Bulan suci ramadan yang bakal berakhir beberapa hari lagi dicemari dengan insiden berita pembuangan bayi yang menyayat hati. Hinanya diri sang anak, apabila si ibu ambil jalan mudah tergamak buang bayi yang tidak berdosa di tempat yang kotor bagi menghapuskan bukti kelahiran.
Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui dalam keadaan lemah dalam mangkuk tandas sebuah stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (RR) Rawang arah utara, kelmarin.
Ditemui Masih Bertali Pusat
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata bayi seberat 2.6 kilogram itu ditemui seorang petugas pembersihan di tandas wanita ketika ingin melakukan kerja membersih kira-kira 9.30 malam.
Ads
“Ketika ditemui bayi berkenaan sedar dan menangis.Bayi yang dibungkus dengan kain batik dan masih bertali pusat serta uri itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan,” katanya.
Ali berkata, bayi lelaki berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan pada bahagian badan dan kelihatan sempurna.
“Doktor tidak dapat mengesahkan bangsa bayi berkenaan, namun pihak polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian.
Ads
Polis masih mengesan individu yang terlibat dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan.
Ads
Syukur bayi masih ditemui masih hidup dan keadaan selamat meskipun lemah.Buat wanita yang terlanjur, jangan menambah dosa dengan membunuh bayi yang tidak bersalah kerana hanya mahu menutup aib dan malu.Terdapat banyak pusat-pusat jagaan dan perlindungan yang menerima kelahiran bayi seperti ini.Letakkan mereka ditempat selamat dan jangan lakukan bayi seperti sampah yang boleh dibuang sesuka hati!
Sumber:hmetro & astro Awani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sayu sebenarnya tengok rakaman ‘kemalangan maut yang berlaku di jalan Kg. Merchong, Rompin laluan dari Pekan menghala Rompin’. Lagi-lagi kejadian berlaku di penghujung Ramadhan. Cuma tinggal 6 hari je lagi nak sambut 1 Syawal.
Memandu ini bila kita terlalu mengantuk sangat, maka berhentilah. Ketika suami memandu dengan ditemani isteri di sebelah, maka bersyukurlah. Kehadiran isteri besar peranannya, apatah lagi isteri ada kuasa suara yang boleh bantu suami daripada alami microsleep masa memandu.
Microsleep ini kata doktor, kejadian terlelap dalam 10 ke 30 saat semasa memandu. Jadi bahaya bila kita memandu laju dan terbabas masuk lorong lain bertembung pula dengan objek arah bertentangan tu. Boleh mengundang kemalangan maut.
Wahai suami jangan rasa stress kalau isteri di sebelah tak berhenti bercerita. Dia sebenarnya mahu bantu anda kekal fokus semasa memandu. Tak nak beri anda terlelap walau seketika. Kalau tiba-tiba isteri usap tangan anda atau gosok-gosok bahu anda, itu juga tandanya dia nak anda sentiasa alert. Ini dinamakan kuasa sentuhan isteri. Yang mana, jangan suami cuma kata dia sorang penat memandu, sebab isteri pun sama penatnya menjaga anda agar tidak terlelap walau sesaat.
Jadi bersyukurlah kalau sepanjang 5 ke 6 jam pemanduan, isteri anda tak berhenti bercakap. Sebab kehadirannya memang membantu anda daripada mengantuk tanpa sengaja. Lagi dahsyat, anda takkan sempat pun nak rasa mengantuk. Sebab terlalu asyik dalam perbualan suami isteri dalam kereta.
Tak mustahil perjalanan yang panjang, adakalanya membosankan. Bayangkan anda penat seharian di pejabat, tiba-tiba ada hal penting di kampung dan perlu terus pulang, memandu sejauh beratus-ratus kilometer. Bayangkan kepenatannya macam mana.
Jika isteri sarankan anda berhenti rehat di R & R, dengarlah kata-katanya. Janganlah sebab nak cepat sampai anda tahan mengantuk. Sebenarnya isteri tak kisah pun kalau terpaksa temani anda sejam dua tidur di R & R. Dan percayalah isteri takkan rasa lega kalau suaminya tak tidur sekejap untuk lepaskan lelah.
Isteri yang duduk di tempat duduk sebelah pemandu itu bukannya tiada fungsinya. Dialah sebenarnya co-pilot terbaik suami semasa memandu. Walaupun ada ketika matanya di telefon, tapi mata perempuan ini awas ke semua arah. Dia dapat lihat apa yang berlaku di sekelilingnya. Dan pastinya dia akan terus melaporkan pada anda yang tekun memandu.
Jangan sesekali anda anggap isteri di sebelah itu macam tak tahu apa, atau tak nak bantu anda tengok keadaan sekitar. Percayalah, dialah orang pertama akan menjerit memberi amaran kalau ada benda-benda kejutan dalam perjalanan anda itu. Jadi, letaklah kepercayaan pada isteri di sebelah.
Katakan perjalanan anda panjang dan tiada tempat berhenti. Mintalah bantuan isteri di sebelah tepuk-tepuk bahu anda. Pastikan anda sentiasa tersedar. Dan kalau pun mulut isteri masih tak berhenti berkongsi macam-macam cerita, janganlah disekat-sekat.
Anggaplah suara isteri itu macam muzik yang menenangkan dan merelakskan perjalanan anda. Sebenarnya, bila kita seronok berbual suami isteri, tanpa radio pun boleh hilang rasa mengantuk itu. Syaratnya kena betul-betul bercerita. Kalau pun isteri anda membebel ketika itu, layankan sajalah. Kerana anda takkan tahu kuasa suara isteri itulah yang sebenarnya selamatkan suami dari mengantuk semasa memandu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mudah je rupanya mak-mak nak buat sendiri tilam bayi ekspress, hanya perlukan sarung bantal, bantal kecil dan tuala mandi sahaja.Paling penting ia menjimatkan kos dan cukup sedang nak buat, hanya perlukan 4 langkah.Kalau waktu-waktu ‘kecemasan’, mak-mak terlupa nak bawa tilam bayi atau nak jimat bajet boleh gunakan cara ini.
Sarung Bantal
Tuala mandi saiz sederhana
Bantal Kecil
1.Gulung tuala mandi seperti dibawah dan bentukkan huruf ‘U’ terbalik.
2.Masukkan kedalam sarung bantal yang bersih.
3.Pastikan, tuala mandi tersebut tertutup sempurna.
4.Kemudian, masukkan pula bantal kecil sebagai pelapik pada bahagian tengah.
5.Perkemaskan ia seperti ini.
Siap! Selamat mencuba!
Mudah je kan.Boleh lah letakkan bayi kesayangan, agar dapat tidur dengan lebih selesa dan tidak perlu risau terjatuh lagi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“MasyaaAllah.. Dahsyat kesan anak membaca awal.” Ini catatan yang dikongsikan oleh Puan Fauzan N Sititentang anaknya, Haris yang didedahkan dengan membaca awal usia. Hebatnya, bila Haris dah besar dia mampu membaca laju 1 muka surat dalam beberapa saat dan faham intipati cerita.
Tapi usaha ibu ini tidak mudah. Di peringkat awal usia anaknya itu, bermacam kecaman diperoleh. Prinsipnya jelas, didikan ibu kepada empat orang anak ini bukan kerana siapa-siapa. Semuanya kerana Allah dan atas dasar itulah dia ‘jalan terus’.
Sekarang baru rasa kesan pada anak dah besar.
Siapa lagi kalau bukan Haris.
Semalam saja-saja saya tunjuk satu muka surat dari satu buku laju laju.. beberapa saat.
Saya sendiri tak dapat kesan perkataan dalam itu.. Apatah lagi nak faham intipati cerita.
Saya tanya Haris..
What does it say?
Dia bagi tahu terus summary.. muka tenang je.
Saya check dan tepat.
Saya tanya macam mana dia baca dan faham walaupun tengok sekejap?
Dia cakap.
I see the whole picture and saw it my head (photographic memory) I can read quickly and focus on the important words only and compose the summary.
MasyaaAllah.
Tabarakallah.
Saya sendiri tak mampu buat. 5 tahun ambil medic. Baca buku bukan sikit. Tapi masih tak sampai tahap begini.
Haris boleh membaca umur 3 tahun.
Hari-hari mesti membaca. Buku bukan nipis nipis. Muka surat beribu-ribu.. tulisan halus-halus.
Dulu dulu.. masa saya share pasal kehebatan kesan membaca awal.
Bukan sikit orang mesej saya cakap saya merosakkan anak bila mereka membaca awal.
Bila dulu saya share dengan ibu-ibu melalui seminar anak membaca awal.
Orang siap buat posting khas kutuk tindakan saya.
Perli toksah cerita lah.. lali dah.
Hahaha
Ada juga yang mesej saya minta semangat bila mereka mengajar anak membaca awal. Orang lain cakap macam-macam.
Saya punya nasihat satu sahaja
Bismillah.. jalan terus..
Buat bukan sebab manusia tapi kerana Allah. Tugas kita menghasilkan anak-anak yang berilmu. Membaca itu jambatan ilmu. Bukannya kita ajar anak mencuri.
Kepada yang masih berusaha, teruskan usaha.
Jangan putus asa
Didik lah anak anak dan berdoa lah kepada Allah.
Moga Allah permudahkan urusan semua.
Kepada yang masih tidak tahu, saya ajar membaca maksimum 10 minit sehari. Selalunya 5 minit sahaja sehari.
Janganlah ada yang mesej saya pasal posting orang lain kesan buruk membaca awal lagi lepas saya up posting ini. Saya marah nanti ( saya garang wooo ) Saya up untuk memberi semngat pada yang sedang berusaha, bukan kepada yang anti early readers. Yang tak suka sila dok jauh jauh.
Mari saya share sedikit kelebihan anak yang membaca awal usia.. in shaa Allah
1. Kekuatan ingatan yang tinggi. 2. Sangat confident. 3. Akan minat membaca.. gila membaca. 4. Sangat sangat knowledgeable.. ini sangat ketara. Macam encyclopedia pun ya.. masyaaAllah 5. Matang… sangat matang dari usia. 6. Mudah belajar… apa sahaja yang datang, mereka senang nak kuasai. 7. Kesan bila dah tua ( sebab suka membaca.. saya tak tahu dia membaca umur berapa ya..heee) Boleh tengok Tun Dr. Mahathir ya.. itu tak payah nak susah susah.
Bila saya cakap buku tebal-tebal.
Buku begini dalam 1-2 hari dah habis.. khatam berkali-kali.. tanpa jemu.
Ini lah dia contoh betapa tebalnya buku mereka selalu baca.
Ini Aisyah
bulan 12 ni dia masuk 10 tahun.
Sama macam Haris.. dia juga membaca awal.
Aisyah lebih awal lagi.. dia mula membaca buku pertama umur 2 tahun 10 bulan.
Sekarang.. dia juga membaca laju.
MasyaaAllah
Faris ( boleh membaca 4 tahun ) dalam fasa transisi buku lebih tebal dan Maryam ( boleh membaca 3 tahun ) dalam fasa buku independent readers.
Semua anak anak saya ada hobi dan kelebihan masing masing. Yang mana saya sangat sangat raikan.. Mereka bebas untuk explore minat mereka. Tapi membaca itu bahagian yang besar dalam hidup mereka.
Haris seorang yang sukakan teknologi… macam macam dia explore.
Aisyah seorang yang suka kan seni dan lukisan.
Faris sukakan aktiviti lasak seperti bertukang dan memancing.
Maryam sukakan bahagian memasak dan speaking ( vocal and friendly )
Jadi… sangatlah tidak tepat jika katakan anak membaca awal ini akan terbantut, masalah tak suka tengok perkataan, hilang masa ceria kanak-kanak dan sebagainya.
Kepada yang bertanya kepada saya macam mana nak mula anak suka membaca
Langkah paling penting adalah.
√ Tunjuk contoh kita suka membaca.
√ Kita luang masa membaca untuk mereka
√ Kita tunjuk membaca itu sesuatu yang menyeronokkan.
√ Ada orang suka membaca tapi dia baca sorang-sorang. Tak nak libatkan anak-anak. Rasa anak mengganggu “me time” dia dengan bukunya. Rugilah begitu.
Jom bina budaya suka membaca
Masyarakat yang suka membaca adalah masyarakat yang berilmu. Dengan ilmu kita akan menjadi masyarakat yang berfikir.
Semoga Allah jadikan kita golongan yang berilmu , beramal dan soleh.
Suami kepada pelakon Miera Liyana, Rosland Othman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyebabkan pernyataan palsu diberikan kepada Bursa Malaysia berhubung hal ehwal syarikat lima tahun lalu.