Setiap orang ada citarasa tersendiri. Ada yang suka guna barangan mahal dan berjenama. Tak kurang juga, lebih suka beli barangan murah saja. Mungkin dengan barangan murah, kita boleh dapat banyak dan kalau rosak tidaklah ralat.
Walau bagaimanapun, ada yang beli barangan mahal kerana memikirkan ia tahan lama dan berbaloi kalau membelinya. Sampaikan ada yang cukup puas hati sebab produk atau barang yang dibeli dengan harga yang mahal mampu digunakan sampai bertahun-tahun.
Semua itu bergantung kepada citarasa dan kemampuan masing-masing. Tak salah nak beli barangan mahal tapi tengoklah keadaan. Jangan sampai ikat perut semata-mata nak beli barang berjenama.
Kali ini, Puan Mary Anni berkongsi tentang konsep Cost Per Wear (CPW). Nak bandingkan dengan membeli barangan mahal dengan barangan murah. Bukan bermakna barangan murah ini tidak elok tapi semua ini bergantung kepada diri masing-masing.
“Kenapa nak kena beli tali pinggang kulit sampai harga RM600?
Dekat Shopee ada tali pinggang bagus harga RM60 kau boleh beli 10!
Nak beli mahal sebab nak tunjuk jenama la tu…”
Ads
Memang senang buat ayat tuduhan terutama apabila berfikir dan hukum hidup orang lain ikut ruang lingkup kemampuan dan citarasa sendiri.
Beginilah,
Kali ini saya mahu kongsikan konsep Cost Per Wear (CPW).
Cost Per Wear (CPW) adalah konsep yang sangat mudah – nilai item secara langsung berkait dengan kekerapan anda menggunakan item tersebut.
Sekiranya anda membeli kasut dengan harga RM200 dan memakainya sekali, maka nilai kasut itu ialah RM200.
Jika anda memakainya sebanyak dua kali, maka nilai CPW kasut itu sekarang ialah RM100 sekali pakai.
Jika kasut itu dipakai seratus kali dalam setahun maka setiap kali kasut itu dipakai nilai CPW adalah RM2 sahaja.
Ads
Apabila nilai CPW sesuatu item rendah dan kekerapan penggunaan tinggi, ini bermakna amat berbaloi pelaburan anda ke atas item tersebut.
Biar Berbaloi
Untuk benar-benar memanfaatkan CPW secara maksimum, anda harus benar-benar menyukai dan benar-benar menikmati (pakai) barang-barang yang anda beli.
Ia juga perlu disimpan dan diselenggara (maintenance) dengan baik agar kualitinya masih tinggi walau dipakai bertahun lamanya.
Jika anda jenis yang cepat bosan dengan gaya yang sama dan suka mengikuti trend baru, konsep CPW ini boleh jadi kurang menarik untuk anda.
Apakah barang yang bagus dibeli dengan kualiti tinggi (baca: mahal dan berjenama)? Antaranya:
Beg tangan
Kasut
Tali pinggang
Tali leher
Pakaian kategori gaya evergreen seperti kemeja putih dan seluar slack hitam
Jam tangan
Aksesori dengan rekaan evergreen
NOTA: Saya mempunyai sepasang kasut formal berwarna hitam yang saya beli pada tahun 2015 pada harga menghampiri RM500.
Tahun ini ialah tahun keenam saya menggunakan kasut tersebut. Masih elok dan nampak baru. Sudah tentu perlu dijaga dan disimpan dengan baik.
Ads
Dalam tempoh setahun, saya pakai kasut tersebut tidak kurang 50 kali. Jadi sekurang-kurangnya saya sudah pakai kasut itu 250 kali sepanjang 5 tahun ini.
CPW kasut tersebut ialah RM2. Sangat berbaloi!
#PuanMary #GuruImej
MW: Tak kisah nak beli yang mahal atau murah, paling penting ia berbaloi bila kita guna.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Lelaki ini, tujuh tahun jaga jodoh, akhirnya kekasih hati kahwin dengan sahabat sendiri. Beratnya dugaan lelaki ini tetapi tindakannya menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasih dengan sahabatnya dipuji ramai.
Bayangkan selama ini bercinta, sudahnya teman wanita memilih teman baik untuk dijadikan suami. Inilah dikatakan jodoh di tangan Tuhan.
Akhirnya Kekasih Kahwin Dengan Sahabat Sendiri
Sebuah rakaman video yang memaparkan seorang lelaki di Indonesia hadir ke majlis perkahwinan bekas kekasih dengan sahabatnya sendiri mengundang simpati netizen, lapor Suara.com, semalam.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram @berita_gosip, lelaki itu dilihat berdiri di hadapan pasangan pengantin sambil mengucapkan tahniah.
Menurut keterangan video, pengantin perempuan rupanya pernah bercinta dengan lelaki itu selama tujuh tahun.
Tujuh Tahun “Jaga” Jodoh
“Tujuh tahun bercinta, akhirnya kekasih berkahwin dengan sahabat sendiri.
“Rupanya saya bukan menjaga jodoh sendiri tetapi menjadi penjaga jodoh sahabat,” tulis kenyataan di status berkenaan.
Meskipun percintaan mereka gagal, hubungan lelaki itu dengan pengantin perempuan kelihatan baik apabila wanita itu dilihat bersalaman sambil mencium tangan bekas kekasihnya.
Terlebih berjaga pada waktu malam, selalu membuatkan wanita kerap lapar dan suka makan lewat malam. Kadang nak paksa tidur pun tak selesa bila perut kosong, akhirnya pilihan yang ada anda terpaksa sumbat makanan walau lewat malam. Tapi mungkin juga beberapa faktor ini berkait…
1. Stres
Ketika kepala penuh masalah, alternatif dicari untuk menimbulkan rasa gembira. Makanan akan membuatkan seseorang berasa kenyang dan puas hati. Lama-kelamaan makan menjadi tabiat dan akan menyebabkan kenaikan berat badan yang banyak.
2. Salah tafsir rasa haus dengan lapar
Otak tak dapat membezakan rasa haus dengan lapar. Jadi sebelum mencari makanan pada waktu malam, minumlah air kosong dahulu. Jika masih juga lapar, barulah mencari makanan yang sesuai pula.
3. Waktu makan tak tetap
Makan tidak tetap atau makanan yang diambil pada waktu siang tidak memuaskan kehendak diri. Ya, inilah jadi dorongan buat anda rasa lapar pada waktu malam. Cara atasi, anda perlu sediakan makanan dari rumah atau beli makanan yang disukai dan bawa sebagai bekalan di pejabat. Aturkan juga untuk makan lima kali sehari dengan jumlah kalori sebanyak 400 kalori sahaja setiap kali makan.
4. Suka makan gula
Jika anda suka makanan manis pada waktu pagi, tengah hari dan petang, badan anda pasti akan ketagih gula. Akibatnya pada waktu malam, ibu hamil teringin makanan manis atau berkarbohidrat. Gantikan gula dalam makanan dengan buah-buahan dan mengunyah gula-gula getah ataupun mendisiplinkan diri untuk elak makan makanan yang bergula.
5. Amalan ringan elak makan malam
Amalkan makanan berserat tinggi, minum air kosong secukupnya dan lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki setiap hari. Percayalah amalan ini boleh melawan rasa lapar pada waktu malam hari.
Haaa… tetapi kalau anda kerap sangat tidak dapat melawan rasa lapar, anda boleh consult dengan doktor sebab risau pula jika ada masalah lain.
Nota:
Ramai yang diet dengan cara elak sarapan, sudahnya makan waktu malam berlebihan sebab pagi dah kelaparan. Salah tu, cara terbaik adalah jangan skip sarapan pagi, tengah hari dan elak makan malam!
Seeloknya ambil makanan sumber protein pada waktu malam supaya tengah malam anda tak masuk dapur cari makanan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Zulin Aziz baru 10 bulan kahwin namun sering diasak soal zuriat, “mohon doa baik buat kami”. Anak antara persoalan yang sering ditanya selepas pasangan mendirikan rumahtangga.
Bila tak kahwin, soalannya bila mahu bertemu jodoh. Bila sudah berumur sikit bila nak jadi nenek. Pendek kata masyarakat tak pernah berhenti bertanya hingga kadangkala yang menjawapnya terasa lelah.
Hal sama dilalui pelakon dan pengacara Zulin Aziz, 33 yang mendirikan rumatangga pada 20 Februari lalu bersama suami dikasihinya Farhan Norzaini, 35 di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Pasangan sama cantik sama padan ini sering menjadi tumpuan dan mereka juga tak terkecuali ditanya soalan yang agak cliche ini.
@zulinazizThank you so much @ladysnighthq menemani Honeymoon kami 🥰❤️🥰 . Korang pulak try okies 🤭 Penting sgt @ladysnighthq korang kena ada jugak tau 😍 bestt sgt sbb.. . ✅ Mengetatkan miss V ✅ Rawat keputihan ✅ Hilangkan bau & gatal2 miss V ✅ Rawat masalah kurang ghairah/kekeringan . MAK2, ISTERI2, BUJANG2 SEMUA WANITA BOLEH PAKAI TAU 🥰😍 . Btw…Suami ni kena ikat dia btl2 tau sampai dia nk lekat 24 jam je dgn kita 😍 ANAK DARA pun kena jaga dari sekarang 🥺 Sapu2 je dah siap, kesan sepantas 5-30 minit 😘 Lulus kkm ☑️ . Tekan link pada bio @ladysnighthq @ladysnighthq @ladysnighthq . Order sekarang utk dapatkan YEAR END SALES 🤩, tips memikat hati suami, cara pantas rawat keputihan & byk2 freegift dari @ladysnighthq 🥰💕♬ sonido original – an.mochi
Kongsi Zulin yang kini sedang bahagia berbulan madu di Korea berkata, selepas keguguran Ogos lalu, dirinya sering diasak dengan pertanyaan tentang anak.
“10 bulan usia perkahwinan kami asyik diasak dengan soalan bila nak ada anak. Kami pun macam pasangan yang lain pastinya ingin zuriat.
Ujarnya lagi, mereka tidak akan pernah berhenti berusaha untuk mendapatkan zuriat. Malah, Zulin akan memastikan dia dan suami akan pergi berbulan madu setiap kali mempunyai masa terluang.
Kami tak pernah berhenti berusaha. Sebab tu kalau ada masa kami luangkan waktu pergi honeymoon. Kualiti masa bersama.
Dalam pada itu, bekas penyampai Suria FM ini meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya dan suami.
Kami tak pernah berhenti berusaha. Mohon doa yang baik-baik buat kami ya? Penantian harus ada kesabaran kan?
Anak,rezeki dari Allah dan doakanlah yang baik-baik untuk orang lain. Jika Allah belum mengizinkannya usah diasak tentang hal ini kerana ia mungkin memberikan tekanan pada yang menerima. Zulin dan suami tak sampai setahun pun lagi mendirikan rumahtangga, ada banyak lagi masa buat mereka berdua. Doakan yang baik-baik.
Mayat tiga beranak ditemui mereput di dalam rumah, anak lelaki autistik. Tiga mayat yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan ditemukan dalam sebuah rumah di Jalan Bukit Kristal di sini pada Selasa.