Sumber/Sumber Foto: Instagram Farid Kamil

Pengarah dan pelakon, Farid Kamil menerima keputusan dengan penuh rasa hormat dari pihak Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada dirinya.

Semalam Istana Pahang memaklumkan gelaran Datuk, Farid Kmail Zahari, 39, dan juga seorang lagi pelakon Nuroliman A Rahman atau Boy Iman, 41 telah ditarik balik dan dibatalkan serta merta.

Farid dan Boy Iman antara lima individu yang ditarik balik gelaran Datuk berkuat dari tarikh surat penarikkan darjah kebesaran itu pada 1 Februari lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang merangkap Pendaftar Darjah, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, keputusan itu atas titah Yang di Pertuan Agong selaku Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Penarikan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk itu turut melibatkan tiga penerima lain iaitu Wong Shee Kai @ Ricky; Tran Thi Mai @ Maimunah; dan pemimpin sebuah NGO, Syed Mohammad Faiz Syed Azemman,” katanya melalui satu kenyataan pada Rabu seperti yang dipetik menerusi SinarPlus.

IKLAN

Dr Sallehuddin berkata, individu tersebut tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah – Darjah Kebesaran dan Bintang – Bintang Negeri Pahang.

Farid Kamil Terima Keputusan Dengan Rasa Hormat

Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Farid Kamil mengesahkan hal tersebut dan menghormati keputusan dari pihak Istana Pahang.

“Assalamualaikum w.b.t

IKLAN

“Sejak 16 Disember 2017 saya amat berbangga dan berbesar hati membawa gelaran Dato’ yang dikurniakan oleh Istana Pahang. Saya menjunjung kasih di atas penganugerahan tertinggi dalam hidup saya ini dan menerimanya dengan penuh kerendahan diri pada ketika itu.

“Hari ini juga saya dengan penuh rasa hormat menerima keputusan dari pihak Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ kepada saya.

“Saya kini dalam usaha memasarkan filem Remp-it 2 yang akan menemui penonton dalam tahun ini juga,” tulisnya.

IKLAN

Baca Disini Juga:

Farid Kamil Dimata Diana Danielle, Miliki Hati Yang Lembut, Suami & Ayah Yang Terbaik!

Erti Bahagia, Izara Aishah, Diana Danielle & Hana Aqeela

Sumber: SinarPlus
Sumber/Sumber Foto: Instagram Farid Kamil
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita