Bila masuk cerita bab dapur, pastinya ramai nak tahu cara praktikal yang mudahkan kerja mak-mak di dapur. Tambahan pula kalau anda jenis keluar bekerja. Betul tak?
Haaa… ini tip ringkas dari seorang suri rumah, Suhana Mat Rasu yang mana cara penyimpanan yang diguna berkesan untuk tempoh masa lama bagi bahan-bahan masakan yang mesti ada di dapur tapi kadang kita guna sikit je…
1.Daun sup
Pastikan pokok daun sup di simpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5L) dan diletakkan didalam peti ais.
Caranya:
Potong 2 botol minuman, masukkan pokok daun sup dan tutup. Penting untuk memastikan air diletakkan sedikit sahaja setakat cecah pada HUJUNG AKAR sahaja. Air yang banyak akan menyebabkan bahagian batang pokok tenggelam dan batang daun sup jadi lembik dan busuk.
Pokok yg disimpan dengan kaedah ini dapat bertahan lebih dari sebulan.
Ads
2.Lengkuas dan Serai
Disimpan di dalam botol kaca dan di isi dengan air sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai tersebut.
Air boleh ditukar 2 minggu sekali atau ikut keperluan.
Perlu disimpan dalam peti ais dan mampu bertahan berbulan lamanya.
Ads
3.Cili api dan Lada Merah
Cili api dan lada merah perlu dibuang tangkai terlebih dahulu sebelum disimpan utk mengelakkan tangkai menjadi lembik sekaligus menyebabkan cili dan lada menjadi busuk.
Disimpan dalam bekas bertutup yg di alas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar.
Ads
Setiap kali menggunakan bahan ini, rajin-rajinkan diri untuk lap penutup bekas simpanan cili supaya wap-wap air hilang dan salin tisu dan kertas jika dah terlalu basah.
Simpan dalam peti sejuk InshaaAllah akan tahan lama.
Bahan-bahan yang disimpan dengan cara yg betul akan dapat bertahan lama. Di samping memudahkan dan mengelakkan pembaziran, duit belanja dapur kita juga dapat dijimatkan.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selayaknya pesanan ini disampaikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza. Kerana 11 tahun mendirikan rumahtangga, tak pernah sekalipun beliau berputus asa berdoa dan terus berdoa. Memohon agar Allah memberikan rezeki cahaya mata kepadanya.
Dan pada tahun ke-11 itu, beliau disahkan hamil. Tahun ke-12 bergelar isteri, barulah Allah menjawab doanya yang satu itu. Lahirlah Siti Aafiyah Binti Khalid Mohd Jiwa pada 19 Mac 2018.
Perjalanan panjang ini memberi harapan pada wanita-wanita yang belum dikurniakan cahaya mata, bahawa rezeki anak itu pasti akan ada. Biarpun lama penantiannya.
Benarlah seperti apa yang Datuk Seri Siti Nurhaliza katakan, “Penantian inilah yang buatkan peminat ternanti-nanti. Ia jadi satu perkara yang semua orang nak tahu.”
Usaha beliau bermacam dan putus asa istilah kata untuk penyanyi bertaraf Diva ini. Penghujung tahun 2015, beliau pernah melalui fasa kesedihan dalam diri apabila alami keguguran.
Malah beliau tak malu untuk akui yang beliau jalani rawatan kesuburan ‘In Vitro Fertilization (IVF) untuk mendapatkan cahaya mata.
Serius.. bukan mudah. Tiga kali percubaan IVF perlu dilakukannya sebelum janinnya lekat. Prosesnya juga banyak peringkat. Pengorbanan untuk menjadi seorang ibu itu sebenarnya cukup besar ertinya.
“Saya rasa nak berkongsi, bagi wanita yang berumah tangga tapi belum dikurniakan cahaya mata, jangan berputus asa. Benar, orang cakap itu senang. Tapi itulah yang saya buat, saya tak pernah berputus asa, tak pernah putus doa. Yang penting sekali, sentiasalah bersangka baik dengan Allah.
“Sebab sesetengah orang itu kan bila rasa dia tak diberi rezeki akan ada kata-kata dalam hati ‘kenapa orang itu boleh dapat, kenapa saya tak boleh dapat’. Orang mula persoalkan.
“Tapi saya, dalam hati selalu kata, ‘Tak apalah Siti, Allah akan bagi pada tarikh, hari dan masa yang terbaik. Dari situlah saya selalu cakap dengan diri saya.
“Walau pun saya pergi umrah beberapa kali. Doa saya tetap doa yang sama.”
“Saya tahu Allah akan jawab suatu hari nanti. Alhamdulillah, Allah jawab doa saya. Walau pun 11 tahun tetapi tetap ada rezeki juga.”
Justeru, bakal-bakal ibu suatu hari nanti.. janganlah pernah berputus asa. Berusahalah untuk mendapatkan rawatan yang terbaik sama ada secara tradisional ataupun moden.
Memandangkan Datuk Seri Siti Nurhaliza bersalin dalam kaedah pembedahan, beliau memaklumkan perlu mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan untuk pulih sepenuhnya.
“Saya harap 6 bulan dah boleh pulih. Sesetengah orang 3 ke 4 bulan dah ok kan. Saya beri masa sebegitu supaya saya sihat sepenuhnya.
“Tak mahulah cepat-cepat slim tapi mudaratkan diri. Sekarang ini, saya masih lagi atas nasihat doktor.” Akui beliau lagi dan mengharapkan Siti Aafiyah akan menjalani kehidupan normal. Namun, beliau tak menyangkal anaknya itu sedikit sebanyak akan terkena tempias ibunya yang bergelar penyanyi.
Adakah mak-mak alami perasaan ini, berasa sedih, tidak lagi berasa gembira dengan hidup anda? Berasa lemah dan dipinggirkan? Semakin banyak kes kes kemurungan termasuk di Malaysia yang mengakibatkan kejadian bunuh diri, sedih keterlaluan sehingga membahayakan orang lain dan banyak lagi.
Jangan ambil mudah. Apatah lagi merahsiakan. Jadi jangan risau kerana anda tidak keseorangan. Tahukah anda mengikut kajian American Psychiatric Association; 1 daripada 6 individu mengalami kemurungan atau depresi?
Lebih menyedihkan wanita lebih mudah mengalami kemurungan berbanding lelaki. Wanita dialah sahabat, isteri, kawan, ibu, multitasking. Mereka letih dengan hidup yang sentiasa menginginkan sesuatu.
Mungkinkah mak-mak termasuk antara mereka yang mengalami kemurungan. Mari kita kenali sedikit sebanyak mengenai kemurungan. Dan membantu mengatasinya kerana kemurungan boleh dirawat.
Menurut Dr. Asma Razalli, depression atau major depressive disorder ialah penyakit yang serius dan biasa dialami oleh seseorang individu.
“Ia akan mempengaruhi perasaan individu itu, perasaan sedih yang melampau dan hilang minat kepada apa sahaja yang pernah diceburi lalu menyebabkan kemerosotan prestasi di tempat kerja.
“Kemurungan mampu menganggu fungsi individu itu sebagai anak, suami, isteri mahupun sesiapa sahaja. Mereka yang mengalami depresi atau kemurungan akan selalu mengalami masalah emosi dan fizikal.”
“Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang mencabar, kompetetif di sekolah, tempat kerja, serta zaman yang sentiasa ingin ke hadapan, ramai yang terjebak. Ramai yang sengsara tanpa pertolongan,” ujarnya.
Tahukah anda apa simptom-simptom kemurungan. Nasihat Dr. Asma, jika anda mengalami simptom-simptom berikut, sila ambil perhatian.
1. Perasaan sedih sentiasa.
2. Tiada lagi minat dengan sesuatu aktiviti yang pernah diminati.
3. Sukar untuk tidur ataupun tidur yang berlebihan.
4.Berasa letih, penat, lemah sentiasa.
5. Selera yang berubah secara tiba tiba, tiada selera untuk makan.
6. Berat badan yang turun atau naik tetapi tidak berkaitan dengan pemakanan.
7. Gerak badan yang tiada tujuan atau pergerakan yang perlahan. Dan pertuturan yang perlahan
8. Berasa tidak berguna, tidak berdaya.
9. Berasa sukar untuk berfikir, membuat keputusan.
10. Paling membahayakan adalah perasaan ingin membunuh diri, berasa ingin mati, ingin menamatkan hidup.
Nasihat Dr. Asma lagi, jika wanita merasakan diri mereka mengalami simptom-simptom yang disebutkan itu bercakaplah dengan orang yang mereka percayai.
“Simptom-simptom yang dialami mestilah mengambil masa lebih dari 2 minggu untuk didiagnosdan setelah penyakit lain sudah dikecualikan.
“Oleh sebab itu hendaklah membuat pemeriksaan klinikal sebelum seseorang itu boleh didiagnos sebagai mengalami kemurungan. Wanita sekalian fitrah sebagai manusia sentiasa ingin kelihatan menawan, cantik, jelita tetapi biarlah kita cantik luar dan dalam. Paling penting kita perlu sihat emosi, mental dan fizikal.
Kemurungan selalunya menyerang wanita remaja hingga ke lewat 20-an. Dan lebih mengejutkan setiap wanita 1/3 daripadanya boleh mengalami kemurungan di dalam hidup mereka,” tambahnya.
Sesetengah bahan kimia di dalam otak individu memang lebih cenderung kepada simptom-simptom kemurungan.
Jika individu itu mempunyai kembar dengan depresi, peratus kembar nya ialah 70 peratus menghidapinya.
Mereka yang mempunyai keyakinan yang rendah, dan sering berasa tidak yakin.
Mereka yang cenderung didera emosi dan fizikal, diabaikan oleh ibu bapa, suami, keluarga, dan hidup dalam persekitaran yang tidak sihat.
Kemurungan boleh dirawat dengan mengambil pelbagai ubatan antikemurungan, rawatan psychotherapy yang disyorkan oleh doktor. ECT boleh mengubati kemurungan.
Silalah mendapatkan rawatan perubatan untuk keterangan lebih lanjut. Elakkan diri dari keseorangan dalam mengatasi masalah seharian atau perhubungan, pekerjaan. Kenali diri anda. Selamatkan diri anda dari kemurungan yang melampau.
Artikel sumbangan : Dr. Asma Razalli, SkinSpa by Professional.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ikan bilis goreng dah biasa dengarkan, ayam goreng kunyit waima udang goreng kunyit pun selalu sangat orang kita makan. Tapi anak ikan haruan goreng kunyit ini tak ramai yang tahu melainkan anak-anak yang membesar dari sawah bendang.
Lauk ini memang simple lagi menyelerakan yang amat-amat. Sebabnya makanan sebegini mengembalikan nostalgia. Mengimbau kembali kisah waktu kecil yang mana mak-mak akan bawa anak-anak menangguk anak ikan haruan di bendang.
Demikianlah yang dituturkan Puan Norahalina Lina yang menetap di Sungai Besar dalam Grup Masak Apa Hari Ini (MAHN)
“Teringat dulu masa kecil. Mak kita suka bawa kita pergi ke bendang untuk menangguk anak ikan haruan ni. Basuh bersih-bersih. Letak garam dan kunyit, goreng. Makan dengan nasi panas-panas. Sedap.”
Dekat sawah padilah tempat anak ikan haruan paling suka berhabitat. Tak pun dekat parit kecik di sawah. Ikan haruan suka bawa anak-anaknya di situ.
Rasanya: Macam ikan biliskah? Lain Sikit. Anak ikan ini lagi sedap daripada ikan bilis. Ambil nasi panas-panas dan anak ikan goreng tu gaul dan makan macam tu je.
Komen lain dari geng MAHI cara lain nak masak anak ikan haruan yang ‘rare’ ini
Peram dengan asam keping dan garam buat umpan pancing ikan puyu di bendang.