Kelahiran anak-anak kembar pastinya dinanti-nantikan bagi setiap pasangan suami isteri. Melihat keletah anak-anak yang comel, bergaya sedondon dan membesar bersama-sama. Kembar dua dan tiga mungkin perkara biasa, namun bagaimana jika ditakdirkan hamil dan bersalin kembar 9 sekaligus? Memang tak dapat dibayangkan situasinya.
Seorang wanita dari Mali, Halima Cisse,26 yang memecahkan rekod dunia baru-baru ini dengan melahirkan sembilan bayi kembar atau dikenali sebagai nonoplet secara pramatang pada Mei lalu, dilaporkan kini bersiap sedia untuk pulang ke negara asalnya.
Lapor Daily Mail, sekeping gambar memaparkan Cisse bergambar bersama suaminya, Abdelkader Arby, 35 dan sembilan anak kembarnya didedahkan buat pertama kali.
Pecah Rekod Dunia
Kehamilan isteri kepada tentera laut ini menarik perhatian ramai apabila wanita itu selamat melahirkan sembilan anak kembarnya menerusi pembedahan di klinik Ain Borja di Casablanca, Maghribi, Mei lalu.
Cisse turut memecahkan rekod dunia dipegang oleh Nadya Suleman yang melahirkan lapan anak kembar, 2009.
“Saya lega semuanya berjalan lancar dan saya gembira dapat menjaga mereka.
“Anak saya semakin kuat setiap hari dan mereka mungkin dibenarkan keluar hospital tidak lama lagi. Jadi kami boleh bawa mereka pulang ke rumah,” kata Cisse.
Nama-Nama Bayi
Sembilan bayi kembar itu terdiri daripada lima perempuan dan empat lelaki. Empat bayi lelaki tersebut dinamakan Oumar, Elhadji, Bah dan Mohammed VI.
Manakala lima bayi perempuan tersebut pula diberi nama Adama, Oumou, Hawa, Kadidia dan Fatouma.
Ads
Dilaporkan, semua anak kembar Cisse mempunyai berat badan antara 500 gram hingga 1 kilogram (kg) semasa dilahirkan dan mereka terpaksa diletakkan dalam inkubator di unit rawatan rapi (ICU) hospital selama beberapa bulan.
Kembar luar biasa ini pada awalnya dijangkakan mampu bertahan 50-50. Bagaimanapun, semuanya kuat semangat, berjaya melepasi tempoh sukar dan kritikal hingga bebas inkubator sejak Ogos lalu.
Namun kini, semua anak kembar wanita itu bertambah berat badan dan terus menunjukkan perkembangan kesihatan baik yang bermakna mereka boleh pulang ke Mali tidak lama lagi.
Susulan itu, bayi-bayi berkenaan berpindah ke sebuah pangsapuri berdekatan hospital bagi memudahkan dipantau kakitangan perubatan.
Hamil Tanpa Rawatan Kesuburan
Memiliki bayi yang ramai, Cisse terpaksa menggunakan 100 keping lampin pakai buang dan menyediakan enam liter susu sehari.
Ads
Kandungan kembar sembilan menjadi perhatian dunia selepas Cisse hamil tanpa sebarang rawatan kesuburan. Pada awalnya dia dikatakan hamil kembar tujuh sahaja. Berat perut Cisse juga dikatakan mencecah 30 kilogram, termasuk air ketuban.
Bayi-bayi tersebut dilahirkan pada usia pramatang melalui pembedahan caesarean. Cisse difahamkan berada diambang maut selepas bersalin kerana kehilangan banyak darah.
Lapor Daily Mail, bil hospital sahaja cecah RM5.71 juta yang mana sebahagiannya ditanggung kerajaan Mali.
Halima Cisse dan suami terdahulu memiliki anak sulung perempuan, Souda berusia dua tahun setengah.Pasangan ini tinggal di kediaman mereka di Timbuktu, Mali yang mempunyai tiga bilik tidur.Untuk itu, mereka merancang untuk membesarkan rumah bagi menampung keperluan anak seramai 10 orang.
Sebelum ini, rekod kelahiran bayi kembar paling ramai dipegang wanita bernama Nadya Suleman dari Amerika Syarikat.Wanita tersebut melakukan rawatan kesuburan untuk hamil dan dikurniakan bayi kembar lapan pada 2009.
Mingguan Wanita: Kebesaran tuhan.Hebatnya mampu mengandung dan bersalin anak kembar 9. Semoga ibunya anak-anak kembar yang dilahirkan membesar dengan sihat dan sempurna. Selamat pulang ke rumah!
“Maaf kita bicara muzik saja buat masa ini,”. Umum mengetahui mengenai perhubungan penyanyi Indonesia, Mahalini telah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi popular senegara, Rizky Febian.
Maaf kita bicara muzik saja buat masa ini
Pada pertemuan Mahalini dengan media baru-baru ini, Mahalini atau pemilik nama penuh, Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja lebih selesa berbicara soal kerjayanya memandangkan penyanyi yang popular dengan lagu Sial ini ligat mempromosikan konsertnya di Kuala Lumpur iaitu Lovechestra Mahalini yang akan berlangsung di Mega Star Arena, di sini, pada 3 Februari depan.
Mahalini elak soalan peribadi
Mahalini berkata, dia kini fokus dengan konsertnya iaitu Lovechestra Mahalini yang akan berlangsung di Mega Star Arena, di sini, pada 3 Februari depan. Konsert anjuran Kharisma Music International itu turut menampilkan tunang Mahalini, iaitu Rizky Febrian sebagai penyanyi jemputan.
“Sebenarnya idea di sebalik konsert ini muncul ketika konsert FABULA 1.0 dan 2.0 tahun lalu. Saya ingin memberikan sajian pertunjukan dan pengalaman yang berbeza dari sebelumnya dengan konsep muzik, busana, penari latar, kesan visual dan set pentas yang lebih menarik.
“Dan sudah pastinya merindukan peminat-peminat di Malaysia yang mahu saya kembali lagi. Apatah lagi, Malaysia begitu dekat di hati. Konsert dijadualkan berlangsung selama lebih kurang dua jam dengan hampir 15 sehingga 17 lagu,” katanya yang akan diiringi band sendiri iaitu Lini.
Umum mengetahui,selepas dua tahun bercinta, Mahalini dan Rizky mengikat tali pertunangan pada 7 Mei tahun lalu.
Meskipun berbeza pegangan hidup, di mana Rizky beragama Islam, manakala Mahalini beragama Hindu, tetapi perbezaan itu tidak menghalang mereka untuk ke mengikat hubungan ke peringkat seterusnya. Rizky merupakan anak sulung kepada pelawak terkenal, Sule.
Pertahankan wanita dari ditindas, biar perampas kat luar sana takut! Netizen tiup semangat Puteri Sarah. Seperti mana dilaporkan portal berita pelakon Puteri Sarah menyatakan dia masih tidak tahu dan menunggu apa hasil siasatan pihak Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) apabila menyentuh tentang perkembangan aduan yang sudah dibuatnya di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah terhadap wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya bersama suami yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.
Malah Sarah juga berharap JAWI dapat berkongsi dan memberikan maklum balas agar segala persoalan terjawab.
Pertahankan Wanita Dari Ditindas, Biar Perampas Kat Luar Sana Takut!
Terbaru menerusi perkongsian status di Instagram akaunnya Puteri Sarah menyatakan dia akan terus lawan selagi pesalah tidak ditangkap.
“Lawan Tetap Lawan. Takkan diam selagi yang bersalah tak ditangkap.
“Diam bukan bermakna case closed. Case masih berjalan, cuma ambil masa. Takpe, sikit lagi,” begitulah yang ditulis Sarah.
Doakan Sarah
Menerusi kapsyen pula Sarah menjawab tentang pertanyaan ramai mengenai kes tersebut.
“Ramai yang tanyekan ?
“Tidak akan diam dan takkan diam selagi yang sepatutnya tidak diambil tindakan. Slowly but surely. Court case memang ambil masa yang SANGAT LAMA. Mahkamah sivil dah dapat tarikh bicara tapi next year.
“Syariah court, soon, and I’m fighting for it. Case closed? Hell no! Never !
“Tak pernah lagi dekat Selangor or Wilayah berjaya except dekat Terengganu pernah berjaya 1st case. So let’s make it the FIRST here!
“Doakan sarah.
“Justice will prevail. Kita ada banyak channel boleh pegi, kita ada banyak akta. In sha Allah,” luah Sarah.
“Moga Dipermudahkan But Sarah..Keep Fighting” Intan Saleh
Menerusi ruangan komen netizen turut memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar Sarah tidak putus asa dan terus melawan. Antara yang memberi komen merupakan pempengaruh Intan Saleh.
“Moga dipermudahkan but sarah..keep fighting 💪🏻💪🏻💪🏻” Intan Saleh
“Teruskan sis, biaq perampas kt luar sana takut sini. Skurangnya banyak perempuan akan belajar dari kisah hidup sis” nuraqilarahim
“fight tetap fight, yang penting pertahankan wanita dari ditindas, nak jadi apa lepas tu jadi laa. fighting!” wanieazmn
“Fight for your right sis! Apa nak jadi lepas tu lantakkan. As long as u get support from your parent and in law u. Persetankan apa org nak cakap, impact lepas tu, just take the action utk diri sendiri and anak2 u. Actually ada kuasa lagi besarrrr dari dia. I pray u win this fight!” amal_yat
“Please fight sampai habis sarah🔥GO! semoga mudah2 semua urusan yea ❤️love” f4riz4_j4mil
“Rmai juga yg xfaham ap yg sarah buat. Sarah dah xheran pun dgn suaminya. Dia bukan fight supaya suami dia blik kepangkuannya. Dia berdiri teguh utk bg pengajaran, utk bg apa yg sepatutnya dapat pd spesis manusia yg xad muka yg kebulur suami org. Kes menang ke kalah bkn yg utama. Xkn nk diam bodoh je, dalah rmpas laki org, pastu terbalik dok buli emosi sarah, ugut2 kacau2 isteri sah org tu. Sepatutnya org yg xad muka mcm spesis pmpuan tu, da jd mistress dok ontok2, ni bangga siap kcau org. Another level dia pnya biol juga another level dia punya tak maluu” puteri_api.
Paling terkesan tentulah adik bongsunya, Qaseh Khadijah yang baru berumur 6 tahun. Sungguh anak kecil ini begitu merindui ibunya.
Tulisnya, “Mami kenapa tinggal adik.. mi.. adik nak duduk ngan mami.. adik rindu mami.. nanti kita jumpa di syurga ya mami.”
Malah kongsi abangnya, adik bongsunya itu semakin banyak bertanyakan soalan kepadanya. Dan pertanyaan adiknya itu tetap mengundang sebak di hati.
Adik Bongsu Tanya Kenapa Mami Masuk Syurga Awal
Kata adiknya, “Abang kenapa mami masuk syurga awal. Kenapa dia tak masuk sekali ngan kita.” Bila adik dah tanya macam itu, abang pun terangkanlah dari A sampai Z.
Adiknya juga bertanyakan hal ini, “abang siapa yang nak ganti mami.” Yang mana pertanyaan adik itu buat abangnya jadi petak atau stuck sekejap nak jawab.
“Tapi saya cakap abang ada.. kakak ada.. semua ada. Lepas saya jawab, dia pun cakap. ‘I am bongsi abang, adik lah ganti mami. Sebab adik pun garang (sambil dia cubit saya)”
“Ya Allah, abang akan cerita ataupun selalu mengingatkan adik tentnag kemuliaan Mami kita. Kita kena ikut itu ialah pedoman dan ikhtibar.”
Hadiah Duit Raya Untuk Staf DNARS
Sememangnya keluarga ini mewarisi kemuliaan dan kebaikan hati arwah ibu mereka. Hari ini, DNARS meraikan kakitangan syarikatnya dengan memberikan hadiah duit raya kepada mereka.
Tulis Iqbar lagi, “Alhamdulillah selesai penyerahan duit raya kepada staf-staf DNARS. Semoga Allah SWT merahmati keluarga DNARS.”
MW : Al-Fatihah.. semoga roh allahyarham Faizni Rohban Ahmad ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.