Mereka yang gemar bersenam tidak pernah meletakkan alasan anak untuk mereka aktif di dalam melakukan aktiviti kecergasan. Begitu juga dengan personaliti yang memenuhi ruangan Motivasi Sihat kali ini, Nur Ilyyana bte Noorazizam atau lebih senang dengan panggilan, Ilyyana, 32. Wanita yang juga ibu kepada dua orang cahaya mata ini sukakan, ‘Home Exercise’.

“Saya gemar melakukan senaman di rumah kerana terikat dengan kekangan sebagai ibu kepada dua orang anak. Senaman dirumah memberikan saya kebebasan untuk bersenam pada masa yang sama berada disamping anak-anak. Walaupun bersenam dirumah boleh menjadikan keadaan agak tegang dan merimaskan, namun saya tahu apa yang dilakukan anak-anak ketika saya bersenam. Jenis senaman yang saya lakukan tidak memerlukan banyak peralatan senaman. Saya lebih banyak melakukan senaman yang dinamakan ‘Hybrid training’,” terang Ilyyana yang gemar melakukan senaman yang berunsurkan kardiovaskular, angkat berat (strength training), muay thai dan jogging.

Ilyyana juga beruntung kerana suaminya memberikan galakan dan sokongan dalam meneruskan minat dan kerjaya dalam bidang kecergasan.

“Suami yang mengatakan saya ni banyak bersenam. Kenapa tidaknya saya manfaatkan apa yang saya lakukan untuk di kongsi bersama ibu-ibu di luar sana. Hanya borak-borak kosong yang kini dijadikan sebagai punca pendapatan saya,” terang Ilyyana yang juga menjadikan kesihatan sebagai kerjaya sampingannya.

Bebas Bersenam Di Samping Dua Anak, Nur Ilyyana Masih Boleh Pakai Baju Zaman Anak Dara

Bersenam Ikut Kemampuan Diri

Menurut Ilyyana lagi, sejak di bangku sekolah dia sudah aktif dalam bidang sukan. Dan akan melakukan senaman mengikut kemampuan diri.

IKLAN

“Sejak di bangku sekolah, saya memang agak aktif di dalam bidang sukan. Sejak tamat persekolahan, melalui alam kolej, saya telah mula berjinak ke gym. Dari situ, saya belajar sikit demi sedikit tentang aktiviti bersukan di gym. Saya bersenam 5-6 hari seminggu, mengikut kemampuan diri.

“Saya boleh katakan, saya masih boleh memakai baju di zaman bujang dan sebenarnya, badan saya kini berada di tahap yang lebih baik dari sebelum berkahwin atau zaman bujang.

“Saya pernah aktif memasuki marathon sebelum berkahwin. Akibat kekangan sebagai suri rumah, saya memilih untuk tumpukan masa yang terluang bersama anak yang masih kecil. Mungkin satu hari apabila anak-anak dah lebih matang saya akan giat semula untuk berlari di marathon.

“Mendaki merupakan salah satu check list saya untuk cuba dalam masa terdekat. Saya akan cuba untuk berjinak ke Camp5 dulu bersama kakak ipar yang mana seorang penggemar mendaki. Saya akan cuba ‘indoor climbing’ sebelum mencuba mendaki di tempat tempat pendakian yang ada,” terang Ilyyana.

IKLAN

Bebas Bersenam Di Samping Dua Anak, Nur Ilyyana Masih Boleh Pakai Baju Zaman Anak Dara

Tidak Pernah Tinggalkan Senaman

Ilyyana juga mengakui dirinya tidak pernah tinggalkan senaman. Namun dia juga pernah mengalami masalah berat badan.

“Ya, saya pernah mengalami masalah berat badan sejak dibangku sekolah. Dikatakan ‘broad frame’, jika berlaku penambahan berat, saya akan kelihatan tidak sekata dan kelihatan besar. Satu yang saya tidak pernah tinggalkan adalah bersenam. Selepas tamat persekolahan menengah saya masih aktif untuk bersukan sehinggalah saya mencuba bersenam di gym. Di situ lah saya mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari trainers untuk terus bersenam dan bersenam dengan cara dan mempunyai program yang betul supaya badan akan terus maintain dan tidak mempunyai perubahan yang up & down (yoyo). Saya pernah mencecah ke 68kg selepas habis persekolahan menengah. Selepas bergiat aktif dalam sukan gym, saya turun ke 54kg.

IKLAN

“Saya ketika itu tidak tahu menahu mengenai proper diet, training days, rest days dan sebagainya. Namun dibimbingan oleh rakan trainer yang pada ketika itu saya bekerja part time di sebuah gym di zaman kolej. Selepas habis waktu di kolej, saya akan terus bekerja di pusat gym dan kemudian akan self train hampir setiap hari. Pada masa itu juga, saya disarankan untuk mengurangkan minum minuman manis atau berasakan carbonated serta saya sebagai pelajar kolej masa tu, makanan yang paling senang untuk dimakan adalah fast food. Masa itulah juga, saya mengurangkan pengambilan fast food sedikit demi sedikit. Jadi dengan pengurangan gula, pengurangan fast food dan senaman yang konsisten, saya berjaya turunkan berat badan,” akui Ilyyana.

Bebas Bersenam Di Samping Dua Anak, Nur Ilyyana Masih Boleh Pakai Baju Zaman Anak Dara

Teknik Mengajar Wanita

Ilyyana juga mengajar teknik mengajar wanita. Pada dirinya, kebanyakkan ibu atau wanita mungkin tidak mempunyai kefahaman tentang jenis jenis senaman yang perlu dilakukan dan untuk apa ia dilakukan.

“Bagi saya, pertama perlu tahu jenis (education) . Kedua, komuniti ataupun mempunyai rakan untuk lakukan bersama. Bila ada kedua-dua ini sebagai permulaan, seseorang akan lebih mengenali apa yang dia lakukan dan untuk apa justeru mendapat apa yang dia inginkan.

“Sememangnya, bila kita tahu apa yang kita lakukan, badan akan turut serta (mind and muscle connection) dan dengan adanya support system (rakan dan komuniti) yang mempunyai minat, matlamat yang sama, memberikan motivasi dan dorongan ianya akan memudahkan proses aktiviti yang akan dilakukan,” akhiri Ilyyana.

Menu Sihat Amalan Nur Ilyyana:
*Sebelum sarapan, 2-3 biji kurma atau buah buahan semangkuk kecil.
*Sarapan: Telur 2 biji, Roti wholemeal 2 keping, semangkuk daun salad.
*Snack: Segelas shake buah buahan
*Makan tengah hari: Nasi merah separuh mangkuk kecil, sayur semangkuk, ayam atau ikan sengenggam
*Minum petang: Biskut 2 keping atau buah buahan semangkuk besar.
*Makan malam: Pilihan roti pita/tortilla/ nasi merah, ayam panggang dan sayur semangkuk.
*Air 3 liter atau lebih setiap hari.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI