Peritnya bila batuk. Sesak rasa didada, pernafasan jadi tidak lancar dan anak tekak pun sakit membengkak akibat kerap batuk. Jika dah cuba macam-macam cara tak berkesan, mak-mak boleh cuba petua alternatif untuk legakan batuk dan mudah keluarkan kahak ini. Hanya menggunakan bahan semulajadi yang ada di dapur iaitu bawang holland dan madu asli.
“Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak? Masa kerja di Melbourne dulu saya pernah tengok. Takut saya jadinya bila tengok. Semenjak dari itu saya tak ambil lagi ubat batuk. Tak bagi lagi pada anak-anak. Jauhkan diri lagi ada la.”
“Kalau batuk saya cari alternatif lain. Cari ubat yang kesannya berbeza pada otak. Ubat tu tak bagi kesan menakutkan.Lama juga cari alternatif ni. Macam-macam Jurnal yang dibaca. Macam macam buku ditelaah. Macam macam orang ditanya. Akhirnya berjumpa juga.”
“Saya mula buat petua alternatif ini kalau anak-anak batuk. Cara pun mudah. Jadi saya kongsikan di bawah ni.”
Bahan-Bahan Diperlukan:
Bawang Holland
Madu
Caranya ialah:
1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
IKLAN
2. Leraikan ulas bawang tersebut.
3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.
4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.
IKLAN
6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara otomatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas akan jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.
7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak. Natijahnya tiada kesan buruk pada otak.
Yang bestnya petua ni boleh keluarkan kahak dengan mudah. Lega anak anak jadinya. Bolehlah cuba.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dalam mengeluarkan kahak sekaligus merawat dan melegakan batuk dengan cara semulajadi. Namun apa-apa pun, jika gejala batuk berterusan disusuli, selesema dan demam, seeloknya lakukan pemeriksaan segera di pusat kesihatan klinik mahupun hospital untuk mendapatkan rawatan.
Biasanya bila anak-anak demam, ubat yang tak habis digunakan mak-mak akan disimpan didalam peti sejuk. Dengan tanggapan bahawa dengan cara tersebut ubat dapat lebih ‘bertahan lama’, malah sayang nak dibuang.
Sebenarnya cara penyimpanan sebegini adalah tidak betul dan tidak selamat. Ubat demam yang telah dibuka tak perlu disimpan dalam peti sejuk, malah jika disimpan pada suhu bilik hanya bertahan 1 hingga dua bulan sahaja.
Baca penjelasan lanjut oleh Pegawai Farmasi, Salinda Sopian ini sebagai panduan.
SIMPAN UBAT DEMAM?
Soalan: Ubat sirap demam untuk anak-anak yang simpan dalam peti ais tu boleh tahan berapa lama ya?
Jawapan:
Ubat sirap paracetamol ataupun ubat demam sememangnya dibotolkan dengan saiz yang kecil, 60mL ataupun 100mL sahaja.
Ianya hanya untuk kegunaan sekali untuk seorang pesakit. Contohnya, sekiranya dos 5mL 4 kali sehari maka ubat tersebut akan habis selepas 3 hari.
Ubat sirap demam tidak sepatutnya disimpan.
Bertahan 1-2 Bulan Sahaja
Sekiranya masih banyak ubat yang berbaki, maka ubat tersebut boleh disimpan di tempat kering pada suhu bilik selama 1-2 bulan daripada tarikh ia dibuka.
Sekiranya hendak menyimpan ubat demam sebagai persediaan, seeloknya dapatkan ubat yang baru dan simpanlah ia di tempat yang kering pada suhu bilik dan bukan di dalam peti sejuk.
Ubat yang telah dibuka akan dimasuki oleh udara biasa yang mengandungi bakteria dan kulat.
Apabila disimpan di dalam peti sejuk, udara tersebut akan menjadi wap air melalui proses kondensasi.
Wap air biasanya berkumpul pada penutup botol di bahagian dalam.
Wap air ini menjadi tempat pembiakan bakteria dan kulat. Lama-kelamaan ia akan bercampur dengan ubat dan merosakkan ubat tersebut.
Jadinya, tak perlu lah simpan ubat sirap demam yang telah dibuka di dalam peti ais berbulan-bulan malahan bertahun-tahun lamanya.
Tanggapan simpan ubat sirap demam dalam peti ais untuk lebih tahan lama adalah tidak betul.
Nota kaki:
Gambar dibawah adalah ubat sirap untuk anak-anak.
Lepas ni jom periksa peti ais masing-masing.
Buang ubat yang tak perlu okay.
Belajar sesuatu?
Salinda Sopian
Bukan tak berjimat tapi untuk selamat
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak ayah simpan lah ubat demam di tempat kering pada suhu bilik, bukan dalam peti sejuk untuk tahan lama.Namun untuk lebih selamat, jika ubat tak habis di guna buang sahaja.Tak perlu simpan ubat sirap demam yang telah dibuka di dalam peti ais berbulan-bulan malahan bertahun-tahun lamanya, demi nak jimat.
Koronavirus adalah keluarga besar virus yang menyebabkan penyakit daripada selesema biasa kepada penyakit yang lebih berbahaya seperti sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan sindrom pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV).
Coronavirus novel, SARS-CoV-2 atau dikenali sebagai COVID-19 sekarang, adalah strain baru virus dalam keluarga coronavirus yang belum dikenal pasti sebelum ini. Virus ini pertama kali muncul pada akhir 2019 di bandar Wuhan, China.
Tetapi ia mempunyai penyebaran cepat sejak itu kepada lebih daripada 122 buah negara, dengan lebih daripada 226,000 kes yang disahkan, menyebabkan satu masalah pandemik.
Cara Mengetahui Diri Dijangkiti Koronavirus
Pakar Perubatan Am & Nefrologi, Hospital Pantai, Pulau Pinang, Dr Darren Lee Kian Guan menjelaskan, doktor akan menilai pesakit berdasarkan sejarah, gejala klinikal dan tanda-tanda dari ujian.
Jika sesiapa yang mempunyai tanda-tanda dan telah bercuti atau tinggal di negara-negara yang terjejas (termasuklah Malaysia) atau mempunyai kontak yang rapat dengan kes yang disahkan COVID-19 dalam 14 hari yang lalu, siasatan boleh dilakukan untuk mengesan jangkitan.
Ujian dipanggil Reverse transcriptase-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dilakukan bagi sampel yang diperolehi daripada saluran pernafasan atas (kawasan nasofarinks dan oropharyngeal) atau lebih rendah saluran pernafasan (kahak, aspirasi atau lavage bronchoalveolar).
Doktor anda juga mungkin membuat ujian X-ray atau imbasan computed tomografi (CT) untuk memeriksa paru-paru anda.
Dr Darren Lee Kian Guan,Pakar Perubatan Am & Nefrologi, Hospital Pantai, Pulau Pinang,
Tanda-tanda dan Gejala-gejala Koronavirus
Gejala biasanya bermula beberapa hari selepas seseorang dijangkiti virus. Tetapi pada sesetengah orang ia boleh mengambil masa lebih lama untuk gejala muncul.
Gejala-gejala boleh termasuk demam, batuk (berterusan dan biasanya kering), sakit tekak, keletihan, otot / sakit sendi dan kesukaran bernafas. Muntah-muntah dan cirit-birit boleh berlaku tetapi kurang biasa.
Kebanyakan orang mempunyai gejala ringan. Tetapi pada orang yang lebih tua atau mempunyai masalah kesihatan yang lain, COVID-19 boleh membawa kepada masalah yang serius seperti radang paru-paru, tidak mendapat oksigen yang mencukupi, atau kematian walaupun.
Golongan paling berisiko
Sesetengah orang mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti wabak ini, seperti seseorang yang mempunyai masalah kesihatan serius adalah perlu berjaga-jaga dan mengambil langkah pencegahan dengan pantas.
Golongan yang berrisiko tinggi termasuklah :
warga emas berumur 65 tahun ke atas
sesiapa yang mengalami masalah kesihatan dalaman, atau masalah berkaitan jantung, paru-paru, diabetes, masalah buah pinggang atau kanser.
Wanita mengandung
Cara Pencegahan Agar Tidak Merebak
Untuk individu yang tidak mempunyai gejala pernafasan:
Duduk di rumah untuk elakkan sebarang jangkitan luar.
Jarakkan diri sekurang-kurangnya 1-meter (social distancing) dari individu yang mempunyaI gejala demam, batuk dan bersin;
Kerap basuh tangan dengan sabun dan air (sekurang-kurangnya 20 saat setiap basuhan) atau hand sanitizer, terutamanya sebelum makan, menyediakan makanan atau selepas ke tandas;
Elak menyentuh mata, hidung & mulut dengan tangan yang tidak dicuci;
Pakai penutup mulut dan hidung (mask) jika kunjungi tempat tumpuan ramai*
Pastikan anda menjaga kebersihan diri sepanjang masa.
Nota: Tidak digalakkan untuk keluar mengunjungi kawasan ramai orang dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan.
Untuk individu yang ada gejala pernafasan:
Elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai;
Pakai penutup mulut dan hidung (mask);
Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang digunakan dan basuh tangan dengan sabun dan air atau hand sanitizer;
Dapatkan rawatan awal dan maklumkan sejarah perjalanan anda depada doktor yang merawat.
Ibu Bapa Perlu Lakukan Perkara Ini Bagi Mengawal Pergerakan Keluarga!
Sila ikut arahan-arahan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (maklumat lanjut lihat laman sesawang www.pmo.gov.my) semasa anda di bawah pengawasan dan pemantauan di rumah (home surveillance):
Sentiasa boleh dihubungi dan berada di rumah;
Hadkan pelawat dan senaraikan semua pelawat yang menziarahi anda;
Elakkan perkongsian peralatan makanan dan penjagaan diri,
Hadkan jarak anda dengan meraka yang sihat sekurang-kurangnya 1 meter;
Buka tingkap untuk pengudaraan rumah yang baik.
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Ada Ahli Keluarga Dijangkiti COVID-19?
Dapatkan bantuan perubatan sekiranya mengalami gejala seperti di atas terutamanya jika berhubung rapat dengan pesakit positif atau pernah pergi ke negara yang mengalami wabak.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan COVID-19 boleh hubungi nombor hotline 03-88810200/ 03-88810600/ 03-88810700 atau emel ke cprc@moh.gov.my (Crisis Preparedness and Response Centre, CPRC Kebangsaan).
Senarai hospital rujukan bagi mengendalikan kes-kes yang disyaki and sahih boleh di dapati pada portal rasmi kementerian kesihatan Malaysia (www.moh.gov.my).
Orang awam dinasihatkan agar memberikan kerjasama dengan memberikan info-info yang sahih dan tidak menipu dalam memberikan keterangan kesihatan. Ini kerana, keterangan yang tidak benar atau tidak jelas akan menyebabkan jangkitan dan kontak secara terus kepada petugas-petugas kesihatan yang berdekatan dengan pesakit.
Bagi wanita yang berdiet dan nak kurus, ada sesetengah makanan langsung tidak diambilnya, takut boleh menambahkan lagi berat badan. Contohnya ayam goreng yang memang menjadi kegemaran sesiapa sahaja.
Dalam berdiet, tidak perlu takut untuk mengambil makanan tapi kenalah tengok jumlah kuantiti yang diambil. Begitu juga dengan ayam goreng, tidak menjadi masalah untuk anda yang sedang berdiet mengambilnya.
Walau bagaimanapun, kalau nak kurus dengan makan ayam goreng, ada syaratnya. Bukan main bedal sahaja. Ini yang dikatakan oleh pakar pemakanan wanita tentang wanita yang nak kurus dan mengambil makanan kegemarannya.
Ayam goreng memang tak bagus diambil dengan kerap dan berlebihan sebab tinggi kalori (kalori berlebihan punca berat naik) dan tinggi lemak trans (punca pelbagai penyakit kronik dan kolesterol)
TAPI ayam goreng memang SEDAPP! Tak akan lah tak boleh langsung nak makan ayam goreng kan?
Macamana nak kurus makan ayam goreng?
Syaratnya:
1) Paling penting sekali, kena pastikan makan secara seimbang, ikut konsep suku suku separuh.
SEPARUH SAYUR
SUKU PROTEIN (ayam/daging/ikan/telur)
Dan SUKU KARBOHIDRAT (nasi/roti/mee)
2) Kalau dah lauk ayam goreng, tak perlu lah mengambil kuah kari banjir, sayur masak lemak dan lain makanan berkuah yang tinggi kalori.
3) Janganlah terlampau kerap dan berlebihan. Setakat seminggu sekali tu okay lagi.
4) Kalau dah makan ayam itu, jangan pula sulam dengan air manis. Bila nak kurusnya?
Minum air sejuk kosong, elakkan dan kurangkan minuman manis.
Ini tip kurus dan cara diet yang paling mudah dan menyihatkan. Badan dapat cukup nutrisi dan tak berlebihan kalori. Senang nak konsisten dan boleh amalkan untuk sihat sepanjang hayat.
Diet jangan stres semua tak boleh makan. ITS NOT ABOUT EAT LESS, BUT EAT RIGHT!
MW: Nak seribu daya kan. Walaupun pakar pemakanan beritahu boleh saja mengambil ayam goreng tapi kenalah waspada, jangan ambil berlebihan. Macam mana nak kurus kan…
Suami kalau nak menggembirakan hati isteri, tak perlu pun beri hadiah yang mahal-mahal. Ketahuilah wahai para suami, dengan sedikit kudrat yang anda sumbangkan mampu membuatkan si isteri tidur dengan hati berbunga-bunga.