkan anak-anak… mengambil masa untuk kuatkan mental dan terima kenyataan.
Apa pendapat anda? menjadi bapa dan ibu sekaligus kepada anak-anak. Jom kita bagi kekuatan dan kata-kata semangat buat saudara sa’ie.
سَلَٰمٌ قَوْلًا مِّن رَّبٍّ رَّحِيمٍ
MW :Al Fatihah.. semoga Allahyarham Jumriyah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Dan Allah memberi ketenangan hati buat suami dan anak-anaknya.