Jangan pandang sebelah mata dengan peniaga-peniaga yang berjualan. Kadangkala melalui mereka inilah tuhan berikan pelajaran kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Lelaki ini, Amirul Abraham belajar sesuatu daripada makcik peniaga ini; tentang erti ikhlas dalam memberi.
Dan hasil pertemuan dengan makcik peniaga ini menjentik hati lelaki ini untuk mendoakan kesejahteraan ibu-ibu yang menyayangi anak-anak mereka di dunia ini.
Makcik Salah Kira Ni..
“Berapa semua makcik?”
“RM20 je nak.”
Saya hulur ngam 2 keping not 10 ringgit. Kemudian buka plastik berisi barang sayur dan ikan bilis.
Saya kira kira semula, mahu RM30 jumlah sebenarnya.
“Makcik, nah 10 ringgit lagi.. makcik salah kira.”
Makcik tu ambil plastik saya, dia berjalan ke belakang kedai dan masukkan lagi sepeket ikan kering ini.
Sudah beri diskaun. Makcik ini tambah ikan kering lagi.
“Eh. Kenapa tambah lagi? Total semua RM36 ni makcik.”
“Takpelah nak. Ambil. Makcik belanja.”
“Mana boleh macam ni makcik. Saya ada duit. Makcik tak boleh bagi saya diskaun. Umi saya baru kirim duit dari HongKong ni.” saya cuba bertegas.
Makcik tu senyum saja. Kemudian dia beri sepatah dua kata,
Ads
Ini Yang Orang Ikhlas Akan Lakukan
1. Tak salahkan orang macam makcik ni bersedekah dan beri lebih pada kamu? Makcik tenang. Kamu pun mesti gembira. Kan? 2. Makcik dah tua. Anak dah besar besar semua. Takde apa yang makcik nak kejar, nak. Ambil lah. Rasa nak sujud je kat kaki makcik ini. 3. Kamu pelanggan pertama makcik. Saya tengok jam dah pukul 10 pagi. Tapi saya yang pertama beli dari makcik ini. Sabar sungguh orang tua ini. 4. Makcik doakan anak gembira. Jaga diri selalu. Moga murah rezeki anak nanti. Eh. Macam terbalik pula doa makcik ni. Patutnya saya yang tadah tangan berdoa untuk makcik ini. 5. Orang susah, orang ikhlas beginilah kejadiannya. Selalu memberi apa yang dia sayang. Apa yang dia ada. Tidak berkira dengan sesiapa.
Kalau saya tak makan ikan masin ni mesti makcik sedih. Kejap lagi saya goreng ya makcik.
Ya Tuhan. Peliharalah ibu ibu kami di dunia. Sayangi mereka macam mana mereka menyayangi kami.
Ads
Lapar.
MW : Bersedekahlah, kerana ganjarannya tuhan akan gandakan lebih dari apa yang kita beri.
Tidak dinafikan setelah berkahwin dan punyai anak, mak ayah semakin sibuk dengan kerja dan menguruskan anak-anak sehingga mengabaikan kasih sayang antara suami dan isteri.
Lama-lama hubungan suami, isteri menjadi jauh seterusnya rumah tangga mula bermasalah di sana, sini kerana kurangnya kasih sayang. Sepatutnya jika suami dan isteri mahu rumah tangga bahagia serta murah rezeki, perkara utama adalah tingkatkan kasih sayang antara tonggak utama rumah tangga itu.
Suami isteri nak murah rezeki, ini kena buat selalu. 1. Makan sama-sama. Ini yang kita kena buat selalu. Lagi-lagi pasangan yang suami isteri bekerja. Masa yang ada cuma masa balik daripada kerja dan dua-dua dah penat. Balik dengan emosi. Balik dengan masalah tempat kerja dan kerja yang tidak selesai. Apa pun berlaku, cari masa untuk makan bersama. Walaupun cuma makan biskut kering bersama. Huhuhu. Kalau tak larat nak masak lepas balik kerja, ajaklah pasangan keluar makan di luar. Itu pun sudah ada waktu makan bersama.
2. Layani anak-anak dengan penuh kemesraan. Bila dah ramai anak, biasalah ragam mereka juga berbagai-bagai. Seorang macam ini, seorang macam itu. Yang pertama ajak main, yang kedua ajak makan, yang paling kecil ajak tidur. Serentak semuanya. Kahkah. Ini normal. Santuni anak-anak elok-elok. Banyakkan bercakap dengan mereka. Bagi logik supaya mereka belajar untuk berfikir. “Adik tu dah lama jaga, lama juga dia main tadi. Adik dah penat tu bagi ayah tidurkan adik dulu ya. Abang Ngah baru bangun tidur ada tenaga banyak lagi. Pergi tolong mak sekejap. Adik tidur nanti ayah tolong abang Ngah buat kerja tu.” Kena sangat-sangat sabar. Mereka tak tahu apa lagi.
3. Beri panggilan yang baik untuk suami dan isteri. Dalam situasi apa sekali pun, tenang atau pun konflik. Kemesraan panggilan kena kekalkan. Dan bila isteri panggil, suami jawablah elok-elok. Pandang muka isteri dan senyum. Hah, begitu.
4. Beri isteri duit belanja sekalipun isteri ada pekerjaan dan ada gaji sendiri.
Benar zaman ini zaman suami isteri bekerja. Suami ada pendapatan, isteri juga sama. Banyak juga berlaku gaji isteri lebih besar. Tak kisah hal itu, ambil berkat beri isteri sedikit duit belanja. Sekali pun cuma RM10. Yang isteri bila dapat duit daripada suami ucapkan terima kasih. Ambil cara elok dan senyum juga. Ya sama, sekali pun cuma RM10. Huhu.
5. Selalu tenangkan hati pasangan ketika resah. Seorang suami pasti faham dan tahu emosi isteri yang sedang resah. Begitu juga bagi seorang isteri. Rupa kerut dahi yang mencantumkan kening suami itu pasti dia tahu sebab apa. Punyalah hebat isteri ini. Maka, tenangkan. Ajak bersembang dan mungkin berjalan.
Kalian, semua ini adalah perkara yang merapatkan lagi kasih sayang antara suami isteri. Dan memang itulah rahsianya. Kalau kalian nak rumah tangga kalian murah rezeki, kena tingkatkan kasih sayang antara tonggak utama rumah tangga itu.
Suami dan isteri kena sangat menzahirkan kasih sayang. Maka dengan itu rezeki akan datang sebanyak-banyaknya.
Namun ingat juga ya, rezeki bukan soal duit semata-mata. Anak yang baik, mertua yang memahami, jiran yang selalu membantu, kereta yang tak pernah rosak, dapat solat jemaah sama-sama, makan yang tak pernah putus dan paling tidak masih dapat melihat suami dan isteri itu hidup bersama juga adalah rezeki.
MW:Sebelum melatah menyalahkan itu dan ini tak cukup, perbaikilah hubungan suami, isteri. Kadang-kadang kita alpa hingga mengabaikan kasih sayang antara suami, isteri. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi buat suami, isteri yang ingin mengejar bahagia untuk selamanya. Insyalla
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila mak cakap, sekali tak mungkin anak nak dengar atau ikut. Kalau 3 -4 kali boleh keluar suara tarzan mak. Mahunya tak geram dan marah kalau anak buat tak tahu saja.
Itulah yang dihadapi oleh sesetengah daripada mak-mak. Bila mak cakap, anak buat tak tahu saja. Sebenarnya, bila keadaan ini berlaku, ia telah mendidik anak derhaka tanpa kita sedar.
Jangan biarkan keadaan ini berterusan. Bukan setakat didik anak derhaka tapi degil dan tidak dengar kata. Dengarkan nasihat oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dalam perkongsiannya di tiktok.
Alasan macam-macam alasan diberikan bila nafsu mula menguasai diri. Pelbagai alasan juga dicipta untuk melindungi kesilapan diri. Kesetiaan isteri dibuang ke tepi.
Ikuti luahan hati seorang isteri yang dicurangi suami saat dia sarat hamil anak pertama. Namun, kenapa dia masih sanggup memaafkan lelaki itu dan berikan peluang kedua?
Jodoh Cinta Pertama
Z lelaki pertama yang mengetuk pintu hatiku. Siapa sangka, akhirnya membawa kami ke alam perkahwinan. Saat melangsungkan pernikahan, ramai yang memuji ketampanan suamiku, Z. Kata mereka beruntung aku mendapat suami yang handsome.
Suami seorang yang romantik. Sejak zaman bercinta, dia melayanku dengan baik da nada saja kejutan buat diriku. Sebaik berkahwin, dia tetap begitu. Terasa aku wanita yang paling bertuah di dunia ini.
Beberapa bulan selepas bernikah, aku mendapati diriku hamil anak pertama. Sudah tentu ia satu berita gembira untuk kami suami isteri. Dia menjagaku sebaik mungkin. Sebut apa saja yang teringin, pasti akan dicarinya.
Balik Kampung
Waktu itu aku telah berhenti kerja kerana ingin fokus kepada kandungan. Waktu usia kandungan 8 bulan, aku pulang ke kampung supaya mak dan ayah dapat menjagaku memandangkan Z sering kali bertugas di luar daerah. Dia risau akan keadaan diriku yang makin sarat. Di kampung ada mak dan ayah, ada dua adikku boleh tengokkan aku.
Walau pun begitu, sekurangnya tiga kali sehari kami akan berhubung. Aku sedar dia sibuk dan tidaklah menganggunya sepanjang masa. Sehinggalah saat melahirkan, Z ada di sisi. Akhirnya lahirlah anak pertama kami, A.
Hidu Ada Yang Tak Kena
Ketika aku berpantang di kampung, suamiku akan pulang setiap minggu kerana jarak antara Melaka-KL tidaklah jauh. Tapi tiap kali balik, telefon tidak pernah lepas dari tangan walau ke bilik air. Tapi aku tak rasa pelik memandangkan dia memang sibuk.
