Beku akaun bank bekas suami yang ingkar perintah mahkamah untuk membayar nafkah kepada bekas isteri sememangnya disambut baik oleh wanita terutama mereka yang dianiaya bekas suami yang gagal membayar nafkah.

Beku Akaun Bank Bekas Suami

Pegumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tentang akaun bank bekas suami akan dibekukan jika mereka ingkar perintah mahkamah untuk membayar nafkah kepada bekas isteri beberapa hari lalu memberi kelegaan kepada wanita yang teraniaya.

Perkara itu antara yang diputuskan kerajaan sebagai menghargai dan menjaga kepentingan wanita, khususnya yang diceraikan suami.

Beku Akaun Bank Bekas Suami Ingkar Perintah Mahkamah “Wanita Menjadi Mangsa Akan Diberi Hak Dan Keadilan” Rina Harun

Hak & Keadilan Buat Wanita

Sewaktu bertemu dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun menyatakan kerajaan akan mengarahkan bank untuk menyalurkan bayaran yang ditetapkan mahkamah secara terus kepada wanita dijangka dilaksanakan pada tahun ini.

Malah Datuk Seri Rina juga menyatakan wanita-wanita yang menjadi mangsa sepatutnya mendapat hak akan diberikan keadilan sewajarnya.

Beku Akaun Bank Bekas Suami Ingkar Perintah Mahkamah “Wanita Menjadi Mangsa Akan Diberi Hak Dan Keadilan” Rina Harun

“Kementerian akan membantu selaraskan supaya mereka yang menjadi mangsa dan patut mendapat hak akan diberikan keadilan sewajarnya.

“Justeru kementerian akan adakan perbincangan lanjut dengan kementerian dan agensi yang berkaitan.

“Oleh kerana pengumuman sudah dibuat, sekarang tunggu pelaksanaan dan kita akan cuba laksanakan tahun ini juga berdasarkan daripada perbincangan dan pelaksanaan dengan agensi berkaitan.

IKLAN

Banyak Kes Bekas Suami Gagal Bayar Nafkah

“Ketika ini banyak kes bekas suami gagal membayar nafkah walaupun sudah diperintahkan mahkamah.

“Jadi apabila pengumuman sudah dibuat apabila sudah mendapat perintah mahkamah, akaun itu akan dibekukan, maka institusi kewangan akan bayar secara terus kepada bekas isteri.

“Saya kira ini satu pengumunan yang sangat baik dan perlu disambut oleh semua wanita yang terbabit,” ujar beliau.

Prihatin Luahan Isu Aurat Wanita Semasa Proses Bersalin

Beku Akaun Bank Bekas Suami Ingkar Perintah Mahkamah “Wanita Menjadi Mangsa Akan Diberi Hak Dan Keadilan” Rina Harun

Pada masa yang sama, Datuk Seri Rina yang menyantuni program pelancaran Hospital Mesra Wanita, MDC Pusrawi Kota Damansara begitu tertarik dengan isu perkhidmatan halal dan patuh syariah khususnya kepda ibu yang mahu melahirkan.

“Saya amat tertarik dengan fokus MDC Asia Link yang mahu memberikan perkhidmatan halal dan patuh syariah kepada para pelanggan khususnya ibu-ibu yang mahu melahirkan.

IKLAN

“Hal ini sekaligus dapat menghapuskan rasa was-was pengguna Islam dalam mendapatkan rawatan kesihatan.

“Di media-media sosial, banyak aduan dan luahan dikongsi oleh wanita-wanita yang ingin melahirkan, menyuarakan keresahan dan kebimbingan mereka semasa proses bersalin.

“Dengan kesedaran beragama yang semakin baik di kalangan Muslim Malaysia, jadi isu aurat wanita semasa mendapatkan rawatan menjadi satu sensitiviti dan hak yang perlu diberi perhatian.

“Saya juga difahamkan hospital ini juga menwarkan sesi kaunseling berkaitan parenting, penjagaan sepanjang kehamilan, penjagaan ibu selepas bersalin dan sebagainya mengikut lunas syariah,” sambung Datuk Seri Rina.

Menarik Lagi : Datuk Seri Rina Harun Makin Cantik, Kurus Dan Muda, Penampilannya Jadi Bualan

Dr Say Kongsi Bil RM15,000 “Isteri Bersalin Bukan Setiap Bulan, Jadi Apa Salahnya Berikan Keselesaan Kepada Mereka?”

Menurt Ketua Pegawai Eksekutif MDC Asia, Dr Aslan Bacho pula, Hospital Bersalin dan Poliklinik MDC Pusrawi Kota Damansara berkonsepkan ‘Beyond Healthcare’ mempunyai visi ke arah menjadi “A Leading Halal Healthcare Solution Provider In Southeast Asia” iaitu sebagai peneraju Halal didalam perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan.

IKLAN

Beku Akaun Bank Bekas Suami Ingkar Perintah Mahkamah “Wanita Menjadi Mangsa Akan Diberi Hak Dan Keadilan” Rina Harun

Sumber Foto : IHSAN MDC PUSRAWI KOTA DAMANSARA

Mingguan Wanita : Bersyukur pada ibu tunggal yang teraniaya. Harap dengan perintah daripada kerajaan untuk membekukan akaun bank bekas suami yang culas bayar nafkah memberi manfaat kepada wanita yang sepatutnya mendapat pembelaan terbaik dalam membesarkan anak-anak.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Beku Akaun Bank Bekas Suami Ingkar Perintah Mahkamah “Wanita Menjadi Mangsa Akan Diberi Hak Dan Keadilan” Rina Harun
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI