Bayi sumbing adalah kelainan dan ketidaksempurnaan pada struktur bibir atau bahagian lelangit di mulut si comel. Ada ramai mak ayah terlepas pandang bila tengok anak yang dianugerahkan Allah itu tidak sempurna. Kadang bukan sengaja tetapi terlepas pandang.
Jadi untuk bagi semangat pada bayi sumbing ini daripada peringkat awal, baca perkongsian daripada Pakar Perunding Maternal Fetal Medicine, Imelda Balchin ini…
Minggu lepas saya bertemu dengan ibubapa janin yang ada sumbing di bahagian mulut dan langit-langit.
Tidak ramai bayi dilahirkan sumbing, lebih kurang 2 bayi dalam 1000.
Ads
Sumbing boleh dilihat oleh imbasan ultrasound. Bila didapati janin mempunyai kecacatan ini, yang penting sekali ialah rujukan ke pakar Fetal Medicine untuk memastikan tidak ada kecacatan yang lain.
Kami selalunya memberi kaunseling kepada ibubapa, jika tidak ada kecacatan yang lain, ia boleh dibetulkan secara pembedahan dan anak-anak akan diberikan bantuan pertuturan, pendengaran, pergigian dan psychology supaya membesar dan mencapai gaya hidup yang sama dengan kanak-kanak yang lain. Kami juga memberi nasihat kaedah menyusukan bayi yang baru dilahirkan. Walaupun mungkin terpaksa menggunakan botol yang diubahsuaikan bagi bayi yang tidak dapat menyedut susu secara biasa, kami masih menggalakkan susu badan ibu daripada susu formula.
Ads
Bayi yang sumbing lebih senang mendapat jangkitan kuman di dalam telinga (otitis media) tetapi kajian perubatan menunjukkan yang risiko ini boleh dikurangkan bila ibu memberikan susu ibu bila dibandingkan dengan susu formula.
Ads
Ada satu nasihat peribadi yang saya selalu bagi kepada ibubapa yang bimbang:
Iaitu, janganlah malu bergambar dengan bayi anda selepas bersalin. Ambil lah gambar sekeluarga dengan bayi yang baru dilahirkan seperti biasa. Jangan sesekali menunjukkan perasaan kecewa. Kanak-kanak ini boleh menjadi sensitif dan mendapat masalah emosi jika tidak ada gambar selepas kelahirannya seperti adik-beradiknya yang lain.
Tunjukkan lah kepada anak ini, anda bangga, kerana kecantikan di dalam adalah lebih penting daripada kecantikan di luar badan. Tunjukkan lah kepada anak ini, jika kecantikan di luar badan boleh dibetulkan dan kecacatan boleh diubah menjadi sempurna, apa lagi kemuliaan hati kita, kejujuran, kekuatan minda dan semangat. Semoga menjadi ihsan yang mulia dan berjaya dunia dan akhirat.
Prof Imelda, Pakar Perunding Maternal Fetal Medicine, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan cahayamata sebagai penyeri dan pelengkap didalam rumahtangga.Namun begitu, bukan semua wanita berjaya hamil dengan mudah meski telah mencuba pelbagai cara dan kaedah. Salah satu ikhtiar yang boleh diamalkan ialah dengan menggunakan Buah Zuriat.
Jom kita baca perkongsian wanita ini yang berjaya hamil setelah dua tahun perkahwinan dengan berikhtiar menggunakan buah zuriat.
PETUA YANG QIS AMALKAN SEHINGGA BERJAYA HAMIL
Selamat petang semua. Qis ada janji ngan korang untuk share petua dan cara yang Qis amalkan sehingga berjaya dapatkan zuriat setelah 2tahun mendirikan rumah tangga. Harini Qis akan kongsikan petua yang Qis amalkan.
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah s.w.t setelah 2 tahun Qis dan suami usaha untuk mendapatkan zuriat, akhirnya kami berjaya. Tempoh 2tahun mungkin sekejap bagi mereka yang ambil masa lebih lama dari kami. Tapi bagi kami, dua tahun tu tempoh yang lama untuk menunggu kehadiran roh dalam rahim ini.
Jom baca perkongsian Qis, InshaAllah dengan izin Allah s.w.t awak semua yang masih tertunggu-tunggu juga akan berjaya. Yang penting kita percaya dengan rezeki-Nya. InshaAllah. Qis berani kongsi, kerana petua ni betul-betul berjaya dan sesuai dengan mereka yang mempunyai masalah sama seperti Qis.
Semoga perkongsian ini dapat memberi motivasi kepada korang yang senasib seperti kami untuk teruskan berjuang tanpa mengalah. Chewahh. Hehe
Selepas setahun kami berkahwin, Qis dan suami membuat keputusan untuk berusaha mendapatkan zuriat. Bermacam-macam cara kami lakukan, makan suplemen, pergi mengurut dengan 3orang bidan, makan acid folic, ubat moden, ubat tradisional semua kami dah ambil. Namun, tetap juga tak berjaya. Masalah Qis tetap tak berubah.
Setahun hanya dua kali dapat merasa datangnya darah haid. Akhirnya, kami pergi ke klinik untuk berjumpa doktor dan mendapatkan nasihat dari yang pakar. Kata-kata doktor amat menyedihkan dan menghampakan kami. Doktor ada bagitahu, masalah macam Qis ni memang susah nak dapatkan zuriat kalau tak dirawat.
Pada tahun kedua, kami menerima berita gembira. Kawan baik Qis, yang senasib dengan Qis memberitahu yang dia dah berjaya hamil hanya sebulan mengamalkan minum air rebusan buah zuriat. Dan dia suggestkan kat Qis untuk usaha benda yang sama. Kebetulan pula, kawan Qis ada pergi ke Mekah dan sudi carikan Qis buah zuriat dekat sana. Alhamdulillah.
APA BUAH ZURIAT NI? APA KELEBIHANNYA?
Ada juga yang panggil buah zuriat ni, buah Adam dan Hawa. Buah ni, pokoknya dekat Mekah dan Madinah (tanah arab) sangat banyak. Kelebihan buah zuriat ni pula:-
Alhamdulillah, dengan izinNya setalah sebulan Qis amalkan minum air rebusan buah zuriat ni, Qis juga telah berjaya hamil pada bulan seterusnya.
Bagaimana cara nak amalkan, cara nak rebus, cara nak kopek buah yang terlalu keras ni. Qis ada terangkan dekat setiap gambar dekat bawah ni.
CARA NAK BUAT AIR REBUSAN BUAH ZURIAT
1. Buah zuriat. Beginila rupa buah zuriat sebelum dibuang kulitnya. Ya Allah kulitnya, tersangatlah keras dan memerlukan kesabaran untuk mengambil isinya kat dalam. Siapa yang kena buat semua ni? Mestila suami kita. *mesti guna 2biji ye.
2. Nampak macam senangkan? Suami qis siap guna tukul dan ulu lesung lagi. Habis berpeluh satu badan nak siapkan ni.Mula-mula buang dulu lapisan pertama. Kopek kulitnya yang paling luar buah zuriat.
3. Setelah itu, pecahkan tempurungnya. Ambil isi dalam sahaja.
4. Kemudian belah dua macam ni. Selepas tu, belah lagi kecil-kecil macam ni.
5. Masukkan tiga cawan air dan rebus sehingga airnya jadi kekuningan macam air teh.Rebus sampai agak-agak kita akan dapat dua cawan air.Buah tu jangan buang, kita simpan je dalam periuk tu dan guna lagi untuk esok dan esok dan esok sampailah air die dah jernih. Nanti baru ganti dengan buah yang baru. Tapi qis dapat guna dua biji ni sehingga sebulan tau.
6. Haa dah siap, dah boleh minum. Waktu bila kita patut minum. Sebenarnya tak kisah pon waktu bila-bila. Yang penting mesti konsisten minum setiap hari pada waktu yang sama. Suami isteri dua-dua kena minum. Macam Qis, qis minum selepas isyak tiap-tiap malam sehingga sebulan. Satu lagi sebelom qis terlupa, minum pada hari pertama period ye. Alhamdulillah, hanya sebulan sahaja. Ada juga pasangan yang amalkan ni sampai 2bulan dan 3bulan. Atas rezeki masing-masing.
7. Sebelum minum tu, baca dulu Selawat 7x kemudian baca doa dibawah ni dan boleh minum. Minum sama-sama dengan suami ye. Semoga berjaya Qis ucapkan kepada pasangan-pasangan yang tengah berusaha. Aminn
Semoga pasangan yang senasib dengan kami juga berjaya merasa saat-saat yang dinantikan ini. Terima kasih juga kepada mereka yang sentiasa doakan kami. Sekarang kandungan Qis dan cecah 4bulan. Doakan kandungan Qis sihat dan selamat sehingga dia keluar ye ?
Cuma pesan Qis satu je, Jangan mudah mengalah & teruskan usaha. Allah menduga hambanya kerana Allah tahu hambanya kuat menghadapi dugaan itu.
Kawan-kawan boleh la share petua ni, agar ramai yang senasib dengan Qis dan kita sama-sama merasakan peluang ini. Qis doakan korang juga dapat merasakan saat-saat indah ini ❤️
Qis izinkan awak semua share post ni. Terima kasih
Sumber gambar dari Encik google, Qis tak sempat nak snap pic sendiri. Hehe.
Semoga bermanfaat.
Ibu ini sentap bila anaknya disamakan dengan anak mamak oleh seorang wanita yang digelarnya makcik bawang. Betapa setiap ibu akan mempertahankan anaknya dengan apa cara sekalipun. Hatta kata-kata daripada orang yang tak dikenali pun boleh menggores hati seorang ibu. Ini cerita realiti yang terjadi dalam masyarakat kita.
Saya bukan nak tanya soalan tapi saja nak share satu cerita yang menyakitkan hati saya semalam.. Macam mana ye nak layan mulut makcik bawang yang sekarang ni makin banyak sangat kat luar sana?
Ceritanya semalam saya pergi majlis kesyukuran jiran. Ramai juga la yang layan anak saya. Anak saya baru 3 bulan. Dalam ramai-ramai orang tu, ada sorang makcik bawang sebelah saya tiba-tiba je dia cakap “macam anak mamak” cakap kuat-kuat pulak tu.
Padahal anak saya tak ada la hitam sangat pun. Kulit anak saya sawong matang. Saya terkejut dia cakap macam tu tanpa rasa bersalah. Depan-depan orang ramai dia hina anak saya.
Saya dengan rasa marah, terus ambil anak saya dan minta izin kat tuan rumah untuk balik.. Suami pun tak banyak cakap dan dia ikut je. Maybe dia pun marah dengan makcik tu.
Saya dan suami ambil keputusan balik terus (padahal baru sampai) sebab takut kalau lagi lama kat situ, lagi tak terkawal rasa marah kami. Sampai ke pagi ni saya masih teringat lagi kata-kata makcik bawang tu.
Kalau cakap sekadar bergurau, tak apa la asaya boleh terima. Tapi makcik tu cakap serius siap jeling lagi kat anak saya. Saya harap sangat lepas ni saya dah tak jumpa dah spesies makcik-makcik bawang ni.
Memang geram melihatkan tanaman mahupun pokok bunga-bungaan kesayangan yang dijaga sempurna rosak dek dikerjakan serangga perosak.
Baik ulat, semut, kerengga, anai-anai, lipas, belalang, kumbang, siput atau apa sahaja yang merosakkan tanaman boleh dihapuskan dengan racun organik ini.
Bukan itu sahaja, semburan racun ini juga boleh digunakan pada tempat kucing suka membuang najis mahupun tempat tikus bersarang.
Menariknya lagi bahan-bahan yang digunakan mudah didapati dan biasanya ada di dapur kita. Cukup bermanfaat dan paling penting tanpa bahan kimia. Jom kita cuba.
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi.
Secawan air
1 sudu minyak masak
Sesudu serbuk sabun pencuci
Botol ‘Spray’
Tumbuk bawang putih dan cili padi.
Bancuh bahan yang telah ditumbuk dengan satu cawan air kemudian tapis.
Tambah air dan jadikan 1 liter cairan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol semburan.
Setelah itu, masukkan minyak masak dan serbuk sabun pencuci.
Goncang bancuhan tadi hingga larut dan semburkan pada pokok, pada waktu pagi atau petang. Seminggu sekali atau mengikut suka.
Selamat mencuba!
Sumber: Kebun bandar: Jom Tanam sendiri
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Satu tragedi kebakaran di Taman Rathna, Butterworth pagi Rabu semalam cukup menyayat hati bila mana seorang ibu ditemui rentung bersama anak angkatnya berusia sekitar 4-5 tahun. Lebih menyedihkan, kedua-duanya ditemui di ruang tamu rumah berhampiran pintu keluar dalam rumah yang hampir terbakar keseluruhannya.