Bayi dua bulan meninggal  tertindih ketika tidur, ibu menangis mengaku bersalah sebabkan kematian anak. Seorang ibu tidak mampu menahan sebak tatkala ditunjukkan wajah bayinya berusia dua bulan yang meninggal dunia akibat tertindih tubuhnya ketika tidur.

Dewinta Tefa, 36 yang juga seorang warganegara Indonesia dilihat sebak dan menangis teresak-esak sebaik sahaja ditunjukkan gambar bayi lelakinya, Arkan Andre Soveral Asit dua bulan dan tempat kejadian berlaku iaitu di sebuah rumah di Jalan Sungai Jejawi, Kampung Sungai Dua, Kota Setia dalam daerah Perak Tengah di mana anaknya meninggal dunia akibat dipercayai tertindih badan ibunya ketika sedang tidur.

Bayi 2 Bulan Meninggal Tertindih Ketika Tidur, Ibu Menangis Mengaku Bersalah Sebabkan Kematian Anak
Dewinta Tefa, 36 dihadapkan ke Mahkamah atas pertuduhan kecuaian mengakibatkan kematian anak sendiri. Foto :- BERNAMA

Bayi 2 Bulan Meninggal Akibat Tertindih Ketika Tidur

Dirinya turut mengaku bersalah mengakibatkan kematian anak bongsunya itu dan didenda RM2000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Dirinya membayar denda berkenaan.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Majistret Parit  semalam, Dewinta didakwa dengan cuai mengakibatkan kematian anak bongsu dari enam beradik  pada kejadian 18 September 2025 yang lalu.

Ads

Perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Ameerul Nazhif Wan Zulfikri memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap kecuaian wanita itu yang menyebabkan kematian anaknya walaupun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Bagaimanapun, peguam bela tertuduh, Nurul Syuhada Mohd Yusof memohon agar hukuman denda paling minimum dikenakan ke atas anak guamnya yang merupakan seorang suri rumah dan ditanggung suami dengan pendapatan bulanan sebanyak RM1,500 sebagai pekerja ladang sawit.

Ads

Beliau turut memaklumkan bahawa wanita itu mempunyai enam anak dengan empat daripada mereka menetap di Indonesia manakala anak kelima dan bongsu yang meninggal dunia tinggal bersamanya di Malaysia.

Bayi 2 Bulan Meninggal Tertindih Ketika Tidur, Ibu Menangis Mengaku Bersalah Sebabkan Kematian Anak
Dewinta Tefa, 36 yang juga seorang warganegara Indonesia dilihat sebak dan menangis teresak-esak sebaik sahaja ditunjukkan gambar bayi lelakinya, Arkan Andre Soveral Asit dua bulan yang tertindih ketika tidur. Foto :- BERNAMA

Ibu Menangis Mengaku Bersalah Sebabkan Kematian Anak

Majistret Nurul Izalina Rajaai kemudian menjatuhi hukuman denda RM2,000 serta berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Ads

Pada 20 September, media melaporkan seorang bayi lelaki berusia dua bulan maut selepas mangsa dipercayai tertindih badan ibunya ketika sedang tidur di sebuah rumah di Kampung Sungai Dua, Kota Setia, di sini.

Berdasarkan hasil bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat bayi terbabit di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, punca kematian mangsa disebabkan oleh otak membengkak dan paru-paru sembab yang disebabkan oleh lemas udara.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Berikutan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 dan ibu bayi itu ditahan untuk siasatan lanjut. Sumber Sinar Harian.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI