Pilih bendi. Perasan tak kalau ke bahagian sayur bendi, mesti akan nampak hujungnya yang sudah patah. Tak kurang juga sambil memilih, ada pembeli lain akan mematahkan hujung bendi.
Dikatakan dengan cara ini, pembeli dapat tahu bendi itu muda atau sudah tua. Lepas itu, bagaimana dengan bendi yang telah patah hujungnya. Ada pembeli lain akan ambil atau dibiarkan begitu saja.
Inilah yang perlu kita elakkan sebagai pembeli. Tak salah nak pilih bendi muda sekalipun tapi janganlah sampai merosakkan harta penjual dan menganiaya hak pembeli yang lain.
Cara yang kita lakukan selama ini salah dan berdosa. Sekadar untuk peringatan bersama seperti yang dikongsikan oleh Muharrik Daie ini.
“Maaf kak, kalau akak patah, akak wajib ambik sebab berdosa akak tak ambik.
Sebab merosakan hak orang kak.” Tegur aku pada seorang kakak di pasar malam sebentar tadi. Sewaktu aku ingin membeli sayur sayuran.
Dia menjeling aku seolah olah marah teguran aku.
“Tokey pun tak marah, kau nak marah. Apa hal.” Balasnya kasar kerana tak puas hati dengan teguran aku.
“Maaflah kak. Tokey tu tak nampak kak. Saya cuma ingatkan saja. Saya pun nak beli juga. Jadi saya tak akan ambik yang dah patah. Saya rasa begitu jugak orang lain.
Ads
Pastinya tokey akan rugi. Haram hukum nya kak. Maaf kak saya terpaksa tegur sebab depan mata saya. Kalau saya tak tegur saya pula yang berdosa.”
Berkali kali aku minta maaf supaya dia terima teguran aku dan berhenti mematah hujung bendi yang ingin di belinya dan sedar akan kesalahannya.
“Kalau tak patah macamana nak tahu tua atau muda bendi ni? Kau tahu ke nak pilih bendi muda kalau tak patah hujungnya?” Dia bertanya aku dalam nada yang agak kasar.
“Walau apa pun alasan akak, akak dah rosakkan harta orang. Itu yang salah. Saya pun tak tahu nak pilih yang muda atau tua bendi tu tapi biasanya saya ambik yang kecik kecik saja. Atau akak tanyalah tokeynya dulu, boleh ke patah patah.
Kalau tokey nya kata ok, tak mengapa. Tapi kalau sebaliknya akak berdosa merosakan harta penjual. Tak apalah akak, saya panggil tokey nya. Kita minta izin.” Ujar ku untuk mengertaknya.
“Tak apa tak apa, aku ambik semua yang aku patah tadi. Tak perlu panggil tokey nya. Terima kasih kerana bagi tahu.” Ujar kakak itu walau pun nada suaranya masih tinggi walau pun dia mengalah.
Aku tahu dia malu dengan aku. Aku pun terus berlalu dan tak jadi untuk membeli bendi tersebut dan aku biarkan dia menunggu tokey sayur yang sibuk itu untuk membuat bayaran. Kalau aku tunggu pastinya dia rasa tidak selesa. Cukuplah sekadar itu tanggung jawab aku menegur supaya dia tidak terus membuat kesalahan.
Teguran Yang Membina
Ads
Aku rasa dalam isu bendi ni, bukan saja kakak yang aku tegur itu saja yang melakukan, malah di luar sana masih ramai lagi wanita dan kaum ibu yang melakukan perbuatan mematah hujung bendi tersebut tanpa rasa berdosa dan bersalah.
Sebab itu bab feqah ni, bukan hanya kita belajar bab ibadat saja. Bab bermuamalat dan berjual beli ni pun kita kena belajar. Kalau tidak berdosa zalim kita dalam berjual beli.
Memanglah mematah hujung bendi itu nampak kecil tapi dosa merosakkan harta orang itu berat dosanya.
Ubahlah sikap kita. Jangan sebab nak cari bendi muda kita rosak dan zalimi hak orang lain.
Tip pilih bendi tanpa perlu patahkan hujungnya.
Perhatikan tangkainya. Tangkai mua akan terkatup rapat tanpa lubang. Manakala tangkai yang tua akan kelihatan berlubang. Semakin besar lubangnya semakin tua bendi tersebut.
.
Ads
Mingguan Wanita : Walaupun nampak macam isu kecil dan ada anggap itu adalah hak pembeli. Tapi, ada cara lain yang boleh kita lakukan supaya tidak merosakkan harta penjual dan pembeli lain juga.
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Datang rumah orang. Setiap orang ada cara kehidupan sendiri. Belum lagi keadaan rumah seseorang, kita tak tahu cara mereka. Ada yang terlalu pembersih pun tak boleh juga, pantang pegang terus dilapnya.
Itu satu hal, ada juga turan rumah yang tidak sempat nak uruskan rumah, bukan tak nak kemas tapi baru 5 minit kemas, anak dah sepahkan. Faham-faham sendirilah bila ada anak kecil ini.
Begitu juga dengan kita, mungkin pandangan kita sendiri rumah dah cukup bersih dan kemas tapi kalau orang lain tengok, kita tak tahu dalam hati. Sebab itu, bila datang rumah orang, jaga aib tuan rumah ye.
Dalam perkongsian oleh Suriana Megat Zabidi menasihati agar kita yang datang rumah orang supaya tidak cepat menilai keadaan rumah orang. Carilah yang manis dan baiknya.
Suatu hari, kami terpaksa menumpang solat di rumah adik, kerana waktu solat dah nak habis. Kiranya seperti kunjungan mengejutlah ni. Kami beritahu 15 minit sebelum sampai.
Sampai sahaja kami di rumahnya, adik ipar perempuan kelam kabut kemas bilik, kain baju yang belum berlipat di tolak naik atas katil sambil berkali kali mohon maaf rumah tak berkemas.
Kami memandang dengan mata lebah, mencari yang baik dan manis. Rumahnya bagi kami tetap cantik dan kemas. Tidak pula kami perhatikan celah langsir ada rambut atau tidak, bilik air bersental atau tidak. Kami tak cari yang busuk dan buruk.
Jatuh belas kasihan padanya mengenang dia membantu adik saya mencari rezeki dan di masa yang sama mengurus anak-anak yang masih kecil. Terlompat lompat mengurus banyak benda, tidak merungut, hadap sahaja. Saya doakan rumahtangga mereka aman bahagia dan dirahmati Allah.
Jangan Cari Pasal
Begitulah kita menjadi manusia. Jangan hati perut tu suka mencari pasal dan salah orang. Yang mana kita boleh permudah, permudahkan. Kita tak berkenan cara orang sana sini, kita berkata buruk tentang mereka, seolah olah kita ini sempurna. Walhal aib kita Allah yang selindungkan.
Sebab itu saya tak menjemput sesetengah orang ke rumah saya. Saya tidak cukup kuat untuk melayan langau dan lalat, yang mencari rambut di celah langsir,
kemudian dihebah sana sini. Tetapi jika lebah yang ingin berkunjung, saya begitu mengalukan.
Hidup ini terlalu singkat untuk kita melayan benci orang. Jalan terus dengan gembira cara kita.
Mingguan Wanita : Betul sangat. Tak perlulh nak cakap itu ini. Kehadiran kita dirai pun sudah cukup bersyukur. Sebab tetamu datang itu adalah pembawa rezeki.
Semacam satu trend sekarang ini, wanita muslimah berbasikal tapi masih memakai pakaian yang ketat, sendat, melekat sampai terbentuk segala aurat.
Ini pesan disampaikan Ustaz Farid Rashidi untuk muslimah yang mahu mengikuti sukan berbasikal ini. Agar memilih pakaian yang memelihara aurat ketika mengikuti aktiviti berbasikal ini.
Sekarang dah jadi trend pula gadis Islam berbasikal.
Nak berbasikal hingga hujung dunia sekalipun tak ada masalah, silakan asal syariat terjaga.
Yang jadi kecewa dan sedih, bila berbasikal tapi dipakainya baju ketat, sendat, melekat sampai terbentuk segala aurat. Lagi menyedihkan bila gadis bertudung pun ikut sama trend berbaju gitu. Astaghfirullahal Azim.
Apa sudah tercampak rasa malu di jalanankah hingga sanggup menjadi sebahagian seperti apa yang Rasulullah SAW sebutkan dulu?
Sebuah hadis mengingatkan kita:
Dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
Rasulullah SAW bermaksud: “Dua golongan penghuni neraka yang aku tidak pernah melihat kedua-duanya iaitu kaum yang membawa cemeti seperti seekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia dan perempuan yang berpakaian, tetapi telanjang berjalan berlenggang-lenggok dan menggoda, kepala mereka seperti bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.”
[Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 2128]
Tak masuk Syurga apalagi mencium baunya tau. Bukan saya kata, tapi Rasulullah SAW yang pesan begitu kat orang perempuan. Allahu, dengar pun gerun. Meremang.
Tolonglah ya, pesan dekat anak-anak, isteri, adik-beradik perempuan, kawan-kawan jangan berpakaian semacam itu.
Dosa hari-hari duk mengumpat pun tak terhitung inikan dosa dedah aurat lagi.
MW : Nak ikut trend tu tak salah, tapi kenalah tengok baik buruknya dulu pada diri. Jika tak memberi manfaat kenapa nak ikut sampai mengundang dosa.
Kalau seseorang itu terlalu putih, pasti akan nampak urat pada bahagian muka, tangan dan pipi. Maklumlah, kulit putih sangat terus nampak aliran darah, Mungkin nampak macam comel pun ada juga.
Tapi jangan salah faham, ada juga yang akan timbul urat hijau. Inilah yang kena perhatikan. Bukan comel tapi bahaya untuk seseorang. Lebih-lebih lagi kalau tiba-tiba-tiba ia muncul.
Inilah yang dikongsikan oleh Pusat Rawatan Islam Al Maliki Syifa Group tentang perkara ini.
Bila anak kecil, anak gadis atau isteri kalian tiba-tiba keluar urat hijau di tangan, kaki atau pipi dan perutnya seperti mengandung di tengah malam.
Jangan teruskan tidur. Bangun peluk mereka dan tiup 7x Al-fatihah di ubun kepalanya.
Sapu pati atau minyak angin Bidara di kedua ibu kaki, nadi tangan dan tangannya.
Anak kecil anda boleh mati serta merta,anak gadis atau isteri boleh meninggal semasa tidur.
Ini disebabkan:
1. Mereka dalam ketakutan melampau terlihat sesuatu yang menakutkan, mimpi yang menakutkan sehingga terjaga secara mengejut sehingga aliran jantung terlalu kencang megepam darah dan memecahkan pembuluh darah.
2. Mereka terlalu stress, kecewa, menangis tanpa air mata tanpa diketahui puncanya.
3. Anak kecil sangat ketakutan dan akan terus meninggal. Selalu didianogsis sebagai sawan.
Kajian saintifik mengatakan ia disebabkan oleh simptom darah tinggi dan kencing manis yang serius.
Antara sebabnya ialah sihir yang dihantar, saka yang kelaparan tidak diketahui pemiliknya dan kerja Jin Ummu Shibyan yang membawa kuman yang menyebabkan implikasi dalam aliran darah.
Baca ayat perlindungan 3 Kali , niatkan untuk anak anda.
Mingguan Wanita : Jangan nampak cantik tapi kita tak tahu ia boleh membahayakan orang yang kita sayang. Kena perhatikan.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...