Tapi, itulah. Naluri isteri pasti dapat menghidu andai ada yang tak kena pada suaminya. Beberapa kali dia mengangkat telefon, dia akan lari jauh dariku sedangkan biasanya urusan kerja, dia tak kisah kalau aku dengar. Aku mula rasa sesuatu.
Yang menghairankan bila telefonnya juga sudah ada password dan bila ku tanya apa password, dia mengelak untuk beritahu. Lagi aku tambah curi.
Kembali Ke Rumah
Atas permintaan suami, tiga bulan aku di kampung. Katanya biarlah aku benar-benar sihat dan belajar cara menjaga bayi daripada mak. Cukup tiga bulan, aku kembali ke rumah kelamin kami.
Ramai juga jiran tetangga yang datang menziarah memandangkan aku agak aktif juga dengan persatuan penduduk di situ. Apatah lagi aku terkenal dengan kepandaian membuat aneka kek. Kalau ada acara makan-makan, ada saja kek yang akan ku bawa.
Salah seorang jiran yang rapat denganku, Kak Kay turut bertandang. Banyak hal yang kami bualkan. Tapi aku lihat kak Kay seolah ada sesuatu nak diberitahu tapi serba salah. Tapi ku lihat matanya melirik pada Z yang sedang bersembang dengan suami kak Kay tak jauh dari kami.
Alasan Dia Curang
Beberapa kali kak Kay datang ke rumahku lagi hinggalah pada satu hari dia datang ketika Z tiada di rumah. Katanya dah lama dia fikirkan akhirnya dia tekad nak beritahu aku kerana kasihankan aku. Walau pun suaminya larang, tapi dia tetap nak beritahu.
Waktu itu, aku dapat rasa tentu ada sesuatu yang berkaitan dengan Z. Ya, tepat telahanku. Kak Kay dan suaminya pernah terserempak dengan Z bersama seorang wanita muda jalan sambil berpegangan tangan. Z tak perasan mereka waktu itu.
Yang menguatkan lagi sangkaan kak Kay, dia pernah beberapa kali ternampak Z dihantar balik oleh wanita yang sama setiap kali dia balik dari out station. Kak Kay siap tunjukkan bukti gambar yang sempat diambil padaku. Dia sengaja ambil gambar kerana sedar tanpa bukti mungkin aku tak percaya.
Waktu itu, fikiranku kosong. Hatiku cuba nak menafikan apa yang ku dengar. Tapi aku kenal kak Kay. Dia bukan jenis orang yang suka fitnah tanpa usul periksa.
Bersemuka
Aku cuba bertenang. Apa juga keadaan aku kena berani untuk berterus terang. Bila Z balik, aku tetap sambut macam biasa. Bagi dia makan dan tunggu hingga dia selesai mandi dan rehat. Waktu itulah aku duduk di sebelahnya. Anak kami waktu itu sedang tidur.
Bila ku tanya apakah dia ada wanita lain di belakangku, dia nampak terperanjat. Ku tunjukkan whatsapp gambar yang kak Kay berikan padaku tadi. Terus dia terdiam. Aku tak mengamuk atau terpekik. Dengan tenang aku minta dia terus terang.
Tiba-tiba saja dia melutut, memegang tanganku sambil meminta maaf. Katanya dia sedar dia salah dan dia berdosa kerana menduakan aku. Rupanya Z dan wanita itu berjumpa dalam satu kursus. Waktu itu dia sunyi kerana aku di kampung d
an wanita itu hadir saat itu.
Z juga bersungguh memberitahu bahawa dia akan memutuskan perhubungan dengan wanita itu kerana dia sayangkan aku dan anak kami. Percaya? Entahlah. Tapi waktu itu, aku hanya terima apa saja penjelasannya kerana fikirkan bayi kami. Apa akan jadi kalau aku dan Z berpisah?
Kembali Bekerja
Aku minta izin Z untuk kembali bekerja dan dia izinkan. Walau pun dia mampu beri aku kesenangan tanpa perlu bekerja tapi aku ada sebab sendiri. Walau pun aku cuba untuk percaya pada Z tapi jauh di sudut hati, aku tetap tak dapat melupakan apa yang dia buat. Bahkan, aku kembali bekerja kerana aku ingin buat persediaan. Andai satu hari nanti dia kembali buat perangai, waktu itu aku sudah cukup kuat untuk meninggalkannya. Aku ada pendapatan, bolehlah aku sara hidup dengan anakku.
Mungkin ada yang tak setuju kenapa aku masih sanggup memaafkan Z. Mungkin kerana sayang. Mungkin kerana anak. Mungkin juga kerana aku nak beri peluang untuk dia. Apa pun aku berdoa agar dia takkan mengulangi lagi kesilapan lalunya. Aku sedar banyak godaan di luar sana yang menantinya.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...