
Dua hari lalu, nama adik Hartini menyentuh hati ramai orang.
Anak kampung dari keluarga sederhana di Kampung Karang Sungai Darat, Kuantan dengan ayah bekerja sebagai makenik dan ibu sakit yang perlu menjalani dialisis membuktikan dalam kesederhanaan hidup, dirinya memperoleh keputusan cemerlang 11 A+ dalam SPM 2024.
Baru Terima Tawaran Kursus Doktor di Mesir
Dengan keputusan cemerlangnya itu, dirinya telah menerima tawaran belajar ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selain turut terpilih ke sesi temuduga program YTP Mara A Level Australia sebagai persediaan ke bidang perubatan.
Minatnya yang mahu menjadi doktor menarik perhatian Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang kemudian menawarkan adik Hartini peluang menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Tawaran itu hadir sebagai pengiktirafan kepada ketekunan seorang anak yang tidak pernah meminta simpati tetapi satu peluang untuk mengubah hidup. Dapat dilihat ibunya begitu gembira dengan tawaran belajar anaknya itu.
Adik Hartini Diuji Kehilangan Ibu Tersayang
Namun takdir Allah tiada siapa mampu merancangnya. Dalam kegembiraan adik Hartini mahu menyambung pengajian ke Mesir atas tawaran dari pengerusi Mara sendiri ketika menerima kunjungan Dato Ahmad Farhan Fauzi yang juga Setiausaha politik YAB Perdana Menteri dua hari lalu di rumahnya di Kampung Sungai Karang Darat, Kuantan, niatnya mahu berbakti merawat ibu tidak kesampaian apabila semalam, jam 6.30 pagi ibunya dijemput Illahi tanpa sempat melihat anak gadisnya bergelar doktor.
Pemergian ibu adik Hartini dikongsikan seorang individu @nanagali yang menulis, “salam takziah buat adik Tini di atas pemergian Bonda tercinta yang baru menghembuskan nafas pada jam 6.30 pagi 19.06.2025. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh Allahyarham Mokde. Aamiin.
Pasti ujian ini amat berat untuk dilalui oleh adik Hartini dan didoakan agar dirinya tabah dan kuat mengharungi ujian terbesar dalam kehidupannya. Moga dirinya kekal istiqomah untuk pergi belajar ke Mesir agar dapat berbakti kepada masyarakat apabila balik dengan gelaran Doktor Hartini.
Kisahnya menjadi tumpuan sebelum ini malah Dato Asyaraf Wajdi menawarkan adik ini melanjutkan pengajian ke Mesir tentang seorang anak mekanik yang luar biasa semangatnya.
“Saya terus tawarkan adik Hartini untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir. “Kalau bersetuju, kita akan bantu Hartini ke Mesir. MARA baru buka laluan kerjasama dengan Universiti Al-Azhar untuk pelajar perubatan.”
“Mesir mungkin jauh, tapi impian itu kini lebih dekat. Anak ini tidak pernah meminta simpati. Yang dia minta hanyalah satu peluang untuk berjaya dan MARA akan penuhi impian adik ini.

“Saya percaya, satu hari nanti, dia bukan sahaja akan menggalas nama keluarganya dengan bangga, malah akan kembali sebagai doktor yang menyentuh ribuan jiwa, bermula dengan ibunya sendiri.
InsyaAllah, kami di MARA komited membantu anak-anak bumiputera yang berpotensi untuk mencapai impian mereka, walau dari ceruk kampung yang paling terpencil sekalipun.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI