Bapa beri anak 6 bulan makan air liur, hanya mampu bertahan 5 hari sebelum meninggal. Gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria sudah mengorbankan lebih 40,000 nyawa setakat ini.
Banyak peristiwa sedih terjadi saat penyelamatan dilakukan. Kisah seorang bapa, Muharrem yang terperangkap 202 jam di bawah runtuhan di Turkiye menyaksikan dirinya kehilangan dua anak termasuk bayi kecil, Muhammet Alparslan yang hanya mampu bertahan 5 hari dengan hanya memakan air liur bapanya sebelum meninggal.
Memetik laporan Harian Metro, ketika terperangkap di bawah runtuhan, isteri saya tidak dapat menyusukan bayi lelaki kami, Muhammet Alparslan berusia enam bulan, jadi saya cuba memberinya makan dengan air liur saya.
Ads
“Pada hari kelima di bawah runtuhan, Muhammet tidak bermaya lagi dan saya memeriksa nadinya dan mendapati dia sudah meninggal dunia,” kata Muharrem.
Muharrem menceritakan pengalaman sedih itu kepada Anadolu Agency pada Rabu, selepas dia dan isterinya Hidayet Polat berjaya diselamatkan di bawah runtuhan bangunan di Kahramanmaras, selatan Turkiye.
ENKAZ ALTINDA KALAN YARIM HİKAYELER…
202. saatte enkazdan çıkartılan Muharrem ve Hidayet Polat çifti yaşadıklarını anlatırken herkesi ağlattı. 9 gün boyunca enkazda sadece vazelin yediklerini söyleyen çift 6 aylık bebeklerinin 5’inci günde kucağında öldüğünü belirtti. #deprem
Pasangan itu terperangkap 202 jam di bawah runtuhan bangunan terbabit sebelum ditarik keluar dalam penyelamatan ajaib pada Selasa selepas pasukan penyelamat mendengar jeritan suara mereka.
Hanya Mampu Bertahan 5 Hari Sebelum Meninggal
Muharrem dan Polat yang kini berada di bawah pemantauan perubatan memberitahu Anadolu Agency, dua anak mereka kehilangan nyawa akibat runtuhan itu.
Ads
“Kami tidak makan apa-apa di bawah runtuhan. Saya hanya menemui ‘Vaseline’ dan makan sebahagiannya, langsung tidak hiraukan ia bahaya atau tidak,” kata Polat.
KIsah sedih pasangan ini jadi tumpuan ramai berikutan hanya mampu makan varselin sahaja untuk menyabung nyawa
Polat berkata, pasukan penyelamat memanggil mereka sehari atau dua hari sebelum berjaya diselamatkan, tetapi impak runtuhan menghalang pasukan mengeluarkan mereka.
Mengimbas detik berlakunya gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu 6 Februari lalu, Muharrem berkata, ketika gegaran gempa bumi pertama, lantai kediaman mereka tertutup sepenuhnya.
Ads
“Selepas gegaran gempa bumi seterusnya, ia (mungkin sudah) terbuka. Saya menyedarinya pada hari ketujuh (terperangkap dalam runtuhan).
“Pada hari sama, saya memanggil isteri dan memberitahu ada sesuatu di sana. Saya menggali tanpa henti dan sehingga air salji (mencair) keluar. Allah mengasihani kami,” katanya yang menegaskan usaha itu akhirnya membawa kepada kejayaan usaha menyelamat mereka.
Mereka kini berada dalam pemantauan pihak hospital
Lebih 35,000 individu terbunuh dan 81,000 lagi cedera dalam dua gempa bumi kuat menggegarkan selatan Turkiye pada 6 Februari lalu.
Gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang berpusat di Kahramanmaras turut menjejaskan beberapa negara di rantau itu, terutama Syria.
Ras Adiba luah kerinduan tak putus asa cari Zalina. Selepas hampir setahun menghilangkan diri hingga kini masih ramai yang tidak putus asa mencari bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang juga mengendalikan program Money Matters.
Paling merindui Zalina sudah pasti rakan baiknya iaitu Senator Datuk Ras Adiba Radzi, 55.
Pemilik nama sebenar Zalina Shaharah Azman dilaporkan hilang sejak November 2021 apabila anak lelakinya, Mikhael Norman membuat laporan polis berhubung kehilangan ibunya. Mikhael gagal menghubunginya bagi memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital.
Ras Adiba Luah Kerinduan
Menerusi luahan di Instagram, Ras Adiba mengharapkan rakannya itu menghubungi dirinya. Bukan sahaja Ras Adiba rupanya ramai yang berdoa dan memohon agar diberikan petunjuk agar Zalina dijumpai.
“Moga Allah beri petunjuk… sedih sgt²” luah mama_fathimah_abdullah83
“Deep Rindu Kat Zal”
Ras Adiba dalam hantaran dimuat naik menerusi Instagram (IG), semalam, meluahkan kerinduan terhadap teman baiknya itu.
“Hari pertama 2023 (semalam), Zal masih belum kami temui. Banyak yang diperkatakan dan berita palsu berleluasa.
“Tetapi, saya tidak akan berputus asa, jadi sekiranya Zal membaca mesej ini, tahulah yang Deep rindu kat Zal dan harap Zal akan cari Deep.
“Telefon Deep ya Zal. Pulanglah,” tulis Ras Adiba.
Terdahulu sebelum itu Ras juga memuat naik video kompilasi foto rakannya itu dengan keterangan gambar bertulis, “Zal di mana? Pulanglah, kami rindu,” luahnya.
Untuk rekod sebelum ini Ras Adiba pernah menjalankan misi pencarian sekitar Shah Alam dengan ditemani suami, Mohamed Azam Ali, teman rapat, Juita Jalil dan kru TV3 pada Julai lalu.
Pada operasi hari pertama, mereka meronda selama enam jam bermula antara jam 6 petang sehingga 11 malam. Mereka meronda sekitar kediaman Zalina di Jalan Ketiau, Seksyen 3, Bulatan Kayangan dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bagi mencari petunjuk di mana sahabatnya menghilangkan diri.
“Jangan Berhenti Berusaha” Netizen
Menerusi ruangan komen ramai yang mohon agar dipermudahkan urusan pencarian bekas personaliti TV3 itu.
Beruntungnya jika wajah kekal awet muda dan tidak dimamah usia! Itu antara perkara yang sering dilontarkan buat penyanyi Amy Mastura yang acapkali menerima pujian kekal muda dan tidak dimamah usia. Meskipun menerima pujian, penyanyi Amy Mastura mengambil pendekatan untuk tidak berlapang dada sebaliknya menjadikan itu sebagai peringatan untuk dirinya.
Amy Mastura ketika ditemui Mingguan Wanita baru-baru ini berkata dia enggan tenggelam di sebalik pujian yang dilemparkan kepadanya.
“Alhamdulillah dengan pujian kelihatan seperti adik-beradik dengan anak-anak, namun sebagai manusia kita tidak dapat lari daripada kenyataan. Jangan perasan sangat, saya selalu ingatkan diri saya.
“Ini kerana, mak tetap mak, tak jauh lari dia. Walaupun sering menerima pujian, namun sebenarnya menjadi peringatan. Sila beringat!
Meskipun sudah mencecah usia 52 tahun, kejelitaannya mencetuskan rasa kagum dikalangan peminat kerana dikategorikan sebagai awet muda memandangkan wajahnya yang tidak dimamah usia.
Apatah lagi apabila penyanyi Sha Na Na ini bergandingan dengan dua orang puterinya, mereka kelihatan seperti adik-beradik!
Dipuji tidak dimamah usia
Amy Mastura mendirikan rumah tangga dengan Alvin Tham Suffian pada 30 Jun 2000. Pasangan itu mempunyai dua anak perempuan iaitu Adriana, 22, dan Adalia, 19.
Berkongsi petua awet muda dan rahsia kebahagiaan rumah tangga bersama Mingguan Wanita, Amy Mastura mendedahkan antara rahsia yang diamalkan termasuklah suka ketawa dan enggan memikirkan masalah secara berlebihan.
Malah sikap kelakarnya yang suka bergurau dengan suami tersayang, Alvin menjadi petua awet muda serta kebahagiaan rumah tangga mereka yang kini sudah memasuki usia 23 tahun.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ikan siakap rebus tomyam ini memang resepi mudah sedia lagi menjimatkan masa. Cuma 20 minit saja diperlukan untuk penyediaannya. Suri tak perlulah nak bazirkan waktu memasak menu yang rumit, lagipun ketika ini ramai daripada anda bekerja dan tak punya banyak masa.
Ini perkongsian daripada Chef Ustazah Wan Habsah. Menu ini bukan saja sesuai dihidang untuk makan malam, siakap rebus tomyam juga sesuai dijadikan juadah makan tengahari keluarga.
Bahan-bahan Siakap Rebus Tomyam (Rujuk Pada Gambar)
1. Serai, halia dan cili api diketuk kasar (dititik).
2. Mayam 3 biji bawang besar dan 1 labu bawang putih.
3. Rebus air dan masukkan serai, halia, bawang besar dan bawang putih.
4. Masukkan 3 ekor ikan Siakap.
5. Masukkan 1/2 cawan sos tiram.
6. Tambah 3-5 sudu pes tomyam.
7. Masukkan bunga kantan, cili api serta garam.
8. Perah limau nipis dan potong daun limau purut. Buang urat tengahnya.
9. Tepung jagung sebanyak 3 sudu dibancuh dengan air. Jika suka pekat tambah lagi tepung.
10. Kacau dan masuk buah tomato potong dan daun limau purut. Masuk bancuhan tepung dan air perahan limau nipis.
11. Sedia untuk dihidangkan.
Anggaran memasak: Antara 10 – 15 minit
Resepi ikan siakap rebus tomyam ini enak dimakan panas-panas dengan nasi putih. Nak lagi kick boleh gorengkan telur dadar. Mak mertua lalu dekat sebelah pun boleh tak perasan nanti.
Ibu bapa arwah Wan Ahmad Faris tak pernah putus asa 'berjuang' tuntut keadilan. Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang juga pelajar tingkatan empat ketika itu, ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.