Telur rebus adalah menu yang paling ‘simple’, mudah disediakan dan kaya dengan protein. Ada yang suka telur rebus keras sepenuhnya, ada yang suka separuh masak mahupun 3/4 masak. Semuanya bergantung pada citarasa dan selera masing-masing. Namun jika nak buat telur 3/4 masak, yang keras bahagian putihnya dan cair bahagian kuningnya ada caranya.
Boleh cuba tip dan cara yang dikongsikn oleh Sue Fami ini untuk buat telur 3/4 masak ini.
Ada ke yang macam saya atau ada yang tak lalu makan telur 3/4 masak macam ni.Telur macam ni yang pada saya yang paling sedap! Campur sikit dengan kicap! tabur sikit lada sulah. Best woo.
Cara Membuat :
1. Rebus air bagi mendidih dulu.
2. Baru masukkan telur perlahan-lahan (saya guna grade A).
3. Setting time – 5.5 minit! (kena tengok masa) dan api masih ON ya.
4. Cukup masa, keluarkan – rendam dengan air sejuk.
5. Selepas 3-4 minit boleh kopek! (masa kopek tu lalukan le dekat air paip).
Mingguan Wanita : Begini caranya nak buat telur 3/4 masak.Sedapnya campur kicap dan lada sulah. Boleh cuba tip yang dikongsikan ini nanti, memang sempurna telurnya 3/4 masak.
Lahir dan dibesarkan di Terengganu, boleh dikatakan tekak saya sudah sebati dengan masakan singgang dan budu. Saya boleh makan nasi berpinggan walau hanya berlaukkan ikan singgang dan budu saja.
Bila berhijrah ke luar Terengganu untuk menyambung pelajaran di UiTM, saya agak ‘stres’ sebab makanan berubah. Ketika itu saya di Lendu, Melaka. Masakan di sana pedas sedangkan saya tak biasa pedas. Mula-mula sampai sakit perut dibuatnya.
Berubah
Saya berkawan baik pula dengan tiga orang rakan dari Selangor. Mereka yang ajar saya makan kari mamak. Alahai, awalnya tekak saya memang tak boleh terima. Tekak saya lebih serasi dengan gulai versi Terengganu, yang berbeza dengan masak kari negeri lain apatah lagi kari mamak. Lama juga saya nak belajar makan kari mamak.
Bila bekerja sebagai wartawan, saya perlu menghadiri pelbagai acara termasuk ‘food review’ dan sebagainya. Akhirnya kini, tekak saya dah boleh terima macam-macam jenis makanan. Malah, saya ‘hantu’ makanan Jepun hingga anak pun ikut jejak langkah. Bila bercakap tentang makanan Jepun, yang paling ‘aneh’ saya pernah cuba ialah ‘sperma’ sejenis ikan (maaf saya lupa namanya) yang dikatakan bagus untuk wanita untuk kelihatan awet muda di sebuah restoran Jepun terkenal.
Kahwin
Bila berkahwin dengan orang Minang, selera saya turut berubah. Jika dahulu petai, jering dan kerdas hanya dimakan mentah dan dibuat ulam dengan budu. Tapi suami perkenalkan saya dengan pelbagai jenis masakan berasaskan petai, jering dan kerdas. Tak sangka, macam-macam masakan boleh dimasak dengannya. Paling lucu, ketika awal kahwin, saya ingatkan masak lemak cili padi jering adalah masak lemak cili padi nugget sebab bentuk jering rebus tumbuk itu umpama nugget di dalam kuah.
Pekerjaan saya membuatkan tekak saya boleh terima macam-macam jenis masakan. Tapi apa pun, tekak Terengganu saya tak boleh tinggal. Stok budu tetap ada di rumah. Rakan-rakan rapat juga tahu, saya ‘tak makan’ nasi lemak di Selangor kecuali yang dimasak sendiri. Sebabnya saya sudah terbiasa makan nasi lemak sambal ikan ala Terengganu yang susah nak dapat di sini. Mungkin ada, tapi bagi saya tetap tak sama dengan yang dijual di negeri kelahiran saya.
Bila balik Terengganu, itu yang akan saya cari dahulu. Selain itu saya juga rindu nasi dagang yang dibungkus dalam kelongsong daun pisang. Sedap sangat tau!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Berdaun lebar kehijauan, memang cantik pokok Fiddle-Leaf Fig atau nama saintifiknya Ficus Lyrata ini dijadikan hiasan di halaman mahupun dalam rumah. Namun harganya boleh tahan mahalnya. Sepasu besar baik pokok hidup mahupun artifisial boleh mencecah ratusan ringgit. Sayang sungguh, kalau tanam mudah mati pokoknya.
Jika mak-mak ada beli anak pokok Fiddle-Leaf Fig ini, ada caranya agar pokok ini membesar sihat, subur dan tak mudah mati.
Baca perkongsian tip daripada Puan MiEr Hasan ini berkaitan cara penjagaan pokok Fiddle-Leaf Fig ini sebagai panduan;
1. Tetap Perlukan Cahaya Matahari
Pokok ini tetap perlukan cahaya matahari juga ya. So, siapa yang nak letak indoor make sure ada sikit pencahayaan macam di balcony, tepi tingkap, tepi sliding. Kalau boleh bawa ler keluar pokok tu sekali sekala biar release tension pokok tu duduk tempat gelap.
2. Tanam Dalam Pasu
Seeloknya buka polibag dan tanam dalam pasu lain. Tambah tanah biar pokok tu boleh bernafas. Mana pokok nak besar kalau rumah dia kecik. Ye tak?
3. Siram Ikut Tempat Letak
Siram ikut keadaan tempat. Kalau indoor seminggu sekali pun dah cukup. Kalau tempat panas sehari sekali.
4. Bagi Baja
Seminggu sekali bagi la baja. Biar dia makan. Baja organik paling sesuai. Boleh juga cari baja kopi. Dekat nursery ada jual. Kalau baja organik boleh letak seminggu sekali. Kalau baja kimia 2 minggu sekali ye.
5. Sembang Dengan Pokok
Last but not least, sembang-sembang la dengan pokok ni. Tips menanam pokok mak saya ni, pokok kan benda hidup.
Bidang jahitan dan kemahiran menjahit memang boleh menjadi sumber pendapatan sampingan yang lumayan. Malah mak-mak sangat jimat dan beruntung bila ada kemahiran menjahit ni. Sekurang-kurangnya boleh jahit baju anak-anak, suami dan baju sendiri. Malah baju,seluar yang koyak tak perlu hantar ke tukang jahit.
Jika nak serius dalam bidang jahitan pula dan nak belajar menjahit kena ada mesin jahit sendiri. Kena tahu pilih mesin jahit yang sesuai lebih-lebih lagi jika pertama kali beli.
“Ada tak yang dah set misi dan plan nak beli mesin jahit? Mungkin yang baru nak start belajar jahit, yang sedang mencari-cari mesin pertama, atau yang nak berjinak-jinak ambik tempahan secara serius.”
Di sini, kami nak kongsikan sedikit tips dan panduan untuk membeli dan memilih mesin jahit yang sesuai. Harap dapat membantu.
1. Bajet
Kenalpasti berapa bajet. Survey mesin dalam lingkungan bajet yang telah ditetapkan. Tak salah untuk survey mesin baru dan tak salah juga try survey mesin 2nd hand yang berkualiti. Mesin 2nd high speed contohnya lebih baik dari mesin portable baru sebab lebih tahan lasak. Tapi pastikan warranty kedai ada sebelum beli.
2. Tujuan Beli & Kuantiti Jahitan
Untuk apa dan berapa banyak jenis jahitan yang betul-betul perlukan. Kenalpasti guna mesin jahit untuk apa. Jahit pakaian? Jahit langsir? Atau crafting? Untuk jahit pakaian misalnya, jenis jahitan yang perlu hanya jahitan lurus. Mesin portable kebanyakkan ada 50-200 jenis jahitan, yup, sangat menarik tapi tak digunakan. Dan mesin portable yang bagus tak murah, harga boleh cecah RM1500, jadi lebih baik beli mesin high speed industri, boleh dapat dengan harga yang lebih rendah dan lebih tahan lasak.
3. Brand & Motor
Brand atau jenama penting, bergantung pada mesin jenis apa yang nak beli. Jika target nak beli portable, nasihat saya, beli brand kita familiar dan dah lama dalam pasaran contoh SINGER,Brother, Apple, Janome. Elakkan beli brand yang kita jarang dengar sebab kita kena fikir masalah nak cari spare part atau attachement mesin macam tapak, jarum atau lain-lain.
Tak semua kedai ada jual attachment untuk semua jenis mesin portable. Jika target nak beli mesin high speed, bagi saya, tak kisah brand apa semua ok. Mesin high speed tahan lama, lasak dan mudah diselenggara. Attachment mesin high speed sama je untuk semua jenis mesin kecuali jarum berbeza mengikut saiz (DB atau DP). Tapi jangan risau, ada jual kat mana mana kedai jahitan dan mudah dicari. Lagipun mesin portable dengan motor yang besar dan lasak harganya lebih mahal dari sesetengah mesin industri high speed.
4. Warranty Dan Servis Selepas Jualan
Pastikan semasa membeli, mesin ada waranty yang sah. Dan paling penting servis selepas jualan yang kedai tawarkan. Pengalaman saya, ramai pelajar dan kawan-kawan yang beli mesin dari kedai even kedai ternama tidak memberikan servis selepas jualan yang baik.
Survey-survey dan tanya pendapat rakan-rakan/cikgu anda. Kadang-kadang lebih baik beli mesin dari personal technician dari kedai sebab personel technician memang kerja dia pergi rumah ke rumah untuk servis mesin.
5. Pengendalian Mesin
Lastly, pilih mesin mengikut keselesaan. Jika ada target untuk aktif dalam bidang jahitan untuk tempoh yang lama, beli mesin yang dapat bertahan untuk tempoh yang lama. Bagi saya, portable vs high speed industri, high speed industri lebih bagus. Dan, mesin high speed still ada nilai dijual 2nd berbanding portable. Tapi, jika rasa jahitan hanya hobi sesekali nak menjahit, portable pun ok.
Harap tips yang diberi sedikit sebanyak dapat membantu memilih mesin pertama anda dengan baik. Tips-tips yang diberi adalah berdasarkan pengalaman peribadi sepanjang terlibat dengan dunia jahitan. Lain orang lain pendapat. Pilih mana yang terbaik untuk anda.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.